Duniaku

Flower of Despair [Malay]

Selepas beberapa hari bersantai dengan senyap, hari ini adalah hari yang penuh perbualan lagi. Apabila Luhan duduk di atas rumput, dia berkata, “Aku mahu bercakap hari ini. Beberapa hari yang lepas adalah tenang, tapi aku mahu mendengar sesuatu lagi,” dia memberikan senyuman kepada Hana.

 

“Aku tak tahu apa lagi yang perlu aku beritahu pada kau,” Hana mengomel perlahan. “Kau secara dasarnya telah mengetahui seluruh hidup aku.” Apabila dia berkata begitu, entah bagaimana dia tersedar bahawa hanya Luhan yang mengetahui semuanya. Setelah difikirkannya, dia tidak mengetahui apa-apa tentang Luhan.

 

Tetapi sejurus dia hendak bertanya sesuatu tentang Luhan, lelaki itu mulai bercakap, “Masih ada banyak yang aku ingin tahu,” mencelahnya sekaligus. Dia memandang Luhan dengan penuh persoalan. Benarkan masih banyak yang dia ingin tahu? “Contohnya?” Dia bertanya, keningnya dinaikkan.

 

Luhan tersenyum. “Kau selalu berkata yang kau cintakan seni, tapi kau tak pernah beritahu kenapa.” Gadis itu menelengkan kepalanya. Dia betul, sebenarnya. Dia tidak pernah bercakap mengenai minatnya secara mendalam. “Sebab mengapa kau mencintai seni. Sebab mengapa kau melukis dan mewarna.” dia berkata dengan lembut.

 

Gadis itu secara tidak sedar menutup matanya. “Sebabnya?” Dia mengomel dengan fikiran menerawang.

 

Selepas agak lama gadis itu sesat dalam fikirannya sendiri, dia berbisik, “Sebabnya adalah segalanya.” Luhan memandangnya terkejut.

 

“Semuanya? Apa maksud kau begitu?” Pandangannya jatuh kepada gadis itu, meneliti seluruh wajahnya yang tenang. Dengan matanya yang tertutup, dia nampak angat tenang, sebenarnya. Sangat muda juga. Hampir seperti kanak-kanak. “Semuanyalah. Dunia ini, manusia, diri aku,” dia menjawab, suaranya tidak lebih dari sekadar berbisik. “Aku tak pernah suka semua itu.”

 

Lelaki itu memandangnya. “Kau tak pernah menyukai diri kau?” dia bertanya, suaranya kuat sedikit.

 

Hana menelengkan kepalanya, mimik wajahnya penuh berfikir. “Aku tak suka diri aku di dunia nyata. Aku suka diri aku di dalam dunia aku sendiri. Di situlah aku boleh menjadi diri aku sendiri…” dia tersenyum gembira, matanya masih tertutup. Salah satu air mukanya yang jarang dapat dilihat. “Di dalam dunia nyata ada terlalu banyak salah faham. Tidak ada seorang pun yang benar-benar ikhlas mendengarkan kau, tetapi mereka tetap memaksa kau untuk bercakap. Sungguh ironik, kan? Aku benci bila tidak difahami, tapi aku rasa seperti seluruh hidup aku, di dunia ini, aku telah menjadi…” dia berhenti bercakap dan membuka matanya, memandang ke arah langit.

 

“Tetapi apabila aku memegang pensel atau berus, ia seperti aku pernah mempunyai kunci untuk membuka pintu ke dunia aku sendiri. Dan dunia itu adalah sangat indah. Tidak ada salah faham, tiada tekanan kerana yang ada hanyalah fikiran aku sendiri.”

 

“Pernah…” Luhan bertanya teragak-agak.

 

Hana menelengkan kepalanya sedikit. “Aku dah lama tak pergi ke situ,” dia berhenti dan menghela nafas perlahan, “sebab aku dah hilang kunci itu, jadi aku tak tahu adakah tempat itu masih indah,” dia menjelaskan dan Luhan segera faham dengan apa yang dimaksudkannya. Dengan hilangnya deria di tangannya, pintu masuk ke dunianya juga telah hilang. Dan gadis itu tahu Luhan mengerti; dia tahu dia hanya boleh bercakap mengenai hal itu dengan Luhan sahaja. Luhan bukanlah orang yang akan memandangnya pelik apabila dia bercakap mengenai dunianya.

