CHAPTER 10

The Haunted Holiday

      "B-Besarnya hantu ni.....", kata Kai dengan nada ketakutan apabila sebuah lembaga yang sangat besar daripada Hantu Bob itu berdiri di hadapan mereka. Mukanya yang bengis itu memang cukup untuk menakutkan semua orang dan hantu-hantu lain. Tetapi lainlah pula bagi mereka ni...

Chen: "Saiz teddy bear macam inilah yang aku cari tu!!! Tapi tak jumpa!"

Xiumin: "Kalau wujud pau gergasi macam ni, dah lama bukak kedai pau.... Dapat jugak hasil yang lumayan~"

Baekhyun: "Mammoth lagi besar ke dinosaur lagi besar daripada benda alah ni? Entah-entah Megalodon lagi besar daripada benda alah ni... Kiranya aku ni ibarat ikan bilis ajelah...."

Sehun: "Aku sanggup telan bubble dalam milk tea aku kalau besar macam ni..."

Annabellala: "Apehal diorang pelik sangat?"

Kris: "Dari kecik diorang ni berimaginasi kartun..."

Suho: "Apa nama ayah kau ni?"

Edison: "Aku bagitahu dah, kan?"

Clara: "Edward Johnson... Dia seorang general yang sangat garang dan...dia kerat kepala sesiapa sahaja yang dia benci!"

Edison: "Panggil dia General je..."

Lay: "Tidak! My Cornie!!! Jangan apa-apakan anakku~"

Luhan: "Sejak bila kau kahwin?! Alahai... Terlepas nasi minyak.. "

Lay: "Anak angkat jelah... Jodoh tak sampai lagi!"

Baekhyun: "Ayeee tunggu jodoh nampak..."

Chanyeol: "Hantu ni nampak sebijik macam Yoda..."

D.O: "Bersyukurlah kau jumpa kembar kau..."

Kai: "Yah! Janganlah bagi dia marah! Nanti dia-"

   

      "SEMUA DIAM!!!", arah lembaga tersebut sehingga menyebabkan mereka semua seperti dilanda angin monsun. Hanya Mr. David dan isterinya sahaja yang diam sejak tadi.

      

General: "Edison! Mana kamu?!"

Tao/Edison: "Saya! Eh? Tu nama English akulah!"

Edison: "Hello! Aku lagi sesuailah dengan nama Edison!"

Tao: "Walaupun orang jarang panggil aku guna nama tu, tapi nama Edison masih nama English aku! Sesuai dengan rupa paras tuannya!"

Edison: "Ehhhh~ Budak ni... Sudahlah pelat, perasan hensem pulak tu... Kau tahu tak sebenarnya semua hantu takut dengan muka kau dan-"

General: "Hoi, pakcik! Ayah tahulah Edison yang mana satu, ingat ayah tua sangat ke sampai tak ingat rupa- eh? Ini muka budak Korea mana kau menyamar ni?"

Kris: "Muka saya, Tuan General... Saya orang Cina, bukan Korea, Tuan General..."

Edison: "Yelah~ Jap... Nak ubah balik kepada rupa asal..."

 

     Edison pun menukar rupa parasnya daripada wajah Kris kepada wajahnya sendiri sehingga rupanya membuatkan semua orang terkesima.

Edison: "Okay, gais. Ini wajah saya yang sebenar~"

General: "Bagus... Baru ayah kenal muka kamu.."

Kai: "Wey! Muka dia macam...macam...."

D.O: "Jap! Jap! Aku macam pernah tengok muka macam ni!"

Xiumin: "Alaaa gais! Yang berlakon drama Suri Hati Mr. Pilot tu!"

Chen: "Aaron Aziz ke?"

Luhan: "Bukan!!! Yang sorang  lagi tu! Aku tak ingat nama diaa!"

Chanyeol: "Lee Min Ho! Betulkan?!"

Baekhyun: "Drama Melayulah! Bukan drama Korea!"

