Chap 2

Hate You Love You

“Saya nak cappuccino satu,”kata Victoria kepada pekerja yang sedang berdiri di kaunter bayaran itu.

“Sebentar ya,cik,”kata pekerja itu sambil tersenyum.

 

“Terima kasih.Sila datang lagi,”kata pekerja itu sambil tersenyum.Victoria turut membalas senyumannya sebelum dia melangkah keluar dari kafe itu.

“Buaya tu kan..memang dah melampau tau,”bisik hatinya,menahan geram terhadap lelaki bernama Jung ByungHee itu.

 

Imbas kembali:

 

“Victoria?!”

 “G.O?!”

Victoria menjadi kaku apabila melihat G.O yang sedang berdiri di hadapannya itu.Penampilan lelaki itu kelihatan sangat berbeza jika mahu dibandingkan dengan penampilannya di sekolah.Agak sukar baginya untuk mengenali lelaki tersebut sebentar tadi.G.O kemudiannya melihat penampilan Victoria dari hujung rambut sehingga hujung kaki.Tidak lama selepas itu,dia ketawa sambil memandang ke arah Victoria yang masih terkejut dengan pertemuan yang tidak disangka itu.

“Well...well..well...menarik ni,”kata G.O sambil menyentuh bibirnya.Victoria mulai berasa tidak selesa apabila berjumpa dengan G.O dalam keadaan begitu.Ternyata rahsianya sudah terbongkar.

“Victoria...Presiden Persatuan Pelajar yang terkenal dengan ketegasannya menegakkan peraturan sekolah...rupa-rupanya bekerja sebagai pekerja kelab malam Monalisa?”Kata G.O sambil menguntum senyuman sinis kepada Victoria.Victoria diam membisu.Lidahnya kelu untuk bersuara.G.O kemudiannya berjalan menghampiri Victoria sambil tersenyum ke arah gadis itu.Victoria pula berundur beberapa langkah ke belakang sehingga tubuhnya bersandar pada dinding bangunan itu.G.O meletakkan kedua-dua tangannya pada dinding bangunan itu,enggan membiarkan Victoria melepaskan diri daripadanya.

“So...let me see...”Kata G.O,separuh berbisik sambil memandang tepat ke arah anak mata Victoria.Victoria menelan air liur.

“Kalau tak silap sayalah kan...peraturan sekolah ada mengatakan...PELAJAR TIDAK DIBENARKAN UNTUK BEKERJA SEMASA ATAUPUN DI LUAR WAKTU SEKOLAH.”Kata G.O lagi sambil memandang ke arah Victoria.

“Jadi...Victoria ssi...ada apa-apa yang awak nak jelaskan kepada saya sekarang?” Soal G.O,separuh berbisik sambil mendekatkan bibirnya pada telinga Victoria.Victoria menelan air liur.Dia buntu.Rahsianya besarnya kini sudah pun berada dalam genggaman lelaki tersebut.Andai tersilap langkah,dia mungkin boleh dibuang sekolah.Victoria memberanikan diri untuk memandang ke arah G.O.

“Jung ByungHee ssi...”

“Peraturan sekolah juga ada mengatakan...PELAJAR TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERADA DI MANA-MANA PUSAT HIBURAN SEMASA ATAU PUN DI LUAR WAKTU SEKOLAH.Jadi...”Victoria memandang ke arah G.O.

“Apa yang awak buat dekat sini?”Soal Victoria.G.O tersenyum.

“Oh...salahkah kalau saya nak berada di pusat hiburan milik keluarga saya sendiri?” Soal G.O pula.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki tersebut.G.O ketawa kecil apabila menyedari riak wajah Victoria yang terkejut mendengar kata-katanya itu.

“Jadi,apa yang awak buat di sini,Victoria?” Soal G.O lagi.Victoria melepaskan keluhan kecil.Dia memalingkan wajahnya daripada lelaki tersebut.

“Lepaskan saya,G.O,”kata Victoria,perlahan.G.O tersenyum sebelum dia menjauhkan jaraknya dengan Victoria.Victoria membetulkan sedikit rambutnya sebelum dia memandang ke arah G.O.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil sekali lagi.

“Macam yang awak nampak...saya bekerja sambilan di sini,”kata Victoria,perlahan.G.O sekadar membisu.

“Okey...saya tahu...saya dah langgar peraturan sekolah.Tapi...saya terpaksa buat macam ni.Saya terpaksa buat semua ni sebab masalah kewangan,”kata Victoria,terpaksa membongkarkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya itu.

“Okey,saya faham.Tapi kenapa mesti bekerja di Monalisa?Kan ada banyak kerja lain lagi?” Soal G.O.Victoria memandang ke arah lelaki tersebut.Kelihatan riak wajah G.O berubah serius,tiada lagi wajah nakalnya seperti tadi.Perlahan-lahan,Victoria menundukkan wajahnya.

