013

Mr. Doughnut (Editing)
Please Subscribe to read the full chapter

MR DOUGHNUT

BAB 13

Pasangan itu terus menapak laju ke kereta. Kyungsoo kelihatan serius dan dingin membuatkan Soyoung tidak berani mengeluarkan suara tentang apa-apa termasuk sakit kakinya yang mula melecet. Soyoung berjanji dia takkan lagi memakai kasut bertumit tirus selepas ini. Enjin dihidupkan dan tanpa berlengah kereta hitam itu meluncur laju di atas jalan raya.

Soyoung menelan air liur dengan perit. Suasana kekok dan sunyi di dalam kereta, membuatkan gadis tersebut tidak senang duduk. Tangannya menjalar ke kaki, cuba menghilangkan pedih yang terasa. Kyungsoo masih memandu dengan riak sama.

 

“Sky,” Kai mengusutkan rambut dengan buntu. Pening dia melihat perangai Sky yang sedang meraung di dadanya. “Apa ni.. Nak menangis, pergilah tempat lain! Bukan kat baju aku!” Giliran Kai pula merintih ingin menangis terkenangkan nasib baju mahalnya yang telah dicemari dengan air mata Sky.

Orang lalu-lalang memberi pandangan menilai pada Kai seolah-olah dialah lelaki paling tak guna di dunia. Kai hanya mampu bercekak pinggang di bahu jalan.

“Kaulah! Mulut tak reti nak tutup!” Sempat lagi Sky membidas sebelum menyambung tangisannya. “Kenapa… Kenapa…”

Kai mengeluh kecil. “Kenapa kau nak menangis sebab Daehyun?” Kai dengan malasnya menepuk-nepuk belakang Sky seakan tak ikhlas. Raungan Sky makin kuat, membuatkan Kai membalikkan mata. “Fine.” Dia mendakap Sky erat. “Aku mintak maaf…”

Sky masih teresak-esak. Kai buntu mencari idea memujuk sambil memerhati sekeliling. Tak semena kening Kai berkerut bila kelibat Daehyun muncul dari dalam kelab, melilau mencari seseorang. Daehyun pasti mencari Sky. Satu muslihat yang agak tidak bernas muncul di otaknya.

Perlahan-lahan pipi Sky ditekup dan didongak menatap wajah Kai. "Ish, mata kau dah merah macam ikan tak laku kat pasar!" Sempat Kai berbisik.

Mata Sky makin mencerun, giginya sudah diketap. "Kau-"

"Shh!" Jarak antara muka mereka makin memendek. Kepala Kai menyenget ke arah pipi Sky. Matanya pula curi-curi memerhati Daehyun. Jika dipandang dari jauh, mereka seolah-olah sedang berkucup. "Daehyun ada tak jauh dari belakang kau. Keep acting with me."

Mata Sky kembali membundar sebaik nama itu disebut. "What?"

"Dia tengok kat arah kita!" Cemas Kai pejamkan mata lalu mendaratkan bibir ke hujung bibir Sky. Lagi terbuntang mata Sky dibuatnya.

Daehyun memerhati pasangan yang berdiri tak jauh darinya. “Yuna..” Daehyun menghela nafas kesal, tetap dengan wajah kecewanya. “Aku harap kau boleh dengar penjelasan aku..” Buku limanya terkepal. Daehyun bertekad untuk mendapatkan perhatian gadis bernama Kim Yuna itu kembali.

 

Tiba-tiba kereta Kyungsoo diberhentikan sebaik menghampiri sebuah kedai serbaneka di tepi jalan. Tanpa kata, Kyungsoo bergegas keluar membuatkan Soyoung terpinga-pinga.

"Aku ada buat salah ke tadi?" gumam Soyoung sendirian. "Kenapa Kyungsoo nampak lain sekarang..."

Soyoung tenggelam dalam lamunan sehinggakan Kyungsoo yang sudah kembali ke kereta tak disedarinya. Terjerit kecil Soyoung apabila pintu tiba-tiba dibuka. Kyungsoo menghulur tangannya untuk meminta Soyoung keluar dan duduk di atas kerusi plastik berhampiran kedai.

"Saya minta maaf.." Kyungsoo berlutut di atas satu lututnya membuatkan Soyoung makin tergamam. Kyungsoo mengangkat wajah, memandang Soyoung. Riak muka lelaki berkenaan makin tenang. "Saya ada belikan krim ubat untuk kaki awak. Biar saya tolong sapukan." Dia mengeluarkan beg plastik kecil dari poket kotnya. Entah mengapa Soyoung berasa lega. Sekurangnya, dia tak dilamar pada malam ini.

“Tak, awak tak salah.” Pantas Soyoung menggeleng dan meminta Kyungsoo untuk mengisi kerusi di sebelahnya. “Pipi awak macam mana?” Sentuhan lembut Soyoung singgah pada bawah pipi Kyungsoo yang memerah.

“Sakit sikit je..”

“Awak tunggu kejap. Saya nak beli sesuatu.” Soyoung terus bangun dan masuk ke dalam kedai serbaneka. Tak sampai dua minit kemudian, Soyoung keluar bersama ice pack dan sebekas ais krim.

Bekas ais krim diletak atas meja manakala Soyoung kembali ke kerusi bersebelahan Kyungsoo. “Dekatkan muka awak sikit.” Menuruti tanpa banyak soal, kepala Kyungsoo mencondong kepada Soyoung. Perlahan-lahan Soyoung memegang muka Kyungsoo lalu ice pack dilekapkan pada kawasan bengkak.

Kyungsoo mendecit perlahan dan memejamkan mata bila rasa sakit menyerang. Ibu jari Soyoung spontan mengelus pipi Kyungsoo. “Saya sebenarnya yang patut minta maaf.. Saya tak tahu pun Hakyeon ekori saya.. Saya-”

“Tak mengapa, Soyoung…”

“Apa yang tak apanya? Awak siap kena tumbuk, tahu?!” Keluhan terhela dari mulut Soyoung. “Saya pun tak pernah sangka Hakyeon akan bertindak macam tu. Saya macam dah tak kenal dia..”

“Dia cuma bimbangkan awak… Saya pun faham.”

“Tapi tindakan awak betul! Dan tak perlulah nak tumbuk bagai. Hakyeon bukan macam tu.. Sebab saya, awak pulak yang jadi mangsa.” Mulut Soyoung makin menjuih dan kedua-dua tangannya kembali jatuh ke paha.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya akan edit semula ff ni soon :)

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 12: Awwwwww suka tgk 2 couple nii so sweettttttt ~>_<~ update pleaseu~~~
MissChoiEvelyn #2
Chapter 12: Wah . Daebak chapter 12
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 4: amboi.. jahatnya baekhyun.. hahaha
Nakamoto_Yusuki #4
Chapter 2: comelnya Kai dan Sky hahaha~
KiNhAn88Wolf #5
Chapter 21: Cerita yg sangat bagus!!! DAEBAK AUTHOR NIM!!
Shy_Ira30 #6
Chapter 20: Waaa,,, suka2.... Hebat laaa.. Authornim bt laa lgi crta sweet cmni... Best
Fasyashaari #7
Chapter 1: Authornim you do the best story!!!! Saya suka cerita ni I love it!!!!....
shaxuani #8
Waaa.. daebak la authornim.. sweet abis..
lugege_
#9
Chapter 20: Cerita author memang daebak! Soyoung ngan Kyungsoo sweet sgt. Tapi nak tgk Sky dgn Kai. Huhuhu.