Kris: "Drama yang Xiumin cakap tu laa, Chanyeol oiii~"

Suho: "Neelofa?"

Sehun: "Yah... Neelofa tu perempuan, dia ni lelaki..."

Tao: "Fattah Amin!! Muka macam Fattah Amin, kan?!"

Suho: "Taklah! Muka dia macam...."

Lay: "Alvin Chong ke?!"

Semua: "Ya betul!!!!!!!!!"

Clara: "Uish satu geng layan drama rupanya...."

Annabellala: "Kalah kita, Akak~"

    

     General yang mula berasa bosan melayan kerenah mereka semua akhirnya menggunakan kuasanya untuk diamkan mereka semua. Kecuali Mr. David dan isterinya.

     "Nak sandwiches tak? Ada lebih lagi..." ,tanya isteri Mr. David sambil memberikan bakul yang masih ada lebihan sandwiches di dalamnya. General itu memerhatinya dengan mendalam. Wajahnya yang bengis sudah menaikkan ketakutan isteri Encik David.

Mr. David: "Woi! Jangan tengok muka bini aku lama-lama sangat... Aku sorang je boleh tengok muka dia lama-lama..."

Clara/Annabellala: "Alololololo so sweeeet~"

General: "Takdelah... Aku cuma scan je dalam bakul tu betul ke ada sandwiches... Okaylah, saya nak rasa sikit..."

     General itu mengambil sebakul sandwiches itu dan lalu memakan semua sekali gus. Tao yang sedang melihatnya makan dah mula rasa mual bagai orang nak mengandung. Muka General menunjukkan ekspresi terkejut sehingga membuatkan semua orang berasa hairan.

General: "Sandwiches ni..."

Edison: "Ayah pun nak kata-"

General: "Sedap gila!!!!!!! Sandwiches inilah yang saya cari selama 560 tahun!"

Edison: "Yes!!!! Memang betul, Ayah! Sandwiches nenek ni memang sedap!"

General: "Okay. Back to the story. Ehem ehem!!"

Baekhyun: "Wow, macam nak buat presentation sia."

General: "Kamu semua mengganggu tempat saya!!!!!"

Suho: "Uhhh... Maksud Tuan?!! Kami menceroboh ke dalam tempat ni?!"

Tao: "Aku dah kataaaaa jangan masuk, korang degil."

General: "Betul tu. Sebelum Mr. David wujudkan chalet, tempat ini adalah tapak peperangan British. Kami telah ditentang teruk oleh penjajah Jepun."

Kai: "Bukan korang memang kena balik ke lepas Jepun datang menjajah??"

General: "Memang betul. Tetapi disebabkan kami tidak mahu tinggalkan rumah ini, kami sekeluarga dan pekerja-pekerja saya buat keputusan untuk duduk di rumah ini. Kebetulan memang terletak jauh dari pusat bandar."

Chanyeol: "Lepas tu... Apa dah jadi?"

General: "Kami diserang oleh penjajah Jepun. Hantu yang kamu nampak semua ni... Mereka telah mati dibunuh secara zalim oleh penjajah-penjajah itu. Saya ditembak mati selepas anak-anak saya dibunuh depan mata saya."

    Tanpa sedari, Clara, Annabellala dan Edison menangis mengenang kisah lama yang penuh keperitan. 

Annabellala: "Jadi... Sebab itulah-"

General: "Oi.. Tu line ayah."

Annabellala: "ISH. AMBIK LA SEMUA."

Clara: "Sabar... Sabar.."

General: "Jadi.... Sebab itulah kamu tak boleh duduk disini lama-lama."

Chen: "Sebab zombi tu nak makan kami, kan? Okay jom kita chow dulu."

General: "Bukan! Tetapi, penjajah Jepun yang telah mati itu akan dibangun semula untuk mencari makanan mereka. Dan kamulah makanan mereka semua."

Semua: "HAH?"

