004

Mr. Doughnut (Editing)
Please Subscribe to read the full chapter
MR DOUGHNUT

BAB 4

“Okay, hari ni hari minggu. Jadi, kita nak buat apa?” Sky tiba-tiba melontar soalan bila televisyen semakin membosankan. Dua sahabat di kanan dan kirinya dikerling. ‘Macam orang bodoh aje.’ gerutu hatinya. Mana taknya, mulut asyik terlopong. Mata pula, terlekat pada iklan sabun yang bertayang.

“Hari ini hari minggu. Mari kita tidur!” jawab Kai, di sebelah kanan Sky selepas iklan tamat.

Sky segera mengambil bantal kusyen dan menghempuk kepala lelaki itu. “Kalau kau nak tidur, aku boleh tolong tidurkan kau buat selamanya.” Dia menghempuk lagi Kai yang cuba menangkis serangan tersebut.

“Buatlah,” sindir Kai yang tak heran dengan ugutan Sky. “Nanti bila aku terbangun balik, aku cari kau.” Sempat lagi dia ketawa jahat.

Soyoung yang kelihatan seperti mayat hidup, memandang televisyen tanpa jiwa. Tiba-tiba wajahnya kembali bernyawa tatkala satu pesanan Wassap masuk. Dan lebih mengejutkan, ia daripada Mr. Donut.

‘Hmm, hai.’

Soyoung selaju pelari pecut, membalas mesej itu. ‘Hai!’

‘Awak busy tak hari ni?’

‘Tak! kenapa?!’

Soyoung tiba-tiba menyesal. Kenapa dia mesti gunakan tanda seruan itu?! Dia kena berlagak tenang. Tidak. Dia mesti berlagak tenang.

‘Kalau awak free, saya nak ajak awak keluar.’

 

Soyoung memerhati lama ayat tersebut. Matanya sudah sebesar mata Mr. Donut.

 

‘Maaf kalau saya buat awak rasa kekok. Mungkin ia terlalu awal-’

‘Okayen! bilane?’

Soyoung menepuk-nepuk dahinya. Typo pulak! Keep calm, Soyoung. Keep calm. Keypad telefon dipandang tajam.

Mr. Donut menghantar emoticon ketawa. Soyoung terasa mengecil, malu semalunya.

‘Hari ni?’

 ‘Saya tunggu awak dekat-’

Lelaki itu masih belum sempat menghantar ayat seterusnya, Soyoung sudahpun terjerit teruja. Lolongan tersebut sudah cukup menghentikan perbalahan Sky dan Kai.

 

“Hah, macam mana?” tanya Chanyeol sambil menggoyangkan keningnya. Ekspresi Kyungsoo semasa menaip mesej kepada Cik Donut amat melucukan. Tak habis berkerut, membulat pula matanya. Chanyeol menggeleng, cuba mengawal riaknya. Cuba untuk kekal tenang dan tidak mentertawakan Kyungsoo.

“Dia tak balas,” Kyungsoo mengangkat wajahnya, seperti anak kecil kerisauan. “Macam mana ni?”

“Nak tengok jugak!” celah Hongbin dari belakang namun malangnya tangan Chanyeol menolak mukanya agar menjauh.

“Aih, sabarlah. Kejap lagi dia balas la tu.” Chanyeol membetulkan rambutnya di hadapan cermin di ruang rehat kafe yang dibina untuk para pekerja dan si pemilik. “Kau tu kenapa tak siap lagi? Pergi cepat bersiap!”

Dengan patuhnya, si kecil itu berlari masuk ke dalam bilik persalinan. Tiba-

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya akan edit semula ff ni soon :)

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 12: Awwwwww suka tgk 2 couple nii so sweettttttt ~>_<~ update pleaseu~~~
MissChoiEvelyn #2
Chapter 12: Wah . Daebak chapter 12
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 4: amboi.. jahatnya baekhyun.. hahaha
Nakamoto_Yusuki #4
Chapter 2: comelnya Kai dan Sky hahaha~
KiNhAn88Wolf #5
Chapter 21: Cerita yg sangat bagus!!! DAEBAK AUTHOR NIM!!
Shy_Ira30 #6
Chapter 20: Waaa,,, suka2.... Hebat laaa.. Authornim bt laa lgi crta sweet cmni... Best
Fasyashaari #7
Chapter 1: Authornim you do the best story!!!! Saya suka cerita ni I love it!!!!....
shaxuani #8
Waaa.. daebak la authornim.. sweet abis..
lugege_
#9
Chapter 20: Cerita author memang daebak! Soyoung ngan Kyungsoo sweet sgt. Tapi nak tgk Sky dgn Kai. Huhuhu.