CHAPTER 2

The Haunted Holiday

  

*Keesokan paginya*

    "WOI!!!!! SIAPA YANG KEBAS HABIS SELUAR AKU HAH?! CEPAT MENGAKU!!!", jerit Chen sehingga bergegar satu apartment akibat diserang oleh High Notenya yang boleh kalahkan semua super hero seperti Ultraman, Power Rangers, dan lain-lain. Ishh, habis tersedak jiran-jiran mereka yang sedang bersarapan pagi itu. Suasana di dalam dorm mereka mula serabut apabila mereka sibuk mengemaskan pakaian mereka sebelum bertolak.

    "Aku dah cakap suruh packing baju semalam, sekarang baru korang nak kelam kabut packing! Degil betullah korang ni...", marah Xiumin tapi tiada sorang pun yang hairan. Lelaki itu mengeluh dengan perlahan. Betapa susahnya tanggungjawab sebagai anak sulung dalam group ini. *I feel you, Xiumin..*

    Kai, Sehun dan Tao sempat lagi mendengar lagu Dumb & Dumber yang dinyanyikan oleh kumpulan iKon sambil menggoyang kepala mereka secara serentak seperti ayam. Mujurlah diorang dah berubah menjadi maknae yang rajin, tetapi perangai nakal mereka tak akan pernah berubah.

 

Kris: "SIAPA KEBAS BOXER AKU WOIIII??!!"

Lay:  "ADA SIAPA-SIAPA NAMPAK CHARGER PHONE AKU TAK?!"

Chanyeol: "RILAKKUMA AKU MANA?!"

D.O: "Kita nak bawak bahan masakan tak?"

Suho: "Kau bawak ajelah. Mana tahu nanti takde apa dekat situ"

Luhan: "Wey baju t-shirt Givenchy aku pergi mana hah?"

Baekhyun: "Lorh... Aku ingat kain buruk ke apa jadi aku guna la buat cuci kereta semalam. Berhabuk teruk kereta tu."

Luhan: "BAEKHYUN!!! KAU GANTI BALIK BAJU GIVENCHY AKU YANG LIMITED EDITION NI SEKARANG JUGAK!!!"

Baekhyun: "ALAAA BISINGLAH KAU NI! DEKAT DOWNTOWN BELAMBAKLAH BAJU MACAM NI, KAU PEGI ARH BELI SENDIRI!"

 

    Setelah siap mengemas barang mereka dan simpan di dalam MPV mereka, mereka bahagikan dua kumpulan iaitu EXO-K dan EXO-M. Chanyeol akan jadi pemandu EXO-K manakala Kris akan jadi pemandu EXO-M. Mereka segera bertolak ke lokasi yang dituju.

   Di dalam MPV EXO-K, riuh sungguh mereka apabila mereka sedang berkaraoke lagu I'm Your Girl yang dinyanyikan oleh kumpulan S.E.S.. Siap menggedik lagi mereka menyanyi lagu itu manakala D.O seperti kera sumbang yang hanya duduk diam kerana terpaksa melayan kerenah EXO-K(anak-kanak) itu. 

    Manakala EXO-M pula tidur sepanjang jalan kecualilah Kris yang sibuk memandu MPV itu. Bunyi dengkuran yang datang dari Chen itu telah menggegar-gegar vaganzakan MPV itu.

    Luhan pula tidur ternganga, Xiumin tidur sambil memeluk tupperwear yang penuh dengan pau coklatnya, Lay tidur sambil menghisap jari seperti bayi manakala Tao pula tidur sambil bertutur dalam pelbagai bahasa. Tao adalah manusia yang paling rare dalam dunia sebab dia mampu bercakap sambil tidur dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Spanish yang dia tidak pernah belajar.

    Oleh disebabkan mereka semua tidur, Kris juga dilanda kebosanan dan mula mengantuk. Untuk menghalangnya daripada mengantuk, dia hidupkan radio dan satu MPV terkejut bagaikan gempa bumi mula melanda apabila lagu yang dimainkan itu sangat kuat secara tiba-tiba. Semua ahli yang tertidur tadi terus terjaga daripada tidur. Dengan segera Kris perlahankan volume lagu itu. 

   "Omaigadd~ My heart is.... My heart is ohmaigaddd.... Rock is very no fun...", kata Tao sambil mengipas dirinya bagaikan Datin Yang Flawless. Ni mesti 'best preng' J-Hope anak kesayangan Rasaksa Mon dan Princess Jin. Dah terikut pulak ayat si J-Harapan tu. 

