Hanyalah Seorang Asing

Flower of Despair [Malay]

Dengan perasaan kering yang merebak ke seluruh hatinya, Hana melangkah ke pintu dengan langkah yang perlahan dan tidak stabil. Dia mahu keluar dari bilik ini, dari hospital ini. dia benar-benar perlu. Menyapu kedua belah matanya dengan hujung lengan baju sejuknya, dia menarik nafas dalam dalam. Tangannya membaluti permukaan tombol pintu yang dingin itu, memusingkannya ke bawah dan membuka pintu. Mujurlah koridor itu kosong dan gadis itu berjalan dengan cepat menuju ke pintu belakang koridor itu. Wajahnya kekal tidak berekspresi sambil dia berjalan menuruni anak tangga dia bahagian sebelah koridor hospital itu – yang juga merupakan laluan kecemasan –, dan dia sedang menahan air mata yang mengancam untuk mengalir ke pipinya, yang hendak membuatkan dia berasa berserabut.

Setiap langkah yang diambil terasa berat dalam dada Hana, sambil dia berjalan keluar dari hospital itu. Apabila dia berdiri di hadapan sebuah pintu besar yang berat, dia memusingkan tombol pintu yang besar itu ke bawah. Udara segar menyapa kulitnya dan bau alam semula jadi – umpama taman yang berada di bahagian belakang hospital itu boleh digelar alam semula jadi – berada di udara, bermain dengan deria baunya. Gadis itu menarik nafas yang dalam melalui pernafasan toraks, dadanya turun naik. Dia berjalan agak jauh dari hospital itu, dan apabila dia telah sampai ke jarak tiga puluh meter dari bangunan hospital itu, dia menarik nafas dan berhenti.

Menarik satu lagi nafas, dia menilai bau harum pada awal musim luruh itu. Dan Hana menikmati bau itu, yang juga merupakan perbezaan yang besar dengan bau steril seakan-akan logam yang dia sudah sangat terbiasa di hopsital itu. Di sini, di tengah-tengah rumput dan pepohonan, dia sebenarnya rasa hidup. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan dan dia memandang ke sekelilingnya dengan malas, sebelum kembali berjalan. Dia sedang berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Tanpa destinasi. Dan tanpa dia sendiri sedari, dia mendapati dirinya telah sampai ke penghujung taman itu. Terdapat beberapa batang pokok bersebelahan antara satu sama lain, tidak meninggalkan ruang yang cukup luas untuk terus berjalan. Ataupun ia hanya terlihat seperti itu pada mulanya.

Walaupun begitu, Hana tetap tidak berpatah balik dan dia hanya melihat pada batang-batang pokok di situ, mengesan garis garis yang terdapat di permukaan batang pokok itu dengan matanya. Namun begitu, apabila dia terdengar sesuatu, dia menajamkan pendengarannya dan dia menangkap bunyi ... air. Secara automatik, dia berjalan semakin hampir kepada pokok-pokok di situ, juga sempat menyentuh satu. Bersandar pada sebatang pokok dengan menggunakan tangannya yang sihat untuk mendapatkan lebih imbangan, dia cuba untuk meramas dirinya melalui celah yang ada diantara dua batang pokok. Dia memanjangkan lehernya melalui celahan itu dan matanya melebar pada pandangannya: sebuah kolam dengan bunga teratai terapung di atasnya.

Tanpa menghiraukan rasa sakit di kulitnya yang terluka kerana bahagian bahagian tajam yang terdapat pada batang pokok itu ataupun kerana dedaunan tajam, dia meramas dirinya lebih dalam lagi melalui celah itu. Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya, apabila dia telah berjaya sampai ke bahagian lain pepohonan itu. Lebih kurang dua meter dari pokok itu terdapat sebuah kolam kecil, pada tanahnya rumput rumput subur dapat dilihat. Ia adalah satu pemandangan yang cantik. Tempat kecil ini tidak terlihat seperti salah satu bahagian dari bandar itu, ia kelihatan sangat semula jadi.

