Chap 22

Hate You Love You

Hospital N

 

“ByungHee...dia macam mana?” Soal SungJe,yang baru sahaja tiba di dalam bilik yang menempatkan G.O itu.YongHwa dan SeungHo yang berada di situ menoleh ke arah SungJe yang sedang berjalan menghampiri adik lelakinya itu.SungJe melihat ke arah G.O yang masih belum sedarkan diri dengan kepalanya yang berbalut itu.

“Kepala dia kena jahit sikit.Tapi nasib baik...kecederaannya tak teruk sangat.Doktor dah sahkan...ByungHee tak alami apa-apa komplikasi daripada kecederaan tu,”kata YongHwa.SungJe melepaskan nafas lega.

“Omma dengan appa...dah balikkah?” Soal SungJe lagi.YongHwa mengangguk.

“Mereka arahkan supaya bilik ni mesti sentiasa dikawal rapi oleh pengawal peribadi mereka.Mungkin mereka tak mahu ByungHee diganggu oleh orang sebarangan,”kata YongHwa lagi.SungJe melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan katil G.O itu.

“Macam mana semua ni boleh terjadi?”Soal SungJe,tanpa menoleh ke arah YongHwa dan SeungHo.SeungHo dan YongHwa saling berpandangan antara satu sama lain.

“Kami tak pasti sebenarnya,Hyung.Waktu tu...saya dengan ByungHee habiskan masa di padang.Kami saja nak tengok Victoria berlatih bermain bola tampar dekat situ.Lepas kami dah berbual dengan Victoria,Victoria minta diri untuk beredar.”

“Dan lepas tu...semuanya berlaku dengan pantas,Hyung.Mungkin ByungHee ternampak ada pasu bunga yang terjatuh ke arah Victoria sebelum dia selamatkan Victoria,”kata YongHwa.SungJe terdiam seketika apabila mendengar kata-kata YongHwa itu.

“Saya rasa perkara ni telah dirancang Hyung.Mungkin ada orang dengki dengan Victoria.Sebab...dah ramai pelajar yang nampak ByungHee dengan Victoria rapat di sekolah,”kata SeungHo pula.

“Victoria mana?” Soal SungJe,apabila menyedari ketiadaan gadis itu di dalam bilik.

 

 

Victoria duduk seorang diri di suatu sudut,tidak jauh dari bilik yang menempatkan G.O ketika itu.T-shirt putihnya yang masih mempunyai kesan darah G.O itu enggan ditukarnya.Kedua-dua tangannya berpegangan antara satu sama lain.Hatinya benar-benar bimbang akan keadaan G.O ketika itu.Kerana dirinya,G.O mengalami kemalangan kecil yang mungkin boleh meragut nyawanya.Dia mengesat air matanya yang masih lagi berbaki itu.

SungJe memandang ke arah Victoria yang sedang duduk seorang diri itu dari jauh.Perlahan-lahan,dia berjalan ke arah gadis itu.Dia kemudiannya berdiri di hadapan Victoria sambil menghulurkan segelas cawan kertas berisi cappuccino kepada gadis itu.Victoria yang menyedari kehadiran SungJe itu mulai mendongak.Kelihatan SungJe sedang tersenyum ke arahnya.

“Oppa dengar Victoria langsung tak jamah apa-apa sejak G.O dibawa ke hospital tadi.Nah,oppa dah belikan cappuccino untuk Victoria,”kata SungJe,masih lagi menghulurkan minuman itu ke arah Victoria.Perlahan-lahan,Victoria mengambil minuman itu daripada SungJe.SungJe tersenyum sambil mengambil tempat di sebelah Victoria.Victoria pula masih lagi menundukkan wajahnya sambil memegang cawan berisi cappuccino itu.SungJe menoleh ke arahnya.

“Gwenchana?” Soal SungJe.Dia yakin pasti Victoria masih lagi terkejut dengan insiden yang baru sahaja berlaku itu.Victoria sekadar mengangguk.

