Psikiatrisku

Flower of Despair [Malay]

“Cik Jung, tolong duduk. Sesi kita masih belum tamat lagi,” Dr. Choi berkata, suaranya tenang seperti biasa, sambil dia memandang dengan lembut ke arah Hana, yang baru sahaja melompat dari kerusinya, membuatkan kerusi itu jatuh, sekaligus membawa perhatian yang tidak diingini daripada beberapa orang yang sedang berjalan di koridor. Beberapa wajah melekat di pintu kaca pualam itu, mata terbuka luas dan telinga di tajamkan.

Gadis itu menghembuskan nafas dari hidungnya dan memberikan pakar psikiatris itu jelingan. “Sesi ini tidak pernah bermula pun,” dia berkata dengan tajam, menyumpah jururawat yang telah mengheretnya ke situ di dalam hati. Tanpa menunggu lagi, dia berpusing dan berjalan ke pintu, tulang kakinya terlanggar kerusi. Kesakitan timbul di kakinya dan keningnya bercantum, kata-kata sumpahan keluar dari bibirnya. Apabila dia memandang ke atas, dia melihat wajah-wajah ingin tahu di pintu itu. Perasaan penuh jijik timbul dalam dirinya, perutnya berpusing. Keinginan untuk mencakar mata-mata yang mencari hiburan itu menguasai dirinya. Mereka terhibur dengan kesengsaraannya, gembira dalam membuat kejahatan. Menarik nafas yang bergetar, dia mengecilkan matanya dan memberikan mereka sebuah jelingan, apabila dia tiba di pintu. Baru saja dia hendak memegang tombol pintu itu, dia merasa ada tekanan di bahunya dan tubuhnya dipusingkan.

Memandang ke dalam mata Dr. Choi yang keras dan coklat itu, dia menghembuskan nafas yang bergetar.

“Cik Jung, kita belum pernah ada sesi yang wajar lagi. Belum walaupun sekali,” dia berkata perlahan, menarik Hana bersamanya; tangannya kini telah memegang lengan Hana dengan kasar. Dengan satu tangan, dia mengangkat kerusi itu dan menolak gadis itu sehingga dia duduk. Lelaki itu kemudian melepaskannya dan memandang matanya. “Adakah awak mahu kekal seperti ini selama-lamanya, Cik Jung?” Dia bertanya, dan tiba-tiba, nada yang baik dan memahami itu telah hilang. Digantikan dengan nada yang hampir memerli.

“Saya sudah cukup baik untuk menawarkan bantuan, tapi awak lebih menyusahkan dibandingkan dengan pesakit lain di hospital ini. Saya hanya mahu awak bercakap. Tidak kurang, tidak lebih.”

Hana tidak berkata apa-apa, hanya memandang lelaki itu, matanya dingin. Dr. Choi menarik nafas dengan marah.

“Tapi memandangkan yang awak menolak dengan sangat berat,” dia membongkokkan badannya ke hadapan sedikit, dia menarik sebuah senyuman – senyuman yang kejam –, “teruskanlah hidup di dalam dunia hancur milik awak tu.” Senyumannya melebar. “Awak tak perlukan bantuan? Tak mengapa. Teruskan menjadi gila,” kata Dr. Choi, suaranya tajam seperti pisau. Psikiatris itu hilang untuk beberapa saat dan Choi Myungsoo muncul, tertekan dan marah dengan kerjanya, dengan pesakit pesakitnya. kata-katanya bukan sesuatu yang seorang psikiatris perlu katakan, tapi untuk beberapa ketika dia kehilangan dirinya.

Apabila kesedaran menghentaknya, dia kembali menjadi Dr. Choi, pakar psikiatris. “Oh. Saya sa–“

“–baiklah,” Hana mencelahnya dengan dingin. “Aku akan terus tinggal dalam dunia hancurku,” dia berbisik dengan suara yang tajam. Dia berdiri sekali lagi dan menghantar lelaki itu jelingan tajam. “Aku akan terus menjadi gila.”