Perlahan-lahan, Hana duduk, kakinya hanya beberapa sentimeter dari air, dan menarik kembali kakinya untuk dipeluk. Separuh dari wajahnya tersembunyi di belakang tangannya yang bersilang yang terdapat di lututnya, membiarkan hanya matanya yang tidak tertutup. Dengan matanya, dia melihat bunga teratai itu. Bunga teratai itu dapat dilihat dengan berbagai warna cerah – putih, merah jambu, jingga, kuning – kelihatan sangat penuh dengan kehidupan. Apabila angin memukul mereka perlahan, mereka bergerak, sekaligus menciptakan bunyi lembut yang Hana dengar tadi. Ia adalah sangat menenangkan untuk melihat mereka; ia membantunya untuk mengawal perasaan marah yang terdapat dalam hatinya yang sedang terluka.

Di sini – di sini adalah tempat yang bagus untuk menenangkan diri.

Dua hari telah berlalu semenjak Hana menjumpai kolam itu. Selepas dia kembali, dia langsung tidak meninggalkan biliknya, kerana dia tidak mahu bersemuka dengan sesiapa. Dia tidak mahu melihat manusia datang menghampirinya dan memandangnya, menilainya dengan pandangan yang was-was. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya sekarang. Jahanam, mindanya selalu berfikiran aneh. Tapi melihat pandangan penuh benci di mata orang lain membuatkannya menggerenyet. Walaupun begitu, meskipun dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa, dia tetap memaksa dirinya untuk keluar dari biliknya, kerana dia mahu melihat surat khabar. Dia perlu tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin, ibu bapanya telah melakukan sesuatu sekali lagi. Siapa tahu? Ini bukan bermakna dia ingin mengambil tahu tentang sesuatu – kalau boleh,  dia tidak mahu menghiraukan semua perkara – tapi dia perlu tahu. Apabila dia sedang di dalam hospital, dia tidak boleh bergantung dengan sesiapa di luar sana. Bahkan keluarganya sendiri, memandangkan mereka adalah orang yang paling dia perlu untuk perhatikan. Dia perlu berhati-hati dengan setiap tindakan mereka.

Apabila dia tiba di ruang utama, dia mengesan seseorang yang baru saja meletakkan surat khabar itu ke kerusi di sebelahnya, dan dia segera melangkah ke arah orang tua itu. “Boleh saya ambil ini?” Hana bertanya; dia sudah lama tidak mendengar suaranya sendiri. Ia kedengaran hampir asing pada telinganya. Orang tua itu mendongak dan menganggukkan kepalanya. “Ambillah.” Hana menundukkan kepalanya dan menghilang dengan surat khabar itu. Apabila dia telah kembali ke biliknya, dia merenyukkan surat khabar itu dan meneguk air liur. Adakah dia telah bersedia untuk melihatnya? Bagaimana jika terdapat sebuah berita teruk yang lain?

Hana menggelengkan kepalanya. Teruk ataupun tidak, dia harus berhadapan dengannya. Dia perlu tahu apa yang sedang berlaku. Seandainya orang tuanya menganggap yang dia berada di dalam hospital sekarang, dia tidak mampu untuk menghidu apa yang sedang berlaku di luar, mereka memang salah sama sekali.

Dengan itu, dia membuka surat khabar itu, matanya melebar memandang kertas itu dan dengupan jantungnya semakin pantas.

Melepaskan keluhan, dia melepaskan surat khabar itu.

 

Tiada apa-apa. Hari ini, tiada apa-apa.

 

Bolehkah ia kekal seperti ini?

 

Keesokan harinya, Hana mengambil surat khabar dari lelaki yang sama, yang dengan rela hati memberikan surat khabar itu padanya. Selepas mengucapkan terima kasih dengan senyap, dia kembali melangkah ke biliknya, hari ini lebih perlahan. Terdapat percikan ketakutan di dalam dirinya hari ini. Dia mempunyai firasat yang hari ini akan ada sesuatu. Dia tahu itu, tapi itu tidak cukup untuk menghalangnya dari membuka surat khabar itu. Kukunya mencengkam ke dalam tapak tangannya, menusuk masuk ke kertas nipis itu.

Beberapa buah lukisan lama Jung Hana telah dilelong baru-baru ini oleh kedua orang tuanya.

Dia hanya perlu untuk membaca dua baris pertama untuk mengetahui ke mana berita itu akan pergi ... untuk membayar biaya hospital ... adakah ini merupakan satu lawak bodoh? Mengulangi lima perkataan itu berkali-kali, di setiap artikel, seperti dunia mahu memperolok-olokkannya. Di dalam dunia ini, hanya dia seorang yang tahu kebenarannya dan melihat bagaimana penipuan disebarkan, disuakan ke wajah setiap orang ... dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya, rasanya sangat pahit.