Chen: "Ish. Betul la aku cakap zombi tu nak makan kami..."

General: "Hari ini adalah hari mereka ditewaskan. Mereka akan bangun jika terhidu bau manusia yang menjejak ke dalam rumah ini. Kamu semua perlu keluar dari sini dengan segera!"

Lay: "Gais.... Tengok la tingkap..."

     Mereka semua melihat di luar tingkap dan terdapat sekumpulan zombi yang berpakaian baju askar Jepun yang hampir reput. 

Tao: "Kan, aku dah cakap! Signboard tu tulis dilarang masuk tapi korang berdegil! Sekarang masaklah kita!"

General: "Ada jugak yang faham bahasa... Bijak. Yang korang ni pula tidur dalam kelas ke apa time Bahasa Melayu?"

Kai: "Ye ke dia bijak? Time kelas math pun tidur... Lepas tu bila cikgu tanya 2+2 dapat berapa? Dia jawab 22. Sangat bijak!"

Sehun: "Tao ni pandai Akaun je... Tu pun aku tak faham macam mana dia selalu dapat A dalam akaun tapi D dalam math..."

D.O: "Kai dan Sehun pun dua kali lima jugak dengan Tao tu... Cikgu tanya 6+6 berapa, diorang jawab 'We Are One'. Padan muka korang kena berdiri dekat luar..."

Baekhyun: "Boooooo~ Budak akaun tapi math budak tadika pun tak boleh jawab... Padan muka sebab tak concentrate..."

Chanyeol: "Membazir tenaga aku ja tolong ajaq hangpa math selama 2 tahun! Hangpa dapat D ja?! "

Tao: "Rilekslah! Bukannya gred G!"

Suho: "Ishhh.... Korang ni buat aku makin risau dengan result korang nanti..."

General: "Sudah! Saya bagi peluang dalam masa 30 minit saja... Pintu utama sudah tidak terkunci... Saya juga telah menyediakan 3 checkpoint jadi, kamu kena melepasi semua checkpoint yang telah disediakan..."

Luhan: "Tuan General ni ingat Maze Runner ke apa nak bercheckpoint bagai ni? ZOMBI TU MAKAN KITORANG KOT!!!"

General: "Ya. Saya nak tengok dalam real life~ Anak-anak saya akan jaga setiap checkpoint... Kalau kamu semua berjaya melepasi semua checkpoint ini, kamu akan dibebaskan. Kalau tidak, bersedialah..."

Mr. David: "Habis? Kami ni macam mana? Dah tua.. Tak larat nak berlari..."

General: "Kamu berdua baliklah dulu, ye? Rehat banyak-banyak.."

Edison: "Meh, pakcik! Makcik! Saya pimpin u olls sampai ke chalet ye?"

   Maka tinggallah mereka saja. Hati mereka makin berdebar-debar untuk melepasi semua checkpoint itu. Lagi takut, kalu diorang tak lepas, diorang akan dimakan hidup-hidup oleh zombi penjajah Jepun itu.

  "Okay, semua! Bersedia!!!"

   Mereka mula mengambil tempat masing-masing seperti hendak berlari dalam acara 4×100 meter. "Ingat... Kita semua kena bekerjasama walau apapun! Jangan terpisah!", arah suho.

   "Pandai-pandai kamulah cari pintu utama, ye? 3....2.....1... Mula!!!!"

    Mereka semua berlari dengan begitu laju untuk mencari jalan ke pintu utama. Di sepanjang hallway itu terdapat beberapa anak patung yang kelihatan lebih seram daripada Annabelle. Apabila mereka berlari disitu, kelihatan banyak 'tangan' yang sedang menunggu untuk menarik mereka semua. 

Baekhyun: "Wuaaaarghh!! Lepaskan kaki aku!!!!"

Chanyeol: "Woi!!! Gelilah! Jangan geletek, boleh tak?!"

Suho: "Yah! Jangan tarik kasut!!! Kasut ni mahal gila kut!!!"

