CHAPTER 3

The Haunted Holiday

   "YEAYYY BBQ TIME BABEHHH", sorak Kai sambil menari tarian zapin di sebelah D.O yang sibuk membakar daging itu. Daging lembu yang sudah diperap dipotong kecil-kecil, lalu membakar daging tersebut. 

    "KAI OIIII~ HANG BOLEH DAK JANGAN DUK MENARI TANG NI? SAKGI AKU BAKAQ PUNGGUNG HANG SEKALI DUDUK TAK DAK PUNGGUNG BARU TAU!" , marah D.O dengan menggunakan loghat utara. Syukur, aku sudah sedikit fasih bertutur menggunakan loghat tersebut. Terima kasih, Chen~

   Xiumin dan Chen sibuk membancuh air kordial. Chen kalau tak troll orang seharian memang tak sah! Dia keluarkan mainan lipas plastik itu dari dalam poketnya secara senyap-senyap.

   Masa Xiumin sibuk melihat ke arah lainlah dia segera letakkan lipas plastik itu ke dalam air kordial itu, lalu menbancuh seperti tiada apa yang berlaku. Memang Chen ni boleh jadi calon untuk show Just For Laughs Gags kalau asyik troll orang~

   Setelah siap daging BBQ dibakar, mereka hidang semua makanan di atas meja makan sebelum makan malam bermula. Kai terlebih dahulu mencuba daging BBQ itu.

 

Kai: "WOW~!!! SEDAP GILER GAIS~!!!"

Sehun: "Yehet! Yehet! Yehet!"

D.O: "Terharu ai u olls puji masakan ai~ Maklumlah ai amik Ekonomi Rumah Tangga sekali~"

Luhan: "Eh? Bukan ke tu subjek untuk perempuan je?"

Tao: "Kau budak Akaun la ngek!"

D.O: "Aku tambah subjek la ngok!"

Suho: "Depan makanan jangan bergaduh weh~! Rezeki~~!"

Kris: "Ngok ngek ngok ngek aku sekeh kang ngok ngek korang berdua nanti"

    Chen sibuk menghidang air kepada mereka semua sehinggalah dia hidang kepada orang yang terakhir sekali iaitu Lay.

Lay: "Thank you awaaak~"

Chen: "You're welcome awaaaaak~"

Xiumin: "Chen, kau bancuh air kordial apa ni?"

Chanyeol: "Apesal rasa plastik?!"

Baekhyun: "Kau letak gula tak dalam air ni?!"

Chen: "Ehhh mesti~~~~ Takkan la nak minum tawar-tawar kut~"

    Tiba-tiba...

Tao: "AAAAAAAAAARRGHHHHH LIPASSSS GAISS LIPAASSSS DALAM AIR!!!"

Kris: "HAH?! LIPAS?!"

Semua: "CHEEEEEENNNNNNNNN~!!!!!!!!!!!!"

Chen: "Lek arhh~! Lipas plastik ajepun!!!!"

 

    Akhirnya sudah tiba waktu tidur. Mereka semua sudah tidur nyenyak di dalam chalet masing-masing. Satu chalet hanya 4 orang saja boleh kongsi. 

   Kai masih lagi tidak dapat tidur dengan nyenyak. Sekejap dia pusing menghadap belakang D.O, sekejap lagi dia pusing menghadap katil di mana Tao dan Sehun berkongsi. Jam telah menunjukkan pukul 3.00 pagi. 

  Dia bangun daripada tidur sebentar lalu berjalan menuju ke arah balkoni. Suasana di taman agak cerah di temani oleh lampu jalanan itu. Sedang dia melihat taman itu, tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan yang berjalan-jalan menuju ke taman itu. 

  Brrr! Apesal tiba-tiba sejuk semacam aje ni?!

  Wajahnya tidak begitu jelas kerana dilindungi disebalik rambutnya yang panjang. Wait! Rambut panjang! Jalan-jalan waktu pukul 3.00 pagi macam ni?! Bukan kami aje ke customer di tempat penginapan ni?

   Tiba-tiba mata Kai tertumpu kepada sesuatu yang menyebabkan Adrenalinenya mula bertindak dengan laju.

   K-Kaki dia... takde?! Jangan-jangan... 

  Sedang Kai berfikir begitu, tiba-tiba perempuan itu berdiri betul-betul di hadapan chalet mereka dan menyebabkan Kai terkejut. Lantas dia menutup pintu balkoni itu dan terus berlari ke arah katilnya. Selimut ditarik sehingga ke hujung kepala. Panik! Ini kali pertama dia ternampak 'makhluk halus' itu berada di hadapannya tadi.

 

   

   Pada hari keesokannya, mereka dijemput untuk bersarapan di rumah pemilik tempat penginapan itu. Seronok betul apabila dapat memakan pancake yang dimasak oleh isteri Mr. David itu. Lagipun makan free, siapa tak nak?