 

“Dan tidak dapat untuk masuk ke dunia itu adalah sangat teruk,” Hana menyambung. “Tempat itu adalah tempat aku melarikan diri… tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana hebatnya perasaan apabila kau tersesat di dalam lukisan. Tiba-tiba kau tidak lagi memegang berus, tidak lagi melihat kepada sebuah lukisan. Kau ada di dalam lukisan, kau rasa lukisan itu, kau adalah lukisan itu.” Senyuman bahagia itu tidak lekang dari wajahnya, dan sesiapa saja dapat melihat bagaimana dia sangat percaya dengan kata-katanya itu. Bagaimana dia sangat percaya dengan seni. “Dan di dalam dunia aku, aku melompat dari satu lukisan ke satu lukisan. Bila aku perlukan keselesaan, aku pergi ke lukisan yang hangat. Bila aku marah dan ingin melepaskan kemarahan, aku pergi ke lukisan yang menjeritkan kemarahan.” Dia memejamkan matanya lagi sambil dia mengimbau kembali. “Kau tahu, tidak ada sesiapa yang akan mengganggu kau di situ, tidak ada sesiapa yang akan menilai kau, tidak ada sesiapa yang akan memberitahu kau yang kau tidak berguna. Ia adalah tempat yang hebat.” dia menarik nafas dalam selepas mengatakan semua itu. Tiada sesiapa melainkan Luhan yang pernah mendengarkan kata-kata ini. Semua itu adalah pemikiran yang Hana telah simpan di dalam hatinya untuk sembilan belas tahun. Kerana pemikiran seperti itu tidak diterima di dunia nyata, dan kerana dia takut untuk menunjukkan pada dunia kelemahannya.

 

“Aku tahu orang akan memberitahu aku yang aku telah hilang hubungan dengan dunia nyata, tapi…” “Kau tak peduli,” Luhan menghabiskan ayatnya dengan senyuman. “Mhm,” dia bersuara mengiakan dan menghela nafas puas hati. Mereka senyap seketika sebelum Luhan tiba-tiba bersuara “Mereka kata ada perbezaan kecil mengenai kenyataan dan kegilaan.”

 

Hana menjelingnya. “Adakah kau menyifatkan aku sebagai gila?” Jadi, bahkan Luhan mempersoalkan kewarasannya selepas mendengar apa yang dikatakannya… Hana mengeluh. Dia mengharapkan yang Luhan tidak akan berfikiran sebegitu, tapi sesiapa saja akan berfikiran begitu.

 

Lelaki itu perasan akan perubahan riak wajahnya secara tiba-tiba dan memegang tangannya dengan lembut. “Mungkin kau gila, mungkin kau tidak,” dia berbisik, mengelirukan gadis itu. “Tapi aku tidak merasa yang ia adalah sesuatu yang buruk untuk menjadi lain daripada biasa. Mereka yang masyarakat sangka gila sebenarnya adalah yang paling waras. Mereka memiliki bakat dan kepandaian yang sangat hebat. Mereka melihat kebenaran yang orang lain tidak dapat lihat.” Dia mengambil tangan Hana dan memimpinnya ke dadanya, membuka dan meletakkan tangannya ke dadanya. Hana dapat mersakan degupan jantungnya yang stabil – itu adalah tangannya yang sihat – dia mengangkat wajahnya dan bertemu pandangan dengan Luhan.

 

“Mereka tidak ditipu oleh topeng manusia dan sebaliknya dapat merasakan siapa diri sebenar seseorang.” Mata Hana berkedip beberapa kali. Adakah itu hanya dia, atau benarkah nada suara Luhan kedengaran sedikit berbeza ketika dia mengatakan hal itu? Ada sesuatu yang tidak dapat dia jelaskan, tapi dia tahu itu adalah sesuatu yang penting. Tapi sesuatu dalam hatinya memberitahu dia tidak perlu menanyakan hal itu kepada Luhan dan dia menolak hal itu ketepi dahulu.

 

Mereka berdiam diri agak lama sebelum Hana memecahkannya. “Kau tahu, kau juga tidak normal,” dia berbisik, ada senyuman di bibirnya.

