Menyesakkan

Flower of Despair [Malay]

Hari berlalu seperti biasa, walaupun begitu, keadaan Hana masih tidak membaik. Berjumpa dengan Luhan, lelaki yang menderita leukimia itu, tidak membantu langsung; dia hanya menjadikan keadaan bertambah buruk. Lelaki itu nampak terlalu puas dengan hidupnya untuk Hana menyukainya. Kadang-kadang, apabila gadis itu sedang berjalan di dalam bangunan hospital, ataupun ketika dibawa ke ruang x-ray untuk pemeriksaan rutin untuk siku dan bahunya, dia akan berjumpa dengan lelaki itu. Dan dia secara tidak rela akan mendapati dirinya memerhatikan lelaki itu, seakan akan dia sedang menunggu untuk senyuman itu hilang dari bibirnya. Tapi, dengan sedihnya, senyuman itu tetap disitu.

“Cik Jung, awak akan dibawa ke bahagian lain di hospital ini,” seorang jururawat berkata, mematikan lamunannya, sambil memegang lengannya dengan lembut. Hana mendongak dengan ekspresi yang hambar, tetapi tetap bangun dari duduknya. Dia tidak akan kehilangan apa-apa pun. Perlahan-lahan, dia mengekori jururawat tersebut, matanya meliar ke setiap wajah yang dilihatnya. Dua hari telah berlalu, semenjak kali terakhir dia keluar dari biliknya, bukan? Hana sendiri tidak pasti. Sepanjang beberapa hari tersebut, dia tidak pasti tentang apa-apa. Jahanam, beberapa bulan yang lalu merupakan kekaburan yang paling tulen buat dirinya.

Selepas beberapa minit berjalan di koridor, matanya menangkap sesuatu, atau lebih tepat lagi sesorang, yang dia tidak mahu berjumpa: Luhan.

Secara tidak sedar, pandangannya meliar ke lelaki itu dan terpaku pada wajahnya. Sekali lagi, sebuah senyuman kecil terbentuk di bibirnya, matanya secerah mutiara, kepuasan terbukti. Dia nampak kurus dari sebelumnya, itu yang Hana perasan. Tapi lamunanya telah hilang entah kemana, apabila jururawat itu menyuruhnya mempercepatkan langkah. Dia memandang sepintas lalu sekali lagi pada Luhan sebelum berlalu pergi. Sesungguhnya, senyuman itu tidak pernah luput dari wajahnya.

Gadis itu memasuki biliknya yang baru, matanya meliar ke sekitar ruangan itu; dan belum satu saat pun berlalu apabila dia mengalihkan pandangannya dari dinding kepada tangannya. Bilik itu tidak istimewa, dihias sama seperti bilik hospital yang lain, putih dan hambar, tapi satu perkara yang membezakannya dari bilik bilik yang lain: sebuah lukisan. Terdapat lukisan pelbagai tulip disitu, dibingkai cantik, tergantung di dinding, cuba untuk memberikan ruangan itu sentuhan keselesaan. Walaupun begitu, gambar itu memberikan kesan yang sebaliknya pada Hana apabila gambar itu mengingatkannya pada apa yang telah tidak mampu dilakukan olehnya lagi. Apabila gambar itu mendatangkan padanya kembali apa yang dia cuba untuk tahan dengan terdesak. Dia bertindak terlalu pantas untuk jururawat itu menyedari apa yang dia cuba untuk lakukan dan menyambar lukisan itu. Apabila dia telah berjaya menurunkan lukisan itu, dua orang jururawat bergegas ke arahnya. “Cik Jung, apa yang awak lakukan?” tanya mereka, panik terbukti di dalam suara mereka, mendepakan tangan mereka, tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Jung Hana dipindahkan ke bahagian mental di hospital itu ternyata bukanlah tidak bersebab, jadi sudah terdapat tanda berhati-hati di dalam tindakan jururawat itu terhadap perlakuan Hana. Gadis itu memandang mereka sepintas lalu, pandangan di dalam matanya hitam dan menjengkelkan. “Aku tak nak lihat semua ni,” katanya dalam nada yang perlahan dan meletakkan lukisan itu ke lantai. Jururawat itu bingung, tapi tetap memutuskan untuk membawa lukisan itu bersama mereka, sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. Sebelum mereka beredar, salah seorang dari jururawat itu memandang Hana. “Cik Jung, hari ini awak akan mempunya sesi bersama dengan pakar psikiatri hospital ini. Dia boleh membantu awak,” dia berkata dalam nada yang meyakinkan. Gadis itu menggerenyet pada kelembutan dan ketenangan dalam nada suara jururawat itu, lebih lebih lagi apabila mereka berkata soal ini. Dia telah pergi sejauh ini. Hah! Fikirnya, menelengkan sedikit kepalanya. Jung Hana perlu berjumpa dengan pakar psikiatri. Dia sudah dapat melihat tajuk besar dalam surat khabar dihadapan mata batinnya, dia mendengus.

