Pergi

Flower of Despair [Malay]

Memandang ke luar jendela, gadis itu mengeluh dan mengalihkan pandangannya daripada pemandangan bandar kepada pensel yang terletak di atas katil. Dia mengeluarkan tangannya yang sihat dan membaluti jari-jari panjangnya ke sekeliling pensel tersebut dengan lembut, merasakan permukaan bervarnis pensel itu pada kulitnya. Ia adalah satu perasaan menyakitkan yang biasa.

 

Memandang nota pad yang terbaring di atas katil, dia bangkit duduk, bersandar pada kerangka katil. Dia meletakkan sikunya pada pinggir meja kecil yang terletak di tepi katilnya bagi menyokong beratnya. Dengan kekok, dia menggerakkan pensel itu ke atas permukaan lembut kertas tersebut. Meletakkan pensel itu ke tepi, dia memandang garis lurus yang telah dia lukis. Keluhan berat keluar dari bibirnya. Teruk, sangat teruk. 

 

 

Padahal beberapa bulan yang lalu dia telah berjaya untuk mencipta hasil lukisan yang hebat hanya dengan tangannya yang kosong, pada saat ini, dia bahkan tidak boleh melukis satu garis lurus. Ia adalah satu perasaan menyakitkan yang tidak seorang pun boleh mengerti. Baginya, kehilangan satu tangan tersebut lebih menyakitkan daripada kehilangan kedua belah kaki atau bahkan kehilangan kemampuan untuk bercakap. Orang memberitahunya bahawa dia beruntung kerana dapat hidup, dapat berjalan, dapat bercakap, tapi tidakkah mereka melihat betapa teruknya dia rasa dalam keadaan seperti ini? Tapi dia tak pernah berniat untuk menerangkan. Seandainya mereka tahu bahawa kehilangan bakatnya adalah perkara yang telah membuatkan dia menjadi sengsara, mereka mungkin akan mentertawakannya. Bakatmu bahkan bukanlah manusia, mengapa kau perlu tertekan kerana hal itu? Kata mereka. Bakatnya bukanlah manusia, tapi, dengan sesuatu cara, dia menghargainya lebih dari dia menghargai manusia biasa. 

 

Orang, mereka sudah sering menyakitinya. Manusia adalah sebuah makhluk yang mementingkan diri sendiri. Tiada seorang pun yang peduli tentang yang lainnya. Mereka menilai orang lain berdasarkan nilai mereka; sumbangan mereka kepada dunia ini. Sama ada ia berkaitan tentang rupa paras, bakat, kepandaian ataupun peribadi. Semuanya tentang sumbangan seseorang itu terhadap masyarakat, walau tiada seorang pun yang mahu mengakui cara pemikiran tidak bermoral ini. Dan sekarang, satu-satunya nilai yang boleh dia tawarkan, telah pergi. Orang akan perlahan-lahan berundur, dia tahu itu. Ia sentiasa sama. Ketika waktu-waktu sukar, apabila tiada seorang pun yang menyukai lukisan dan lakarannya dan tidak berniat untuk membelinya, nilainya telah semakin goyah, dan ramai orang yang mula berundur. Bahkan mereka, yang dia tidak pernah sangka ... tetapi bakatnya berbeza. Bakatnya sentiasa ada bersamanya, tidak pernah menghiraukannya walaupun sekali. Bakatnya telah menjadi sebahagian darinya. Sekarang bakatnya telah pergi.

 

Dia mengangkat lengannya dan memandang ke tangannya. Tangannya yang lumpuh. Rasanya seperti memandang tubuh bagi bakatnya yang telah mati. Mengetahui yang bakatnya telah pergi, membuatkannya lebih sedih daripada mengenang apa yang telah dilakukan oleh sesetengah manusia kepada dirinya. Apapun yang telah berlaku di masa lalu, semua itu telah berakhir sekarang. Luka di hatinya sembuh dengan sendiri. Tapi bakatnya telah mati. Dia memandang jari-jarinya yang panjang dan kurus, yang sudah tidak boleh bergerak, pandangan matanya perlahan-lahan menjadi kosong. 