 

“Aku tahu,” dia menjawab dengan cepat dan tersenyum sinis. “Jadi, aku apa?” Apabila dia mendengar Luhan bertanya, dia mendongakkan kepalanya, dan bertemu mata dengan Luhan yang kelihatan penuh dengan rasa ingin tahu yang nakal. Kenyataan yang Luhan adalah tidak normal memang telah nyata buat Hana semenjak kali pertama dia masuk ke tempat ini dan bercakap secara tenang dengannya yang sedang menghadapi tekanan ketika itu. Dan semenjak hari itu, Luhan tidak pernah kelihatan normal di matanya walaupun sekali. Tapi lebih daripada itu Hana tidak tahu.

 

Apakah dia?

 

Hana tidak tahu, dan memutuskan untuk memberi jawapan yang sedikit mengejek, memandangkan Luhan telah pun memberikannya pandangan nakal. “Luhan, kau adalah…” dia berhenti perlahan, senyuman sinis terbentuk di bibirnya, sambil dia mengunci pandangan dengan Luhan. “hanyalah orang asing yang bosan,” dia mengulang apa yang pernah dikatakan Luhan sebelum ini, memeranjatkan lelaki itu, kerana dia sedang menjangkakan jawapan yang lebih wajar.

 

“Tch,” sebuah tawa kecil terlepas dari bibirnya. “Benar,” Luhan mengomel dan melabuhkan badannya ke rumput, meregangkan tangannya di atas kepala. Apabila Hana tidak ikut baring, dia memanjangkan tangannya dan menarik pinggang Hana ke belakang sehingga dia terjatuh dan akhirnya turut baring di atas rumput. “Apa yang sedang kau lakukan?” Hana bertanya apabila dia sudah terbaring, kejutan jelas terpapar pada suaranya.

 

“Ini menyelesakan,” Luhan menjawab dengan cepat, tersenyum seperti kanak-kanak. Hana menahan tawanya dan menghela nafas. “Biar betul,” dia mengomel sebelum dengan rela hati beristirahat. Sangat mustahil untuk dia kekal tegang. Kerana berbaring di atas rumput yang lembut, bersebelahan dengan Luhan, adalah sangat menenangkan.

 

Mereka berdua kekal senyap dan memandang ke arah langit untuk seketika sebelum Luhan berkata, “apa yang kau lihat?” dia mengerling ke arah gadis itu, tersenyum penuh ingin tahu melihat bagaimana matanya memandang ke langit dengan lembut. “Kenapa kau bertanya?” Luhan tertawa mendengar tempelaknya. “Kerana aku ingin tahu.”

 

“Awan.” Dia tersenyum, berpuas hati dengan jawapannya yang singkat dan hampir mengejek.

 

“Kau tahu apa maksud aku, Hana.”

 

Gadis itu sedikit terpaku apabila namanya disebut. Itu adalah kali pertama namanya disebut – kali pertama mereka bertemu tidak dikira –, bukan? Cara namanya keluar dari lidah lelaki itu telah… menarik minatnya. Gadis itu sudah lama tidak mendengar namanya dipanggil selembut itu oleh sesiapa – kalau pun adalah – dan sebuah perasaan yang menyenangkan merebak di dalam dirinya.

 

“Sekarang ini, aku melihat cimera di langit,” akhirnya dia menjawab soalan. “Seekor unikorn, naga, puteri duyung dan seekor – oh, itu bukan chimera.”

 

Luhan sedang memerhatikannya daripada ekor matanya, memandangnya dengan lembut sepanjang dia melihat langit. “Jadi itu apa?”

 

“Bunga,” jawab Hana, suaranya hampir tidak kedengaran, seakan-akan ia sedang dibawa angin.

 

Luhan tidak mengalihkan pandangannya daripada Hana. “Adakah ia bunga yang cantik?”

 

“Ia bunga yang cantik.”

 

 

Masa berlalu hanya seperti ini dan tidak lama kemudian malam pun tiba. Pada masa ini, mereka berdua kebiasaannya sudah meninggalkan tempat rahsia itu, dan hari ini juga begitu. Hana adalah yang pertama untuk bangun dan dia berpusing, menghulurkan tangannya ke arah Luhan. Riak wajah lelaki itu berubah lembut dan dia menyambut tangan Hana, dan berdiri. Tiba-tiba, dia terjatuh. Mata Hana terbeliak dan dia terus memegang kedua-dua tangan Luhan, menghalangnya daripada jatuh. Perasaan panik merebak dalam dirinya ketika dia membantu Luhan untuk bangun. Dia perasan yang nafas Luhan tidak stabil. Dadanya turun naik dengan laju. “Beri aku seketika,” lelaki itu berbisik dan bersandar pada Hana, seluruh berat badannya jatuh ke Hana.

