CHAPTER 7

The Haunted Holiday

 

        Mr. David dan isterinya sedang menjejak ahli EXO di dalam hutan itu. Mereka sedang menuju ke rumah lama tersebut kerana risau tentang ketiadaan mereka di sekitar chalet mereka. Isteri Mr. David siap membawa sandwiches salad dan timun untuk bekalan mereka semua.

     Sebenarnya, Mr. David tidak suka akan sandwiches bininya. Bukan tak suka apa yang dimasak oleh isterinya, tetapi dia sangat tak suka sandwiches inti salad dan timun dicampur dengan kicap masin yang 'dicipta' oleh bininya. Kalau ikutkan gerak hatinya, mahu saja dia nak ambil satu bakul dan baling dekat harimau ke singa ke sebagai sedekah jariah.

       "You~ You rasa, apa dah jadi pada diorang?? I risaulah lepas dapat tahu diorang hilang~ Entah-entah... Diorang kena makan dengan zombi?!", teka wife Mr. David.

       "Ishh you ni.. Apa fikir bukan-bukan?! Cer fikir yang diorang tengah menyanyi ke? Makan ramai-ramai ke? Kan bagus?!", kata Mr. David. Tapi dalam hati dia tak henti bertanya sama ada mereka masih hidup atau ada yang sudah jadi zombi.

  

 

       

      Mereka masih menjauhkan diri daripada Kris yang sudah bertukar menjadi zombi. Mereka sudah diarah oleh Clara supaya tidak membuat bising atau sebarang bunyi. 

       Kelihatan Kris berjalan terkedek-kedek ke sini dan sana tanpa arah tuju. Pada masa yang sama, ada lagi 2-3 zombi datang ke arah mereka. Mereka juga sama seperti Kris, tiada arah tuju.

       Tao membuat bahasa isyarat pada Chanyeol di sebelahnya dengan memberitahu bahawa dia terlupa nak kunci pintu belakang tadi. Mata Chanyeol mula terbeliak.

          Maka mereka pun bertutur dalam bahasa isyarat. Cuma Chanyeol kelihatan seperti memarahi Tao kerana tidak mengunci pintu. Tao tidak henti meminta maaf kepadanya sambil membuat muka aegyo sedihnya tetapi Chanyeol mula mencekik Tao sehingga lelaki itu meronta-ronta diminta berhenti.

          "Korang beromen ehh?", kata Lay apabila dari tadi dia melihat Tao dan Chanyeol tapi ke lain pulak dia faham apa yang mereka berbincang tadi. Mengapa, Laaaayyy~?

          Apabila zombi-zombi itu terdengar suara Lay, dengan perlahan zombi tersebut bergerak ke arah mereka. Begitu juga dengan Zombi Kris. Huish sempat lagi dia selak rambut depannya ke tepi sebelum mula berjalan. Zombi juga menjaga kekemasan diri. Contohilah seperti Zombi Kris =') .

        Baekhyun yang kebetulan mencari jalan keluar, dia ternampak beberapa batang kayu hoki. "Korang!! Amik kayu hoki ni, kita pukul semua zombi ni sampai mati! Jap.. Diorang memang dah mati...  Pukul diorang sampai hancur berkecai! Kecuali Kris!", arah Baekhyun sambil memberi kayu hoki seorang satu.

    

Sehun: "Kalau aku dapat pukul semua zombi ni, aku nak korang belanja bubble tea Chatime, okayyy?!"

Luhan: "Eeeii. Perasan. Tak hingin aku nak beli bubble tea kat kau! Baik aku beli patung Hello Kitty Limited Edition."

D.O: "Senang cerita, Sehun. Kau cari kerja, dapat gaji, pergi beli sendirilah! Hang dah besaq gajah, cheq oiii~ Semua benda hang boleh buat sendiri dah~!"

Suho: "Woi. Sekarang bukan masa untuk berfikir tentang masa depanlah! Fikirlah nyawa korang dulu dan belasah semua zombi ni..."

Chen: "Baekhyunie!!!! Belakang kau!!!"

