014

Mr. Doughnut (Editing)
Please Subscribe to read the full chapter

MR DOUGHNUT

BAB 14

Sky dengan longlai turun daripada katil. Dia mengusutkan rambutnya sambil menapak ke bilik air. “Argh, serabutnya! Aku benci hari Isnin!” cemuh Sky, perlahan.

Fikirannya terlalu ‘bising’ dan akibatnya dia tak dapat pejamkan mata sepanjang malam. Dia merenung pantulan muka di cermin. Lingkaran hitam pudar dengan megah membuat kemunculan di bawah mata lesunya. Kejadian semalam bermain semula.

"Aku bukannya nak buat kau menangis. Aku cuma nak lindungi kau daripada Daehyun tu je." Suara Kai mengendur. "Don't cry for him anymore... please?"

Sky hanya membatu dan merenung jauh. Sesaat kemudian, dia memejamkan mata dan mengeratkan rangkulan lembut di leher Kai.

Terasa langkah Kai terhenti sejenak seolah-olah Kai memalingkan muka untuk memastikan Sky masih lena. Kemudian Kai menyambung langkahya sambil berbisik sangat perlahan namun ia kedengaran di telinga Sky.

“Aku sayangkan kau, Kim Yuna…”

Meremang kembali lengan Sky sambil dia menggeleng laju. Tidakkk! Nak muntah pun ada. Sky kembali mengeluh bosan dan membalikkan mata sebelum meneruskan rutin paginya.

 

Sky menuju ke bilik Soyoung usai menyarungkan jaket denim melapisi t-shirt berwarna putih. Walaupun masih awal, dia perlu kejutkan Soyoung. Bukan tak tahu perangai Nam Soyoung yang suka tidur mati.

Pintu diketuk perlahan. “Nam Soyoung.”

Di dalamnya, Soyoung masih tak sedarkan diri di bawah selimut tebal. Bunyi ketukan itu langsung tak dapat menembusi gegendang telinga Soyoung.

“Aih.” Sky terus memulas tombol dan menerjah masuk. “Bangunnnn!!” jerit Sky selamba umpama komander kawad.

Soyoung kembali mengerengkot seperti fetus dan merengek dalam mamai. “Tak nak bangun…”

Sky menggeleng lalu beredar dan membiarkan saja pintu bilik Soyoung terbuka. Sky menggapai beg galas di sofa dan menyarung kasut. Tanpa bersarapan, Sky memulakan harinya. Itu sudah menjadi tabiat Sky.

Dan termasuk juga berjumpa dengan Kai di depan rumah.

 

“Yunaaa! Selamat pagi!” Kai yang segak berpakaian formal untuk ke pejabat, melambai seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam.

Mata Sky terus mencerun. “Boleh tak jangan panggil aku Yuna? Just call me Sky!” Kaki membawa tuannya ke lif lalu laju butang ditekan. Kai hanya memerhati dengan riak hairan.

Kai kembali berdiri di sebelah Sky sambil memandang pintu lif yang tertutup. “Kau kenapa? Nampak lesu je. Tak cukup tidur ke?”

Tangan Sky kemas tersilang. Bibir Kai menjuih kecil bila Sky mengendahkan pertanyaannya.

Ting!

Apabila pintu lif terbuka, ada beberapa orang gadis berpakaian kemas dan cantik di dalamnya. Dengan muka selamba, Sky mendahului Kai masuk ke dalam lif. Tak sampai sesaat, terus berterbaran bisikan-bisikan di telinga Sky. Tentunya ia tentang Kai.

Hal itu membuatkan Sky makin meluat namun riaknya masih tak berperasaan. Kai menekan butang untuk menutup pintu sebelum kembali berkepit di sebelah Sky. Sempat Kai mengerling ke arah gadis-gadis yang sedang merenungnya.

Tiba-tiba Kai menarik pinggang Sky rapat kepadanya. “Nanti balik, saya jemput ya, sayang?”

Kening Sky berkerut. Meter jengkel Sky kembali memuncak. Dah buang tabiat agaknya jantan ni.

“What the…” Baru saja Sky hendak menempelak, Kai terus menghantar isyarat mata dengan renungan lama. Nampak Kai tak suka dengan tingkah laku gadis-gadis itu. Kai membuat muka menagih simpati. ‘Please…’

Sky mengeluh perlahan. “Suka hati awaklah… sayang.” Dengan senyuman plastik, sengaja Sky menekan perkataan ‘sayang’ dalam nada suaranya. Sempat dia membalikkan mata pada Kai yang menahan gelak.

Nasib baik Sky membelakangi si gadis-gadis berkenaan. Riak kecewa mereka jelas kelihatan melihat gelagat dirinya dan Sky. Kai menyambung lakonan. Pinggang Sky dipeluknya.

“Apa lagi....” cemuh Sky di bawah nafasnya. Dengan terpaksa, Sky turut membalas perbuatan yang sama. Sengaja Sky menguatkan cengkamannya dan Kai terpaksa mengetap bibir menahan sakit.

Tapi siapa tak kenal Kai, si loyar buruk.

“Aw, ni buat saya sayang awak sangat ni.” Dirangkulnya pula bahu Sky erat dan Kai menongkat dagu di atas rambut lembut Sky.

Sky hanya memejamkan mata, terpaksa akur kerana tiada mood untuk mencari pasal dengan sesiapa. Tangan Sky kembali bersilang namun Kai tetap dengan posisinya sampailah pintu lif terbuka semula. Sebaik tinggal mereka berdua saja, Sky dengan sekuatnya menolak Kai lalu bergegas keluar.

 

“Sky!” laung Kai yang berlari anak mengejar dari belakang.

“Nak apa lagi?!”

