Chap 29

Hate You Love You

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

 

Semua penonton bersorak sebaik sahaja MBLAQ menamatkan persembahan mereka di atas pentas.Victoria dan Su Ji turut memberikan tepukan yang gemuruh kepada mereka. Victoria tersenyum riang apabila melihat G.O yang sedang berada di atas pentas itu. Dia akui lelaki itu begitu hebat di atas pentas.Ternyata dia mempunyai bakat untuk menjadi seorang idola terkenal suatu hari nanti. Victoria kemudiannya menoleh ke arah Su Ji yang masih kusyuk memandang ke arah pentas itu.Kelihatan MBLAQ sedang berinteraksi sesame sendiri di atas pentas. Kedengaran penonton ketawa apabila mendengar jenaka daripada kumpulan idola itu.

“Abang Su Ji betul-betul hebatkan tadi? Vokal dia memang terbaik yang pernah unni dengar selama ni,”kata Victoria. Su Ji tersenyum sambil mengangguk.

“Mir oppa memang kacak! Su Ji suka sangat dengar dia rap,”balas Su Ji,masih tidak melepaskan pandangannya ke arah pentas itu.

“Bwo? Mir?” Soal Victoria. Su Ji terdiam.

“Em…Su Ji sebut Mirkah tadi?” Soal Su Ji.Victoria tersenyum sumbing.

“Em…ByungHee oppa mestilah hebat.Tengoklah oppa siapakan.Sebab tu dia jadi voKal utama dalam MBLAQ,” kata Su Ji,cuba mengubah topic perbualan.

“Em…patutlah Su Ji nak datang sini.Nak jumpa dengan Mir rupanya,”kata Victoria.

“Bukanlah unni.Su Ji memang nak datang sini sebab nak berseronok.Tak ada niat lain.” Su Ji menafikan kata-kata Victoria dengan bersungguh-sungguh.Victoria ketawa.

“Jangan risau.Unni takkan beritahu siapa-siapa terutamanya ByungHee.Okay? Unni sokong kalau Su Ji dengan Mir bercinta,” kata Victoria,sengaja mengusik.Wajah Su Ji berubah merah.

“Bukanlah unni! Su Ji dengan Mir oppa tak ada apa-apalah,”balas Su Ji. Victoria terus ketawa.Perbualannya terganggu seketika apabila menerima isyarat mesej pada telefon bimbitnya.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat mesej yang baru sahaja diterimanya itu.

 

Daripada : ByungHee <3

Kepada : Victoria

Jumpa saya di belakang pentas nanti.

 

“Nak jumpa dengan Mir oppa dekat belakang pentas tak?” Soal Victoria.

“Nak buat apa?Kita datang sini bukan nak duduk belakang pentas saja,unni,”balas Su Ji. Victoria tersenyum.

“ByungHee ajak kita ke sana. Jomlah,”pujuk Victoria. Su Ji terus memasamkan riak wajahnya. Victoria tersenyum.

“Arasso…arasso…Unni takkan usik Su Ji lagi dah.Jom?” Pujuk Victoria sambil memegang tangan Su Ji.Su Ji akhirnya tersenyum.Namun,langkah mereka terhenti apabila kedengaran telefon bimbit Victoria berdering.

“Siapa ni?”

Su Ji sekadar melihat ke arah Victoria yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya itu.Kelihatan Victoria membeliakkan matanya.

“Macam mana boleh jadi macam tu? Em…tak apa.Nanti saya datang,”kata Victoria.Wajahnya kelihatan resah.

“Unni,kenapa?” Soal Su Ji.

“Unni ada kerja sekejap dekat bangunan sekolah.Nanti unni datang balik ya.Su Ji pergilah jumpa dengan ByungHee dulu,”kata Victoria sebelum dia meninggalkan Su Ji menuju ke arah bangunan sekolah.

 

 

Victoria segera bergegas menuju ke arah bangunan stor yang terletak di belakang bangunan sekolah.Dia cuba memberanikan diri untuk pergi ke situ walaupun suasananya kelihatan sedikit gelap daripada tempat lain.Victoria kemudiannya mengetuk pintu bangunan stor itu sebaik sahaja dia tiba di situ.

“Awak ada dekat dalamkah?” Soal Victoria.Victoria semakin bimbang apabila tiada respon kedengaran dari dalam bilik itu.Tanpa membuang masa lagi,dia terus mengeluarkan kunci untuk membuka pintu tersebut.Dia kemudiannya memetik suis lampu sebaik sahaja pintu bilik itu berjaya dibuka.

“Ada orangkah? Saya dah bukakan pintu,awak boleh keluar sekarang,”kata Victoria,cuba mencari-cari kelibat pelajar yang terkurung di dalam bilik itu.

“Hello?”