Dr. Choi menelan air liur dengan gugup. Celaka, dia tidak sepatutnya menjadikan situasi semakin memuncak. Dia tidak sepatutnya membentak pesakit. Itu akan menjadikannya kehilangan kepercayaan daripada pesakitnya. Dan itu kelihatan seperti sangat teruk buat seorang pakar psikiatris. Walau bagaimanapun, Hana tidak pernah mempercayainya sejak dari mula.

“Oh, Cik Jung, saya tidak tahu apa yang telah terjadi pada saya. Saya sangat-sangat menyesal. Itu hanyalah–“

“Tch,” Hana mendengus, tangannya menggenggam bahagian belakang kerusi. “Kau baru sahaja menunjukkan betapa palsunya engkau,” dia berdesis. “Mengaku sajalah. Ayuh. Kau memang suka untuk melihat aku tersiksa, bukan?” Dia tertawa. “Mula-mula, kau berpura-pura baik dan ramah, mengatakan yang kau mahu menolong aku, mahu memahami aku...” dia berhenti dan mengemaskan pegangannya pada kerusi itu sebelum membalingnya ke tepi. “Tapi di dalam hati, kau sedikit pun tidak peduli!” Dia tertawa lebih kuat, tawanya memenuhi segenap ruang bilik itu.

“Kau sama saja seperti dunia ini. Dan kau kata kau mahu menolong aku?” dia bertanya dengan kuat, suaranya dapat didengar dengan jelas ke luar koridor. “Jangan buat aku tertawa,” dia mendengus.

“Aku tidak perlukan bantuan tidak ikhlas. Aku tidak perlukan kau untuk berpura-pura seolah-olah kau mengerti,” dia mendesis.

“Cik Jung, itu semua hanyalah salah faham,” Dr. Choi berkata, suaranya tenang kembali – dia mahu menyelamatkan keadaan sebaik yang mungkin, memandangkan apa yang paling dia tidak mahukan adalah khabar angin tentang dia bergaduh dengan pesakitnya. “Mengapa awak menuduh saya dengan semua itu? Saya betul-betul ingin membantu awak.” Dia meletakkan kembali kerusi itu dan mendepakan tangannya untuk memegang tangan Hana.

Dr. Choi memberikannya senyuman ramah – senyuman yang kelihatan hampir mengerikan, kerana senyuman itu betul-betul lebar dan sekali lagi, senyuman itu langsung tidak sampai ke matanya. “Bagaimana jika kita duduk kembali dan mulakan semuanya.”

Hana melepaskan pegangannya dengan kasar dan melangkah ke belakang, menjeling lelaki itu, matanya penuh dengan kebencian. “Jangan berikan aku sampah ini!” Dia menjerit. “Hentikan lakonan kau itu. Lakonan kau tidak berjaya,” Dia berkata melalui gigi yang digetapkan. “Tinggalkan aku sendiri!” Dia menjerit sekali lagi dan berpusing ke belakang untuk melangkah ke pintu.

Semua mata sedang memandangnya, ketakutan jelas terbukti di dalamnya. Memberikan semua penonton yang berada di pintu itu jelingan maut, dia menendang pintu itu. “Dan kau semua! Pergi jahanam!” Dia memekik pada mereka, matanya membulat dengan marah. “Pergi jahanam!” Dia menjerit sebelum dia berpusing sekali lagi, menjeling pakar psikiatris itu. “Dan kau!” dia mendongak dan menjelingnya, matanya bergerak sedikit. Dia mahu berkata sangat banyak, tapi mindanya tidak mampu untuk mengeluarkan ayat yang jelas.

“Kau semua, pergi jahanam!” dia menjerit sekali lagi, sedikit pun tidak sedar tentang air mata yang telah bertakung di matanya, mengugut untuk jatuh. Dia baru saja hendak menjerit lebih banyak, untuk menghina pakar psikiatris dan penonton di situ, apabila ada tangan yang menggapai lengannya dan membawanya pergi. Separuh terjatuh, dia diheret keluar dari ruangan itu, matanya masih melekat pada Dr. Choi, pandangan yang penuh dengan kemarahan.

