003

Mr. Doughnut (Editing)
Please Subscribe to read the full chapter
MR DOUGHNUT

BAB 3

Berbunga-bunga hati Nam Soyoung selepas mendapat nombor telefon lelaki yang digelar sebagai Mr. Donut itu. Dia sendiri tak menyangka lelaki yang dilanggarnya tempoh hari adalah Mr. Donut sekaligus menjelaskan bagaimana Mr. Donut memperoleh nombornya yang sudahpun tertulis di dalam buku nota yang terjatuh. Otak Nam Soyoung sekarang jika boleh di-scan, hanya dipenuhi dengan Mr. Donut, Mr.Donut dan donut.

“Amboi, gembira nampak?” sindir Sky sambil mengerling daripada televisyen. Soyoung masih lagi tersengih angau. Kemudian dia merebahkan diri ke sofa dan menjerit sambil mulutnya ditekup kusyen.

“Gosh!” Ngeri Sky dengan adegan yang ditontonnya. Menyesal dia tegur. Mengapa manusia di sekelilingnya berperangai pelik? Apakah salahnya?  Sky menggeleng sebelum bangun dan melarikan diri ke dalam bilik. Lantaklah Soyoung nak menjerit ke meniarap ke berguling ke. Asalkan jangan libatkan dirinya.

Skrin komputer riba yang sudah terpasang ditengok. Notis dia menerima panggilan video menerusi Skype muncul di penjuru skrin.

“NNNNN!” sapa Sky dengan teruja. Sudah lama dia tak ber-chatting dengan rakan baiknya itu yang terpaksa berpindah ke AS untuk belajar sekaligus meninggalkan dia dan dua orang lagi di sini. Pada kiraan Sky, antara mereka; hanya dia dan N sahaja yang normal. Dua lagi, paranormal.

N tersenyum kecil dek sapaan si Sky. “Aku cuba call Kai, tapi dia tak jawab. Mujur kau jawab. Kalau tak, kebosananlah aku kat sini.”

“Dah tidur kot laki tu. Bukan tak tahu.” Sky mencebik, jengkel dengan sleepyhead yang dimaksudkan.

Ketawa kecil N kedengaran seketika. “Tulah, lupa pulak aku. Jadi, macam mana diorang? Soyoung?”

Sky sudah mengagak N pasti akan bertanya tentang rakan serumahnya itu. Dia sentiasa mengesyaki ada sesuatu di sebalik setiap pertanyaan N hatta perhatiannya terhadap Soyoung.

“Soyoung macam tulah, makin pelik pun ada. Kai masih kena sampuk dengan Jin Pinkeu dia.”

N mengusap belakang lehernya. “Aku harap dapat jumpa korang balik nanti. Rinduuu~~” rintihnya dengan suara merdu. Sky melirik ke tempat lain, bosan melihat kawannya mula berdrama di kala tengah malam begini. Mungkin sekarang, hanya dia seorang saja yang normal.

.

“Oh, jadi kau dah bagi balik buku nota tu pada tuan dia?” tanya Chanyeol sambil menyapu lantai. Kadang-kadang dia terhenti, mendengar cerita rakannya. Raut mukanya penuh pertanyaan.

Kyungsoo mengiakan. “Dah aku dengar diorang duk bising kat luar kafe haritu. Aku bagi jelah.”

Si tinggi itu menyusun pula kerusi-kerusi agar kelihatan tersusun. “Mesti perempuan tu suka dekat kau.” Chanyeol mula mengusik dengan senyuman bergigi penuhnya itu.

“Kan? Aku selalu nampak dia.” sampuk Hongbin yang sedang mengelap meja.

“Untunglah jadi cashier. Duk terpacak dekat kaunter. Aku jelah yang aku tak tengok lagi dia.” rintih Chanyeol, kembali meny

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya akan edit semula ff ni soon :)

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 12: Awwwwww suka tgk 2 couple nii so sweettttttt ~>_<~ update pleaseu~~~
MissChoiEvelyn #2
Chapter 12: Wah . Daebak chapter 12
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 4: amboi.. jahatnya baekhyun.. hahaha
Nakamoto_Yusuki #4
Chapter 2: comelnya Kai dan Sky hahaha~
KiNhAn88Wolf #5
Chapter 21: Cerita yg sangat bagus!!! DAEBAK AUTHOR NIM!!
Shy_Ira30 #6
Chapter 20: Waaa,,, suka2.... Hebat laaa.. Authornim bt laa lgi crta sweet cmni... Best
Fasyashaari #7
Chapter 1: Authornim you do the best story!!!! Saya suka cerita ni I love it!!!!....
shaxuani #8
Waaa.. daebak la authornim.. sweet abis..
lugege_
#9
Chapter 20: Cerita author memang daebak! Soyoung ngan Kyungsoo sweet sgt. Tapi nak tgk Sky dgn Kai. Huhuhu.