Pelukis genius berumur 19 tahun, Jung Hana, telah dimasukkan ke jagaan psikologi

Sebuah ketawa kecil terlepas dari bibirnya dan dia melentokkan kepalanya ke belakang. Hebat, bagaimana hidup telah menjadikannya kucar-kacir, bukan? Mula-mula, semuanya nampak seperti kisah Cinderella, daripada keluarga kelas pertengahan dengan hutang yang banyak kepada pelukis genius muda dengan duit dan kemahsyuran. Pada masa itu Hana telah percaya bahawa takdir sedang berlaku baik pada dirinya, keuntungan berada di pihaknya. Tapi dengan kemahsyuran, hadirnya rasa cemburu, hadirnya muslihat... kemudian kemalangan tersebut. Bukankah itu kejam? Seperti menyelamatkan hidup kau, hanya untuk membunuh diri kau di kemudian hari. Perlahan-lahan dan menyakitkan. Seperti seseorang telah menghulurkan tangannya pada kau apabila kau hampir untuk jatuh dari sebuah pinggir dan kau menggapainya, hanya untuk dijerut oleh tangan itu.

Hana melalukan tangannya ke sela rambut panjangnya dengan tertekan, mengeluh. Mungkin, dia memang sesuai untuk berada pada bahagian hospital yang satu ini. lagipun, dia tidak pernah normal selama ini.

-

“Cik Jung, kenapa awak enggan bercakap?” Pakar psikiatri itu – Choi Myungsoo, seorang lelaki berusia 47 tahun dengan rambut yang semakin memutih dan senyuman yang manis – bertanya dalam nada yang lembut. Oh, dia sungguh benci dengan suara lelaki itu, dan sesi itu baru saja bermula sepuluh minit yang lalu.

Hana menjilat bahagian bawah bibirnya, tapi tetap tinggal diam. Dr. Choi mengeluh. “Saya disini bukan untuk mengapa-apakan awak. Saya nak membantu awak,” dia mencuba sekali lagi, suaranya masih lagi lembut dan menenangkan. Gadis itu menggerenyet pada suara tersebut. Tidak bolehkah lelaki ini berhenti mencuba untuk membuatkan dia rasa seperti tidak ada apa-apa yang perlu ditakutinya? Mengapa dia perlu menggunakan suara menenangkan yang palsu itu? Dia bencikan suara menenangkan seperti itu. Suara yang penuh dengan simpati yang tidak ikhlas. Seolah-olah mereka benar-benar mengambil berat. Mengapa dia perlu memutuskan untuk percaya pada lelaki asing ini yang mendakwa dia mengenalinya hanya berdasarkan pada petikan pendek tentang dirinya, yang tertulis dalam dokumennya?

Beberapa perkataan membosankan pada skrin komputer tidak akan dapat memberikan penerangan tentang diri Hana. Dia tidak tahu apa-apa tentangnya, dan dia tidak akan memberitahu lelaki itu.

Setengah jam telah berlalu dengan Hana hanya diam membisu dan pakar psikiatri itu mencuba untuk membuatnya bercakap. “Sesi ini bukan untuk saya, sayangku,” dia berkata dengan lembut, walaupun telah terbukti dalam suaranya yang kesabarannya hampir habis. “Ini untuk awak.”

Lelaki itu tersenyum padanya. “Kalau awak mahu saya bantu awak, awak perlu bercakap dengan saya.”

Dengan sebuah sentakan, Hana berdiri. Dia menarik nafas dengan marah dan memberikan pakar psikiatri itu sebuah jelingan tajam. “Aku tak mahu apa-apa pun,” dia berbisik dengan tajam.

“Hanya kerana kau membaca beberapa buku tentang psikologi, tidak bermakna kau tahu apa yang terbentuk di dalam kepalaku,” dia mendesis dan merangkul rambutnya. Perlahan-lahan, keterdesakan itu menjadi semakin terpancar dalam suaranya.

Dr. Choi memberikan senyuman yang orang dewasa berikan kepada kanak-kanak apabila menerangkan tentang sesuatu perkara mudah bagi mereka dan lagi, “Itulah sebabnya mengapa awak perlu bercakap dengan saya. Apabila saya sudah cukup tahu tentang bagaimana ia nampak di sini,” dia menunjuk pada kepalanya, “kemudian saya akan dapat menilai masalah awak dan membantu awak.”

