Prolog

Flower of Despair [Malay]

"Dia sangat beruntung, kan?"

"Terselamat dari kemalangan yang teruk tu hanya dengan tangan yang lumpuh."

Mendengar perbualan dua orang wanita tersebut mengenai dirinya, gadis tersebut menekan tangannya ke telinganya, mencengkan rambutnya dan mencakar kulit pucatnya dengan tangannya yang sihat. Hentikan itu. Dia berfikir dengan terdesak, menutup matanya dengan harapan untuk melupakan. Tapi semua itu sia-sia. Dia tak akan pernah dapat melupakan kemalangan tersebut. Dia tak akan dapat kembali ke hidupnya yang dulu. Erti hidupnya, dia kehilangan itu. Kewujudannya, hilang. Semuanya hilang bersama dengan deria rasa di tangannya.

Dan itu semua tidak akan pernah kembali.

Dia dapat mengingati segalanya, seolah-olah perkara tersebut berlaku semalam. Kereta yang tiba-tiba berhenti, jeritan pemandu, mata yang ketakutan dan tiada apa. Tiada apa-apa, namun begitu banyak. Seumur hidupnya, dia tidak pernah merasakan semuanya di dalam satu masa yang sama. Kejutan, mual, sakit, harapan, nostalgia, sekadar semuanya. Dan kemudiannya: panik. Perasaan panik yang terdesak yang merebak ke seluruh tubuhnya apabila dia tersedar di tengah-tengah kereta yang terbakar dan tangannya yang tersekat di antara dua kerusi yang rapat. Sakitnya menusuk, namun sakit itu tidak sampai ke dirinya. Daripada semua asap yang dihidu, dia hampir pengsan, dan dia kelihatan tidak dapat merasakan apa-apa. Tetapi, kemudiannya, dia melihatnya. Dua orang yang duduk bersamanya. Orang asing, tapi tidak mengubah fakta bahawa apa yang dilihatnya adalah sangat menakutkan. Leher salah seorang tersebut telah terpulas, dengan mata yang terbuka lebar, darah mengalir daripada telinga dan hidungnya. Manakala yang satu lagi telah sepenuhnya hancur di antara kaca-kaca kereta tersebut, semua serpihan kaca yang pecah tertusuk pada kulitnya. Kemudian, semuanya menjadi hitam. 

4 bulan telah berlalu semenjak kemalangan tersebut. Dua orang mati; hanya dia yang terselamat. Beruntung, bukan? Sepertimana yang dikatakan oleh wanita yang berdiri di hadapan pintu biliknya. Tapi dia berfikir sebaliknya. Bagaimanakah dia boleh dianggap beruntung? Baginya, dia seperti hidup di dalam neraka. Tiada tempat untuk melepaskan diri, tiada bantuan, bahkan tidak ada pujukan daripada orang lain. Kenapa? Mudah, kerana mereka hanya tahu yang dia terselamat. Hanya dia daripada tiga orang yang terselamat. Sudah tentu itu yang dipanggil keuntungan. Tetapi mereka tidak tahu apa yang dia hilang dengan terselamatnya dia daripada kemalangan tersebut. Mereka tidak tahu apa yang dia hilang dengan hanya satu tangan yang lumpuh. 

Awak sangat beruntung. Awak masih boleh berjalan, awak boleh bercakap, awak boleh melihat, awak boleh mendengar, awak masih ada tangan yang satu lagi, kata mereka. Mereka tak faham. Tidak walau sedikit pun. Tiada seorang pun yang memahami dia. Gadis itu, seorang pelukis, kehilangan deria rasa di tangannya, tangannya yang kuat. Gadis itu, seorang artistik berbakat dari satu dekad, kehilangan apa yang menjadikannya istimewa: kemahirannya.

Siapa sangka bahawa berita baik di mana hanya bahu dan sikunya sahaja yang patah, telah bertukar menjadi neraka peribadinya. Pada saat dia menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tangannya. Pada saat doktor mengesahkannya sebagai kecederaan saraf. Apabila dia menyedari selepas tiga bulan yang tangannya tidak pulih seperti bahu dan sikunya. Pada saat itu, dia tahu bahagian di dalam dirinya mati. 

Bahagian yang sangat berharga.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Half-BloodPrincess
10/1/2020 - Chapter 7, Flower of Despair (Malay) kembali semula setelah sekian lama ㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
Mell2424
#1
dah subscribe..mcm best je.. hihihi
LeaderTaengoo098 #2
Chapter 2: wahh interesting.. :)
please update soon ok ?
hehe bagus teruskan!!^^
exotics99 #3
uwaa nk tlong update
XD/keke/
TheHannaMymiLicous
#4
saya baca....hhah
Byun_Bacon99
#5
Chapter 3: tak pe,,,,teruskan belajar :)
tyra99 #6
owh,ff ni,dah pernah baca dah..
yg english punya...
dan sekarang malay..
mesti best!
goodluck !
Bunniespirit_88
#7
wow! sound good... update soon pls~