Baekhyun: "Aaaaaargh!!!!! Selamatkan eyeliner aku, gais!!!"

       

       Sebaik saja zombi itu mahu terkam Baekhyun, lelaki itu memukul kepala zombi itu sehingga terkeluar. Disebabkan itu, Tao yang telah dilahirkan menjadi seorang insan yang penakut lalu jatuh pengsan. Maka, suasana mula menjadi kecoh.

 

Clara: "Gais!!!! Tao pengsan!!! Macam mana nak buat?!!!"

Xiumin: "Kau, Kiah! D.O! Suho!  Dan Baekhyun pergi bawak Tao jauh dari sini! Aku, sebagai abang sulung yang kuat, kenalah jaga adik-adik aku...."

Clara: "Hergh! Harap muka je muda, tapi otak cepat lupa mengalahkan orang tua.. Cepatlah!"

        

        Mereka berempat segera membawa Tao pergi jauh dari situ. Yang lain mula bersedia untuk menghapuskan semua zombi itu. Semua zombi kecuali Kris, the Fashionista Zombi. Masing-masing dah bersedia mengangkat kayu hoki untuk memukul semua zombi tersebut.

        "Korang pukul dekat kepala diorang. Jangan buat bising! Sekali korang jerit, boleh jadi lauk kenduri zombi dibuatnya nanti!", arah Xiumin. Mereka hanya mengangguk tanda bersedia. Xiumin mendekatkan dirinya ke arah zombi yang kehilangan tangan sebelah. Yang lain berasa gemuruh untuk melihat Xiumin memukul zombi itu dan.....

         "MAAAKKKK!!! BUSUKNYA ZOMBI NI!!! BAU BANGKAI!!!! DAH BERAPA TAHUN KORANG TAK MANDI HAH?! LAIN KALI PERGI GIANT KE TESCO KE APA PERGI BELI SABUN MANDI DETTOL! NAH KAU SEBAB TAK MANDI!", jerit Xiumin sebelum dia pukul kepala zombi itu sehingga terkeluar. Masalah jugak orang yang terlampau pembersih ni. Kata dekat orang suruh diam, dia yang menjerit. Memang takde function langsung....

          Disebabkan jeritan Xiumin yang sangat kuat mengalahkan speaker, maka datanglah sekumpulan lagi zombi ke arah mereka. Xiumin dan lain mula berasa panik dan takut untuk bertindak. Jadi, mereka mengalih pandangan mereka ke arah xiumin dengan tajam.

         "Apa?! Dia busuk sangat kut!!!"

 

 

        "Ehh, korang! Cepatlah dukung dia naik ke atas!!!", arah Clara sambil menunggu mereka naik. "Xiumin ni pun!! Bagi yang kecik-kecik suruh dukung Tao naik atas dah kenapaaa?! Sudahlah berat badan Tao serupa 3 guni beras! Nasib baik bukan berat King Kong. Kalau tak, dah terpenyet kita jadi lempeng...", luah D.O sambil memimpin Tao pada bahunya.

            "Aku rasa Tao lagi beratlah daripada 3 guni beras!", teriak Baekhyun sambil mendukung lelaki itu.

        "Woi, korang tak reti senyap ke? Dari tadi korang berpok pek pok pek macam makcik! No wonderlah jiran sebelah asyik mengelak setiap kali korang berdua start bersembang dengan dia... Silap-silap boleh berdarah telinga kami semua nanti....", kata Suho.

        Sebaik saja sampai ditingkat atas, tiba-tiba pintu bilik yang dituju tertutup dengan sendiri sehingga menyebabkan mereka semua terkaku disitu.

 

Baekhyun: "Clara... S-Siapa yang... jaga pintu bilik ni?"

Clara: "Oh.. Itu abang saya... Edison... Dia memang suka usik orang... Orang takde life, macam tu arh..."

     

      Pintu dibuka secara tiba-tiba, dan kelihatan hantu yang bernama Edison berdiri di tengah-tengah bilik itu sambil melihat ke arah mereka. "Takde life hotak kau! Yang aku jadi doktor pembedahan jantung tu apa?! Doktor buat cendol?! ", marah Edison. Kali ni dia tukar ke rupa paras Kris pulak sebagai penyamaran. Haih hantu ni taste tinggi sungguh. Pandai dia pilih Kris.