Semua orang di dalam dunia berfikir bahawa ibu bapanya adalah seperti malaikat dan dia sebagai anak perempuan yang gila, yang sepatutnya bersyukur mempunya keluarga yang penyayang. Sebuah tawa kecil yang kosong keluar dari bibir Hana. Itu sudah menjadi lebih daripada mengarut. Dia yang sudah menjadi lebih daripada mengarut. Ini bukanlah bermakna dia telah menyangka sesuatu yang lain daripada keluarganya, tapi mengapa dia sangat kecewa dengan tindakannya sendiri? Perasaan kekecewaan yang masam menyusup ke dalam dirinya, dan dia memerlukan tekad yang sangat kuat untuk tetap bersikap rasional. Dia tak perlu merasa sedih dalam hal ini. Ibu bapanya memang teruk. Dunia memang teruk. Dia bencikan mereka semua. Dia sudah menutup hatinya, bukan? Tapi mengapa dia masih sangat lemah apabila ia melibatkan berita seperti ini? Mengapa dia masih merasa kecewa?

Ini tidak masuk akal.

Tanpa dia ketahui, dia telah keluar dari bangunan hospital, dan apabila Hana mendongakkan kepalanya sekali lagi, dia sedar yang dia sedang berada di taman itu lagi. Dia tahu kemana kakinya sedang membawa dia: kolam teratai itu. Kali ini, dia lebih mudah untuk melepasi celah itu dan dia segera berbaring, meringkukkan tubuhnya menjadi seperti bola.

Mengapa dia merasa seperti dia sedang lemas?

Dia tidak mempunyai sebab mengapa dia merasa begitu. Bukankah dia sudah bersetuju dengan dirinya untuk menyerah dengan keluarganya, menyerah dengan orang di sekelilingnya, menyerah dengan dunia ini? dia tidak mahu berharap lagi. Tidak untuk keluarga yang penyayang, tidak untuk orang yang memahami, tidak untuk apa-apa kebaikan. Kenapa? Kerana dia tetap akan kecewa pada penghujungnya.

Sebelah tangannya digenggam menjadi penumbuk, tetapi tangannya yang lumpuh tidak bergerak; kekal lemah. Hana menjeling tangannya, air matanya mengalir keluar dari matanya tanpa diketahui. Semuanya kerana tangan ini. kerana tangan jahanam ini. Nafasnya bergetar kerana marah. Kenapa kau perlu jadi begini?! Dia menjerit didalam kepalanya. Itu adalah sebuah pertanyaan yang ditujukan buat tangannya, juga buat dirinya. Mengapa dia perlu jadi begini? Sangat berserabut.

Memeluk lututnya lebih erat, dia menangis di lengan bajunya.

Hidup ini sangat teruk.

 

Takdir suka bermain dengan aku.

 

Suka melihat aku tersiksa.

 

Mahu menyesakkan aku.

 

Selepas sangat lama masa dihabiskan penuh dengan air mata dan kesedihan, esakan Hana berhenti dan air matanya telah kering. Terdapat kerak nipis di pipinya. Tekaknya terasa kering. Dia membuka matanya perlahan-lahan, pandangan di dalamnya kosong. Apabila dia baru saja hendak menutupnya, telinganya menangkap sebuah bunyi. Dedaunan bergoyang.

“Hey,” kata sebuah suara, memeranjatkannya. Dia mengenali suara itu. Dia pernah mendengarnya sebelum ini, dia pasti.

Menghirup nafas dalam, dia berpusing ke belakang. Dengan segera, perasaan marah memuncak dalam dirinya. Dia mahu mencengkam kolar orang yang sedang berdiri di antara pokok-pokok itu dan menolaknya pada sebatang pokok. Mahu menumbuknya, mahu memadamkan senyuman itu. Orang itu adalah orang terakhir yang dia mahu lihat buat masa ini.

 

Luhan.

 

Memejamkan matanya, dia berpusing kehadapan. Mungkin dia akan pergi, sekiranya dia tidak menghiraukannya. Lagipula, di hospital itu, dia dikenali kerana menjadi gila. Jadi sudah tentu dia tidak mahu meluangkan masa berdekatan dengannya, bukan? Tapi, Luhan tidak pergi.