 

Pandangan matanya sekali lagi jatuh kepada garis lurus yang telah dilakarnya sebentar tadi dan mengikut kata hatinya, dia menggapai nota pad itu dan membalingnya ke dinding di sebelah katilnya.Bunyi dentuman kecil dapat didengar dan bunyi kertas-kertas itu menari di udara memenuhi segenap ruangan biliknya, sebelum semuanya berakhir dengan sekali lagi bunyi dentuman kecil apabila kertas-kertas itu jatuh ke lantai.

 

Dia kembali duduk dan memusingkan kepalanya perlahan-lahan apabila mendengar bunyi ketukan di pintu.

 

"Cik Jung, awak perlu makan," seorang jururawat yang agak tua dan kelihatan peramah mengeluh apabila dia tiba di pintu, yang telah dihadang oleh kerusi. Pembantunya, seorang wanita di awal 20-an meraih tombol pintu itu sebelum menggoncangnya dengan kuat. Menilai bahawa pintu itu telah sepenuhnya terhadang, dia melepaskan tombol tersebut dan menggelengkan kepalanya. Dengan keluhan yang kecewa, dia berpusing ke belakang dan mengambil tablet dari jururawat yang lebih tua itu dan berjalan beberapa langkah menjauhi pintu. "Kita perlu mengeluarkan semua kerusi yang ada di dalam biliknya," dia menggumam. Jururawat yang lebih tua itu hanya menganggukkan kepalanya.

 

Memandang pintu tersebut untuk terakhir kalinya, mereka berdua melangkah pergi. "Jung Hana sangat menyusahkan. Aku harap dia dapat dipindahkan ke bahagian mental secepat mungkin." 

 

"Itu pasti tak akan lama lagi. Bahu dan sikunya sudah pulih sepenuhnya. Satu-satunya masalah yang tinggal hanyalah kepalanya ..."

 

Mendengarkan apa yang dikatakan oleh jururawat tersebut tentang dirinya, Jung Hana menelengkan sedikit kepalanya, satu ketawa kecil keluar dari bibirnya. Itu bukanlah satu tawa yang bahagia - sesetangah orang mungkin akan mengatakan tawa itu berbunyi sedikit marah, sebahagian yang lainnya akan mengatakan tawa itu pahit. Dia tahu semua jururawat di situ membencinya. Itu sudah tentu, memandangkan dia ialah seorang pesakit yang menyusahkan. Selalu menolak untuk makan, selalu melarikan diri. Tapi mereka tidak tahu sebabnya; mereka tidak dapat memahami kelakuannya. Dan dia tidak mahu memberitahu mereka. Lagipula, mereka tidak akan pernah faham. 

 

Mereka tidak dapat untuk menghargai permintaan terkecilnya. Hana hanya mahu bersendirian. Dia bencikan gangguan. Dia sentiasa begitu dan dia masih tidak berubah. Dia betul-betul menikmati kehidupan apabila dia tersesat dalam lukisannya, tenggelam dalam imaginasinya. Tidak apabila dia bersama dengan orang. Makanan? Kadang-kadang, dia akan menikmatinya. Tapi dia perlu merasa bahagia untuk menikmati makanan. Jika tidak, dia tidak akan mampu untuk menelan walau satu gigitan sekalipun. Di dalam keadaannya yang sekarang, makan adalah seperti siksaan bagi dirinya; ibarat dia sedang tercekik oleh makanan itu, di setiap gigitan.

 

Hana baru saja ingin berbaring dan memejamkan mata untuk berehat apabila telinganya menangkap sesuatu yang menarik. Dia dapat mendengar dengan baik apa yang mereka, yang lalu di hadapan biliknya, bualkan.