Isteri Mr. David: "Wuaaahh. Kamu semua nampak kacak sungguh~ Tergoda hati ai~"

Mr. David: "Maklumlah... Diorang muda, Ai ni dah tua, siapa nak~"

Isteri Mr. David: "You janganlah macam ni. Ai sentiasa sayangkan you~ Muah muah"

Mr. David: "Ai pun shayang you. Muah muah~"

    Sweet couple, tapi geli pulak beromen depan diorang ni. Hampir je si Sehun tu tersedak air teh panas. Tao pula memang dah tercekik roti sambil memukul lengan Kris berkali-kali mintak air segelas.

  Semasa mereka riuh bersembang, Kai seorang saja yang hanya duduk senyap sejak tadi. Encik David yang perasan akan riak wajah Kai mula berasa hairan.

 

Encik David: "Kamu okey ke, nak?"

Kai: "Hah?! Err.. Haah! Saya okay..."

Luhan: "Kai? Kau cukup tidur tak? Kau nampak... letih..."

Chanyeol: "Kitorang baru plan nak buat jungle trekking nanti tapi tengok kau macam tak sihat je..."

Kai: "Tak! Aku okaylah~! Serious!!"

   

   Isteri Mr. David memegang dahi Kai untuk merasai suhu badannya.

 

Isteri Mr. David: "You! Dahi dia panas sangat!!!"

Encik David: "Pergi ambilkan ubat demam untuk dia."

Isteri Encik David: "Baik, You~!"

 

    Isterinya itu segera berlari ke arah dapur untuk mengambil ubat demam manakala Kai pula mula merasa makin pelik.

 

Kai: "Serious~!! Aku tak rasa macam aku demam pun!"

Baekhyun: "Kau kena rest! Muka kau nampak pucat sangat!" 

Encik David: "Bawa dia ke ruang tamu. Biar saya pergi ambil air sejuk"

  

   Mereka membawanya ke ruang tamu dan baringkan Kai di atas sofa. Okey aku dah mula rasa sejuk sangat padahal sekarang cuaca panas siot, nampak sangat aku dah demam; dengus Kai di dalam hati.

   Encik David dan isterinya datang ke ruang tamu. Tuala kecil dicelup ke dalam air sejuk dan diperah dengan kuat, lalu letakkan di atas dahinya. 

 

Suho: "Jap. D.O, Tao, Sehun, korang takde sakit apa-apa ke?"

D.O: "Mana ada. Kami sihat jelah~!"

Tao: "Kalau aku demam, aku tak follow korang dah okay?"

Sehun: "Betul. Kami tak demam pun..."

Chen: "Ada virus jahat seranglah kut... "

Encik David: "Takpelah. Biarkan Kai tidur di sini, korang buatlah apa pun. Lagipun tempat penginapan ni bukannya ada orang pun. Saya nak naik ke atas kejap."

Isteri Encik David: "You olls pegilah main-main di luar. Nenek nak jaga anak muda ni..."

   

    Mereka pun mengangguk faham sebelum beredar dari situ. Suasana menjadi sedikit kekok apabila Kai berada bersama Isteri Encik David yang sibuk membasahkan semula kain tuala itu. 

Kai: "Err... Nenek... Kalau saya tanya, jangan marah eh?"

Isteri Encik David: "Tanyalah... "

Kai: "Nenek... pernah nampak hantu tak??"

Isteri Encik David: "Hohoho dah berkali-kali nenek nampak... Sampai sekarang nenek ada Sixth Sense"

Kai: "Hah?! Nenek ada Sixth Sense?!"

Isteri Encik David: "Iye.. Dulu-dulu masa baru ada, nenek memang takut. Tepi lama-lama nenek dah biasa. Diorang tu bukan kacau kita pun~ Diorang ni attention seekers je"

Kai: "Amboi... Speakinglah, nenek ni~ Tapi nenek jangan bagitahu di mana 'benda' tu ada!"

Isteri Encik David: "Dia duduk di tepi kamu je. Katanya kamu ni hensem~ Tergoda dia~~ Ouch~! "

Kai: "Nenek~!!!!!"

  

 

 

    Pada masa yang sama, mereka semua hanya duduk melepak di air terjun itu sambil menghirup udara segar. Dah lama tak keluar ke tempat macam ni, bisik diorang dalam hati.

Chanyeol: "Baekhyun! Chen! Korang siap tak lagi assignment tu?!"

Baekhyun: "Lagi dua muka surat, bolehlah aku tidur puas-puas~"

Chen: "Kau tak perlu risaulah, Yeollie. Enjoy the vacation~~"

Kris: "Enjoy the vacation konon... Entah-entah dalam hati tengah resah sebab tak siap-siap lagi assignment kau"

Chen: "Lek ahh~ Cuti mid sem panjang kut~!"