Sehun: "Insaflah, anak-anak! Janganlah raba kami!"

Luhan: "Mama!!!!! Luhan nak balik!!!! Luhan taknak mati disini!!!!"

Clara: "Woi! Tu robot jelah! Orang lain dah lepas checkpoint ni, yang korang menjerit-jerit macam orang gila lagi dekat sini. Cepatlah! ZOMBI DAH MASUK!!!"

    Mereka semua telah berjaya melepasi Checkpoint pertama tetapi masih tak boleh disambut dengan gembira kerana zombi yang bagaikan tsunami itu sedang mengejar mereka. 

Kini mereka sedang menghala ke Checkpoint kedua. Kelihatan Annabellala sedang menunggu di hadapan pintu sebuah bilik. Dia memberikan sekeping kad kepada mereka.

Xiumin: "Di checkpoint ini, anda tidak boleh menjerit langsung, walaupun jeritan kecil. Jika anda menjerit, lembaga tersebut akan makan kamu...Apakah...?"

D.O: "Ni bukan Hantu Bob ke?"

Annabellala: "Haah. Good luck ye, gais? Saya tunggu di pintu keluar, okay?"

     

   Annabellala mula menghilang. Mereka mula berbincang sebelum masuk ke dalam bilik itu.

 

Suho: "Challenge ni agak susah... Kita semua tak boleh bersuara langsung!"

Kai: "Tapi, Tao senang menjerit..."

Tao: "That's it, gais.... Korang pergilah...  Aku tak boleh lakukan... Pergilah tinggalkan aku disini~"

Baekhyun: "Tak payah buat sedih.... Aku ada idea..."

   

    Baekhyun datang mendekati Tao, lalu belasah Tao sehingga dia pengsan. Mereka semua terkejut melihatnya.

    "Tunggu apa lagi! Cepatlah dukung dia!!!", arah Baekhyun. Mereka segera menurut arahan lelaki itu dan membawanya masuk ke dalam. Dengan menumbuk Tao sehingga pengsan, cara itu sajalah yang paling mudah untuk lelaki itu tidak menjerit.

      Semasa mereka mencari jalan keluar, macam-macam benda yang tak diduga keluar menakutkan mereka. Rambut panjang yang tiba-tiba turun ke bawah cukup untuk membuatkan mereka terkejut. Selepas itu, muncul hantu tanpa kepala sehingga membuatkan mereka semua memecut keluar dari situ.

  

Sehun: "Yassss!!! Kita berjaya sebab tidak menjerit!!!!"

Lay: "Lagi 1 checkpoint, gais!!!"

Kris: "Baekhyun..... Pipi Tao bengkak...."

Baekhyun: "Aiyooo.... Nampaknya aku tumbuk kuat sangat... Cepat bangunkan dia!!"

Suho: "Dia pengsan, okay? Bukannya tidur!"

D.O: "Tampar!! *tampar muka Tao*"

Tao: "MAK KO HIJAU!!!"

D.O: "Bertuah punya budak. Dah sedar pun ejek mak orang."

Tao: "Aku melatah la, bangang."

Sehun: "Tao dah tak betul..."

Chen: "Yah!!! Cepatlah! Kita dah kesuntukan masa!!! Tinggal 15 minit je lagi!!!"

Kris: "CEPAT LA GILA! AKU LAGI SIKIT NAK JADI LAUK ZOMBI NI!!!"

      

    Mereka mula panik dan buka langkah seribu sebaik saja sekumpulan zombi itu datang begitu hanpir dengan mereka.

    Mereka semua berlari ke checkpoint yang terakhir tetapi akhirnya checkpoint itu membuatkan mereka semua berasa sangat terkejut. Di checkpoint tersebut dipenuhi dengan zombi-zombi yang telah menyerang mereka tadi. Tetapi kali ini, lagi banyak daripada yang sebelumnya.