 

"... Sudah melihat budak lelaki yang menghidap leukemia yang baru saja berpindah ke hospital ini?" 

 

"Maksud kau Luhan, lelaki kacak tu?"

 

Sebuah jeritan "Ya" yang terlalu bersemangat dapat didengar. 

 

"Aku dengar dia dipindahkan ke sini kerana keadaannya semakin memburuk." Hana menajamkan pendengarannya pada perbualan mereka, berasa tertarik.

 

"Kasihan bagi seseorang sekacak dia untuk menghidapi penyakit yang sangat teruk itu. Kasihan dia"

 

Itu, dia berfikir, Menilai orang sekali lagi. Jadi, menurut wanita tadi, sekiranya seseorang yang hodoh menghidapi penyakit yang sama, itu bukanlah sesuatu yang perlu dikasihankan? Ini bukan apa-apa tapi hanyalah membalikkan apa yang dikatakan oleh wanita tadi. Menggunakan logik akal yang sama - cara pemikiran yang sama. Kau sudah boleh: menilai seseorang, menentukan harga diri seseorang, menimbang-nimbang sumbangan orang itu pada kau. Itulah dia, sayangku sesama manusia, itulah dia kemanusiaan.

 

Hana memandang pintu, walaupun dia tidak dapat melihat siapa yang sedang bercakap disebaliknya. Pandangan matanya penuh dengan rasa meluat.

 

"Memang sungguh kasihan. Dia juga sangat muda, dan aku dengar, dia merupakan kes dimana sesetengah doktor telah tinggalkan"

 

"Ini adalah sebuah khabar angin yang sangat tidak jelas, tapi aku dengar dia sudah tidak ada banyak masa lagi," bahagian yang terakhir itu dibisikkan, tapi tetap saja, Hana dapat mendengarnya dengan jelas. Dia berhenti mendengar selepas itu dan memandang ke luar jendela. Tidak ada banyak masa lagi, huh? Entah bagaimana, perasaan ingin tahu merebak di dalam dirinya; dia ingin bertemu dengannya, dia ingin melihatnya. Dia sangat curiga. Bagaimana dia dapat menanganinya? Dengan fakta yang dia sedang menghidap penyakit seperti itu.

 

Selepas cukup mendengar tentang lelaki bernama Luhan itu, Hana berdiri dan menyarungkan baju sejuk ke tubuhnya. Dia memindahkan kerusi itu dan meletakkannya ke tepi. Apabila dia membuka pintu, dia perasan bahawa wanita-wanita tadi masih berdiri di hadapan biliknya. Dia dengan serta-merta dapat mengecam suara tersebut. Memberikan mereka tatapan maut, dia berjalan melepasi mereka, sambil melanggar bahu mereka dengan kasar.

 

Salah seorang dari wanita tersebut beralih dengan tidak selesa. "Kenapa dengan dia? Dan dia fikir dia siapa!" Dia mendengus.

 

Wanita yang satu lagi mendecakkan lidahnya. "Adakah kau tidak mengenalnya? Dialah si pelukis genius itu. Jung Hana. Baru berusia sembilan belas tahun namun sudah mampu menikmati wang dan populariti. Tapi beberapa bulan yang lalu, dia terlibat dengan sebuah kemalangan dan dia masih belum dikeluarkan dari hospital semenjak itu. Khabar angin mengatakan kerana tangannya yang lumpuh, dia telah menjadi tertekan," Dia menyatakan sebelum menambah "Pada pendapat aku, dia hanyalah sombong dan memandangkan dia tidak lagi dapat melukis sekarang, dia sudah sedar diri. Depressi bodoh."

