Chap 12

Hate You Love You

G.O mencuci luka pada jari Victoria dengan berhati-hati.Kedengaran gadis itu mengaduh kesakitan kerana berasa pedih apabila G.O meletakkan ubat pada lukanya itu.

“Awak ni cuailah,Vic,”kata G.O sambil menumpukan perhatian terhadap luka pada jari Victoria itu.

“Miane...” Ucap Victoria,perlahan.G.O memandang ke arahnya.

“Wae?” Soal G.O.Suaranya kedengaran lembut sekali.

“Sebab saya dah pecahkan gelas awak.Kalau...kalau awak nak potong gaji saya...saya tak kisah,”kata Victoria,menundukkan wajahnya.G.O tersenyum mendengar kata-kata Victoria itu.Jari Victoria itu mulai dibalutnya dengan plaster setelah selesai diletakkan ubat.

“Awak nak saya potong gaji awak berapa banyak?” Soal G.O sambil memandang ke arah Victoria yang sedang duduk di hadapannya itu.

“Em...terpulanglah kepada awak.Asalkan dapat bayar balik ganti rugi,”kata Victoria.

“Okey...kalau macam tu...”G.O memandang ke arah Victoria sambil tersenyum nakal.

“Saya potong gaji awak untuk 2 bulan,”kata G.O.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.

“Bwo?Takkan sampai macam tu sekali?” Soal Victoria,tidak percaya.

“Betullah.Tadi awak yang cakap ikut saya nak potong gaji awak berapa banyak kan?Sekarang ni...bila saya dah cakap macam tu,awak nak melawan pula?”Balas G.O.

“Lagipun gelas-gelas tu omma saya beli dari Itali tau.Mestilah mahal,”kata G.O lagi.Dia berusaha menyembunyikan senyuman nakalnya sambil melihat wajah Victoria yang berubah muram itu.Kedengaran gadis itu melepaskan keluhan berat.

“Jinjayo?” Soal Victoria,perlahan.G.O tersenyum lebar sebelum dia mencapai tangan Victoria.Victoria memandang ke arahnya.Matanya terbuka luas apabila G.O mengucup tangannya dengan lembut.G.O memandang ke arahnya.

“Saya tak kisah pun pasal gelas-gelas tu.Yang penting awak tak ada apa-apa,”kata G.O sebelum dia menghadiahkan senyuman manisnya kepada Victoria.Mata Victoria mulai bergenang sebelum air matanya mengalir membasahi pipi.G.O membeliakkan matanya apabila melihat butir-butir jernih yang mengalir membasahi pipi gebu Victoria itu.

“Yah...yah..yah...kenapa tiba-tiba menangis ni?” Soal G.O,panik.Selama dia mengenali gadis itu,belum pernah lagi dia melihat Victoria mengalirkan air mata seperti yang sedang berlaku di hadapan matanya ketika itu.Victoria terus menangis di hadapan G.O.

“Yah Victoria...wae?Kenapa awak menangis ni?” Soal G.O sambil memegang kedua-dua bahu Victoria.Victoria menggeleng perlahan sambil menundukkan wajahnya daripada G.O.

“Saya pun tak tahu.Tiba-tiba saja saya nak nangis,”kata Victoria dalam esakan.Perlahan-lahan,bibir G.O menguntum senyuman lega.Ingatkan apa tadi...

 

“Kenapa air mata ni tak nak berhenti mengalir?” Keluh Victoria sambil mengesat air matanya yang kian lebat itu.G.O pula tersenyum melihat telatah Victoria yang kelihatan lucu padanya itu.Dia kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya sebelum dia mengusap lembut rambut Victoria itu.Victoria terpana dengan tindakan lelaki itu.

“Mungkin gurauan saya terlalu kasar tadi.Miane...”Kata G.O,dengan perlahan.Victoria tidak segera membalas kata-kata lelaki itu.Dia mengetap bibirnya.Air matanya mengalir kian laju.

“Saya Cuma rindu nak usik awak macam tadi.Awak kan jenis yang suka melatah sikit.Saya suka tengok sebab awak nampak comel,”kata G.O lagi.Tangannya masih lagi mengusap lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.

