CHAPTER 5

The Haunted Holiday

Addition: [ 'Tao' ] - Bukan Tao yang sebenar tetapi makhluk yang menyerupai Tao .-.

     

     "Mama! Luhan nak balik~!!!", jerit Luhan sambil memeluk kuat pada lengan Xiumin. Mereka semua menjauhkan diri daripada 'Tao' yang asyik duduk sambil menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dah macam tengah feeling Heavy Metal pulak aku tengok; dengus Chen.

Chanyeol: "Ini semua salah hyunglah sebab tarik doppleganger Tao masuk sekali!"

Kris: "Aku jugak salah! Yang korang masuk tanpa izin tuan rumah tu tak salah?!"

Lay: "Kita masuk rumah orang tanpa izin pun kira dah salahlah, abang-adik sekaliam bayam oiii~ Itulah, masa belajar sivik korang tak fokus. "

'Tao': "Gais.... Bila part aku boleh start?"

Kris: "Sabolahhh~ Tak habis lagi mesyuarat  tergempo Kampung Pisang ni! Eeeiii aku tampo kang terabur semua gigi tu nanti!"

'Tao': "Eh, bang. Ini bukan Kampung Pisang tu lahh.. Ini Kampung Hang Tuah."

Luhan: "Jap.. Bukan ke nama kampung ni kampung Han Teud?"

'Tao': "Aiyaaa bang.. Saya sudah lupa lorh~ Sudah beratus tahun saya tinggal sini tak ambil tahu langsung itu nama kampung maa."

Kris: "Hiessh hantu saja tapi boleh lupa nama tempat. Aku tampaq hang sakgi baru tau..."

Kai: "Hmm.. Berangan jelah,  Hyung oii~ Badan pun serupa ikan bilis ada hati nak tampo sampai terabur gigi dia...."

'Tao' : "Kau marah aku eh?! Takpe kau! Aku balik ke alam aku nanti aku report dekat ayah aku! Ayah aku gabenor ohkayyy!!!"

Luhan: "Mana kawan kami?! HAH?! CAKAP CEPAT!!"

Chanyeol: "Tokojut makkk"

'Tao' : "Kawan? Kawan yang mana satu?? Semua kawan kau ada di sini~ Hehehe *kembali ke nada hantunya*"

    Meremang habis bulu roma mereka semua apabila pertama kali mereka terdengar 'Tao' bertutur dalam bahasa Melayu dengan begitu lancar. Kalau tak, selalu dengar Tao bertutur guna slanga Cina. Kkaebsong~

Baekhyun: "Woi! Kami tanya kau jawab jelah, mana Tao yang sebenar?!!!"

'Tao' : "Hehehe~ Perlukah kau tahu??"

Chen: "Haish bangang tahap dewa betul soalan dia ni. Perlulah! Dia kawan kami kut!!!"

'Tao' : "Aku dah sembunyikan dia di tempat yang korang takkan jumpa langsung~ Hahahahahaha!"

Kai: "Haish dia ni nak main aci sembunyi pulak... Kau siapa yang menyerupai kawan kami, hah?!"

Lay: "Hantu raya ni... Alang-alang raya nak dekat dia datang la nak beraya.. Hahahahahhahaha."

D.O: "Tak lawaklah, Kapal LAYar!"

'Tao' : "Akulah anak kepada Gabenor Sir Edward Johnson. Hahahaha!"

Sehun: "Jap. Kalau kau anak orang British, apesal kau cakap dalam bahasa Melayu?"

'Tao' : "Heish sibuk nak tahu background aku pulak budak nih! Ibu aku orang Melayulah! Pada masa dahulu, aku belajar di sebuah sekolah swasta khas untuk sesiapa yang ingin bertutur dalam bahasa Melayu. Biasalah, BM aku mana power lagi masa tu. Nak sebut pun tergagap-gagap."

   Mereka semua hanya menge'oooo'kan ajelah. Haihh.. Sempat lagi si Sehun tu bersembang kopitiam dengan benda tu. -.-

Sehun: "Pendek cerita kau masuk kelas peralihanlah, kan? Cakap jelah kau masuk kelas peralihan~ No need to malu-malu kucinglah~"

'Tao': "YOU SHATAP LA DEY"

    Oleh disebabkan jeritan hantu gedik yang menyerupai Tao itu, maka bergegarlah satu rumah agam tu. Yang hairannya diorang enjoy pulak gegaran tu. Lay siap berlakon rumah tu bergegar lagi dan terus dipukul oleh Luhan dengan menggunakan anak patung unicornnya.