“ByungHee tak ada apa-apa.Awak tak perlu risau.Doktor cakap keadaan dia baik-baik saja.Cuma sekarang ni,kita hanya perlu tunggu dia sedar sahaja,”kata SungJe.Victoria masih lagi membisu.SungJe memandang ke arahnya.

“Victoria...”

Perlahan-lahan,air mata Victoria mengalir lagi.

“Miane...”Ucap Victoria,dalam sebak.

“Miane...”katanya lagi.Dia memejamkan matanya sambil mengesat air matanya yang mengalir itu.

“Kalau bukan sebab saya...ByungHee tak akan berada di sini...”Katanya.

“Kalau ada sesuatu perkara buruk yang terjadi kepada ByungHee...saya takkan sesekali maafkan diri saya...”Victoria terus menangis teresak-esak.SungJe mencapai tangannya sebelum dia mengusap tangan Victoria dengan lembut.

“Kan oppa dah cakap tadi...ByungHee tak ada apa-apa.Lagipun oppa tahu yang ByungHee tu kuat.Victoria tak perlu risau lagi,hm?”SungJe cuba menenangkan perasaan Victoria.

“Oppa..miane...semua salah saya.Jeongmal miane...”Kata Victoria dalam tangis.SungJe tersenyum nipis.

“It’s okay.Benda dah terjadikan.Lagipun...ByungHee tak ada apa-apa.Victoria tak perlu nak salahkan diri Victoria.Hyung yakin...dia buat semua tu sebab dia sayangkan Victoria,”kata SungJe.Victoria memandang ke arahnya.SungJe tersenyum ke arahnya sebelum dia menyeka air mata Victoria yang masih bersisa itu.

“Semuanya tak ada apa-apa.Victoria jangan risau.Okey?” SungJe terus memujuk Victoria.

“Victoria tak nak jumpa dengan ByungHee?” Soal SungJe.Victoria tidak terus menjawab pertanyaan lelaki itu.Dia memandang ke arah minuman yang berada dalam pegangannya itu sebelum dia memandang semula ke arah SungJe.

 

 

 

 

Victoria memandang ke arah G.O yang masih belum sedarkan diri itu.Perlahan-lahan,dia mengusap pipi G.O dengan lembut.Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir setiap kali teringatkan kejadian malang yang berlaku terhadap lelaki itu.Jika bukan kerana dirinya,pasti lelaki itu tidak akan terlantar di situ.Victoria kemudiannya mencapai tangan G.O sebelum diusapnya lembut.

“Miane...ByungHee yah...”Ucapnya perlahan sambil memandang ke arah G.O.

“Jeongmal miane...”

“Kalau saya lebih berhati-hati...semua ni takkan berlaku.Awak pun tak akan terlantar sakit macam ni...”Katanya lagi.Genggaman tangannya kian erat.

“Awak akan bangun...kan?Saya akan duduk di sini sampai awak sedar...”

“Awak mesti bangun...arasso?”

Suaranya mulai berubah sebak.

“Kalau tak...saya akan lari kepada YongHwa.Awak dengar tak?Saya akan pergi kepada YongHwa kalau awak tak bangun...”

Perlahan-lahan,air matanya mengalir.Victoria kemudiannya meletakkan kepalanya di atas katil sambil menggenggam erat tangan G.O yang sejuk itu.

“Jebal....”

Perlahan-lahan,Victoria memejamkan matanya sehingga terlena di situ tanpa dia sedari.

 

 

 

Victoria membuka matanya sebelum dia mengesat matanya berkali-kali.Dia kemudiannya melihat ke arah sekeliling yang kelihatan asing baginya itu.Agak lama dia terbaring di atas katil itu sehinggalah dia menyedari sesuatu yang membuatkan dia segera bangun dari pembaringannya itu.

“ByungHee...”