 

 

Apabila dia tiba ke bangunan utama, Hana berjalan melepasi semua orang, mencuba untuk memperoleh jarak yang bagus memandangkan dia tidak suka akan sentuhan fizikal dengan orang yang tidak dikenali. Dia memandang sekeliling, mencari lelaki bernama Luhan itu, walaupun dia tidak tahu bagaimana rupa parasnya. Tapi dia mahu berjumpa dengan lelaki itu. Walau apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun, sudah tentu bukan kerana sebab yang remeh seperti wajahnya yang kacak, tapi kerana dia ingin berjumpa dengan seseorang yang mempunyai situasi yang sama sepertinya. Sudah tentu, kesnya dianggap lebih teruk, tapi itu kerana orang tidak tahu apa erti seni baginya. Dia menderita daripada sakit yang mengancam nyawanya dan kebanyakkan doktor telah tidak hiraukan. Dia hanya mempunyai tangan yang lumpuh. Tapi Hana tahu penderitaannya sendiri. Walaupun kesnya lebih teruk, dia hanya mahu berjumpa dengan seseorang yang boleh memahaminya. Dan bukankah itu kelihatan seperti dia telah diciptakan untuknya? Dia perlu berada dalam keadaan yang teruk, bukan saja secara fizikal, bahkan secara mental, betul?

 

Dia pasti sudah kehilangan cahaya dalam hidup. Ketakutan pasti sedang mengejarnya, kan?

 

Secara diam-diam, dia berharap dapat berjumpa dengan seseorang yang mempunyai keadaan terdesak yang sama, walaupun tidak lebih darinya. Dia berharap untuk akhirnya mempunyai seseorang yang memahaminya. Meskipun kes mereka tidak sama, mereka berdua berkongsi penderitaan mental. Hana berfikir, tiba-tiba berasa teruja. Dia hanya mahu melihat pandangan memahami di mata lelaki itu dan memulangkannya. Pandangan yang dapat menunjukkan dengan sempurna sehingga tidak perlu berkata apa-apa kerana mereka berdua tahu keperitan yang dirasai.

 

Mengesan beberapa orang jururawat, dia mendekati mereka. Tapi malang sekali, jururawat yang telah membawa makanan untuknya tengah hari tadi turut berada di situ. "Cik Jung! Adakah awak telah makan makanan awak?" Dia segera bertanya, dengan suranya yang bernada tinggi. 

 

Hana mengeluh dan menggelengkan kepalanya. "Tapi, Cik Jung, awak perlu-"

 

"Di mana boleh saya cari lelaki yang menghidapi leukemia itu?" Dia mencelah jururawat itu, membiarkan pandangan matanya merayap ke muka orang lain yang berada di situ.

 

"Awak adalah orang ketiga yang menanyakan saya soalan ini. Cik Jung, dia mungkin berwajah kacak, tapi itu tidak menjadi sebab untuk awak mengabaikan semuanya -" 

 

"Beritahu saja dimana dia berada," Hana berkata segera, kejengkelan terpapar pada suaranya. Seolah-olah dia kacak dapat menjadi penyebab baginya melakukan semua ini. Seolah-olah. Dia berfikir, mengerutkan hidungnya.

 

Jururawat itu menghebuskan nafas dengan marah dan menudingkan jarinya ke koridor di sebelah kanan mereka. "Bilik lima puluh dua."

 

Hana mengangguk sedikit dan berlalu pergi. Setelah menemukan bilik itu, dia mengetuknya dengan segera. "Masuk lah," kata sebuah suara. Suara itu kedengaran merdu. Menghirup nafas dalam-dalam, dia menggapai tombol pintu tersebut. Sedikit keterujaan merebak ke segenap tubuhnya dan dia mendapati dirinya tidak sabar-sabar untuk bertemu lelaki itu. Dia tidak sabar-sabar untuk melihat desakan yang berapi di dalam matanya. Tidak sabar-sabar untuk memberikannya pandangan yang mengatakan, Aku faham, dengan sentuhan kesedihan. Tidak sabar-sabar untuk menantikan pandangan itu untuk dipulangkan.