Suho: "Panjang macam mana pun cik abang Chen Belachen oiii~ Assignment tu tetap kena siapkan jugak~"

Lay: "Nanti kena marah dengan pensyarah~ Aiyoyo~~"

   Sedang mereka berborak-borak, Xiumin tiba-tiba ternampak sebuah rumah besar ala rumah inggeris di atas bukit yang tidak jauh dari tempat penginapan itu. Rumah itu kelihatan seperti telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun yang lalu. 

Xiumin: "Eh.. Korang! Tengok tu!"

Luhan: "Tengok apa?! Pokok je pun!"

Xiumin: "Tak! Dekat belakang-belakang pokok tu ada bukit!"

    Mereka mengecilkan mata mereka untuk melihat dengan lebih jelas. 

D.O: "Haah... Eh! Semalam masa kita nak sampai sini, korang ada perasan tak bukit tu?"

Suho: "Pelik... Tak perasan pulak ada bukit dekat situ..."

BaekYeol: "YAHAAAAA~!!"

Lay: "Hah? Yamaha?"

Chen: "Dey! Don't jerit-jeritlah~!! Tahulah nak lawan high note aku"

Baekhyun: "Ehhh budak ni, jangan perasan sangatlah ehh~ "

Chanyeol: "Aku ada idea! Apa kata petang ni, kita cancel jungle trekking? "

Luhan: "Pulok~! Kenapa nak kena cancel?"

Chanyeol: "Aku dan Baekhyun plan nak...*bisik*  Nak buat aktiviti paranormal dalam rumah tu... Kekekeke"

Tao: "KO GILER?!!"

Baekhyun: "SHHHHH~!!! Jangan bisinglah! Nanti kalau Misterrr David dengar plan kita, lingkup laa!!"

Tao: "Aku cuma cakap 'Ko Giler' je pun!!"

Sehun: "Habis? Kai tu nak taruk dekat mana?"

Lay: "Ikut sekalilah~ Barulah best~!"

Luhan: "Lay?! Kau join sekali ke?"

Lay: "Yup! Sebab masa inilah yang aku dah lama tunggu sejak zaman tok nenek moyang dan moyang dan moyang aku..."

Suho: "Woi~! Zaman tok nenek moyang dan moyang dan moyang hotak kau! Kau lahir tahun 1991 la ngek. Zaman moyang-moyang kita tu berlakunya penjajahan Britishlah!"

Sehun: "Bukan penjajahan Jepun ke?"

Kris: "Sudah! Sekarang ni bukan soalan Sejarah KBAT! Sekarang aku nak tanya, siapa join?"

     Mereka semua mengangkat tangan dengan begitu semangat kecualilah si Diva 'Gucci' Panda bernama Huang Zi Tao yang mengangkat kaki kanannya sambil membuat muka tidak puas hatinya. 

Kris: "Yang kau tunjuk bulu kaki ni apehal?"

Tao: "Tahulah jeles dengan bulu kaki aku yang cantik ni~! Saya angkat kaki ni bermaksud saya bantah dengan cadangan Menteri Besar Daging Salai Baekhyun dan Menteri Besar Star Wars bernama Yoda."

XiuHan: "Pfffttt~ Menteri Besar Daging Salai"

Baekhyun: "Heyy budak ni, aku dah lama tak bagi kau makan kaki aku perisa smoked salmon."

Suho: "Anak~ Betulkah kamu tidak mahu mengikuti kami ke rumah itu?"

Tao: "Tidak mahu, Bonda! Tao rela beradu di dalam kamar seorang diri!"

Sehun: "Aku dengar malam-malam ada bunyi bayi nangis. Wooo wooo~ Lepas tu, kan-"

Tao: "Okay aku join! Benci kau, Hun."

Chanyeol: "Bagus, Sehun! Nanti aku belanja kau bubble tea"

Sehun: "Yehet!

D.O: "Nanti kita ajak Kai sekali~!"

Baekhyun: "Yes! Semua confirm?!"

Semua: "YES!!!!!!"

Tao: "Boooo~"

Semua: "Tao!"

Tao: "Yeaayy tak shabarnye kite~ Emm emm....."

 

 

 

Terserlah muka Tao yang tidak ceria kerana dipaksa oleh abang2nya untuk masuk ke dalam rumah tersebut....

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 11: Hahahahhaha aku dah baca sampai habisss~
tudia bakhang terkeluaq habihhhh bahasa utaqa nalaaaaa ahh xDD.
i know it! Mr.David berbekam dn istri dia hantu xDD.
aku suka tang part Zombi~
okay dri segi penulisan hg okay, cantik , kemas dn menarik.
dari segi plot pon okay cuma perlu lebih menarikkan sikit je lagi , sikit je but apa2pun ia still menarik!
Oh D.O itew niew pon budak ERT xD.
I see what you did there.
BTS !!!!!!
Thanks for the story author.
buat la lagi xD.
maaf klo terkasar dlm mengomen ni xD