“Miane...hm?” Kata G.O lagi sambil mengeratkan pelukannya terhadap Victoria.Perlahan-lahan,Victoria membalas pelukannya sambil menangis.Dia akui dia merindui lelaki itu.Tangisannya itu bukan kerana perasaan marah mahupun kerana kesakitan yang dirasai pada jarinya itu.Tetapi dia menangis kerana terlalu merindui akan lelaki bernama G.O itu.G.O tersenyum lebar sebaik sahaja menyedari pelukannya dibalas oleh Victoria.

“Gelas-gelas tu macam mana?Betulkah omma awak beli dari Itali?”Soal Victoria,dalam sebak.Senyuman G.O kian lebar.

“Gwenchana.Sebenarnya gelas-gelas tu hadiah percuma dari barangan yang kami beli dari Gangnam,”kata G.O,kian seronok mengusik gadis itu.Victoria segera melepaskan pelukannya.

“Bwo?!”

“Kan saya dah cakap yang saya rindu nak usik awak.Anggap sajalah ni surprise dari saya dari Jepun,”kata G.O sambil menjelirkan lidahnya ke arah Victoria.Victoria segera menepuk kasar lengan lelaki itu.

“Yah!Sampai hati awak usik saya sampai saya menangis,”marah Victoria,tidak puas hati.G.O pula terus ketawa terbahak-bahak.Dia kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya semula.

“Miane...hm?” Ucap G.O.Senyumannya masih tak lekang terukir pada bibirnya itu.Victoria pula terus mengunci mulutnya,malas untuk melayan kerenah G.O yang suka mengusik itu.

“Awak dah maafkan saya?” Soal G.O lagi.

“Saya bencikan awak,”kata Victoria.G.O tersenyum lagi.

“Saya tahu.Gomawo,”balas G.O sambil tersenyum.Victoria turut tersenyum dalam tangisnya.Tidak lama selepas itu,G.O melepaskan pelukannya sebelum dia menatap wajah Victoria yang basah kerana air mata itu.Perlahan-lahan,dia mengesat air mata yang masih berbekas pada mata dan pipi gadis itu.Victoria sekadar membiarkannya.

“Lain kali jangan menangis macam ni lagi,arasso?” Soal G.O.Victoria tersenyum nipis.G.O kemudiannya mengucup lembut mata Victoria sehingga membuatkan gadis itu tergamam dengan tindakannya.Kemudian dia mencium pula pipi gebu Victoria.

“Yah Jung ByungHee...”

“Wae?Bukannya kita tak pernah buat pun kan?” Balas G.O,selamba.Jantung Victoria berdegup pantas apabila melihat senyuman menawan yang terukir pada bibir G.O itu.Tanpa menunggu lama lagi,G.O terus mengucup lembut bibir Victoria yang merah merekah itu.Sekali lagi tubuh Victoria menjadi kaku.

“Kalau awak menangis lagi lepas ni...itulah denda yang awak akan dapat.Okey?”Kata G.O,geli hati melihat Victoria yang masih lagi kaku selepas menerima kucupannya itu.

 

 

“Gwenchana?” Soal SungJe apabila melihat jari Victoria yang berbalut itu.G.O yang duduk di sebelah SungJe itu sekadar tersenyum memandang ke arah Victoria.YongHwa pula sekadar membisu.

“Luka kecil saja.Tak sakit sangat pun,”kata Victoria.SungJe menoleh ke arah G.O sebelum dia memberikan dakbam kepada dahi adik lelakinya itu.

“HYUNG!!!Wae???!!!” Jerit G.O,tidak puas hati.Dia menggosok-gosok dahinya yang kesakitan itu.Victoria dan YongHwa yang berada di situ menahan tawa melihat telatah dua beradik yang mempunyai wajah seiras tetapi mempunyai personaliti yang berbeza  itu.

“Kenapa suka sangat buat surprise macam tu?Tak bolehkah sapa Victoria baik-baik.Tak pasal-pasal jari dia dah luka,”kata SungJe,mahu memberikan dakbam untuk kali yang kedua namun G.O cepat-cepat menutup dahinya dengan tangan.