     

Suho: "Lerr.. Tadi muka Tao, ini Kris pulak?"

Edison: "Gua bosan la derr... Tadi aku pergi jalan-jalan dekat kampung lama sebelah tu, semua orang menjerit takut tengok muka Tao. Kata diorang aku ni hantu black metal mana entah... Sebab itulah aku tukar jadi Kris... Makin ramai followers aku dalam Ghostagram~"

D.O: "What the fish is Ghostagram?"

Clara: "Macam Instagram korang tulahh... Kami ada Ghostagram~ Ni application untuk hantu je..."

S/B/D: "Oooooohhh~"

Baekhyun: "Edison! Nak follow!"

Edison: "Mana boleh! Instagram tak boleh connect dengan Ghostagramlah!"

Baekhyun: "Alaaaa. Baru nak ajak selfie..."

 

       DUM! DUM! DUM! DUM!

       Bunyi dentuman itu datang dari arah almari. Mereka semua mula berasa takut dan panik apabila terdengar bunyi tersebut. Begitu juga dengan Clara dan Edison.

       "HEHEHEHEHEHEHEHEHE~"

 

Baekhyun: "Claraaa~ Ini hantu mana pulak datang~?"

Clara: "Saya tak tahu... Tapi... Ini.."

Edison: "Hantu Bob!"

B/S/D: "Hah?! Bob?!"

Edison: "Korang kena lari dari sini! Hantu ni suka makan manusia! Selagi dia tak dapat makanan dia, dia akan cari manusia untuk jadi makanannya!""

Suho: "Nak lari mana pulak... Kau tahu tak berat badan Tao ni bukan ringan macam si Clara tu!"

D.O: "Hok aloh, senang je nak bangunkan dia. Meh sini..."

     

       Mereka baringkan Tao di atas lantai. D.O mengambil tempat duduknya di sisi lelaki itu sambil menggosok tangannya. "Bersedialah.... Terimalah tamparan Kamen Rider aku!!! Hiyahhh!!", jerit D.O dan terus tampar pipi Tao sehingga membuatkan lelaki itu terjaga secara mengejut.

 

Tao: "Kurang ajaq hang pi tampaq aku! Ingat tak sakit ka, mangkuk?!"

D.O: "Cara ni jelah aku boleh bangunkan kau pun.. Dah! Sekarang kita kena lari dari sini pulak!"

Tao: "Aik? Apesal Kris dekat sini? Bukan tadi jadi zombi ke?"

Edison: "Ini Kris lain la... Haaiyaaa.... Nama gua arh, Edison... Lu panggil gua Ah Long ka Taiko ka Teko ka lu siap. Gua bagi itu Hantu Bob makan lu...Gua ni hantu yang suka menyamar jadi olang lain maa... Ini Kris banyak style lo.."

Tao: "Wey mangkuk! Aku orang Cina pun tak cakap terlalu pelat macam kaulah! Acah-acah slanga Cina konon.. Puihh~"

Suho: "WOIII!!! HANTU TU DAH DUDUK TERPACAK BELAKANG KORANG!! NAK JADI LAUK DIA KE APA?!"

 

     Sebaik saja mereka pusing ke belakang, kelihatan hantu Bob itu sudah lama menunggu mereka sambil memberi senyuman yang mengerikan. Maka, dengan perlahan mereka bangun dari situ dan terus beredar dari bilik itu. Tidak lama kemudian, Hantu Bob itu turut keluar dari bilik dan mengejar mereka.

 

D.O: "Makkkk!!! Lajunya diaaa!!!"

Clara: "Cepat lari!!!"

Suho: "Mommy!!! Suho minta maaf kerana menjadi seorang anak yang tak guna!! Suho telah berbelanja beli gula-gula satu lori!!! Ampunkan saya, Mommy!!!"

Tao: "Patutlah bilik kau penuh gula-gula! Nak kena diabetes ke apa?!"

