005

Mr. Doughnut (Editing)
Please Subscribe to read the full chapter
MR DOUGHNUT

BAB 5

“Awak nak pesan apa?” tanya Kyungsoo sambil memerhati nama-nama kopi yang terpapar, seperti Soyoung. Selepas seketika, Kyungsoo melihat sisinya.

“Saya tak minum sangat kopi,” Soyoung mendekati Kyungsoo. “Susu tak ada ke?” bisiknya, takut cashier yang sedang menunggu pesanan mereka terdengar. Dia sudahpun memandang pelik pasangan yang sedang berbisik di hadapannya. ‘Nak pilih kopi pun berbisik ke.’

Senyuman berbentuk hati muncul di bibir Kyungsoo, berasa kagum.  “Mana ada. Kopi saja.”

Soyoung mengangguk kecil. “Pesan latte lah.”

“Latte dua ya.”

“Sila tunggu sebentar, encik.”

Dahi Soyoung mengerut hairan, “Kenapa awak pesan latte jugak?”

“Sebab latte memang favourite saya.” Senyuman Kyungsoo masih meleret dek persamaan pilihan mereka.

 

Seraya pasangan itu keluar daripada kafe kopi, mereka diekori Sky dan Kai dari jauh, yang baru saja beredar daripada restoran makanan segera. Kyungsoo dan Soyoung terus berjalan tenang, meredah kaki lima dengan secawan kopi di tangan. Lewat petang yang cukup mendamaikan.

“Sedap tak latte tu?” Kyungsoo memulakan bicara. Kadangkala-kala dia menghirup airnya.

Soyoung mengangguk kecil. “Sedaplah jugak.” Sedikit saja dia merasa air tersebut. “Tapi susu lagi sedap.” sambung Soyoung.

Sekali lagi mereka dilanda bisu dan kekok. Terjenguk kepala Sky dan Kai dari celahan tiang lampu. Sempat lagi mereka bergaduh macam orang bisu.

“Awak dah lama ke buka kafe?” Giliran Soyoung pula menambah cerita. “Dan semua resipi yang ada dekat kafe awak tu, awak buat sendiri?”

“Saya memang minat bidang pastri sejak dari kecil lagi. Sebab tu saya nak buka kafe.” Beransur-ansur pipi lelaki itu naik, masih berasa kekok.

Mulut Soyoung hanya membentuk ‘oh’. “Awak memang nak jadi chef pastri?”

“Lebih kurang macam tulah. Semua resipi tu saya belajar daripada ibu saya. Sebab dia, saya minat semua ni.”

“Wah, hebatnya. Saya pun cuba nak belajar daripada mak saya, tapi asyik kena marah je.” Soyoung menjuih bibir kesedihan.

Kyungsoo hanya tertawa pendek. “Awak macam mana? Awak kerja dekat mana?”

Batu kecil di atas jalan disepak perlahan. Mereka berhenti duduk di bangku berdekatan.

“Saya kerja di kedai buku.” Bunga yang ditanam di bahu jalan dipetik dengan selamba. Soyoung memegang erat bunga itu.

Kyungsoo berasa aneh dengan sikap gadis berkenaan, namun dia biarkan. “Oh, awak minat buku ke?”

Disisip pula bunga itu ditelinga. Kopi yang masih tersisa dihirup. “Tak pun.” Dia ketawa. “Saya paling malas baca buku.”

“Habis kenapa kerja situ?”

“Sebenarnya, saya ikut kawan saya. Tapi, tak lama lepas tu, dia pergi luar negara untuk sambung belajar. Tinggallah saya keseorangan di situ.”

 

“Mana dah dua merpati tak sejoli tu?” tanya Sky, masih mengunyah makanan.

Kai mengecilkan mata, merenung kelibat yang dicari. “Ada kat sana.” Badannya kembali tersanda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya akan edit semula ff ni soon :)

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 12: Awwwwww suka tgk 2 couple nii so sweettttttt ~>_<~ update pleaseu~~~
MissChoiEvelyn #2
Chapter 12: Wah . Daebak chapter 12
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 4: amboi.. jahatnya baekhyun.. hahaha
Nakamoto_Yusuki #4
Chapter 2: comelnya Kai dan Sky hahaha~
KiNhAn88Wolf #5
Chapter 21: Cerita yg sangat bagus!!! DAEBAK AUTHOR NIM!!
Shy_Ira30 #6
Chapter 20: Waaa,,, suka2.... Hebat laaa.. Authornim bt laa lgi crta sweet cmni... Best
Fasyashaari #7
Chapter 1: Authornim you do the best story!!!! Saya suka cerita ni I love it!!!!....
shaxuani #8
Waaa.. daebak la authornim.. sweet abis..
lugege_
#9
Chapter 20: Cerita author memang daebak! Soyoung ngan Kyungsoo sweet sgt. Tapi nak tgk Sky dgn Kai. Huhuhu.