   "Weyy sorry laa~ Cheq tersilap CD ni haa. Mai cheq nak tukaq lagu lain, nahhh?" , kata Kris dengan menggunakan loghat utara sambil menukar lagu. Lagu yang mula dimainkan ialah lagu Gerua yang dinyanyikan oleh bintang Bollywood yang terkenal meletop kebabom seantero dunia, Shah Rukh Khan dan Kajol. Mereka semua turut menyanyi lagu itu.

    "Nikli hai dil se yeh duaaaa~ Rang de tu mohe geruaaaaa~ "

 

    

   "You have arrived at your destination", kata Baekhyun ala GPS Papago itu. "Hyung tak payahlah nak thpeaking-thpeaking ni, thebutan tu tak betul ada hati nak thpeaking", kata Sehun sambil membuat muka derp.

   "Kau diamlah! Kau tu sebut S pun tak betul ada hati nak nasihatkan aku! Pelat itu olang!", marah Baekhyun sambil menjelir lidah kearah Sehun. Tak thedar diri thebut 'R' pun tak betul, dengus Sehun dalam hati.

   Sebaik saja mereka sampai di lokasi itu, wajah mereka semua berkerut seribu.

 

Chanyeol: "Welcome to Han Teud Village~!!! "

Lay: "Apa? Hang Tuah?"

Chanyeol: "Han Teudlahh!!!"

Chen: "Hah?! Ada ke kampung nama Hak Tuih?!"

Baekhyun: "Bukan Hak Tuihlah! Han Teud! H-A-N Han, T-E-U-D Teud, Han Teud. Heish! Kang aku hak tuih kena kasut kau baru tau! "

Sehun: "Oh, kalau macam tu ini kampung Tok Luhanlah~! Yehet!"

Luhan: "Ishh budak ni... Aku HANTUK kau dengan lesung batu nanti baru tahu!"

Suho: "Baekhyun, Chanyeol, dari mana kau tahu lokasi ni?"

Baekhyun: "Dari internet, mengikut review tentang kampung ni, ia adalah sebuah kampung yang sangat popular pada zaman dahulu sehinggalah zaman nenek-moyang kita. Tapi sekarang ramai yang dah berpindah-randah jadi mereka bukakan kampung ini sebagai tempat istirehat untuk para pengunjung. Rumah-rumah disini juga masih nampak cantik. Tapi nama pun kampung, of courselah rumah kayu."

Suho: "Tapi.... Kampung ni nampak.... Sunyi..... Tak nampak orang lain pun..."

Chanyeol: "Mungkin kita orang yang pertama datang ke sini? Hohoho~!"

      

    "Memang kamu semua orang pertama yang datang ke kampung kami", mereka semua terkejut sebaik saja seorang lelaki tua yang bongkok datang kearah mereka. 

    "Pakcik.... Pakcik ketua kampung sini ke?", tanya Suho.

    "Dulu pakciklah ketua kampung, sekarang pakcik pemilik tempat chalet ini", terang pakcik itu. "Oh, lupa! Nama Pakcik ialah David. But call me Mr. David! Pakcik ni mixed England-Malay", sambungnya. Nama pun mixed, mulalah nak ber-Mr. Mr..

    "David Beckham?", tanya Xiumin yang mula menghidupkan mode bola sepak. "Siapa David Bakugan tu?", tanya Pakcik David sambil menggaru kepalanya yang botak itu. "Err... Beckham la, pakcik. Eh! Mr. David! Maaf... Bukan Bakugan~ Takde apalah. Mr. David boleh tunjukkan kami rumah yang kami akan bermalam tak? Villa ke?", tanya Baekhyun.

   "Walaupun saya sudah tua, saya tetap akan tolong bawakan kamu ke bilik kamu berdua ", kata Mr. David. "Ini mesti Mr. David minum kopi tongkat ali, kan? Mujurlah saya ada bawa kopi ni", kata D.O sambil menunjukkan 8 paket kopi tongkat ali.

   "Yahhh~ Customer macam inilah yang paling saya suka!!! Kalau macam tu, sarapan makan semua free. Boleh makan di rumah saya. Isteri saya yang akan tolong masakkan. Hahahahahaha"

    "Yes~! Nasib baiklah D.O ni pandai pilih kopi, kan? Hahahahahahaha", kata Suho sambil gelak bersama Mr. David. Makin lama makin pelik pula tengok mereka berdua ketawa makin kuat. Diorang ni tengah berbahas ketawa ke apa?