Agak terkedu Kai melihat riak Sky kelihatan lebih bengis daripada sedia kala. Datang bulan ke? “Emm… nak aku hantarkan kau?”

“Tak payah. Aku dah ada skuter aku sendiri. Lagipun, aku rimas dengan kau.” Tanpa berlengah, Sky berpaling dan berlalu ke kawasan parkir motosikal.

Bibir Kai memuncung lagi. “Kejamnya! Menyesal aku tanya.” Lantas dia memusingkan badan untuk mencari keretanya tapi, “Okay. Kejap. Kat mana aku parking kereta aku?” Melilau Kai memeriksa deretan kereta di sekeliling. Tapi satu pun bukan miliknya. Punat kunci ditekan dan sayup-sayup ada bunyi kedengaran dari jauh. Terus berlari Kai ke arah itu dan memeluk si kereta kesayangan.

 

“Weh Chanyeol, kau tengok bos tu. Lain macam je harini.” Hongbin berbisik pada Chanyeol di sebelah sebaik kelibat Kyungsoo masuk di dalam kafe.

Terus kalut mereka berpura-pura mengelap meja bila Kyungsoo menuju ke arah mereka. Dengan apron-apron sekali dibuatnya seperti kain buruk.

“Selamat pagi, Chanyeol, Hongbin.” Kyungsoo tetap menyapa dengan senyuman kecil walaupun matanya memandang pelik perbuatan mereka sebelum dia terus beredar ke dapur.

“Pa-pagi, bos.” Hongbin membulat mata, ingin menyaingi mata Chanyeol. Dia memandang si tinggi. “Betul ke apa yang aku dengar ni? Bos tegur… kita… dengan baik.”

Chanyeol hanya menggeleng dengan aksi dramatik Hongbin. “Angin mood dia tengah bertiup sepoi-sepoilah tu.”

“Bos dan mood baik tu hanya berlaku setiap 124656 tahun sekali, kau tahu. Aku yakin ni mesti ada kaitan dengan si Soyoung tu.”

“Baguslah. Kita pun takdelah kena maki je.”

“Chanyeol!” Kyungsoo berteriak dari dapur.

Apa lagilah si Kyungsoo itu hendak komplainkan. Chanyeol menarik nafas dalam sebelum kembali ke dapur.

 

Air muka mencuka Sky bertukar tatkala menghampiri kedai bunga yang terletak di sisi laluan pejalan kaki. Ada seorang lelaki kelihatan sedang menunggu di situ. Lelaki itu lengkap berkot dan kelihatan resah.

“Siapa tu?” Tiba-tiba ada bisikan menerpa di tepi telinga Sky.

Sky terus berpaling sambil memegang dada. “Ish kau ni Chen! Aku siku kau karang! Buat aku terkejut je.”

Chen, kawan lama dan juga pekerja Sky, hanya gelak kecil. Dengan berwaspada, Sky menghampiri dan berlagak tenang. Kunci kedainya sudah sedia digenggam di dalam kocek seluar.

“Cik pemilik kedai bunga ni ke?” tegur lelaki itu dengan beria sebaik melihat Sky datang ke arahnya.

“Ya, saya.” balas Sky sambil membuka kunci manga pintu.

Lelaki itu mengeluh lega dan mula tersengih. “Nasib baik. Saya datang nak beli bunga.”

“Oh…” Hujung bibir Sky menguntum senyuman. Loceng kecil yang tergantung di pintu berbunyi sebaik pintu dibuka.

“Masuklah.” Lalu suis lampu dipetik dan Chen bergerak ke tingkap untuk menarik tali bidai tingkap. Sambil Sky melayan pelanggan pertama mereka, Chen mula mengangkat pasu-pasu berisi bunga untuk disusun di atas rak luar kedai.

“Encik perlukan bunga-”

“Bunga ros.” potong lelaki itu dengan segera. Suaranya kedengaran gugup. “Betulkan? Untuk ucapkan ‘saya cintakan awak’?”

Sky mengangguk perlahan lalu bergerak ke rak bunga ros. “Bunga roslah yang kebanyakan diguna. Sebenarnya bunga lain pun boleh juga.” Sky mengambil bunga-bunga tersebut dan menuju ke meja untuk mula membungkusnya membentuk jambangan.

“Ada lagi ke yang encik perlukan?” Sky menyerahkan jambangan bunga itu kepada pelanggannya.

Lelaki berkenaan tersenyum menggeleng dan menyerahkan wang. Sempat dia berterima kasih sebelum mengambil langkah tergesa dari situ. Sky hanya memerhati gelagat pelanggannya itu.

Chen d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya akan edit semula ff ni soon :)

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 12: Awwwwww suka tgk 2 couple nii so sweettttttt ~>_<~ update pleaseu~~~
MissChoiEvelyn #2
Chapter 12: Wah . Daebak chapter 12
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 4: amboi.. jahatnya baekhyun.. hahaha
Nakamoto_Yusuki #4
Chapter 2: comelnya Kai dan Sky hahaha~
KiNhAn88Wolf #5
Chapter 21: Cerita yg sangat bagus!!! DAEBAK AUTHOR NIM!!
Shy_Ira30 #6
Chapter 20: Waaa,,, suka2.... Hebat laaa.. Authornim bt laa lgi crta sweet cmni... Best
Fasyashaari #7
Chapter 1: Authornim you do the best story!!!! Saya suka cerita ni I love it!!!!....
shaxuani #8
Waaa.. daebak la authornim.. sweet abis..
lugege_
#9
Chapter 20: Cerita author memang daebak! Soyoung ngan Kyungsoo sweet sgt. Tapi nak tgk Sky dgn Kai. Huhuhu.