 

Dengan Luhan berada sangat dekat, Hana dapat merasakan nafasnya. Dia menarik nafas dengan goyah dan Hana semakin risau. Beberapa saat berlalu sebelum berat itu hilang dan Luhan kembali berdiri, kelihatan pucat dan tidak fokus. “Adakah kau okey?” Dia bertanya secara automatik, walaupun dia tahu soalan itu bodoh kerana Luhan memang kelihatan tidak okey.

 

“Mhmm,” dia menggumam dan mengangguk. “Betul? Adakah patut aku pergi mendapatkan doktor?” Hana tetap bertanya, tetapi dia menggelengkan kepala. “Tidak. Aku okey,” dia berkata, kali ini lebih kuat. “Tapi kau baru saja

 

“Aku okey,” dia mengulang dengan tegas. Perubahan mendadak suaranya membuatkan Hana terkejut. Dia tidak pernah mendengar Luhan bersuara begitu… begitu marah. Wajahnya juga kelihatan tidak sihat. Aura tenang itu telah hilang dan nafasnya masih goyah dan bibirnya menekan membentuk garisan lurus. Tiba-tiba dia kelihatan seperti seseorang yang sangat berbeza, tapi sebelum Hana dapat memikirkan tentang hal itu dengan lebih jauh, dia sudahpun berpusing, bersedia untuk pergi.

 

“Aku pergi dulu,” Hana mendengar dia menggumam dan sesuatu seperti memberitahunya bahawa Luhan tidak mahu dia diikuti. Dia memandang Luhan pergi dengan senyap, tubuhnya diterangi cahaya bulan. Dia terlihat seakan-akan… lemah.

 

Mata Hana membungkam apabila dia tersedar. Luhandia juga mempunyai masalah. Selama ini, dia kelihatan seperti sudah terlupa yang Luhan juga manusia. Yang dia sedang menghidapi penyakit  leukimia. Luhan tidak pernah kelihatan lemah atau sakit; dia selalu kelihatan tenang dan puas hati sehingga gadis itu… terlupa yang Luhan mungkin mempunyai masalah lebih banyak berbanding dia.

 

Walau bagaimanapun, dia tidak mengetahui satu apa pun tentang masalah itu kerana Luhan tidak pernah menceritakannya. Sekali lagi, dia terfikir yang dia tidak mengetahui apa-apa tentang lelaki itu. Dia tidak pernah bercakap tentang dirinya, hanya bertanya tentang Hana. Kenyataannya, memang mereka sentiasa bercakap hanya tentang dirinya. Dia selalu mendengar tentang masalahnya dan rungutannya, tapi dia sendiri tidak pernah sekalipun merungut walaupun dia juga mungkin mempunyai masalah.

 

Hana merasa seperti ada gumpalan di kerongkongnya. Ia merupakan perasaan kecewa. Dia kecewa dengan dirinya sendiri dan marah kerana tidak menyedari hal itu lebih awal. Kenapa dia tidak pernah memikirkan keadaan Luhan? Kerana dia mementingkan dirinya sendiri… terlalu pentingkan diri.

 

Dia memandang rumput dengan pandangan kosong, tangannya yang sihat digenggam.

 

Kau sangat mementingkan diri, Hana, dia berbisik dengan pahit.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Half-BloodPrincess
10/1/2020 - Chapter 7, Flower of Despair (Malay) kembali semula setelah sekian lama ㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
Mell2424
#1
dah subscribe..mcm best je.. hihihi
LeaderTaengoo098 #2
Chapter 2: wahh interesting.. :)
please update soon ok ?
hehe bagus teruskan!!^^
exotics99 #3
uwaa nk tlong update
XD/keke/
TheHannaMymiLicous
#4
saya baca....hhah
Byun_Bacon99
#5
Chapter 3: tak pe,,,,teruskan belajar :)
tyra99 #6
owh,ff ni,dah pernah baca dah..
yg english punya...
dan sekarang malay..
mesti best!
goodluck !
Bunniespirit_88
#7
wow! sound good... update soon pls~