Xiumin: "Errrr.... What is your name?!"

'Tao' : "Allow me to present myself, my name is Edison Dave Johnson..."

Chen: "Wow~ Slanga British la, you gais~ You want teh? You know teh? Teh tarik, The o' panas, teh o' ais, teh ais, teh o' ais limau, ice lemon tea, dan macam-macam jenis teh lagi. You mau yang mana?"

'Tao': "Itu teh o' ais satu, bos! Kasi kurang gula ya, bos!"

Baekhyun: "Eeeish. Hantu pun pandai berangan duduk dekat warung mamak pulak... Aku ketuk kang dengan kuali Tefal Limited Edition aku nanti menangis tak berlagu..."

Chen: "Menangis memang takde lagu pun, Baekhyun oiii~ Cia cia ciaaa"

   Baekhyun yang sudah lama bersabar dengan perangai Chen terus tampar punggungnya lalu jatuh terduduk. Menangislah Chen disitu sambil menyanyi lagu.

Lay: "WalaweyaaLayyyy~ Sebijik macam nama English Tao~!! Edison ajelah, bukan nama family~"

'Tao': "What a coincidence~! Hahahaha~!!"

Chanyeol: "Kau anak ke berapa eh?"

'Tao' : "Err... Sulung... 2 orang lagi adik perempuan tapi entah diorang pergi mana..."

Suho: "Sudahlah bersembang! Heish... Potong stimlah korang ni asyik tanya pasal family dia aje! Okay, Edison! Sekarang tolong bagitahu kamu di mana kau sorok kawan kami?"

'Tao' : "Hehehehe~ Kan aku dah cakap yang aku dah sorokkan dia di tempat yang korang takkan jumpa~"

Semua: "Yelah!!! Di mana?!!"

'Tao': "Bawa bertendang ya manusia-manusia sekalian!"

     Disebabkan hantu yang menyerupai Tao itu tersilap guna perkataan, maka dia ditendang teruk oleh mereka walaupun mereka cuma tendang lantai saja. Membazir energy sungguh diorang ni main tendang-tendang lantai kalau dah tahu kaki tu boleh tembus hantu tu. 

 

 

 

 

 

*Back to the real Tao :3

     Tao akhirnya bangun dari tidur lenanya. Dia masih lagi dalam keadaan mamai sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Haish susah betul nak celik mata luas-luas ni!!!; dengus Tao. Setelah penglihatan kembali jelas, dia mula berasa hairan.

    "Eh? Tadi bukan ke aku tidur di lobi rumah tu? Ni apehal tiba-tiba aku duduk di luar rumah pulak? Haaa sudahh~ Entah-entah diorang prank aku kut..."

    Tao mengambil keputusan untuk pergi mencari ahlinya yang lain jadi, dia bangun daripada duduk dan segera menuju ke rumah itu sehinggalah perjalanannya terhenti. "Hehhhh Ini pelik, kenapa belakang rumah ni ada banyak batu panjang-panjang?", tanya Tao dengan berasa hairan.

    Kakinya mula terasa berat untuk menuju ke rumah itu secara tiba-tiba. Bukannya berat taknak masuk, tetapi berat seperti ada benda yang menahannya.

    Dia juga dapat merasai sentuhan yang sejuk terlampau itu pada kaki kirinya. Bermula dari situ, perasaan takutnya mula naik mendadak bagaikan thermometer yang pecah akibat suhu yang terlampau panas sangat.

    Dengan perlahan Tao melihat ke bawah. Ternampak seperti tangan seseorang yang sedang menggenggam kakinya dengan begitu kuat itu datang dari bawah tanah.

    Kelihatan tangan itu terkoyak-rabak dan menampakkan tulang dan dagingnya. Tanpa melengahkan masa, dia segera menendang tangan tersebut sehingga patah sebelum membuka langkah seribu. Baru dia tahu yang dia kini berada di sebuah tanah perkuburan yang lama. 

     Terdapat lebih 7 zombi mula keluar dari bawah kubur mereka. Ada yang pergi mencari tangan mereka yang hilang. Ada juga yang hanya mampu merangkak dan lain-lain.