Sementara tangan itu masih menariknya, dia memandang ke semua orang yang sedang berjalan di tepi pintu, yang sedang bertukar perkataan-perkataan kosong antara satu sama lain. Dia melihat apabila pandangan difokuskan padanya, pandangan menilai yang sangat teruk ada di dalamnya. Di antara mereka, ada yang menggelengkan kepala seolah-olah mereka sedang mengatakan Semuanya sudah terlambat untuk dia. Sebuah desisan terlepas dari bibirnya apabila dia akhirnya berpusing, dan matanya terbeliak apabila melihat orang yang sedang mengheretnya itu.

Luhan.

Kemarahan membuak-buak dalam dirinya sekali lagi, nafasnya semakin bergetar dengan setiap tindakannya bernafas. “Lepaskan aku,” dia berdesis dan menarik tangan lelaki itu. Mujurlah Luhan telah menarik tangannya yang lumpuh, membiarkan tangannya yang sihat itu bebas. Pegangannya semakin kejap, kukunya hampir menggali ke dalam kulit Hana yang nipis, tapi tindakan itu tidak terlalu teruk sehingga boleh menyebabkan kecederaan padanya. Hana menggeliat dan dengan tidak rela mempercepatkan langkahnya.

Kesunyian menemani mereka berdua sepanjang Luhan menarik Hana bersamanya, tidak berhenti sehingga mereka keluar dari hospital, di taman di belakang hospital, betul-betul di hadapan tempat yang penuh keajaiban itu; kolam bunga teratai. Luhan berjalan ke hadapan dan menarik Hana melalui jarak yang ada di antara dua pokok itu. Dia melepaskan pegangannya hanya apabila mereka berdua telah berdiri beberapa inci sahaja dari kolam itu.

Apabila tekanan di tangannya hilang, Hana hampir melompat ke arah Luhan. Dia terhenti apabila pandangannya terjatuh ke wajah lelaki itu. Dia melihat dengan tekun sambil sebuah senyuman terukir di hujung bibir Luhan sebelum dia mengambil satu langkah, dan kini berdiri betul-betul di hadapannya. Tangannya yang sihat mengepal penumbuk dan dia menghentakkannya ke dada Luhan, sebuah bunyi kuat kedengaran. “Jangan berikan aku senyuman bodoh itu!” Dia menjerit, tiada niat untuk menghentikan tumbukan kejamnya.

“Tiada apa pun yang perlu disenyumkan tentang keadaan sial ini!” Suaranya kelihatan seperti bergema di dalam dedaunan dan batang-batang pokok di situ.

Mindanya berpusing. Fikiran sedang berterbangan dengan liar ke segenap mindanya, tangan mentalnya tidak mampu untuk menggapai walau satu pun fikiran yang jelas. Tanpa pengetahuannya, air mata telah menyusup ke matanya, mengaburkan pandangannya. “Mengapakah kau bahkan mengheret aku ke tempat ini?!” Di luar nalurinya, dia berteriak pada Luhan. Kemarahannya tidak ditujukan untuk Luhan sebenarnya. Kemarahannya ditujukan kepada manusia hipokrit yang telah melihat kekecohan kecilnya di dalam bilik pakar psikiatris itu. Mata-mata menilai yang sial itu. Kemarahannya ditujukan pada pakar psikiatris palsu itu. Kepada penipuannya.

Air mata tumpah dari matanya, melembapkan pipinya dan meninggalkan kesan kulit yang berkilat. Matanya tertutup, dia masih lagi menghentakkan dada Luhan, sehingga Luhan akhirnya memegang lengannya dan menghentikan dia. Seluruh tubuhnya membeku dan pandangannya meliar ke wajah lelaki itu. Luhan sedang memberikannya senyuman lembut dan hampir kelihatan bersalah. “Aku sangka, kau nak keluar dari situ,” dia berkata perlahan, melepaskan lengannya, meninggalkan sedikit kesan kemerah-merahan sekali lagi.

Genggaman Hana sedikit terkendur. Dia perlu berhenti melepaskan kemarahannya pada Luhan. Luhan tidak bertanggungjawab pada kesengsaraannya. Bukan Luhan yang sepatutnya dia marahkan. Luhan tidak bersalah. Dia yang menjadi bodoh pada saat ini. Tersangat bodoh.

Menarik nafas yang dalam, dia kembali membuka genggamannya. Tangannya jatuh ke sisi, tubuh kakunya relaks. Setiap otot mengendur.