Kai: "Ni zombi mana pulakkk?! Aduhhh."

Suho: "Ni zombi yang Tao jumpa awal-awal tu la!!! Tapi diorang tak seganas macam zombi Jepun tu."

Lay: "Memang sini kampung pisang ke apa ni?! Bukan main banyak zombi dia. Tadi dah kena serang zombi jugak."

Chen: "Gais. Tak banyak masa dah ni! Diorang dah nak dekat!!!!"

Chanyeol: "Korang semua mesti kena diam, kalau tidak, habislah kita semua jadi zombi.... "

Sehun: "Woooo! Aku mula berfeeling macam Tarian To Busan!!!"

Kai: "Train Too Bosan la, mangkuk!"

D.O: "Dua-dua mangkuk. Train To Busan!!! 'O' tu satu je!"

Suho: "Yah! Janganlah menjerit! Ambil kayu hoki, sorang satu je!"

Luhan: "And then kena buat apa?!!"

Kris: "Kau pergilah main hoki dengan zombi tu...."

Luhan: " -.- "

Xiumin: "Kita kena pukul semua zombi itu supaya dapat memberi ruang kepada kita untuk sampai ke pintu utama!"

Chen: "Hahaha! Boleh tak korang cepat sikit sebab kita ada lagi 10 minit!!!"

Lay: "Bertahan, Cornie! Papa akan melindungimu!"

Baekhyun: "Kita kena pergi sekarang!! Aku nak balik tengok Itaewon Class ni!!!!"

Tao: "Sorry to say eh tapi suara korang yang 'merdu' tu dah menarik perhatian semua zombi!"

 

     Mereka mula panik apabila zombi-zombi itu datang ke arah mereka walaupun perlahan. Maka zombi-zombi tersebut telah bergabung dan mula untuk membaham mereka. Habislah diorang dikepung oleh zombi-zombi tersebut. Masing-masing mula berasa bahawa hari ini adalah hari yang terakhir untuk mereka.

Xiumin: "Korang... Hyung nak mintak maaf kalau hyung ada buat salah atau terkasar bahasa sebelum ini...*sob sob*"

Lay: "Takpe, hyung... Kami maafkan hyung... Kan, Cornie?!"

Tao: "Xiumin!"

Xiumin: "Mana 'hyung'?!"

Tao: "Hehh.. Xiumin-hyung, saya pun nak mintak maaf sebab saya tak sengaja pecahkan tabung pau hyung masa berlatih wushu guna kayu wushu...."

Xiumin: "Takpelah... Benda yang lepas, jangan dikenang...."

Sehun: "Rileklah,gais... Kita bukan mat-"

Semua: "Sehun!"

Sehun: "Rileks... Kita masih hidup..."

Suho: "Hyung pun nak mintak maaf kat korang... Selama ni hyung selalu berkasar dengan korang... Maafkan hyung..."

Kris: "Ye ke kau berkasar? Chanyeol dan Baekhyun lari keliling taman kacau budak-budak tu sampai menangis pun kau still senyum... Kalau aku jadi kau, dah lama aku rampas PS4 diorang..."

BaekYeol: "Jangan rampas PS4 kami!!!!! Hyung! Maafkan kami, hyung!!!!"

Luhan: "Dah besar gajah pun nak kacau budak kecik... Tak tahu malu ke?"

Suho: "Haih... Sabo jelah..."

Kai: "Korang!!! Sekarang bukan sesi maaf-bermaafan! Ni bukan raya AidilFitri gais. Zombi dah makin dekat!!!!"

Chanyeol: "Jom! Kita pukul semua zombi ni. Anggap macam kita tengah main game sekarang..."

Baekhyun: "Yehet!!! Tak sabar nak pukul diorang!"

Chen: "5 minit lagi! Sempat ke?!"

Kai: "Kalau kita bekerjasama, kita sempat keluar dari sini! Oh ya, Tao! Zombi ni dah kotorkan kasut favourite kau."