    Aku ingat zombi wujud dalam movie je, realiti pun ada!!; jerit Tao di dalam hati. Pada masa itulah dia mula berfikir. Walaupun penglihatan zombi aga kurang jelas, tetapi diorang ni sensitif dengan bunyi. Maka, Tao terpaksa mengambil keputusan untuk lari ke chalet semula. Tapi masalah besar Encik Huang Zi Tao ni pulak, dia tak berani nak balik sorang-sorang walaupun ada Mr. David and Wife dekat rumah diorang. Sudah la waktu malam. 

   'Kau takutlah sampai nak terkencing ke apa, kau jangan jerit, Tao! Aku tahu kau boleh!!! Hashtag: KIPIDAP! DON GIBAP! YUKENDUIT!', jerit Tao dengan penuh semangat yang tertanam di dalam jiwanya. Realiti memang dia rasa macam nak rebah dah dekat situ disebabkan rasa panik yang melampau.

   Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri untuk menuju ke dalam rumah tersebut. Perasaan takut tahap gunung Everest masih ada lagi. Apa-apapun, dia tetap juga kena masuk ke dalam rumah itu secara senyap dan secepat mungkin!

  PRAAKKK!

   Langkahnya terhenti sebaik saja dia terpijak dahan pokok itu. Secara tidak langsung bunyi dahan yang patah itu telah menarik perhatian zombi, maka mereka pun menuju ke arah Tao yang mula panik bagaikan gunung api mula meletus meletop kebaboom.

   "Alolololo zombi sekalian ni, cantik fesyen 40-an you olls~ Jenama Coach ehhh~ Flawless~~ ", pujuk si Huang Zi Tao yang mempunyai idea yang bijak tahap bangang kerana dia bersuara. Zombi-zombi tersebut segera mendekatinya untuk 'mengisi perut kosong' mereka.

   "NO NO NO NO NO! MAMA!! PAPA!!! HELP MEHHH!!!"

 'Cause this is thriller~ Thriller night~ And no one's gonna save you from the beast about to strike~

   Tiba-tiba saja telefon pintar Tao memainkan lagu ringtone 'Thriller' yang dinyanyikan oleh mendiang Micheal Jackson. Yang paling hebat sekali tu time zombi-zombi tu turut menari lagu Micheal Jackson. Giler arh rentak diorang serentak perghhh.

   'THRILLAHHHH'

   Berkerut seribu dahi Tao apabila melihat mereka sempat menyanyi bahagian tersebut. Orang zaman 40-an pun tahu lagu Micheal Jackson ke?? Uish dasyat betul diorang ni ; soal Tao di dalam hati. 

   Sedang lagu itu dimainkan dan mereka tengah sibuk menari, Tao sempat lagi mengeluarkan kamera GoPronya dah rakam zombi yang sedang menari itu.

   "GAAAISS~!! NI BUKAN ZOMBI LAKONAN OR FAKE, THIS IS DA REAAL ZOMBI, GAAAIISS!!! Kalau nak datang tengok zombi menari, mohon datang bawak bluetooth speaker or any speakerlah. Bukalah apa-apa lagu, lagu jiwang ke, dangdut ke, macam-macamlah dan zombi akan muncul dari bawah tanah dan mula menari! Jadi datanglah ke sini segeraaa~", kata Tao sambil nenari dengan zombi-zombi tersebut. Yang paling hebat sekali, diorang join Tao nak masuk dalam videonya sambil membuat macam-macam gaya. Maju dah zombi sekarang..  

    Tiba-tiba lagu Micheal Jackson terhenti dengan sendiri. Tao mula panik semula kerana dia duduk betul-betul di tengah-tengah sekelompok zombi. Kamera ditutup dengan perlahan, lalu disimpan dalam beg.

    "Penat dah ke cik abang, akak semua menari? N-Nak makan.. apa-apa tak? U olls nak Pizza Hut kaaan~?", tanya Tao dengan gemuruh sambil mengundur ke belakang sehingga tersandar pada pintu. Zombi-zombi itu mula datang mendekatinya. 

    "Kami... mahu... oooootaaaaaak~"

    Tao mengambil peluang keemasannya dengan membuka pintu tersebut lalu masuk ke dalam dengan segera. Zombi-zombi itu cuba untuk menolak pintu tersebut.  Lelaki itu menjenguk tingkap untuk melihat apa yang terjadi pada 'penari awal Micheal Jackson'. Zombi-zombi itu masih di situ.