“Maaf.” Suaranya tidak lebih dari angin yang sedang menemani mereka berdua, hampir ditenggelamkan oleh bunyi air yang ditiup angin. Pandangannya berehat pada rumput-rumput hijau yang subur, dia perlahan-lahan berundur. Ada lebih banyak lagi yang dia sepatutnya katakan, tapi pada saat itu, kenyataan seperti sukar dicapai. Tidak kira sejauh mana tangannya didepakan, dia tetap tidak mampu untuk menggapai cahaya yang akan membawanya kembali.

Luhan tidak kisah, dia tahu apa yang Hana maksudkan. Dengan pandangan matanya yang tidak dapat dijelaskan dan menggigit bibir bawahnya, dia berkata, “Kau tahu,” suaranya lembut, “Aku boleh menjadi angin lagi.”

Hana tidak menjawab, dia menundukkan kepalanya. Lelaki itu menelengkan kepalanya dan mendepakan tangan untuk menyentuh bahunya. Dengan tekanan yang ringan dan hampir lembut, dia menolaknya duduk. Tidak mahu untuk bergelut, Hana membengkokkan kakinya dan duduk, merasakan rumput yang lembap itu pada tapak tangannya. Kedinginan rumput itu menenangkannya sedikit.

“Kau tak suka pakar psikiatri itu, kan?”

Hana menarik kakinya dekat padanya dan memeluknya dengan kedua belah tangannya. Apabila dia mendongak, matanya bertembung dengan pemandangan lembut dari mata Luhan. “Hentikan itu,” dia berkata dengan kering, memeranjatkan Luhan sedikit.

“Hmm?” Luhan memberikannya pandangan menyoal, keningnya terangkat. Walaupun hanya sekadar deruman, suaranya kedengaran sangat aneh manisnya.

“Dengan senyuman kau, dengan mata kau... cara mereka memandang ke arah sesuatu, ke arah persekitaran kau,” Hana berbisik, suaranya pecah. Dia menghela nafas dengan berat dan menggigit bibir bawahnya dengan berat. “Kau teruk.” Suatu esakan terlepas dari bibirnya, dan dia mencuba untuk menahan esakan yang seterusnya menggunakan lengan bajunya. “Kerana menjadi sangat baik dan tenang,” dia meneruskan kata-katanya dengan suara yang perlahan. “Kau tak membuatkan aku marah seperti mereka,” satu lagi esakan, “tapi kau... kau buat aku berserabut.” Itu dia. Dia mengatakannya. Dia mendedahkan fikirannya yang sebenar. “Kau buatkan aku cemburu,” dia berkata dengan bergetar. “Jadi... hentikan itu.”

Di hadapan mata hatinya, dia dapat melihat gambaran Luhan berjalan di sepanjang koridor hospital, matanya lembut dan bibirnya membentuk senyuman penuh kepuasan. Setiap kali dia melihat Luhan di koridor, dia akan kelihatan seperti itu. Dan itu membuatkan Hana marah. Berang padanya, kecewa dengan dirinya sendiri. Bagaimana dia boleh kelihatan begitu tenang? Begitu puas? Bukankah hidup Luhan sepatutnya menjadi lebih tragik dari hidupnya?

Luhan turut duduk dan memandang ke kolam bunga teratai itu, pandangannya kosong. “Aku tak akan cemburu dengan diri aku,” dia menggumam, lebih kepada dirinya. Tapi tetap saja, Hana dapat menangkapnya, tapi dia memutuskan untuk tetap diam. Tidak kira apa-apa pun yang dikatakannya, Luhan tetap akan mengukir senyuman kepuasan itu di penghujungnya.