 

Membuka pintu dengan perlahan, dia mengintai ke dalam bilik. Mencuba bersuara ramah, dia menyapa walaupun pintu itu belum terbuka sepenuhnya, "Hel-" tapi berhenti di tengah jalan apabila perasaan kecewa menyusup ke dalam tubuhnya apabila dia berhadapan dengan sepasang mata lembut yang bersinar sambil hujung bibir lelaki itu membentuk sebuah senyuman. Dan dia memiliki senyuman yang sangat indah! Senyuman itu seakan-akan berseri penuh dengan kebaikan dan kebahagiaan. Senyuman itu kelihatan sangat elok, dia seperti ingin menghapuskannya dari muka lelaki itu. Aura yang diberikannya, cara dia tersenyum, semuanya sangat berbeza dari yang dia anggap. Dan sejujurnya, dia tidak menyukainya walaupun sedikit. Adakah aku telah lama ingin bertemu dengan lelaki yang sedang dalam keputus asaan dan sedang bersedih? Dia berfikir, menatap lelaki itu. Mungkin ... tapi lebih dari segala-galanya dia hanya mahu seseorang memahaminya, untuk berkongsi keperitan dengannya. Dan keperitan dicipta daripada kesedihan, kepahitan dan perasaan putus asa. 

 

Tapi di dalam mata Luhan, dia tidak dapat mengesan sebarang perasaan negatif.

 

" - lo," dia menyelesaikan sapaannya dengan kering. Keramahan yang mahu dicubanya tadi telah hilang.

"Hei," lelaki itu - Luhan - berkata, masih tersenyum. Matanya sangat lembut, begitu juga dengan pandangan di dalamnya. Tidak ada sedikit pun kesedihan atau keputus asaan yang terlihat. Sebaliknya, mata itu kelihatan seperti sedang menjeritkan kebaikan dan keramahan. Hana meneguk air liurnya, tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Lebih baik dia berbalik dan pergi dari situ, memandangkan dia tidak seperti yang Hana fikirkan. Tapi satu suara di dalamnya memberitahunya untuk  tetap berada di situ, untuk tetap menunggu. Lagipun, sesetengah orang merupakan pelakon yang baik.

Apabila Hana tidak menjawab, dia bertanya dengan lembut, "Adakah kita saling mengenali?"

Gadis itu menggelengkan kepalanya. "Tidak, tapi aku mendengar tentang kes kau dan aku hanya mahu mengatakan ... " dia berhenti seketika untuk memikirkan alasan yang baik. " ... untuk berharap yang terbaik buat kau dan tetap bersemangat," dia segera berbohong. Rasanya sangat teruk untuk memaksa tersenyum selepas berbulan-bulan tidak melakukannya.

Luhan tetap membalasnya. "Terima kasih. Aku juga berharap yang sama untuk kau."

Dia berhenti seketika dan memandangnya dengan lebih tepat lagi. "Adakah kau Jung Hana? Pelukis itu?" Dia bertanya dengan mata yang bersinar. Hana secara tidak sedar telah berundur sedikit, tidak menyukai sinar jernih dari matanya. Itu membuatkan dia berasa teruk di dalam keterdesakkannya. Dan disitu ada juga sesuatu yang lain; percikan cemburu yang kecil dan menusuk.

"Ya." Dia berusaha keras untuk tidak kelihatan terlalu tidak mesra, tapi dia tahu matanya yang dingin telah menunjukkan semua itu.