   Lupa pulak dia apabila masih menerima panggilan tersebut, lalu dia menjawab panggilan tersebut.

  "KORANG! LAIN KALI KALAU NAK BUAT PRANK AGAK-AGAKLAH TENGAH MALAM BUTA MACAM NI! BALIK DORM AKU WUSHU YOU GAIS AND-"

   "WOI!!! TAKDE MASALAH KAMI NAK PRANK ORANG PENAKUT TAHAP GEMPA BUMI SKALA RICHTER 8.9 MACAM KAU LA, GEDIK! NAIK ATAS SEKARANG DAN TOLONG LEPASKAN KAMI!"

   "JAP- YAH!!! WEY, SWING BOWL! Heish! Diorang ni punyalah nak jimat kredit. Tengok macam aku, pakai Line jelah. Mudah lorh~!", bebel Tao seorang diri sambil cuba untuk dail nombor telefon tadi. 

    TUNGGU!

   Dekat sini.... Mana ada Line.... I-Ini... nombor...siapa pulak??? Tangannya mula menggeleter melihat telefon pintarnya. Dia juga baru sedar yang suara di dalam talian itu tadi sebenarnya suara seorang perempuan. 

     "TAO TAO~"

     Tiba-tiba dia dapat berasa sentuhan yang sangat sejuk di atas bahunya. Suara yang lembut itu terus membuat bulu romanya meremang. 

     Jangan pusing, Tao! Jangan pusing!

     Tetapi jantungnya mula berdegup begitu laju bagaikan F1. Tiba-tiba ada sesuatu yang turun dari atas sehinggalah ia tergantung terbalik dan menghadap betul-betul di hadapan Tao. 

     Kelihatan wajahnya sangat pucat dan matanya berwarna merah bagaikan Pontianak Harum Sundal Malam. Eh eh, tetiba teringat nak tengok Maya Karin dalam Ombak Rindu lagi; sempat lagi budak ni teringat benda apa yang dia perlu buat.   -.-

     Tiba-tiba makhluk tersebut membuka mulutnya dengan begitu luas sehingga menampakkkan giginya yang tajam serupa ikan piranha dan.....

 

    "SELAMAT DATANG KE RUMAH KELUARGA JOHNSON! BUKAN BEDAK JOHNSON'S BABY YE GAIS~ PARA TETAMU SEKALIAN, KALI INI KITA ADA TETAMU YANG SANGAT ISTIMEWA YANG BERNAMA HUANG ZI TAO~! SILA UCAP 'HAI' KEPADA PENONTON SEKALIAN YE? PEACE YO.'

     "AAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRGGGGGGHHHHHHH!!!!!!!!"

     Akhirnya Tao rebah di situ.

     Eh eh? Dia pengsan sebab excited jumpa I ke? :3 

     Ya. Hang hodoh sangatlah kut? Kak Limah lagi lawa~

     "Saya setuju!!", kata Tao dan sambung pengsan.

     Hmmm... Saya ni forever hodoh la, ye, author-nim? Okaylah. Sentap 500 tahun. Sayonara, bebeh~

    Hoi! Jangan sesuka hati ikut kepala otak kau je nak belah! My story-mory tak habis lagilah! 

    Hehehehe~

 

 

    "Wey! Aku ada dengar suara Tao dari luar!", jerit D.O sambil menunjuk ke arah pintu. Pada masa yang sama, mereka mencari lembaga yang menyerupai Tao itu.

Chen: "Wey, mana hantu tu?!"

Luhan: "Takkan dia tinggalkan kita dalam stor berhabuk ni kut..."

Chanyeol: "Korang jangan bergerak!!! JANGAN BERGERAK!"

Xiumin: "Kenapa?! Kenapa tak boleh bergerak?!

Chanyeol: "Ada 4 ekor tikus keluar dari kotak tu..."

Kris: "Taklah...  6 ekor!"

Baekhyun: "Bukanlah, lebih dari 6 ekor! Cepat bukak pintu!!!"

    Mereka segera berlari mendapatkan pintu. Kelihatan berbelas-belas ekor tikus sedang menuju ke arah mereka. Tombol pintu pula tak boleh buka. Mereka cuba menolak pintu tersebut ramai-ramai sehinggalah ia dapat dibuka. Maka, habis lari lintang-pukang berselerak sini sana sebab takut tikus. 