Victoria melihat ke arah sekeliling bilik itu sekali lagi apabila menyedari ketiadaan kelibat G.O di situ.Tanpa membuang masa lagi,dia segera melangkah keluar dari bilik itu tanpa mempedulikan pengawal peribadi yang mengawasi bilik rawatan G.O itu.

“ByungHee yah!”

Victoria terus mencari-cari kelibat G.O dengan perasaan cemas.Di mana ByungHee?Adakah keadaannya semakin teruk?Apakah yang terjadi kepadanya sepanjang dia tertidur di dalam bilik itu?Victoria memarahi dirinya sendiri akan kelalaiannya ketika menjaga G.O itu.Victoria meneruskan pencariannya sehinggalah matanya terpandang ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya sambil membawa beg kertas bersamanya.Victoria tercegat di situ apabila mendapati G.O yang sedang berjalan sambil ditemani oleh pengawal peribadinya itu.

“Victoria?”

G.O turut memberhentikan langkahnya apabila melihat Victoria yang sedang tercegat di situ.Kelihatan dia bercakap sesuatu kepada pengawal peribadinya itu sebelum lelaki itu beredar meninggalkan G.O dan Victoria berdua di situ.G.O tersenyum ke arah Victoria sebelum dia berjalan ke arah gadis itu.

“Awak buat apa dekat sini?Saya ingatkan awak tidur lagi,”Soal G.O.Victoria masih lagi tidak menjawab malah dia terus memandang ke arah G.O yang sedang berdiri di hadapannya itu.G.O menunjukkan beg kertas yang dipegangnya itu kepada Victoria.

“Saya rasa awak mesti tak makan lagi.Sebab tu saya minta tolong pekerja abang saya untuk belikan makanan untuk awak.Nah,”kata G.O sambil menghulurkan beg kertas itu kepada Victoria.Namun Victoria masih lagi seperti tadi.

“Kenapa ni?”Soal G.O,apabila menyedari perubahan tingkah laku Victoria itu.Beg kertas itu dialihkannya semula daripada Victoria.

“Awak pergi mana?” Soal Victoria.

“Kan saya dah cakap...saya minta tolong pekerja abang saya untuk belikan breakfast untuk awak,”kata G.O.

“Tapi awak boleh saja tunggu di dalam bilikkan?” Soal Victoria lagi.

“Saya tahu.Tapi saya bosan.Sebab tu saya nak ambil angin dekat luar.Lagipun saya tak nak ganggu awak berehat.Mesti awak penat tunggu di sini semalaman,”kata G.O sambil membelai lembut kepala gadis itu.

“Awak betul-betul dah okey?”Soal Victoria.Wajahnya masih lagi kelihatan bimbang.G.O tersenyum sambil mengangguk.

“Mungkin sebab awak sentiasa berada di sisi saya...keadaan saya jadi bertambah baik.Gomawo,”kata G.O.Victoria menahan air matanya daripada mengalir sebelum dia memeluk tubuh G.O dengan erat.

“Syukurlah...saya betul-betul risau bila awak tak ada dalam bilik tadi.”Suara Victoria berubah sebak.Perlahan-lahan,G.O membalas pelukannya.

“Saya minta maaf,okey?”Ucap G.O sambil menepuk perlahan belakang Victoria itu.Victoria pula terus mengeratkan pelukannya terhadap lelaki itu.

 

 

G.O terus menikmati makanannya sambil diperhatikan oleh Victoria.G.O memandang ke arahnya apabila mendapati Victoria yang langsung tidak menyentuh makanannya itu.

“Awak tak nak makankah?” Soal G.O.Victoria tersenyum ke arahnya.

“Saya nak tengok awak makan dulu,”kata Victoria.G.O tertawa kecil sebelum dia mencubit lembut hidung gadis itu.

“Awak rindukan saya kan?” Soal G.O.Victoria tersenyum lagi.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan lelaki itu sebelum digenggamnya erat.G.O memandang ke arahnya.

“ByungHee yah...”