Victoria terkejut apabila seseorang menutup mulutnya dari belakang.Victoria cuba melepaskan dirinya namun kudratnya tidak berupaya untuk melawan kekuatan lelaki yang sedang memeluknya dari belakang itu.

“Ap…apa..awak..bu..buat ni?Le..lepaskan saya!” Jerit Victoria.

“Diam!” Jerkah seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu.Victoria terkejut apabila kelihatan seorang lagi lelaki bertopeng berdiri di hadapannya sebelum dia mengikat kedua-dua tangannya dengan tali.Victoria mengaduh kesakitan apabila mendapati ikatan yang dibuat pada tangannya itu ketat.

“Apa semua ni?” Soal Victoria.Suaranya kedengaran menggigil.Air matanya mulai mengalir kerana ketakutan yang teramat itu.Bimbang sekiranya dirinya diapa-apakan oleh dua orang lelaki bertopeng itu.

“Kalau kau diam…kami takkan apa-apakan kau,faham?!” Jerkah lelaki bertopeng itu lagi.Victoria terpaksa mendiamkan dirinya.Dia kemudiannya melihat kedua-dua kakinya pula diikat dengan kuat.Air matanya mengalir kian laju apabila mulutnya pula ditutup dengan kain.

“Jom kita pergi,”kata salah seorang daripada lelaki bertopeng itu.Mereka kemudiannya mengetuk suis lampu bilik itu dengan kayu sehingga menyebabkan lampu bilik stor itu terpadam.Victoria membeliakkan matanya apabila mendapati dirinya yang akan ditinggalkan berseorangan dalam gelap itu.

“Mmmm!!!!” Victoria cuba menjerit namun ternyata usahanya sia-sia.Lelaki itu kemudiannya mengunci pintu bilik itu sebelum beredar meninggalkan Victoria berseorangan di dalam stor itu seorang diri.

 

 

“Mana Victoria ni?” Soal G.O sambil melihat jam tangannya.

“Dia tak cakapkah dia pergi mana,Su Ji?” Soal G.O sambil menoleh ke arah adik perempuannya itu.

“Dia Cuma cakap dia ada kerja sekejap dekat bangunan sekolah.Tak ada pula dia cakap kerja apa,”kata Su Ji.Dia turut berasa bimbang apabila Victoria masih belum tiba di situ.Apatah lagi panggilannya langsung tidak berjawab.G.O melepaskan keluhan berat.Mungkinkah ada sesuatu perkara buruk terjadi ke atas Victoria ketika itu?

“Oppa nak pergi cari dia,”kata G.O.

“Biar aku tolong kau cari Victoria sekali,”kata YongHwa,menawarkan bantuan.Rakan-rakan MBLAQnya yang lain turut bersedia untuk membantu.

“Su Ji nak ikut sekali,”kata Su Ji.Mir menoleh ke arahnya tanpa bersuara.Su Ji turut memandang ke arah Mir.

“Baik.Kita berpecah.Kalau sesiapa ada jumpa dengan Victoria,cepat-cepat beritahu,okey?” Kata G.O.Dia terus beredar dari tapak festival itu menuju ke arah bangunan sekolah tanpa berlengah lagi.Mereka kemudiannya turut mengikut jejak G.O dari belakang sebelum berpecah mengikut haluan masing-masing.

“Victoria!”

Jerit G.O sambil menolak pintu pada setiap bilik yang terdapat di aras bangunan sekolah itu.YongHwa turut melakukan perkara yang sama.Mereka melepaskan keluhan berat apabila pencarian mereka masih belum membuahkan hasil.G.O kemudiannya cuba menghubungi telefon bimbit Victoria sekali lagi.Dia hampa apabila panggilannya itu masih tidak berjawab.

“Vic…awak ada dekat mana ni?” Soal G.O,cemas.YongHwa menoleh ke arahnya.Dia turut bimbang sekiranya Victoria ditimpa sesuatu perkara yang buruk.Entah mengapa,wajah Ye Jin terlintas dalam fikirannya.Dia yakin Ye Jinlah yang menjadi dalang di sebalik kejadian buruk yang mungkin sedang berlaku ke atas Victoria ketika itu.Namun,dia tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh gadis itu.

“Mereka dah jumpa?” Soal YongHwa.G.O menggeleng lemah.

“Victoria…”

 

 

Victoria cuba melepaskan ikatan pada tangannya namun usahanya itu tidak berhasil.Malah dia merasakan kedua-dua pergelangan tangannya semakin sakit kerana ikatan yang terlalu kuat itu.Dia tidak berani untuk berganjak dari situ kerana suasana bilik stor yang terlalu gelap itu.Dia hanya mampu menangis di situ.

“ByungHee…tolong saya…”Bisik hati kecilnya.Air matanya terus mengalir.Sungguh dia berasa sangat takut ketika itu.