     "Okay! Cukup-cukuplah kut Mr-Mr sekalian. Lagi lama korang gelak, alamatnya sampai tahun depan kita tak masuk-masuk lagi.", kata Luhan. Nasib baiklah ada Super-RusaMan iaitu Luhan. Kalau tak, kemungkinan dah berjanggut diorang tidur di situ je.

 

    Akhirnya mereka sampai di sebuah chalet yang sederhana besar tetapi sangat bersih. Begitu banyak chalet yang kosong dan didapati ada sebuah taman di hadapan chalet.

    Mereka juga menyediakan tempat barbeku dan lain-lain lagi. Di sekeliling mereka hanya dipenuhi dengan pokok-pokok hijau. Sangat segar.

 

Mr. David: "Di sini juga terdapat air terjun yang tidak jauh dari sini. Kamu semua hanya perlu ikut signboard yang telah disediakan aje. Dalam masa 5 minit korang semua akan jumpa air terjun itu."

Xiumin: "Aku bet yang holiday kita kali ni akan jadi best giler~!"

D.O: "Dengar aje perkataan air terjun aku mula dah tak tahann~!! Mistah David!! Boleh kami masuk sekarang? 'Tank full!!' Saya sangat perlukan toilet! "

Mr. David: "Alamak. Saya terlupa nak bawak kunci sekali."

D.O: "Janganlah buat lawak, Mr. David~"

Mr. David: "Ehehehe. Aiyoyo saya melawak sajaa~ Jika ada apa-apa masalah, panggil saya. Saya pergi dulu."

    

    Mr. David itu dengan perlahan meninggalkan mereka lalu pulang ke rumahnya manakala mereka semua terus masuk ke dalam chalet sebaik saja mereka dapat kunci.

    Eh eh budak-budak ni, kang jahanam pintu aku, aku ketuk dengan senduk bini aku tu. Dengus Mr. David sebaik saja dia terdengar bunyi pintu dihempas kuat.

   Mereka terus menukar pakaian kepada seluar fit, seluar pendek dan baju t-shirt sebelum menuju ke air terjun. Lay mengeluarkan baju t-shirt bergambar Unicorn dan kuda Pegasus itu daripada begnya.

 

Chen: "Hyung! Betul ke kau nak pakai baju ni?!"

Lay: "Yelah... Kenapa? Salah ke?!"

Chanyeol: "Salah tu takdelah tapi.... Tu baju kanak-kanaklah!"

Lay: "Yelah! Sebab itulah aku beli! Aku nak pakaikan baju ni untuk Cornie! *peluk payung Unicornnya*

    Boleh muntah Skittles tengok Lay berperangai begini.....

    

    SPLAASSHHH!!!!

    "WOI!!!! HABIS BASAH BAJU GALAXY AKULAH!!", marah Kris apabila 'adik-adik' junior mereka terjun ke dalam air terjun tersebut.

    Mereka langsung tidak endahkan suara Kris itu. D.O dan Suho sibuk menghampar tikar dan menyediakan makanan yang dibawa dari rumah mereka.

    Beagle Line yang tidak lain dan tak bukan si Baekhyun, Chen dan Chanyeol pula membawa segala pistol air untuk mengenakan The Maknae Line iaitu Tao, Sehun dan Kai yang seronok bermandi-manda berdekatan air terjun itu.

    "Cornie, nak makan apa? Ada sandwiches, ada salad, ada ayam KFC, wah, burger McD pun ada~! Pilihlah ikut suka hati Cornie", kata Lay kepada anak patung unicorn kesayangannya yang dipanggil 'Cornie'.

   Xiumin dan Luhan yang duduk tidak jauh dari si Laynicorn tu hanya mampu memandang sesama sendiri lepas tengok dia bercakap dengan anak patungnya. Risau takut si Lay tu tetiba tak waras sejak datang ke sini.

    Kebetulan Sehun datang ke arah mereka sambil megambil tuala untuk membaluti badannya yang basah itu. Lalu dia duduk di sebelah Luhan.

   "U olls~ Ada bubble tea tak? Sehun lapar bubble tea~~~", kata Sehun dengan nada manjanya sambil membuat mulut itik.