“Yah...ByungHee dah tegur baik-baiklah,Hyung.Dah memang gelas tu yang nak terjatuh,nak buat macam mana,”balas G.O,tidak puas hati.Victoria tersenyum lebar melihat G.O yang sedang dimarahi oleh SungJe itu.Rasakan...hahahahaha...

G.O kemudiannya menoleh ke arah YongHwa.

“Hyung tak nak pula dakbam si YongHwa ni?Sebab dia pun bersubahat juga,”kata G.O sambil menunjukkan jarinya ke arah YongHwa.YongHwa membeliakkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata G.O itu.Victoria turut menoleh ke arah YongHwa.

“Itu pun sebab ByungHee yang suruh kan?”Balas SungJe pula.G.O mencebik.

“Hyung ni memang...dari dulu lagi suka menangkan YongHwa.Adik Hyung sendiri pun Hyung suka buli,”kata G.O,memuncungkan mulutnya.Victoria menahan tawa apabila melihat perangai G.O yang kebudak-budakkan itu.Ternyata sikap lelaki itu sangat berbeza jika mahu dibandingkan semasa berada di sekolah.Mungkin juga kerana dia terpaksa menjaga imejnya sebagai idol yang dikenali ramai itu.

“Dah memang ByungHee yang salahkan...takkan Hyung nak biarkan pula,”balas SungJe,selamba.

“Aish..jinja.Yah...yang kau pula tiba-tiba nak tinggal sini kenapa?Duduk sajalah dekat Kanada tu,”kata G.O sambil memandang tajam ke arah YongHwa.

“Yah,Jung ByungHee.”SungJe menegur kelakuan G.O yang kelihatan kasar itu.YongHwa sekadar tersenyum.

“Aku bosanlah duduk sana.Kalau pindah sini,ada juga kawan,”kata YongHwa.

“Eleh...dulu kau juga yang bersemangat nak duduk dekat Kanada tu.Siap berlagak lagi dapat girlfriend mat saleh,”kata G.O.

“Tu dululah,ByungHee.Sekarang ni aku memang tinggal dekat Korea saja.Lagipun gadis-gadis Korea lagi cantik,”kata YongHwa sambil memandang ke arah Victoria.G.O yang menyedari kelakuan YongHwa itu terus mengambil tempat di sisi Victoria sebelum dia menggenggam tangan gadis itu dengan erat.Victoria tergamam dengan tindakan lelaki itu.Begitu juga dengan SungJe dan YongHwa.

“She is mine.Jangan nak main mata dengan Victoria pula,arasso?” Kata G.O,masih lagi menggenggam tangan Victoria dengan erat.Victoria menoleh ke arah G.O yang sedang duduk di sebelahnya itu.

“Yah Jung ByungHee.”Victoria cuba melepaskan tangannya daripada G.O namun ternyata genggaman lelaki itu sangat kuat.

“Shh,”balas G.O,masih lagi memandang tajam ke arah YongHwa.YongHwa pula sekadar tersenyum.

“Fine.Satu rumah dah beritahu aku yang aku tak boleh kacau Victoria kau ni.Kau tak payah nak risaulah,”kata YongHwa sambil menyandarkan tubuhnya pada sofa yang empuk itu.

“Awak dah dengarkan,G.O?Sekarang baik awak lepaskan tangan saya sebelum saya cekik leher awak,”kata Victoria,separuh berbisik.Perlahan-lahan,G.O melepaskan tangannya sambil tersenyum puas.

“Tapi aku tetap takkan lepas dari perhatikan kau.Aku masih tak boleh percayakan kau 100%,”kata G.O.YongHwa tertawa kecil.

“Silakan,”balas YongHwa,dengan senang hati.SungJe pula sekadar menggeleng melihat perbalahan kecil antara dua sepupu yang seusia itu.