“ByungHee..”

Tubuhnya menjadi semakin lemah.Nafasnya menjadi semakin sesak.Pandangan menjadi kabur.Victoria kemudiannya terbaring di situ sebelum dia memejamkan matanya secara perlahan-lahan.

 

 

“Kami dah cari…tapi kami tak jumpa.Kami dah cari setiap bilik yang ada dekat bangunan ni,”kata Lee Joon sebaik sahaja mereka berkumpul semula.G.O mengeluh berat.

“Su Ji ah…betulkah Victoria cakap yang dia ada kerja dekat sini?” Soal G.O,inginkan kepastian.Perlahan-lahan, Su Ji mengangguk.G.O kemudiannya memandang ke arah SeungHo,yang lebih mahir dengan selok-belok persekitaran sekolah itu.

“Kau rasa dekat mana kita tak cari dia lagi?”Soal G.O.Dia benar-benar sudah buntu ketika itu.Dia lebih memikirkan keadaan Victoria ketika itu.

“Kita cuba cari dekat luar bangunan sekolah,”kata SeungHo.

“Luar bangunan sekolah?Takkanlah…Dia kan takut gelap.Mana mungkin dia berani pergi situ seorang,”kata Lee Joon pula.Mata G.O terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata Lee Joon.Lee Joon yang baru menyedari kata-katanya itu turut memandang ke arah G.O.

“ByungHee Hyung…jangan-jangan…”

Tanpa menunggu lama lagi,G.O segera berlari meninggalkan rakan-rakannya di situ.Langkahnya itu turut diikuti oleh rakan-rakannya dari belakang.

 

“Victoria!”

Mereka terus melaungkan nama Victoria sambil mencari-cari kelibat Victoria di situ.

“Unni!Unni ada dekat mana?!” Laung Su Ji.Keadaan yang gelap itu membuatkan Su Ji hampir-hampir terjatuh di atas tanah , namun mujur sempat disambut oleh Mir yang berjalan di sebelahnya itu.

“Gwenchana?” Soal Mir .

“Em,”balas Su Ji sambil tersenyum.

“Hati-hati sikit.Kawasan ni memang gelap,”kata Mir,sambil memegang tangan Su Ji dengan erat.Su Ji angguk.

“Victoria!”

“ByungHee,jom kita pergi dekat bangunan stor barang tu.Kita tak cari lagi dia dekat situ,”kata YongHwa sambil menyuluhkan lampu ke arah bangunan stor yang terletak tidak jauh dari mereka itu.G.O kemudiannya berjalan menuju ke arah bangunan stor itu bersama YongHwa.YongHwa kemudiannya cuba membuka pintu bilik stor itu namun tidak berjaya.

“Kunci,”kata YongHwa.G.O kemudiannya segera menghempapkan tubuhnya pada pintu bilik stor itu.Walau apa pun terjadi,dia mesti dapat menjumpai Victoria.Sementara itu,Su Ji terus cuba menghubungi telefon bimbit Victoria.

“Unni..jawablah,”pintanya.Sementara itu,G.O terus cuba membuka pintu bilik stor itu.Kelakuannya terhenti seketika apabila telinganya dapat menangkap bunyi deringan telefon bimbit yang amat dikenalinya itu.YongHwa memandang ke arah G.O.

“ByungHee…itukan…”

G.O memandang ke arah bangunan stor itu.Dia kemudiannya mendekatkan telinganya pada pintu bilik itu.Matanya terbuka luas apabila deringan telefon bimbit itu kedengaran dari dalam bilik itu.

“Victoria!” G.O mengetuk pintu itu dengan kuat.

“Victoria!”

G.O terus menghempapkan tubuhnya pada pintu bilik itu tanpa mempedulikan kesakitan yang sedang dialaminya itu.Akhirnya usahanya berhasil apabila pintu itu terbuka juga.G.O cuba mencari-cari suis lampu di dalam bilik itu.

“Tak guna.Suis lampu ni dah rosak,”katanya.

“Victoria!”Laung G.O sambil menyuluhkan lampu ke arah ruang bilik stor itu.Matanya terbuka luas apabila melihat Victoria yang sedang terbaring lemah di atas lantai itu.Tangan dan kakinya diikat sementara mulutnya pula ditutup dengan kain.

“Victoria!”

G.O segera menerpa ke arah Victoria.Dia membuka ikatan kain pada mulut Victoria sebelum dia membuka ikatan yang terdapat pada tangan dan kaki Victoria.

“Victoria,”G.O cuba menyedarkan Victoria yang sedang tidak sedarkan diri itu.

“Victoria…bangun…” G.O cuba menyedarkan Victoria namun gadis itu terbaring kaku.

“Victoria!”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/