   "Bubble Tea takde, Cincau Tea adalah~", kata Xiumin sambil meminum air cincau.

   "Taknakkk! Takde kelas la minum Cincau Tea!!!", teriak Sehun sambil menghentak kakinya berkali-kali. Taste Sehun ni High Class~ Sampai si Luhan ni tak larat nak layan adiknya itu.

    Bila dah jemu dengan permintaaan High Class dia, last-last dia pun bawa Sehun singgah makan pisang goreng Mak Timah Vavavoom Boombayah tepi jalan je. Senang kerja dia. 

    "OMAIGAD!!! NOOOOOOOOOO!!!", jerit Tao si diva ala Beyoncè yang mula panik. Beyoncè pun tak panik ala gedik macam dia... Akibatnya, semua ahli berlari ke arahnya dengan berasa risau.

    "Apesal?! Kau tercicir apa-apa ke?!", tanya Kris.

    "Bukan!"

    "Ada lintah?!"

    "Tak!!!"

    "Haaaaa! Ikan termasuk dalam seluar kau eh?!"

    "No no no~~~~~"

   Semua ahli mula memasang telinga mereka dengan begitu dekat dengan Tao. Takde kerja ke apa abe-abe aku ni tayang free show telinga diorang kat aku?! Kerat buat lauk tomyam masak telinga baru tau, dengus Tao di dalam hati.

     "Tak! Aku baru teringat nak tengok drama dalam Astro Ria tu~ Aku nak jadi orang yang pertama dapat tonton drama tu tapi malangnya hasratku tidak tercapai~", teriak Tao seperti kanak-kanak 3 tahun tak dapat main dekat playground sehingga sanggup berguling-guling ala hindustan di atas batu licin itu dan menyebabkan dia jatuh tergolek kedepushh ke dalam air terjun.

    Suho sebagai ibu kesayangan Tao terus terjun ke dalam untuk menyelamatkan anaknya takut terjadi apa-apa pada si panda tu.

   "Eeei sekali lagi hang hingaq macam ni, aku bagi penabuh Jepun keturunan tok nek moyang aku sampai pecah berderai habih gigi baru hang nak diam kut! Hang kena ingat tok wan aku askar Jepun haah~", marah si Chensing Machine sehingga terkeluar habis loghat utaranya. Yang lain hanya mencebik melihat Chen.

   Maklumlah, Chen dah lama tinggal bersama atuk dan neneknya di sebuah kampung yang terletak di Alor Setar, Kedah. Kira dari kecik sampai besaq la dia duk guna loghat utara, lagi-lagi kalau dia marah tu, habih keluaq sumpah seranah macam-macam dari mulut dia. Hahahahahahah.

   Kai yang baru selesai bermandi di air terjun itu mula berasa seperti ada seseorang sedang memerhatikannya dari tadi. Meremang terus bulu romanya. Dia datang mendekati Chanyeol dengan berasa sedikit takut sambil memerhatikan kelilingnya.

  "Hyung.... Boleh tak kita stay 2 hari je? Esok kita balik eh?", tanya Kai dengan berasa sedikit takut.

   "Banyak cantik kau! Bayar dekat RM 150 ringgit kau nak suruh kita stay 2 hari? Takde! Takde! Kalau dah 5 hari tu 5 harilah!", kata Chanyeol dengan tegas walaupun mulutnya penuh dengan sandwiches. Habis tersembur dibuatnya.

    Kai pun terdiam dan tidak membalas percakapan hyungnya. Selepas beberapa jam mereka melepak di tepi air terjun itu, akhirnya mereka pulang ke chalet mereka semula. 

 

 

 

 

Sorry gaiss kalau part ni tak best😅 

 

   

 

     

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 11: Hahahahhaha aku dah baca sampai habisss~
tudia bakhang terkeluaq habihhhh bahasa utaqa nalaaaaa ahh xDD.
i know it! Mr.David berbekam dn istri dia hantu xDD.
aku suka tang part Zombi~
okay dri segi penulisan hg okay, cantik , kemas dn menarik.
dari segi plot pon okay cuma perlu lebih menarikkan sikit je lagi , sikit je but apa2pun ia still menarik!
Oh D.O itew niew pon budak ERT xD.
I see what you did there.
BTS !!!!!!
Thanks for the story author.
buat la lagi xD.
maaf klo terkasar dlm mengomen ni xD