 

 

Rumah Victoria

 

G.O memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar rumah Victoria.Mereka langsung tidak bersuara sepanjang berada dalam perjalanan dari rumah agam lelaki itu.Victoria kemudiannya menanggalkan tali pinggang keledar sebaik sahaja kereta yang dinaikinya berhenti di hadapan rumahnya.Namun,tidak pula dia segera keluar dari kereta itu.Bagai menantikan lelaki itu untuk bersuara sebelum mereka berpisah pada malam itu.

“Awak jangan bagi muka sangat dekat YongHwa tu.Dia tu tak sebaik yang awak sangkakan,”kata G.O,tidak menoleh ke arah gadis itu.Victoria menoleh ke arahnya.

“Tak baik awak bersangka buruk dengan sepupu awak sendiri,”kata Victoria.G.O tersenyum sinis.

“Saya kenal dia.Saya tahulah dia macam mana,”kata G.O,tidak mahu mengalah.Victoria menggelengkan kepalanya sambil melepaskan keluhan kecil.G.O menoleh ke arahnya.

“Lagipun saya betul-betul maksudkan apa yang saya katakan tadi,”kata G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“That you’re mine,”kata G.O,separuh berbisik sambil tersenyum.Lidah Victoria menjadi kelu.Namun Victoria segera mengalihkan pandangannya sebelum dia membuka pintu kereta G.O itu.Kelakuannya terhenti apabila tangannya dipegang erat oleh G.O.

“Awak nak pergi mana?” Soal G.O.Victoria tidak memandang ke arahnya.

“Saya nak masuk dalam,”kata Victoria,enggan mahu bertentang mata dengan lelaki itu.Dia tidak mahu lelaki itu menyedari wajahnya yang berubah merah itu.G.O tersenyum sambil menarik tangan Victoria sehingga membuatkan gadis itu bertentang mata dengannya.G.O terus memandang tepat ke arah anak matanya tanpa langsung bersuara.Perlahan-lahan,dia menyeka helaian rambut yang menutup dahi Victoria itu.

“Kalau saya cakap yang awak adalah milik saya...saya betul-betul maksudkannya.Saya tak bercakap kosong,”kata G.O.Victoria cuba mengalihkan wajahnya daripada G.O namun lelaki itu memegang dagunya bagi membolehkan mereka bertentang mata antara satu sama lain.

“Saya tahu awak bencikan saya.Tapi saya sangat hargai perasaan benci awak terhadap saya.Sebab saya tahu...lambat laun...perasaan benci awak tu akan berubah juga,”kata G.O,sambil mengusap lembut pipi Victoria yang gebu itu.Victoria pula menelan air liur apabila menyedari wajah G.O yang kian dekat ke arahnya itu.Namun Victoria segera meletakkan tangannya pada bibir lelaki itu.

“Nanti orang nampak,”kata Victoria,perlahan.G.O tersenyum sambil mengalihkan tangan Victoria dari mulutnya.

“Biarlah.Kan bagus kalau semua orang tahu yang awak ni milik saya.Tak payahlah saya nak risau kalau saya pergi jauh nanti,”kata G.O seraya mengusik.

“Tapikan tak elok untuk imej awak.Awak kan tak boleh bercinta selagi awak masih ada kontrak dengan agensi awak,”kata Victoria.

“Macam mana awak tahu?” Soal G.O.

“Saya...saya terdengar...”Balas Victoria,menahan perasaan malunya yang kian menebal itu.

“Kalau macam tu..awak mesti dengar yang saya sanggup langgar kontrak tu kalau saya betul-betul dah berjumpa dengan orang yang saya sayang,”kata G.O penuh makna.Victoria memandang ke arahnya.Tidak lama selepas itu dia segera menjauhkan tubuhnya daripada G.O.

“Saya nak masuk dalam,”kata Victoria.

“Okey,”kata G.O,membiarkan gadis itu melangkah keluar dari keretanya.G.O terus memerhatikan Victoria sehinggalah kelibat gadis itu hilang dari pandangan matanya.

“Awak sangat ego,Victoria,”kata G.O sambil tersenyum.Dia kemudiannya memandu keretanya,beredar dari perkarangan rumah gadis itu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/