Victoria memandang ke arah tangan G.O yang digenggamnya itu.

“Awak mesti berjanji dengan saya...yang awak tak akan buat perkara macam ni lagi.Saya tak nak awak abaikan keselamatan awak semata-mata kerana saya.Saya tak suka awak cedera macam ni disebabkan saya,”kata Victoria.Dia memandang ke arah G.O.

“Awak tak tahu perasaan saya bila saya tengok awak terlantar sakit macam ni.Saya risau.Saya selalu terfikir setiap kali saya tengok awak yang langsung tak sedarkan diri selepas kejadian tu.”

“Adakah awak akan sedar semula?Adakah saya dapat lihat awak tersenyum seperti sebelum ni semula?Adakah saya akan dapat dengar usikan awak semula?Atau...adakah semuanya akan berakhir di sini?Macam mana kalau awak langsung tak...”

Kata-kata Victoria terhenti apabila G.O meletakkan jarinya pada bibir Victoria.Victoria memandang ke arahnya.

“Sekarang persoalan awak semua dah terjawab kan?” Soal G.O.Pandangan mereka bertentangan antara satu sama lain.

“Saya dah ada di sini untuk awak.Awak dah tak perlu risau apa-apa lagi,okay?”Soal G.O lagi sambil mengusap lembut pipi Victoria.

“Saya buat semua tu...sebab saya sayangkan awak.Saya lebih rela tanggung rasa sakit macam ni...daripada menanggung kesakitan tengok awak yang berada di tempat saya seperti sekarang ni..”

Victoria menundukkan wajahnya , cuba menyembunyikan air matanya yang mulai mengalir itu.G.O memegang dagunya,bagi membolehkannya menatap wajah teman wanitanya itu.

“Boleh tak kalau saya nak tuntut hadiah saya daripada awak?” Soal G.O sambil tersenyum.

“Apa maksud aw...”

Belum sempat Victoria menghabiskan pertanyaannya,G.O segera mencium bibirnya.Victoria tergamam dengan tindakan mengejut daripada lelaki itu.Perlahan-lahan,Victoria memejamkan matanya membiarkan lelaki itu mengucup bibirnya dengan lebih lama.G.O kemudiannya menjauhkan wajahnya daripada Victoria sebelum dia memandang ke arah gadis itu.

“Lagipun awak tahu kenapa saya mesti cepat sembuh?” Soal G.O.Victoria sekadar mendengar.

“Sebab saya tak nak awak lari kepada YongHwa,” kata G.O sambil mencubit pipi gadis itu.

“A..awa..awak dengar?” Soal Victoria,terkejut,sambil mengusap pipinya yang dicubit oleh G.O itu.G.O tersenyum sinis.

“Awak ingat saya tak boleh dengarkah?Saya Cuma tak boleh nak balas apa yang awak cakap...tapi saya masih boleh dengar,okey?” Kata G.O.Wajah Victoria berubah merah.G.O tersenyum.

“Sa...saya nak call SungJe Oppa...saya nak cakap yang awak dah sedar,”kata Victoria sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.Namun G.O segera mengambil telefon bimbitnya itu sebelum sempat dia mendail nombor telefon SungJe itu.

“Tak payah call,”kata G.O.

“Tapi...”

“Saya nak luangkan masa berdua dengan awak.Saya tak nak orang lain ganggu,”kata G.O sambil menarik Victoria supaya baring dengannya di atas katil itu.

“Tapi ByungHee...”

Mulut Victoria terkunci apabila G.O mengeratkan pelukan terhadapnya itu.Perlahan-lahan,lelaki itu memejamkan matanya.Victoria meletakkan tangannya pada lengan G.O yang melingkari pinggangnya itu.

“Awak tak habiskan makanan awak lagi,ByungHee,”kata Victoria.

“Nantilah.Saya dah kenyang...”Balas G.O.Victoria tersenyum.Begitu juga dengan G.O.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/