Chap 28

Hate You Love You

Rumah Agam Keluarga Jung

 

 

 

Victoria segera bersiap-siap untuk beredar dari rumah agam itu.Dia perlu berada di sekolah tepat pada waktunya sebelum festival muzik itu bermula.Walaupun dia perlu berada di situ sepanjang hari untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan festival muzik itu sebagai presiden persatuan pelajar, namun dia tidak perlu bimbang kerana sudah ada beberapa ahli jawatankuasa yang boleh membantunya menguruskan festival itu semasa ketiadaannya.Dia juga tidak begitu arif dalam menguruskan festival sebegitu rupa.Tugasnya hanyalah untuk memastikan festival itu berjalan lancar dan menepati peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

“Unni!”

Victoria menoleh apabila terdengar namanya dipanggil.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat Su Ji yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Ya,Su Ji.Su Ji nak apa?” Soal Victoria.

“Unni dah nak pergikah?” Soal Su Ji.Victoria angguk.

“Tapikan festival tu lambat lagi nak mula,”kata Su Ji.

“Memanglah lambat lagi nak mula.Tapi unni kena pergi sekarang sebab unni nak tengok kalau ada apa-apa masalah yang berlaku waktu persiapan festival tu dijalankan,”kata Victoria.

“Oh yakah? Em…tak bolehkah kalau unni minta tolong orang lain tengokkan dulu? Sebab Su Ji nak minta tolong unni sikit ni,”kata Su Ji,cuba memulakan rancangannya itu.

“Eh,nak minta tolong apa?” Soal Victoria,hairan.

 

 

“Su Ji tak tahulah nak pakai baju apa,unni.Boleh tak unni pilihkan baju yang sesuai untuk Su Ji?” Soal Su Ji sambil menunjukkan beberapa pasang baju miliknya di atas katil itu.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja melihat baju-baju milik Su Ji yang berada di atas katil itu.

“Baju Su Ji ni kan banyak.Takkan satu pun Su Ji tak tahu nak pilih?” Soal Victoria.

“Sebab banyak sangatlah Su Ji tak tahu nak pilih,unni.Unni rasa baju mana yang sesuai untuk festival tu nanti?” Soal Su Ji,cuba untuk meminta pendapat daripada Victoria.

“Em,unni pun tak tahulah,Su Ji.Unni bukannya pandai bab-bab fesyen ni.Pada unni,semua baju Su Ji ni cantik.Tak salah kalau Su Ji nak pilih mana-mana pun,”kata Victoria. Su Ji kemudiannya mengambil salah satu daripada bajunya sebelum dipadankan pada tubuh Victoria.Victoria terkejut dengan tindakan gadis itu.

“Em…Su Ji…Su Ji buat apa ni?” Soal Victoria.

“Su Ji Cuma nak tengok.Kalau baju ni cantik pada unni,mesti Su Ji pun akan nampak cantik macam unni juga kalau Su Ji pakai baju ni,”kata Su Ji,beralasan.Victoria terpaksa membisu , membiarkan Su Ji memilih pakaian yang mahu dipadankan pada tubuhnya itu.

“Unni nanti pakai baju apa dekat festival tu?” Soal Su Ji sambil memilih baju untuk dipadankan pada tubuh Victoria itu.

“Unni pakai baju ni saja,”kata Victoria. Su Ji segera menoleh ke arahnya sebelum dia melihat pakaian yang tersarung pada tubuh Victoria itu.

“Bwo?Baju lengan panjang ni saja yang unni pakai?” Soal Su Ji,tidak percaya.

“Wae? Bukannya unni nak buat apa-apa pun dekat festival tu.Apa salahnya kalau unni pakai baju macam ni,”balas Victoria.

“Oh my god,unni.Unni….unni tak boleh pakai baju ni,okey? Kalau unni tak ada baju yang sesuai untuk festival tu, Su Ji boleh tolong,” kata Su Ji sambil menepuk dadanya.

“Tapi Su Ji…”

“Shh! Unni duduk diam saja okey? Biar saya pilihkan baju yang sesuai untuk unni,”kata Su Ji sambil membiarkan Victoria supaya duduk di atas katilnya. Victoria melihat sahaja Su Ji yang sedang sibuk mencari sesuatu dari dalam almarinya itu.