Hana mengambil nafas yang bergetar. “Aku bukan sesuatu yang boleh kau nilai,” dia berbisik. “Akalku terlalu rumit untuk kau fahami.”

“Saya tahu banyak tentang psikologi manusia, saya boleh cuba untuk faham,” kata Dr. Choi dengan tenang.

Gadis itu menghentakkan buku limanya pada meja pakar psikiatris itu sebelum menjerit, “Kau tak akan mampu untuk menilai aku. Pengetahuan psikologi manusia kau tidak menjadikan kau seseorang yang mengenali aku.” Dia mengambil nafas dalam. “Kau tak mampu menilai aku berdasarkan tentang beberapa buku jahanam kerana...” suaranya beransur hilang dan menjeling pakar psikiatri itu. “...kerana aku adalah manusia biasa,” dia berbisik dalam suara yang bergetar sebelum berpaling ke belakang dan berlari keluar dari ruangan itu.

Melarikan jejarinya pada rambutnya dengan marah, dia menghentakkan kakinya di sepanjang koridor itu, kembali ke biliknya. Dia tidak menghiraukan jururawat yang ketakutan di koridor itu dan membuka pintu biliknya. Setelah menghempas pintu itu, dia berjalan kearah katilnya dan menghenyakkan mukanya ke bantal. Dia tak mahu ada sesi lagi dengan pakar psikiatris itu. Tak mahu untuk mendengar suara memahaminya yang palsu itu lagi. Tidak mahu mendengar perkataan-perkataan tidak ikhlas itu lagi.

Aku hanya mahu bersendirian.

-

Hana membuka matanya perlahan-lahan, menjulingkannya apabila cahaya matahari terkena wajahnya. Dengan perasaan yang kering, dia berdiri dan pergi ke bilik mandi. Setelah selesai dengan rutin paginya, dia menukar ke dalam baju sejuk dan meninggalkan biliknya. Dia berjalan ke bangunan utama dan menyuruh seorang jururawat membelikannya senaskhah surat khabar. Mujur jururawat itu bukanlah salah seorang dari jururawat yang mengenalinya, jadi yang satu ini tidaklah takut dan tidak menilainya. Selepas beberapa minit, dia mendapatkan surat khabar tersebut. Dia segera mengucapkan terima kasih pada jururawat itu dan melipat surat khabar tersebut sebelum sebelum dia kembali ke biliknya. Koridor itu masih belum penuh lagi; ini pasti masih terlalu pagi.

Setelah dia menutup pintu biliknya, dia membuka lipatan surat khabar tersebut perlahan-lahan, menyangkakan kepala akhbar yang telah hampir seribu kali dilihat oleh mata batinnya. Walaupun begitu, dia tidak melihatnya. Sebaliknya, dia melihat sebuah perkara yang tidak disangkakan. Lebih tepat lagi, dua buah perkara.

Hatinya secara tidak rela terketap pada apa yang dibacanya.

Ibu bapa pelukis genius Jung Hana menjual lukisan kemenangannya untuk menampung bil hospital.

Hwang Misun memenangi pertandingan melukis di seluruh negara selepas peserta terkuat, Jung Hana, disingkirkan kerana ketidak bolehan untuk mengambil bahagian tiga bulan lalu.

Walaupun perasaan berat di dadanya semakin dahsyat, dia tetap membaca kedua-dua artikel itu. Selepas beberapa minit, dia mengoyakkan surat khabar tersebut menjadi cebisan-cebisan kecil, mengoyakkan kertas itu lagi dan lagi, sehingga setiap cebisan itu menjadi terlalu kecil untuk dikoyakkan. Tangannya yang sihat masih bergetar, mencari sesuatu untuk dihancurkan. Dia menggenggam tangannya.

...untuk menampung bil hospital.

Ayat yang satu itu terngiang-ngiang dalam kepalanya. Lagi dan lagi.

Untuk menampung bil hospital, bodoh. Dengan sebuah hentakan, dia bangun dan membaling selimut itu jauh dari katil, menyebabkan semua cebisan kertas itu jatuh ke lantai. Semua bil hospital telah habis dibayar dengan akaun banknya. Ibu bapanya tidak mengeluarkan sedikit pun wang untuk bil hospitalnya. Dan sekarang mereka telah menjual lukisan yang membuatkan dia menang dalam satu pertandingan penting kerana mereka memerlukan duit? Dia menyambar bantal itu dan menjerit di dalamnya.

Beraninya mereka? Air mata perlahan lahan menjadikan pandangannya kabur.