“Kau tak apa-apa?” Hana dengar dia bertanya. Satu dengusan keluar dari bibirnya. Dia bertanya padanya, sekiranya dia tak apa-apa? Tak apa-apa?! Dia perlu tertawa dengan kuat. Adakah dia kelihatan seperti dia tidak apa-apa? Adakah semuanya di dalam dunia ini kelihatan seperti tidak apa-apa? Hana berharap untuk menjerit melepaskan semua kata hatinya, tapi Hana memutuskan untuk menyimpan saja semuanya dalam dirinya.

“Pergi,” dia mahu mendesis dengan marah, tapi perkataan itu hanya keluar sebagai bunyi kuakan, yang dipenuhi rasa marah yang lemah. Dia dengar derap tapak kakinya semakin kuat, dia semakin menghampiri. Dalam masa beberapa saat, dia sudah disebelahnya. Matanya yang lembut menjalar ke tubuhnya yang kecil yang sedang meringkuk seperti bola.

“Awak adalah Jung Hana,” Luhan berkata dengan perlahan, senyumannya bergerak-gerak di bibirnya. Selepas menepuk-nepuk dedaunan, batu-batu kecil dan dahan-dahan pokok jauh dari satu tempat di tanah itu, dia duduk.

Dengan satu goncangan, gadis itu bangun, melemparkan jelingan buat lelaki di sebelahnya. “Pergi,” dia berbisik. “Kita berbual di antara satu sama lain dua minggu lalu,” Luhan tidak menghiraukan apa yang dikatakannya dan dia meneruskan tanpa berasa terhalang, “Awak ada di kolam ini.” Dia menunjuk ke arah kolam itu dengan tangannya, memberikan gadis itu senyuman. Dia sedang bercakap kosong. Adakah dia tidak mampu untuk membaca keadaan? Adakah dia tidak melihat yang dia telah menangis?!

 

Hana memusingkan kepalanya dan menjelingnya, matanya penuh dengan kebencian. “Tinggalkan aku sendiri.” Dengan itu, dia menanam wajahnya ke lengan bajunya sekali lagi. Tapi sekali lagi, Luhan tidak menghiraukan apa yang dia katakan.

 

“Adakah kau mahu aku untuk mendengar?” Mata Hana terbeliak dengan soalan itu, memandangkan ia datang tanpa disangka-sangka.

Adakah dia sedang bercakap sampah? Mengapa pula dia hendak menawarkan keselesaan sekarang? Mengapa dia tiba-tiba mengubah fikirannya? Tapi perubahan pada nada suaranya lebih memeranjatkan daripada soalannya. Perasaan tidak mengetahui yang bahagia tadi sudah hilang. Nada suaranya kedengaran lebih muram. Nada suaranya kedengaran serius.

Hana mengangkat kepalanya dengan berhati-hati, menangkap sepintas lalu air muka Luhan yang Hana tidak mampu jelaskan sebelum Luhan perasan yang Hana sedang memerhatikannya, dan dengan itu, senyuman di wajahnya kembali. Itu bukan lagi senyuman yang gembira, tapi senyuman yang menyelesakan. Menghela nafas dengan getaran, dia membuang mukanya. “Siapa kata aku ingin beritahu kau sesuatu?” Dia bertanya dengan suara perlahan, memusingkan wajahnya lagi untuk memandang Luhan sepintas lalu.

 

Pandangan matanya tidak lagi pada Hana, ia sedang meliar ke arah kolam itu. “Kau tak akan beritahu aku, tapi kau akan beritahu pada angin.”

 

Gadis itu mengecilkan matanya pada jawapannya, tapi tetap diam. Dia memandang apabila Luhan memusingkan kepalanya untuk menghadapnya lagi, menunggu hingga mata Luhan berjumpa dengan matanya. “Dan aku,” kata Luhan, tersenyum, sambil menunjukkan dirinya. “Aku cuma terdengar secara kebetulan.”

 

Hana menegakkan belakang badannya, mengalih pandangannya daripada Luhan, dan melihat bunga teratai di situ sambil berkata, “Bagai mana kalau aku tak mahu kau dengar?” Matanya memerhatikan sebahagian kelopak kelopak bunga teratai yang cantik sementara dia menunggu jawapan darinya. Aku mahu melukiskannya, dia berfikir secara tidak sedar, segera memarahi suara hatinya selepas perkara itu terlintas dalam kepalanya. Dia tidak boleh melukiskannya lagi, jadi kenapa dia memikirkan tentang hal itu? Itu tidak diperlukan – fikirannya terganggu dengan suara Luhan, “Kenapa pula?” Suaranya hampir tidak kedengaran. Hampir kedengaran seperti bunyi desir dedaunan. Lembut dan singkat.