Tiba-tiba, dia terfikirkan sesuatu. Dia tahu itu adalah suatu perkara yang sangat kejam untuk dilakukan, tapi dia memujuk dirinya sendiri dengan berfikir, Kau adalah manusia. Sikap mementingkan diri sendiri adalah normal. "Aku sangat meminta maaf pada kau," dia berkata. Itu adalah ayat di mana dia sendiri pun tidak mahu dengar. Ayat yang dia benci untuk dengar. Ayat yang dia benci dengan penuh keghairahan. Lebih-lebih lagi sekiranya ayat itu datang daripada orang asing. Apabila dia mendengarnya, dia merasa seperti ingin saja menjerit ke arah mereka yang berkata begitu. Mengatakan yang mereka tidak mengetahui satu apa pun. Mengatakan supaya mereka tutup mulut seandainya mereka tidak memaksudkan apa yang dikatakan. Mengatakan pada mereka yang dia tidak memerlukan rasa kasihan, tidak memerlukan rasa simpati palsu. Situasi itu merupakan situasi di mana kemarahan, keterpaksaan akan melemaskannya. 

Hana sebenarnya tidak ingin membuat lelaki yang berada di hadapannya itu berasa tidak enak, tapi lebih dari segalanya, dia hanya ingin melihat senyuman lembut itu pudar dari wajahnya, walau hanya untuk sesaat. Kerana, seandainya ada retakan pada topeng yang baik ini, dia tahu jauh di dalam, lelaki ini tidaklah sebahagia yang dia lihat. 

Tapi tidak ada sedikit kedutan pun pada senyuman Luhan. Dia hanya memberikannya senyuman yang penuh rasa berterima kasih. "Kau tak perlulah meminta maaf. Ini bukan salah kau," Dia berkata dengan lembut, dan bunyinya sangat, sangat jujur dan menjijikkan di telinga Hana sehingga dia mengekot.

Dia secara tidak sedar telah memandang lelaki itu dan tangannya berulang kali, melihat perbezaannya dengan sempurna. Orang itu, yang dia sangka untuk menjadi lebih berputus asa darinya, adalah seorang yang gembira dan baik, sedangkan dia, di mana mempunya kes yang tidak seburuk lelaki itu, sedang berdiri di situ dan mencuba untuk membuat lelaki itu berasa tidak enak dan menunjukkan emosi negatif. Dan itu semua hanyalah untuk dia merasa lebih baik. Untuk dia mengetahui yang dia tidak keseorangan. Aku sangat jahat, dia berkata dalam hati, mengambil beberapa langkah ke belakang. 

"Aku perlu pergi sekarang," dia menggumam dan melambai padanya separuh hati sebelum meninggalkan bilik itu. Dia bahkan tidak mengambil perhatian kepada Luhan yang melambai kembali. 

Jahat, suara di dalam dirinya berkata lagi.

Tapi mungkin, dia telah meletakkan harapannya terlalu tinggi dan sekarang menjadi terlalu kecewa untuk mengetahui bahawa Luhan tidak seperti yang dia fikirkan. Dia hanyalah dihanyutkan oleh orang di dalam imaginasinya yang dia cipta sebaik mendengar kes lelaki itu. Dia tidak boleh menyalahkan Luhan kerana tidak menjadi seputus asa dan tidak sebahagia seperti dirinya, kan? Tapi tetap saja, dia tidak mampu menghilangkan rasa kebencian yang besar itu.

Sebuah perasaan pahit merebak ke dalam dirinya sepanjang perjalanan kembali ke biliknya.


 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Half-BloodPrincess
10/1/2020 - Chapter 7, Flower of Despair (Malay) kembali semula setelah sekian lama ㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
Mell2424
#1
dah subscribe..mcm best je.. hihihi
LeaderTaengoo098 #2
Chapter 2: wahh interesting.. :)
please update soon ok ?
hehe bagus teruskan!!^^
exotics99 #3
uwaa nk tlong update
XD/keke/
TheHannaMymiLicous
#4
saya baca....hhah
Byun_Bacon99
#5
Chapter 3: tak pe,,,,teruskan belajar :)
tyra99 #6
owh,ff ni,dah pernah baca dah..
yg english punya...
dan sekarang malay..
mesti best!
goodluck !
Bunniespirit_88
#7
wow! sound good... update soon pls~