 

     Tao melihat kasutnya yang berwarna putih itu. Memang benar kasut itu sudah kotor dan mempunyai kesan tapak tangan zombi yang memakan sandwiches isteri Mr. David. Lama-kelamaan, dia kelihatan sangat marah. Kayu wushu diambil dari mana pun tak tahu. Dia dah bersedia untuk membuka langkah wushunya.

  "Sampai hati hangpa bagi kotoq kasut aku!!!! Kasut Gucci kut!!!! Wuaaaaaaaarrrggghhh!!! Ambik kau! Makan kayu wushu!!!" , jerit Tao sambil memukul semua zombi itu menggunakan wushunya dengan begitu kasar.

Chen: "Hebat arh Tao cakap utagha."

      Nampaknya hampir semua zombi sudah ditumbangkan oleh Tao. Yang lain hanya mampu memukul zombi yang sudah pengsan saja sambil berjalan ke pintu utama.

Tao: "Kau cuci balik kasut aku!!! Wuaaarrggh!!!"

Suho: "Woi,budak!!! Semua zombi dah tak bernyawalah! Berhentilah memekak tu!"

Edison: "Tahniah korang! Korang telah berjaya pukul semua zombi ni. Anda boleh keluar sekarang! Dalam masa 1 minit!"

Semua: "Hah?! 1 minit?!"

Edison: "Haah. Korang ada lagi 1 minit... Ini kuncinya. Cari kunci pintu utama ini."

 

    Mereka segera mencari kunci pintu dengan keadaan tergesa-gesa. Satu demi satu dicuba, tetapi kebanyakannya semua tak boleh. Mereka mula panik.

Baekhyun: "Guna kunci ni!"

Chanyeol: "Tak boleh!!! Dah cubalah!"

Xiumin: "Wuaaarggh!! Kalau macam ni habislah kita!!!!"

Sehun: "Edison! Bagitahulah kami kunci mana satu!"

Edison: "Kunci tu berbeza daripada kunci lain."

Suho: "Kunci kecik ni?! Keciknya!"

Edison: "Eh. Tu kunci basikal aku!!!"

Kai: "Lerr... Hantu pun naik basikal ke?"

Luhan: "Ni hah! Kunci ni lagi besar dari kunci biasa!"

Kris: "Gais... Zombi tu bangun balik!!!"

Lay: "Save my Cornie!!!!!!"

Edison: "10 saat lagi!"

 

    Klakk!!

    Akhirnya pintu itu telah berjaya keluar dari rumah itu. Nampaknya mereka sudah keluar pada waktu awal pagi. Mereka segera keluar dari situ dan menutup semula pintu itu. Sebaik saja mereka hendak keluar dari kawasan rumah itu, ternampak Clara, Edison dan Annabellala sedang melambai pada mereka.

Edison: "Bye, gais!!! Tahniah kerana anda berjaya keluar dari sini!"

Clara: "Cepat pergi! Nanti ayah kami datang balik!!!"

Annabellala: "Bye, gais! Bye, Cornie!!!!"

Semua: "Byeee!!!!!!!

    Dan mereka terus pulang ke chalet masing-masing.

 

 

 

MEME NO.3

MY LOVE TO MY BIAS:

*maaf kalau memes saya tak menarik*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 11: Hahahahhaha aku dah baca sampai habisss~
tudia bakhang terkeluaq habihhhh bahasa utaqa nalaaaaa ahh xDD.
i know it! Mr.David berbekam dn istri dia hantu xDD.
aku suka tang part Zombi~
okay dri segi penulisan hg okay, cantik , kemas dn menarik.
dari segi plot pon okay cuma perlu lebih menarikkan sikit je lagi , sikit je but apa2pun ia still menarik!
Oh D.O itew niew pon budak ERT xD.
I see what you did there.
BTS !!!!!!
Thanks for the story author.
buat la lagi xD.
maaf klo terkasar dlm mengomen ni xD