Suho: "Gila ka apa?! Aku buat small business, kau apa tau?!"

Baekhyun: "Aku mesti kena beli Eyeliner dekat Sephora! Mesti!"

Edison: "Korang!!! Cepat!! Turun dah masuk ke bilik bawah tanah!!!

 

    Tanpa melengahkan masa, mereka semua terus turun dan masuk ke dalam bilik bawah tanah untuk menyelamatkan diri daripada Hantu Bob. Suasana di dalam bilik bawah tanah itu terlalu sunyi dan sangat gelap. Edison menyalakan lampu dan membawa mereka semua turun ke bawah tanah.

 

Edison: "Eeeihh.. Dah berhabuk stor kita..."

Baekhyun: "Stor? Apesal.. Aku rasa macam...tak sedap hati je?"

Suho: "Tetiba sejuk semacam ni dah kenapa?" 

       

        Kriiiiiiiikkkkkk~

 

      Mereka semua berdiri kaku disitu seperti patung yang tidak bernyawa. Masing-masing hampir sesak nafas akibat rasa panik yang naik turun tidak henti bagaikan u olls non-stop naik turun papan gelongsor dekat mana-mana waterpark. Dengan perlahan mereka pusing ke arah belakang mereka secara serentak.

      Kelihatan sebuah keranda ala 'orang putih' terletak di atas lantai. Pintunya telah dibuka sehingga terpancar cahaya berwarna merah dari dalam keranda itu. Tapi yang hairannya tiba-tiba lampu dari dalam keranda tu jadi 'lip-lap'. Dah macam tempat berdisco pulak diorang tengok.

      Tiba-tiba ada sesuatu yang bangun dari dalam keranda itu. Pakaiannya hanya berwarna hitam saja. Kukunya sangat panjang dan begitu tajam sehingga boleh cucuk punggung siapa-siapa sampai terloncat dibuatnya. 

      "Gaiss~ I-I-Itu.. Pontianak... Kan??", tanya Suho dengan nada yang gagap. Pontianak itu berdiri dengan perlahan sambil menutup wajahnya dengan menggunakan mantel sehinggalah dia...

       Dia stretching?!

       Mereka melihat pontianak yang pelik itu dengan begitu hairan. Pontianak tersebut sedang mendepakan kedua-dua belah tangannya dan membuat squat sehinggalah bunyi sesuatu datang dari pinggangnya.

       "Adudududuhhh~!!!! Belakang atuk!!!! Lama dah tak exercise gitulah jadinya... ", kata Pontianak tersebut sambil mengambil tongkatnya dan berjalan ke arah mereka semua. Pontianak itu melihat mereka dengan begitu teliti. Semakin lama, semakin dekat pulak dia perhatikan mereka sampai naik juling matanya.

       "Maaflah, nak... Atuk dah tua sangat... Spec atuk tak tahulaaah siapa yang bagi patah tu... Haih.. Nasib baiklah atuk dah tua, kalau atuk kuat lagi macam Aaron Aziz, dah lama atuk ajak dia masuk gelanggang Muay Thai...", dengus Atuk Pontianak dengan berasa kecewa.

       "Kalau korang nak tahu... Akulah yang patahkan spec dia.. Aku tak sengaja...", bisik Edison. Mereka semua hanya mampu memberi pandangan maut ke arahnya sehingga lelaki(atau hantu itu) menunduk dengan berasa malu.

       

Atuk Pontianak: "Hah... Korang nak apa datang sini?!"

Baekhyun: "Atuk!!! Nak selfie dengan atuk, boleh tak?! Aiyoo. Bukan senang nak selfie dengan pontianak ala 'om putih' ni~ Atuk ni kira paling rare dalam dunia ni, tahu tak?!"

Atuk Pontianak: "Selfie? Selfie tu apa, nak? Sejenis sel yang ada ikan buntal semua tu ke apa?"

