008

Mr. Doughnut (Editing)
Please Subscribe to read the full chapter

MR DOUGHNUT

BAB 8

Pagi keesokan itu, Sky bangun awal  daripada kebiasaan untuk menyediakan makanan untuk si Soyoung yang sakit demam terkejut. Tak lama kemudian, dia terdengar bunyi dari bilik Soyoung.

“Eh! Eh! Kau nak pergi mana tu, Soyoung?!” Cemas seketika Sky di dapur melihat rakannya bergegas keluar. “Kau dah sihat ke?!”

“Dah! Aku dah sihat!” laung Soyoung yang sedang menyarungkan kasut. “Thanks, dan aku dah lewat nak jumpa Kyungsoo!” Pintu rumah ditutup dengan laju.

Sky mengeluh kecil. “Kenapalah tak beritahu aku awal-awal? Aku banyak masak makanan harini..”

 

Bagaikan tidak cukup tanah Soyoung berlari menuju ke kafe milik Kyungsoo selepas turun daripada sebuah teksi. “Kenapalah aku tak dengar jam loceng tu?!” bebelnya sambil menarik nafas singkat. Sampai saja di hadapan premis lengang itu, Soyoung tercungap-cungap. Matanya meliar ke sekeliling, kelibat Kyungsoo tiada di situ. “Ah, sudahlah aku!” rintih Soyoung.

Gadis itu menunggu lagi.

“Soyoung?”

Terus pemilik nama berpaling ke belakang. Sedikit dia mengeluh kecewa. Dia bukan Kyungsoo. “Ya?”

Lelaki tinggi lampai berkenaan tersengih. “Saya Chanyeol. Mesti awak tengah tunggu Kyungsoo kan?”

Bersemangat kembali mata Soyoung, mendengar nama Kyungsoo. “Ya, saya tengah tunggu dia.. Mesti dia dah tinggalkan saya sebab saya lewat kan?” ujar Soyoung, sedikit berasa bersalah.

Chanyeol terus menafikan, “Taklah. Sebenarnya, Kyungsoo tengah tunggu awak di perpustakaan awam, tapi jauhlah sikit kalau awak pergi sana dengan berjalan kaki.”

“Berapa jauh?”

“Ada lah dalam beberapa blok dari sini.”

Riak muka Soyoung merudum, memikirkan Kyungsoo yang sedang menunggu di sana. Mungkin Kyungsoo sedang marahkan dirinya.

Chanyeol berdehem membuatkan gadis tersebut mengangkat muka semula. “Saya boleh bawa awak pergi sana,” Chanyeol beralih ke tepi, memunculkan sebuah skuter yang diparkir tak jauh di belakangnya. “Jom?”

Soyoung tersengih kelat.

 

“Pegang elok-elok! Saya nak pecut ni!”

Makin kemas cengkaman Soyoung di bahu Chanyeol yang menunggang skuter seperti mahu merempit di dalam perlumbaan haram. Sebelah tangan lagi, Soyoung memegang erat tali helmet, takut melayang. Dia hanya pejamkan mata, ingin segera menamatkan mimpi ngeri yang sedang melanda. Hampir terangkat tayar belakang skuter bila Chanyeol menarik brek.

“Terima kasih, Chanyeol.” Lembik kaki Soyoung menjejak tanah. Si girafah manusia itu masih tersenyum bergigi penuh.

“Ay, no problem-lah. Good luck!” ucap Chanyeol sebelum memecut pergi dengan skuternya. Tanpa menunggu, Soyoung segera menaiki tangga menuju tingkat atas bangunan awam itu dengan hati debar.

 

Tersentak Sky apabila loceng rumah ditekan. ‘Mujur tak kena serangan jantung aje.’ getus Sky sambil memulas pemegang pintu. Matanya kejung melihat Hakyeon dengan Kai beriak buntu di belakang. ‘Aih, ni memang nak kena serangan ja

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya akan edit semula ff ni soon :)

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 12: Awwwwww suka tgk 2 couple nii so sweettttttt ~>_<~ update pleaseu~~~
MissChoiEvelyn #2
Chapter 12: Wah . Daebak chapter 12
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 4: amboi.. jahatnya baekhyun.. hahaha
Nakamoto_Yusuki #4
Chapter 2: comelnya Kai dan Sky hahaha~
KiNhAn88Wolf #5
Chapter 21: Cerita yg sangat bagus!!! DAEBAK AUTHOR NIM!!
Shy_Ira30 #6
Chapter 20: Waaa,,, suka2.... Hebat laaa.. Authornim bt laa lgi crta sweet cmni... Best
Fasyashaari #7
Chapter 1: Authornim you do the best story!!!! Saya suka cerita ni I love it!!!!....
shaxuani #8
Waaa.. daebak la authornim.. sweet abis..
lugege_
#9
Chapter 20: Cerita author memang daebak! Soyoung ngan Kyungsoo sweet sgt. Tapi nak tgk Sky dgn Kai. Huhuhu.