“Ahah! Jumpa pun,” kata Su Ji,teruja. Dia kemudiannya mengeluarkan gaun pendek berwarna merah yang dihiasi oleh corak petak berwarna hitam itu. Gaun itu kelihatan anggun sekali apabila terdapat riben berwarna hitam yang dililitkan pada bahagian pinggang gaun itu. Mata Victoria terbuka luas apabila melihat gaun merah yang dipegang oleh Su Ji itu.

“Em,Su Ji…takkanlah…”

“Yup.Unni akan pakai baju ni dekat festival tu nanti.Biar semua orang rasa WOW bila tengok unni dekat festival tu nanti,”kata Su Ji,tersenyum lebar.

“Tapi…”

“ByungHee oppa mesti tak kedip mata kalau tengok unni pakai baju ni.Su Ji jamin!” Kata Su Ji,sebelum dia ketawa puas hati.

“Tapi Su Ji…”

“Oh..jadi unni nak lawan cakap Cik Muda ya?” Balas Su Ji,pura-pura mengugut Victoria.Victoria terdiam.Su Ji tersenyum kemenangan.

 

 

 

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

 

“Kau tengah cari apa tu,ByungHee?” Soal SeungHo,hairan melihat kelakuan G.O yang kelihatan sedang mencari-cari sesuatu itu.

“Tengah cari buah hatilah tu,”sampuk YongHwa,yang turut berada di belakang pentas itu.

“Oh,Victoriakah?Ala…mesti dia datang punya.Dia mungkin tengah sibuk uruskan apa yang patut sebelum festival ni bermula,”kata Lee Joon pula.

“Aku tengah cari Su Jilah.Dia kata dia datang ke festival ni.Aku risau kalau-kalau dia kena kacau dengan budak-budak nakal sekolah kita ni,”kata G.O,cuba menafikan andaian rakan-rakannya itu.YongHwa mencebik.

“Risaukan Su Jikah…Victoria?” Soal YongHwa,mengusik.

“Dua-dualah,”balas G.O,malas mahu melayan usikan sepupunya itu.

“Ala jangan risaulah.Mesti Su Ji ada dengan Victoria,”kata SeungHo.G.O melepaskan keluhan kecil.

“Su Ji datang juga ke festival ni?” Soal Mir,teruja.Semua yang berada di situ terutamanya G.O menoleh ke arah Mir.Mir segera menutup mulutnya apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya itu.

“Wae? Kenapa nampak seronok sangat ni bila tahu Su Ji datang ke sini?” Soal G.O,ingin tahu.Semua yang berada di situ turut menantikan jawapan daripada maknae itu.Pantas sahaja Mir menggelengkan kepalanya.

“Tak ada apa-apa.Cuma…sukalah dia datang.Salahkah?” Soal Mir pula.Kening kanan G.O terangkat.

“Betullah! Mir Cuma suka kalau lagi ramai orang tengok persembahan kita nanti.Salahkah?” Soal Mir,cuba meyakinkan rakan-rakannya itu.

“Tak apa.Nanti Hyung akan tahu juga sebabnya,”kata G.O.Mir menelan air liurnya.Mir kemudiannya memandang ke arah Lee Joon.Kelihatan Lee Joon menggelengkan kepalanya, seolah-olah mengisyaratkan Mir supaya berhati-hati dengan keterlanjuran kata-katanya.Mir kemudiannya menganggukkan sedikit kepalanya.

G.O kemudiannya menelefon seseorang sementara menunggu festival muzik itu bermula.

“Awak kat mana?” Soal G.O.

“Saya dah sampai.Awak ada dekat mana?” Soal Victoria pula.

“Saya ada dekat belakang pentas.Su Ji ada dengan awakkah?” Soal G.O,sambil melihat sekeliling,cuba mencari-cari kelibat Victoria dan Su Ji di situ.

“Dia ada dengan saya.Nanti kami datang dekat awak,”kata Victoria sebelum dia menamatkan panggilannya.

 

G.O kemudiannya memusingkan tubuhnya ke belakang sebaik sahaja perbualan ringkasnya dengan Victoria tamat.Namun,tidak lama selepas itu,bahunya terlanggar seseorang.

“Oppa!”

“Eh,cepatnya sampai?” Soal G.O,terkejut melihat Su Ji berada di situ.

“Kan Victoria unni dah cakap yang kami dah sampai.Su Ji dah agak dah yang oppa mesti ada dekat sini,”kata Su Ji sambil tersenyum.