     Mereka segera turun ke lobi untuk mendapatkan Tao yang terbaring di atas lantai. 

Kris: "Adikku, bangun~!!! Jangan tinggalkan abangmu~!"

Suho: "Tak payah nak berdrama sangatlah, gedik!"

Kris: "Bila masa aku bergedik, gedik!"

Sehun: "Tao! Kasut Gucci kau terbako!"

      Tao terus sedar daripada pengsan sehingga membuat gaya flipnya. Yeah~ Kung Fu Panda is backkkk~

Tao: "Sape bako Gucci kite?! Kite nak bako dia~!"

Sehun: "Taklah. I bergurau je~ Huhu~"

Tao: "Tak lawaklah, mangkuk!"

Sehun: "Aku ada namalah, periuk!"

Tao: "Aku pun ada namalah, kawah!"

Suho: "Woi! Sudahlah bergaduh! Sorang mangkuk, sorang periuk, balik nanti aku pergi Pejabat Pendaftaran tukar nama sorang ni Mangkuk Bin Ayun, yang sorang lagi Gulai Bin Kawah baru kau tahu!"

Sehun: "Eww Ethcuthe(Excuse) me, nama I lagi gorgeouth(gorgeous) dari nama Mangkuk Bin Ayun... Tapi kalau boleh letak nama Tao jadi Taohu Bin Ladu."

Tao: "Penat-penat Mak aku cari nama yang handsome seperti Tuan punya paras rupa kau nak suruh aku tukar nama Taohu Bin Ladu. Kasihanilah ibu bapamu yang penat mencari nama yang sesuai untuk kita."

Baekhyun: "Balik nanti rasanya aku boleh sumbat stoking yang tak basuh berbulan-bulan dalam mulut diorang kut."

Tao: "BTW. Guys! Tadi...Tadi...Tadi aku nampak zombi dekat belakang rumah ni! Belakang rumah ni ada-"

Luhan: "Jangan sebut!!!!! Aku tahu apa yang kau nak katakan!"

Sehun: "Luhan-hyung penakut~ Wuahahahahhahahhaha"

Luhan: "Dey! You shatap!"

Kris: "Bukan SHATAPlah. SHUT UP!"

 

     Semasa mereka sibuk bergaduh, tiba-tiba terdengar bunyi 2 hingga 3 buah pintu dihempas sendiri. Suasana kembali sunyi krikk krikk. 

 

Baekhyun: "Mengapa krikk krikk, kawan-kawan~?!"

Lay: "Sebab dekat luar ada cengkeriklah. Ish ish ish. Kau takkan tak pernah belajar sains darjah 1 kut?! "

Baekhyun: "Okayyyy, Hyung lebih bijak dari Baekhyun. Diam."

Lay: "Yeay Cornie! Baekhyun kata Lay bijak~! Tak sia-sialah Lay belajar Sains dulu..."

     Dan sekali lagi, Luhan merampas unicorn milik Lay lalu menciumnya. Lay mula berasa sangat sedih, maka keluarlah lagu 'background music' Ombak Rindu~ 

Lay: "Sampai hati kau, Cornie.... Kau tipu aku~!"

Chanyeol: "Hyung, kau ambik balik bekas cium kau dari patung dia? Kalau tak aku balik bakar anak patung rusa kau."

     Dengan segeralah Luhan mengambil semula ciumannya lalu memberi semula kepada Lay yang masih menangis. Payah ada member kuat berdrama ni -.-

 

 

 

SAIA MAU YITU OOOTAAAAK. EH SILAP, LAKSAAAAAA...

 

     

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 11: Hahahahhaha aku dah baca sampai habisss~
tudia bakhang terkeluaq habihhhh bahasa utaqa nalaaaaa ahh xDD.
i know it! Mr.David berbekam dn istri dia hantu xDD.
aku suka tang part Zombi~
okay dri segi penulisan hg okay, cantik , kemas dn menarik.
dari segi plot pon okay cuma perlu lebih menarikkan sikit je lagi , sikit je but apa2pun ia still menarik!
Oh D.O itew niew pon budak ERT xD.
I see what you did there.
BTS !!!!!!
Thanks for the story author.
buat la lagi xD.
maaf klo terkasar dlm mengomen ni xD