Dengan mata yang dikecilkan, Hana memusingkan kepalanya dan menjelingnya. Soalan jenis apa ini? “Mungkin kerana aku tak mengenali kau?” Dia bertanya, kejengkelan dan kekeliruan terpancar dari suaranya.

Luhan menahan ketawanya apabila mendengar nada suaranya. “Tapi bukankah itu sebab yang tepat mengapa kau mahu aku untuk mendengar?”

Matanya terbuka luas dengan ketidakfahaman sambil senyuman Luhan bertukar menjadi sebuah seringai.

Apa yang sedang dia cakapkan?

“Itu adalah sebab yang tepat mengapa aku tidak mahu kau dengar,” Hana menjawab dengan tajam.

Untuk beberapa saat, mereka berdua diam, sekaligus menjadikan air dan angin sebagai satu-satunya bunyi yang ada. Ia adalah bunyi alam sekitar. Walaupun begitu, kesunyian itu kemudian dipecahkan apabila Luhan menelengkan sedikit kepalanya dan tertawa kecil. “Aku hanyalah seorang asing yang membosankan. Kau tak akan hilang apa-apa dengan bercakap dengan aku, bukan?” Dia bertanya, seringai gurauan itu masih terbentuk di bibirnya.

Hana mengerutkan keningnya dan mendesis, “Mengapa aku perlu memberitahu pada orang asing tentang kerisauan aku? Adakah kau bodoh atau apa?”

“Apa yang berlawanan dengannya?” Berhenti menjawab dengan soalan kepada soalanku, dia berfikir dengan marah, tetapi tidak menyuarakannya.

Apabila Hana tidak menjawab, Luhan menyambung, “Kau adalah orang yang asing denganku. Selain nama kau, aku tidak tahu apa-apa tentang kau, kau juga tidak tahu apa-apa tentangku... apakah kemudaratannya untuk membiarkan aku mendengar?” Dia tersenyum. “Tiada. Sekarang ini aku hanyalah orang asing dan selepas perbualan ini aku akan tetap menjadi orang asing. Aku akan pergi, jadi aku tidak memudaratkan.” Tawa kecil terlepas dari bibirnya. “Rima akhirnya hampir sama.”

 

Hana memandang kasutnya dan berkata dengan perlahan, “Itu semua mengarut.”

 

Dia menelengkan kepalanya. Luhan bukan sahaja dimasukkan ke hospital kerana leukimia, tapi mungkin juga kerana beberapa masalah mental. Semua yang dikatakannya tidak masuk akal. Sekurang-kurangnya, Hana berfikir begitu. Semua itu mengarut. Bodoh. Tidak logik. Pelik.

 

Apabila dia mendongak sekali lagi, dia bertemu dengan senyuman lembut milik Luhan. “Aku akan berpura-pura menjadi angin,” itu adalah perkara terakhir yang Luhan sebut sebelum dia mendiamkan diri. Namun begitu, dia tidak pergi. Dia terus duduk di situ, matanya tertutup, nafasnya tenang.

Beberapa minit yang senyap telah berlalu. Hana tidak tahu bagaimana, tapi dengan ajaibnya bibirnya terbuka dan suaranya dapat didengar – dia sedang bercakap. “A-Aku benci dunia ini,” dia berkata dengan teragak-agak, memusingkan lehernya untuk melihat wajah Luhan.

Matanya terbuka lebar. Air muka Luhan tidak berubah, walaupun selepas dia mendengar perkataan tersebut? Bukankah kebanyakan orang akan memberikan kau pandangan yang menilai apabila kau menyatakan kebencian kau kepada dunia ini? walaupun begitu, dengan anehnya, mulutnya masih membentuk senyuman lembut itu, matanya masih tertutup dengan selesa, tiada kesan menilai.

Hana meneguk liurnya. “Takdir sedang bermain dengan hidupku.” Mengapa dia masih lagi terus bercakap? Dengan gementar, matanya memandang ke wajah Luhan. Tiada apa-apa yang berubah. Senyuman lembut itu masih ada, dan tetap, tidak ada kesan menilai.