Untuk beberapa ketika mereka berdua tidak berkata apa-apa; hanya ada melodi angin bermain dengan dedaunan. Seluruh situasi itu sangat tenang, dan Hana mengakui, dia tidak membenci situasi itu. Situasi di situ adalah jauh lebih baik berbanding di dalam hospital yang kaku dan dikelilingi oleh para hipokrit itu. Sekurang-kurangnya, Luhan tidak menilai dia. Luhan juga tidak berpura-pura untuk terlalu mengambil peduli. Luhan hanyalah... walau apa pun Luhan, dia tidak mampu untuk dijelaskan. Luhan tidak kelihatan risau dengannya, dia tidak kelihatan untuk peduli – jahanam, mereka bahkan tidak mengenali satu sama lain –, tapi Luhan tidak kelihatan seperti dia akan menyakitinya, tidak juga kelihatan seperti Luhan mahu menolongnya. Terdapat suatu perasaan tidak mengetahui ini yang mengelilingi Luhan, seperti dia akan menghilang hanya dalam sekelip mata, mengangkat bahunya, tidak ingin mengambil kesah. Luhan kelihatannya seperti itu. Seseorang, yang ada dan tidak ada pada masa yang sama.

Adakah Hana menyukai sifat seperti ini? dia tidak tahu – jawapan kepada soalan itu adalah, turut sama, bahu yang diangkat – tapi tetap... Luhan berada di situ, bercakap tentang perkara yang tidak masuk akal, dan perkara itu semacam menenangkannya.

 

“Adakah aku patut menjadi psikiatris kau?” Suara Luhan memecah kesunyian, membuatkan gadis itu mendongak sekali lagi.

“Aku benci psikiatris.”

Luhan tersenyum pada jawapannya. “Aku tak seperti yang biasa.”

“Jadi, kau seperti apa?” Soalan itu terlepas dari bibir Hana. Dia tidak mempunyai niat untuk bercakap, sebenarnya.

Luhan mengeluh, kelihatan puas.

“Aku tak akan menilai kau. Aku tak akan memberitahu kau apa masalah mental kau hanya dengan beberapa buah buku. Aku tak akan cuba untuk memahami kau,” dia berkata perlahan. Hana menelengkan kepalanya. Dia suka dengan apa yang dikatakan oleh Luhan. “Aku hanya akan,” Luhan berhenti seketika, kelihatan seperti berfikir apa yang ingin dikatakan, “Aku hanya akan berada di situ.

Hana melepaskan kakinya dan mendepakan tangannya. Matanya meliar ke lengannya, memandang jari-jarinya yang panjang. Hanya “Mhmm,” yang dikatakannya, atau lebih tepat lagi berderum.

Sebuah senyuman terukir di bibir Luhan. “Jadi, aku adalah psikiatris kau?”

Gadis itu menganggukkan kepalanya sedikit, bibirnya tidak bergerak. Psikiatrisku, dia berbisik dalam mindanya dan tawa kecil terlepas dari bibirnya, mengejutkan Luhan sedikit. Luhan tidak melihat yang satu itu datang. Tawanya tidak kosong kali ini. tawanya juga tidak bahagia. Hanyalah terhibur.

Psikiatrisku, suara hatinya berulang, senyuman kecil bermain di hujung bibirnya.


A/N:

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua orang! yeayy!! xD di sini saya ingin memohon maaf andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa (atau tak reply komen) and lagi-lagi untuk org yg pernah mohon nak jadi co-author dan saya tak approve bukan sbb saya sombong atau whatever, tapi sebab saya memang lebih suka kerja sendiri. kalau ada kekurangan atau kesilapan sepanjang menulis fanfic ni, saya minta maaf dan tolong beritahu saya supaya saya dapat baiki kesilapan tu and last but not least, teruskan baca fanfic ni (walaupun originally bukan saya punya) dan subscribe dan upvote dan komen~~ until next chapter, ppyong! ^.^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Half-BloodPrincess
10/1/2020 - Chapter 7, Flower of Despair (Malay) kembali semula setelah sekian lama ㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
Mell2424
#1
dah subscribe..mcm best je.. hihihi
LeaderTaengoo098 #2
Chapter 2: wahh interesting.. :)
please update soon ok ?
hehe bagus teruskan!!^^
exotics99 #3
uwaa nk tlong update
XD/keke/
TheHannaMymiLicous
#4
saya baca....hhah
Byun_Bacon99
#5
Chapter 3: tak pe,,,,teruskan belajar :)
tyra99 #6
owh,ff ni,dah pernah baca dah..
yg english punya...
dan sekarang malay..
mesti best!
goodluck !
Bunniespirit_88
#7
wow! sound good... update soon pls~