“Saya terpaksa.Sebab sekurang-kurangnya bekerja di Monalisa takkan mengganggu waktu belajar saya.Saya mesti kekalkan prestasi akademik saya untuk mempertahankan jawatan saya sebagai Presiden Persatuan Pelajar walau apapun terjadi,”kata Victoria.

“Jadi,awak memang tak kisah kalau awak akan selalu diganggu macam tadi?Kalau awak nak tahu,tempat ni bahaya tau.Saya tak boleh jamin keselamatan awak di sini,”kata G.O.

“Saya tak kisah.Saya yakin saya boleh uruskannya dengan baik.Dan awak tak perlu nak ganggu saya lagi.Anggap saya yang awak tak pernah berjumpa dengan saya di sini,”kata Victoria,sebelum dia memusingkan badannya untuk beredar dari situ.G.O tersenyum.

“Sekurang-kurangnya awak patut ucapkan terima kasih kepada saya,”kata G.O sambil memandang ke arah Victoria.Victoria menghentikan langkahnya.Dia memandang semula ke arah G.O.

“Tolong rahsiakan hal ni daripada orang lain.Termasuk ahli kumpulan MBLAQ awak,”kata Victoria.G.O tersenyum lagi.

“Em...apa ganjarannya ya?” Soal G.O sambil berjalan ke arah Victoria.Victoria terdiam.

“Awak pun tahukan...benda ni sangat berat.Saya tak peduli apa alasan awak untuk bekerja di sini.Yang penting...kesalahan awak ni sangat besar.Dan awak boleh dibuang dari sekolah pada bila-bila masa sahaja,”kata G.O,separuh berbisik.Victoria menelan air liur.G.O tersenyum.

“Saya tahu.Saya boleh simpan rahsia besar awak ni...tetapi dengan satu syarat,”kata G.O.Victoria memandang ke arahnya.G.O kemudiannya menyentuh rambut Victoria yang diikat itu sambil tersenyum.Victoria terpaksa membiarkannya walaupun dia ingin melepaskan diri daripada lelaki tersebut.

“Jadi orang suruhan saya , Victoria,”kata G.O.Victoria terkejut apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

“Apa?!”

“Wae?Susah sangatkah syarat saya tu?Em..it’s okay kalau awak tak nak.Sebab saya boleh saja bongkarkan rahsia awak ni di sekolah esok,”kata G.O.

“Arasso arasso!Saya setuju.Saya akan jadi orang suruhan awak sebagai syarat awak akan simpan rahsia saya ni daripada orang lain,”kata Victoria,menahan geram.G.O tersenyum lebar sambil menggosok lembut kepala Victoria.

“Good girl.Kan senang macam ni,”kata G.O,sengaja menyakitkan hati gadis itu.

“Kalau macam tu...esok belikan cappuccino panas untuk saya sebelum awak datang ke sekolah.Saya akan tunggu awak di bumbung bangunan sekolah esok pagi.Kalau awak tak datang...”G.O memandang ke arah Victoria sambil mengelar lehernya dengan jari telunjuknya.

“Awak akan tahu nasib awak nanti,”kata G.O sambil tersenyum sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di situ.Kedengaran dia ketawa berpuas hati.

“Aish...tak guna betullah buaya darat tu!”

 

 

Victoria memandang ke arah G.O yang sedang berbaring di atas bangku kayu sambil mendengar lagu melalui headphonenya itu.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah lelaki tersebut sebelum dia meletakkan cappuccino panas yang dipesan oleh lelaki tersebut.G.O kemudiannya membuka matanya sebaik sahaja menyedari kehadiran Victoria di situ.Dia bangun dari pembaringannya itu sebelum dia melihat cappuccino yang berada di dalam cawan kertas itu.Bibirnya menguntum senyuman puas hati.

“Bagus,”kata G.O sambil tersenyum.Victoria melepaskan keluhan kecil.

“Ada apa-apa lagi yang awak nak?” Soal Victoria.

“Tak ada apa-apa.Gomawo,”ucap G.O sebelum dia meneguk cappuccino itu.Victoria kemudiannya menghulurkan tangannya kepada G.O.G.O memandang ke arahnya.

“Saya nak bayaran untuk cappuccino tu,”kata Victoria.G.O tersenyum sambil meletakkan cappuccino itu di atas bangku.Tangan Victoria itu dicapainya sebelum dikucupnya lembut.Victoria terkejut dengan tindakan lelaki tersebut.Cepat-cepat dia menarik tangannya daripada lelaki tersebut.G.O sekadar tersenyum ke arahnya.

“Yah!”

“Wae?Itulah sebagai bayaran untuk cappuccino tu,”kata G.O,selamba sebelum dia meneguk semula cappuccino itu.Victoria menggosok-gosok tangannya yang dikucup oleh G.O itu dengan kasar.