Baekhyun: "Eh! Bukan sellah atuk ni~ Selfie tu maksudnya kita ambik gambar kita sendiri je~"

Atuk Pontianak: "Ohhh~ Boleh! Boleh! Atuk ni dulu ramai peminat~ Mana tahu sekarang masih ramai peminat nanti bila kamu selfie dengan atuk~"

Clara: "Atuk!!! Sekarang bukan masa untuk main-mainlah!!! Ada lagi kawan-kawan kami yang terperangkap dekat luar sana! Diorang tengah lawan dengan zombi!"

Atuk Pontianak: "Zombi? Zombi Pak Ushop And The Kebun Gang tu?! Ini bahaya!!! Kita kena lakukan sesuatu sebelum diorang makan kawan-kawan kamu!"

Edison: "Tapi atuk... Diorang tu ramai! Macam mana nak buat?"

 

    Atuk Pontianak itu mula berfikir ala-ala Jimmy Neutron. Habis berdenyut-denyut otak dibuatnya dan....

 

Atuk Pontianak: "Aduhh.. Gear otak tak function dah.. Korang pandai-pandailah pergi lawan diorang tu... Atuk nak tidur..."

Tao: "Apa ni, Grandpa Pontianak?! Tadi bukan main berfikir macam Jimmy Neutron! Last-last nak tidur balik je?!"

Clara: "Eeeee. Gedik arh kau ni panggil atuk aku 'Grandpa'..."

Atuk Pontianak: "Haih.. Korang ni bising betul... Mai nak habaq kat hampa apa kelemahan zombi tu.."

D.O: "Wow. Atuk cakap utagha! Marvellous!"

Atuk Pontianak: "Atuk memang orang utagha pun...Atuk orang-"

Clara: "Atuk!"

Atuk Pontianak: "Yelah! Yelah~ Kelemahan zombi ialah...."

 

    Mereka semua memasang telinga mereka dengan teliti sehingga mendekati atuk itu. Atuk Pontianak membuka mulut dengan begitu luas dan....

   "Diorang lemah pada timun dan salad..."

     Mereka semua mula membuat muka bosan mereka sambil melihat Atuk Pontianak. Siap ada sound effect 'krikk krikk' lagi di belakang mereka. 

   "Okay, gais~ Atuk nak tidur dulu ye~? Semoga berjaya menghapuskan semua zombie itu. Sayonara, Amigos!", kata Atuk Pontianak sebelum kembali tidur di dalam kerandanya dengan pantas. Tak sampai 0.01 saat dia dah tidur mati.

 

Edison: "So... Itu jelah cara kita nak halang zombi tu..."

Suho: "Tapi macam mana nak dapatkan timun dan salad?! Macam mana?! Gimana dong?!"

Clara: "Gais!!!! Aku dapat bau benda pelik datang ke rumah ni!!!"

Baekhyun: "Bau apa?! Bau kentut ke?!"

D.O: "Kentut kaulah tu... Eeeee~ Baekhyun kentut!"

Baekhyun: "Woi! Jaga sikit mulut kau sebelum aku kentut betul-betul dekat kau nanti!"

Tao: "Woiii!!! Kentut! Kentut! Kentut! Kang aku panggil Hantu Bob tu nanti suruh kentut dekat korang baru nak diam!"

Edison: "Hantu Bob kalau dia kentut, boleh koma 7 tahun dibuatnya.."

Clara: "Aku tak fahamlah kenapa ada jugak manusia yang kecoh pasal kentut..."

 

     

 

"Kite la kentut...Joke. Joke..."-Baekhyun

 

        

       

      

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 11: Hahahahhaha aku dah baca sampai habisss~
tudia bakhang terkeluaq habihhhh bahasa utaqa nalaaaaa ahh xDD.
i know it! Mr.David berbekam dn istri dia hantu xDD.
aku suka tang part Zombi~
okay dri segi penulisan hg okay, cantik , kemas dn menarik.
dari segi plot pon okay cuma perlu lebih menarikkan sikit je lagi , sikit je but apa2pun ia still menarik!
Oh D.O itew niew pon budak ERT xD.
I see what you did there.
BTS !!!!!!
Thanks for the story author.
buat la lagi xD.
maaf klo terkasar dlm mengomen ni xD