Sekarang ini dia berada di hospital, mereka menjual harta bendanya. Hana tahu hubungannya dengan ibu bapanya tidak begitu baik, tapi dia percaya yang perkara itu telah menjadi semakin baik. Selepas kemahirannya telah diketahui, selepas dia menjual lukisan pertamanya, ibu bapanya telah mengatakan yang mereka sangat bangga terhadap dia. Itu adalah kali pertama dia mendengar perkataan bangga keluar dari bibir ibu bapanya. Dia telah percaya yang dia telah dapat memenangi kasih sayang kedua orang tuanya selepas bertahun-tahun mengecewakan mereka. Selepas bertahun-tahun bergaduh, jahil, ...

Sungguh naif, suara dalamannya tertawa pahit.

Suara itu terus menerus mengejeknya, mentertawakan kenaifannya. Ibu bapanya tidak pernah bangga dengan dirinya. Mereka hanya bahagia kerana duit yang diperolehnya. Kesedaran menghentak Hana dengan kuat, walaupun semuanya tidaklah begitu mengejutkan, kerana dia selalu merasakan firasat itu, tapi melihatnya dalam hitam putih, tertulis, menjadikannya semakin teruk dari apa yang dia sangkakan dia akan rasa. Untuk melihatnya tertulis pada muka hadapan akhbar itu. Sebagai kepala akhbar. Seluruh dunia mampu melihatnya. Seluruh dunia mampu mentertawakannya. Tidak, dia berfikir dengan terdesak, ia lebih teruk. Seluruh dunia tidak akan tertawa, mereka tidak akan merasa apa-apa. Mengapa? Kerana mereka percaya dengan kepala akhbar dan mereka yang menyatakan bahawa ibu bapanya sedang melakukan sesuatu untuk kebaikan dirinya. Mengarut. Dunia akan berfikir bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik.

Dan seperti seseorang sedang mempermainkannya, dia perlu mengetahui bahawa Hwang Misun, gadis yang selalu bersaing dengannya, memenangi pertandingan seluruh negara itu yang telah dimulakan setengah tahun yang lalu. Pertandingan yang telah Hana usahakan itu. Lukisannya masih lagi berada di studionya, separuh siap.

Gadis itu dengan tidak rela tertawa dengan kuat. Tawanya mati dan esakan terlepas dari bibirnya.

Secara tidak sedar, air mata telah keluar dari matanya dan mengalir ke pipinya. Hana duduk di katilnya, pandangan kosongnya memandang keluar tingkap. Mulutnya terasa kering, tekaknya terasa seperti menyesakkan, kelopak matanya berat.

Dia perlahan-lahan bangun dari katil, tidak peduli untuk menyapu air matanya, dan berjalan ke arah tingkap. Dia mendepakan tangannya kehadapan dan memegang gerigi tingkap itu. Besi sejuk pada kulitnya itu terasa sangat menyenangkan. Andai saja hatinya boleh merasa kesejukan yang menyenangkan yang sama.

Haba dalam hatinya telah menyesakkannya. Semua perasaan yang ditahannya meletup. Mereka mengamuk. Dan perasaan itu sungguh menyakitkan. Cara mereka menggores lapisan nipis yang dia gelar sebagai dinding hatinya adalah sangat menyakitkan, Hana hanya mahu menghapuskan hatinya.

Kemudian mereka menusuk ke dalamnya.

Membuka tingkap itu, dia menutup matanya.

Di hadapan mata batinnya, dia dapat melihat titisan darah berwarna merah gelap menitik dari hatinya. Dia memiliki hati yang berdarah.

Dia dapat mendengar degupannya. Mereka menjadi semakin perlahan dan lembut. Hampir tidak kedengaran. Kemudian sunyi. Kesunyian yang membunuh.

Matanya masih tertutup, dia dapat merasakan angin mencecah wajahnya. Dingin dan kejam.

Dan gadis itu berdiri di situ yang rasanya seperti sangat lama, jari jemarinya menggengam kuat pada besi gerigi tingkap itu, angin menyentuh wajahnya, mengusutkan rambutnya, mata tertutup.

Air mata itu mengalir tanpa berkesudahan. Dan dia tidak peduli untuk memberhentikannya.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Half-BloodPrincess
10/1/2020 - Chapter 7, Flower of Despair (Malay) kembali semula setelah sekian lama ㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
Mell2424
#1
dah subscribe..mcm best je.. hihihi
LeaderTaengoo098 #2
Chapter 2: wahh interesting.. :)
please update soon ok ?
hehe bagus teruskan!!^^
exotics99 #3
uwaa nk tlong update
XD/keke/
TheHannaMymiLicous
#4
saya baca....hhah
Byun_Bacon99
#5
Chapter 3: tak pe,,,,teruskan belajar :)
tyra99 #6
owh,ff ni,dah pernah baca dah..
yg english punya...
dan sekarang malay..
mesti best!
goodluck !
Bunniespirit_88
#7
wow! sound good... update soon pls~