Tiba-tiba, dia merasa yakin. Dia memang betul-betul seperti angin. Dia boleh berkata apa-apa yang dia rasa ingin katakan, dan itu semua tidak penting.

“Hidupku terasa seperti lawak bodoh,” dia berbisik, suaranya sedikit pecah. Oh, aku harus berhenti bercakap. Air mata bertakung di matanya lagi. Tapi, suaranya tidak berhasrat untuk berhenti. Semuanya seperti bunyi angin yang tenang itu telah memancing perkataan-perkataan itu keluar dari bibirnya. Keluar dari hatinya. Hatinya yang tertutup.

“aku tidak boleh mempercayai sesiapa pun di dunia yang celaka ini. Bahkan keluargaku sendiri.” Apabila perkataan keluarga keluar dari mulutnya, air mata yang pertama mengalir di pipinya. Dia menanam wajahnya ke lengan bajunya, menyekat suaranya apabila dia bercakap. “Semua orang memang teruk.”

“Sangat mementingkan diri sendiri ... mereka dan ... aku,” suaranya serak.

“Aku bencikan mereka. Aku benci diriku sendiri. Aku benci bagaimana serabutnya hidupku ini. Aku benci tanganku,” perkataan itu keluar dari mulutnya, tidak menghiraukan lagi apa yang sedang dikatakannya. Dia hanya meluahkan setiap perkara yang ada di fikirannya. Perkara yang ada dalam fikirannya yang terdesak.

Dia mendongak dan melihat yang mata Luhan masih tertutup sementara riak wajahnya masih tidak berubah. Melihat wajahnya, Hana berfikir tentang apa yang telah dikatakannya. Hana telah lewat tersedar yang dia tidak sepatutnya menyebut tentang keluarganya. Luhan mungkin akan memberitahu wartawan cerita menarik tentang pelukis genius yang terdesak itu, dan mendapatkan duit. Tapi, yang menghairankannya, semua itu tidak penting baginya sekarang. Dia hanya mampu berfikir bagaimana ringannya dadanya terasa sekarang dengan hanya meluahkan perkara perkara rawak yang berada dalam fikirannya. Selain daripada itu tidak ada apa-apa yang penting.

Hana mencuri satu lagi pandangan ke arah Luhan sebelum berkata, “K-Kau boleh berhenti berpura-pura menjadi angin.” Apa yang Hana tidak lihat adalah kedutan di sudur bibir Luhan apabila dia berdiri. Dia sedang tersenyum. Senyuman yang berbeza daripada senyuman yang ada di bibirnya sepanjang masa dia mendengar. Senyuman itu tidaklah ceria, senyuman itu jugak tidak kurang lembut – Cuma berbeza.

Dedaunan berderis lagi apabila Luhan meninggalkan tempat kecil itu, menghilang disebalik pepohonan, dan Hana mendapati dirinya memandang ke arah bunga teratai yang satu itu sekali lagi, bibirnya sedikit terbuka.

Sedikit sebanyak dia terasa gembira kerana telah mengatakan semua itu kepada seorang asing.

Mungkin Luhan memang betul. Lebih tepat lagi kerana dia tidak lebih daripada seorang asing, menjadikan dia bukan sebagai ancaman dalam hidup Hana. Dia hanyalah seorang asing dan sekarang dia telah pergi, dia masih lagi seorang asing. Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan Luhan tadi. Semuanya kedengaran bercanggah pada mulanya, tapi kini, dia tahu. Tidak ada penjelasan yang logik. Hanyalah tiga perkataan yang membuat semuanya jelas.

 

Hanyalah seorang asing.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Half-BloodPrincess
10/1/2020 - Chapter 7, Flower of Despair (Malay) kembali semula setelah sekian lama ㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
Mell2424
#1
dah subscribe..mcm best je.. hihihi
LeaderTaengoo098 #2
Chapter 2: wahh interesting.. :)
please update soon ok ?
hehe bagus teruskan!!^^
exotics99 #3
uwaa nk tlong update
XD/keke/
TheHannaMymiLicous
#4
saya baca....hhah
Byun_Bacon99
#5
Chapter 3: tak pe,,,,teruskan belajar :)
tyra99 #6
owh,ff ni,dah pernah baca dah..
yg english punya...
dan sekarang malay..
mesti best!
goodluck !
Bunniespirit_88
#7
wow! sound good... update soon pls~