“Oh…em..Victoria mana?Bukan dia datang sekali dengan Su Jikah?” Soal G.O,cuba mencari-cari kelibat Victoria di situ.

“Eh? Unnikan ada kat sebelah Su Ji ni.Oppa tak nampakkah?” Soal Su Ji,hairan.G.O melihat ke arah seorang gadis yang berdiri di sebelah Su Ji itu.Matanya langsung tidak berkedip daripada memandang ke arah gadis yang berpakaian gaun merah hingga paras lutut itu.

“Kan Su Ji dah cakap…oppa mesti tak berkedip mata tengok unni,”kata Su Ji sambil menyiku lengan Victoria di sebelahnya itu.

“Yah,Jung ByungHee.Janganlah pandang saya macam tu,”kata Victoria,tidak selesa diperhatikan oleh G.O.

“Victoria?”Soal G.O tidak percaya.

“Ya,saya.Kenapa?” Soal Victoria pula.

“Awak nampak lain…”Kata G.O,masih lagi tidak percaya dengan perubahan yang berlaku pada Victoria itu.

“Saya nak tukar bajulah,”kata Victoria,berura-ura mahu beredar dari situ namun dihalang oleh G.O.

“Kenapa awak nak tukar?”Soal G.O.

“Saya tak sukalah.Lagipun saya mesti nampak pelik pakai baju macam ni,”kata Victoria.

“Siapa cakap awak nampak pelik?Awak nampak cantik sangat okey?Saya hampir-hampir tak kenal awak tadi,”kata G.O,bersungguh-sungguh.Victoria mencebik.

“Betul.Awak nampak cantik.Cantik sangat.Saya suka,”kata G.O sambil tersenyum.

“Yalah.Waktu ni sajalah awak cakap saya cantikkan,”balas Victoria.

“Eh,saya kan dah pernah cakap awak cantik sebelum ni.Jangan nak buat-buat lupa ya,”kata G.O sambil menjentik lembut dahi teman wanitanya itu.

“Yah!”

“Betullah awak ni Victoria.Walaupun nampak cantik macam ni,awak tetap garang macam singa.Ah…macam manalah saya tak makin saying dekat awak ni,”kata G.O,sengaja mengusik.Su Ji yang mendengar usikan abangnya itu sekadar ketawa.

“Awak ni memang suka kenakan sayakan?” Victoria menepuk lengan G.O . G.O sekadar ketawa.

“Noona!”

Victoria menoleh.Kelihatan MBLAQ dan YongHwa sedang berjalan ke arah mereka.

“Wah….Betulkah Noona ni?Nampak lain sangat!” Soal Mir,tidak percaya.Sekali sekala dia akan menghadiahkan senyuman kepada Su Ji.Su Ji turut membalas senyumannya.

“Tak adalah.Noona nampak peliklah,”kata Victoria sambil membetulkan sedikit rambutnya yang melepasi bahu itu.YongHwa pula kemudiannya memandang ke arah Su Ji sebelum dia mengenyitkan mata ke arah gadis itu. Su Ji pula sekadar mengangguk sambil tersenyum.

“Baguslah semua dah ada dekat sini.Persembahan kita pun dah nak mula ni,”kata SeungHo.

“MBLAQ mula dulukah?” Soal Su Ji,teruja.

“Oppa yang mulakan dulu.Jangan tak tengok pula,”kata YongHwa.

“Awak pun jangan tak tengok pula,Victoria.Saya tahulah bintang pujaan awak ada depan mata,”kata YongHwa,seraya mengusik.Victoria tersenyum.

“Mestilah saya tengok.Kalau tak,buat apa saya datang sini,”kata Victoria.Victoria kemudiannya menoleh ke arah G.O.

“Dan semestinya saya akan tengok awak atas pentas nanti,”kata Victoria sebelum dia menghadiahkan kucupan pada pipi G.O.Mata G.O terbuka luas,terkejut dengan tindakan mengejut daripada Victoria itu.

“Good luck!” Ucap Victoria,sebelum dia beredar dari situ bersama Su Ji untuk melihat sendiri persembahan mereka dari luar.G.O pula masih lagi kaku di situ.

“Jangan lupa lirik pula ya,”usik Lee Joon sambil menepuk bahu G.O. Mereka yang berada di situ turut ketawa melihat G.O yang diusik oleh Lee Joon itu. G.O pula sekadar tersenyum malu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/