“Ish...malas betullah saya nak layan awak ni,”kata Victoria sebelum dia beredar meninggalkan lelaki itu.

“Victoria!”

Langkah Victoria terhenti apabila terdengar lelaki itu memanggil namanya.Dia menoleh ke arah lelaki itu.Kelihatan lelaki itu sedang berjalan ke arahnya.

“Apa lagi yang awak nak?” Soal Victoria,malas.G.O kemudiannya mengambil telefon bimbit milik Victoria dari tangan gadis tersebut.

“Yah,apa yang awak buat dengan handphone saya tu?” Soal Victoria,cuba untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya itu.G.O mendail sesuatu pada skrin telefon bimbit itu sebelum kedengaran telefon bimbit miliknya berbunyi.Bibirnya menguntum senyuman puas hati.Dia kemudiannya menghulurkan semula telefon bimbit milik Victoria kepada gadis itu.

“Well...that’s my handphone number.So,lepas ni..kalau awak dapat panggilan daripada saya,awak MESTI jawab,arasso?”Soal G.O.Victoria menjeling ke arahnya.Dia kemudiannya berjalan beredar meninggalkan lelaki tersebut di situ.G.O pula terus memandangnya sambil tersenyum puas hati.

“Menarik ni...” Bisiknya sambil tersenyum.

 

 

Monalisa Night Club

 

“AHHH!!!!!!!!!”

Victoria menjerit sekuat hati,melepaskan geramnya terhadap lelaki yang digelar G.O itu.

“TAK GUNA PUNYA BUAYA DARAT!IKUTKAN HATI AKU,AKU RASA NAK CEKIK CEKIK SAJA LEHER KAU SAMPAI MATI TAHU TAK?!” Jerit Victoria lagi.

“Vic,kenapa jerit-jerit ni?” Soal Soo Jung,terkejut dengan jeritan Victoria itu.Victoria menoleh ke arah rakan sekerjanya itu.

“Oh...tak ada apa-apa.Saya Cuma stress,”kata Victoria,cuba memaniskan raut wajahnya kepada Soo Jung.Soo Jung yang tidak mengsyaki apa-apa itu turut tersenyum.

“Oh...saya ingatkan apa tadi.Eh...tadi bos panggil awak.Dia cakap ada tetamu VIP nak awak hantarkan pesanan minuman dia dekat bilik VIP,”kata Soo Jung.

“Oh,ya?Peliknya.Sebelum ni,tak pernah pula orang request macam tu,”kata Victoria sambil mengikat rambutnya.Soo Jung menjungkit bahunya.

“Entahlah,Vic.Mungkin awak pun dah mulai ada peminat awak sendiri tak?” Soal Soo Jung,mengusik.

“Ish,mengarutlah.Kita ni tukang hantar minuman saja.Bukannya pelayan VIP pun,”kata Victoria.Soo Jung sekadar ketawa.

“Dekat bilik mana ya?”Soal Victoria.

 

Victoria menolak pintu bilik VIP itu dengan berhati-hati sambil membawa minuman yang dipesan oleh pelanggan itu.

“Maafkan saya,encik...”

Victoria terkejut apabila melihat G.O yang sedang duduk dengan santai di atas sofa di dalam bilik VIP itu.

“G.O?”

“Minuman saya dah siap,Victoria?” Soal G.O sambil tersenyum ke arah gadis itu.

“Apa awak buat dekat sini?!” Soal Victoria,tidak puas hati.

“Suka hati sayalah.Tempat ni kan family saya yang punya,”balas G.O,selamba.Victoria menahan geramnya sambil meletakkan minuman yang dipesan oleh G.O itu dengan kasar.G.O sekadar memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Gomawo,”ucap G.O.

“Ada apa-apa lagi yang awak nak?” Soal Victoria,tanpa memandang ke arah lelaki tersebut.

“Duduk di sini,”kata G.O.Victoria menoleh ke arahnya.

“Apa?”

“Duduklah sini.Temankan saya.Saya bosanlah duduk sini seorang-seorang,”kata G.O.

“Saya ada banyak kerjalah dekat belakang,”kata Victoria.

“Saya pun pemilik Monalisa ni juga.Jadi itu bermakna...saya adalah bos awak.Takkan awak berani nak lawan cakap bos awak ni kot...”Kata G.O,sengaja menyakitkan hati Victoria.Victoria menarik nafas dalam sebelum dihembusnya perlahan-lahan.Dengan hati yang berat,dia terpaksa patuh pada arahan lelaki tersebut.G.O tersenyum kemenangan.

“Good girl.Macam nilah bagus,”kata G.O sambil bersandar pada tempat duduknya itu.Sementara Victoria pula sedang cuba menahan marahnya yang semakin lama semakin memuncak itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/