CHAPTER 4

The Haunted Holiday

     

     Kai segera keluar dari rumah Encik David untuk pergi berjumpa dengan ahli-ahlinya. Bosan giler dengan main lagu English 70-an maunya tidak aku keluar, heh!

     Mujurlah demam dia dah sedikit reda. Sebaik saja dia masuk ke dalam chaletnya, ternampak D.O, Tao dan Sehun sedang menyiapkan diri seperti hendak pergi ke sesuatu tempat.

 

Kai: "Korang nak pergi jungle trekking dah ke?"

Sehun: "Haah~ Jungle Trekking~"

Tao: "Junglelah sangat~"

D.O: "Sebenarnya....Kita akan pergi ke sebuah rumah lama yang terletak atas bukit tu..."

Kai: "Rumah lama? Bukit?"

Sehun: "Haah. Dekat belakang pokok-pokok besar tu... Tapi Baekhyun kata kita hanya pergi tengok luar rumah je... Lepas tu kita datang sini balik..."

Tao: "Lepas tu kalau sempat, diorang nak buat aktiviti paranormal tengah malam ni."

Kai: "Apakah...?!"

D.O: "Bukan sekarang~ Tengah malam ni~"

Sehun: "Oh ya! Kau dah okey ke?"

Kai: "Duduk dalam rumah Encik David tu lagi sakit kepala. Lagu apalah yang dia mainkan tu....  Better aku ikut korang..."

D.O: "Eh! Pukul 5 dah! Jom! Nanti lambat diorang bising!"

    Mereka segera keluar dari chalet masing-masing dan berkumpul di taman. Kelihatan Baekhyun dan Chanyeol sibuk membawa keluar beg galas mereka.

Lay: "Oh ya! Korang dah sediakan torch light dan bateri tak?"

Chanyeol: "Jangan risau~ Ini Park Chan Yeollah~~ Semuanya ada pada aku~ Makanan dan minuman pun ada."

Baekhyun: "Okay! Kalau semua dah ready, jom kita mulakan 'jungle trekking' kita~!!"

   

   Mereka mulakan 'aktiviti jungle trekking' mereka ke bukit yang terletak sedikit jauh dari tempat penginapan tersebut. Ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana. 

   Sambil menumpukan perhatian pada trek mereka, ada sesuatu benda melintasi di belakang Kai dengan begitu cepat sehingga menyebabkan dia sedikit terkejut. Perjalanan mereka terhenti seketika apabila terdengar jeritan Kai.

Kris: "Kenapa, Kai?"

Kai: "Err... T-Tadi... Ada..."

Luhan: "Janganlah buat lawak dalam hutan ni, jom cepat!"

   Tanpa membuang masa, mereka sambung mendaki bukit itu dengan segera. Kai mula berasa tidak sedap hati. Namun, dia masih mengikut mereka menuju ke rumah terbiar itu.

 

 

Chen: "Oh shiii-"

Xiumin: "Chen! Jangan!"

Chen: "Maaf..."

    Akhirnya mereka tiba di hadapan sebuah rumah banglo yang terbiar. Kelihatan rumah itu sudah usang dan dipenuhi rumput yang panjang. Di pintu pagar itu telah diletakkan sebuah papan tanda yang bertulis  'Dilarang Masuk'.

Xiumin: "Korang... Boleh masuk ke ni?"

Tao: "Lerr~ Dah terang-terang tulis 'Dilarang masuk' kat signboard tu, so tak perlu masuklah~ Jom balik chalet~!"

     Chanyeol pergi melihat di tepi halaman rumah itu. Lama-kelamaan, dia datang semula sambil berfikir. 

Chanyeol: "Well, not bad. Aku rasa lokasi ni sesuai untuk kita lakukan aktiviti paranormal malam ni."

Suho: "Satu je aku nak tanya, kau takkan buat apa-apa ritual benda merepek semua tu, kan?"

Baekhyun: "Heish! Takdelah sampai nak seru diorang tu. Chilllah, kita datang sini nak investigate je, bukan nak jumpa diorang pun~"

Lay: "Aiyooo jangan cakap besarlah~ Kita kat tempat 'diorang' okay?"

Baekhyun: "Okay~ Sorry~"

Luhan: "Umm... Korang... A-Aku rasa... Kita kena stay sini buat sementara..."

     Mereka semua melihat ke arah yang ditunjuk oleh Luhan. Kelihatan langit mula mendung dan angin mula bertiup dengan begitu kuat. Tanpa melengahkan masa, mereka segera masuk ke dalam rumah terbiar itu buat seketika. Sebaik saja mereka semua masuk, hujan mula turun dengan begitu lebat.

 

D.O: "Biar betul wehhh~ Hujan lebat!"

Kris: "It's okay. Kita tunggu di sini dulu sampai hujan berhenti. Kita duduk di sini saja."

    

    SREEEETT~~ BOOM!

   Secara tiba-tiba pintu utama di belakang mereka tertutup sendiri. Semua orang terpaku sambil melihat pintu itu. Setelah beberapa saat, salah seorang daripada mereka cuba untuk membuka pintu tersebut. 

Chanyeol: "Pintu ni terkunci dari luar!"

Semua: "What?!"

Xiumin: "Tapi.... Mana ada kunci di luar?! Aku nampaklah!!"

Tao: "Korang jangan buat lawak, boleh tak?!"

Chen: "Chup! Chup! Semua rilek kejap! Jangan panik. Mungkin pintu tu tersangkut je! Kita akan keluar. Cuma kita semua kena cari jalan keluar! "

Sehun: "Gelap betul rumah ni... "

Kai: "Baekhyun-hyung! Torch light!"

    Baekhyun memberi lampu torch light seorang satu. Sebaik saja lampu dinyalakan, mereka mula menyuluh ke sini sana untuk melihat sekeliling rumah itu. 

Lay: "Wuaaah~ Not bad~ Besar jugak main entrance rumah ni."

Luhan: "Banyaknya potret! Diorang ni mesti minat lukis..."

    Semasa mereka menyuluh lampu ke sini sana, Kai sekali lagi terjerit lalu jatuh terduduk. Mereka semua berlari untuk mendapatkan Kai yang mula dalam ketakutan.

Kris: "Kai! Kau okay tak??"

D.O: "Apesal tetiba kau menjerit tadi?!"

    Kai masih lagi dalam ketakutan dan panik sambil menunjuk ke arah lorong yang gelap itu. Ahli yang lain mula menyuluh lorong itu tetapi tiada apa-apa pun di situ.

Suho: "Takde apelah, Kai. Takpe. Kami semua akan jaga kau, okay?"

Kai: "B-Baik...."

    Lembaga yang sama.... Rupa pun sama... Oh hantu, kau pergilah jauh-jauh dari kami semua, shooh shooh!!! ; dengus Kai di dalam hati. Mereka semua duduk di dalam bulatan, menunggu untuk hujan berhenti.

    Suasana ditemani dengan bunyi hujan dan guruh sehinggalah terdengar bunyi perut salah seorang daripada mereka mula berkeroncong.

Baekhyun: "Maaflah, gais~ Kita lapar~"

Sehun: "Korang bawa makanan apa eh? Aku lapar arhh"

Chanyeol: "Jap!"

     Chanyeol menarik beg galasnya lalu mencari sesuatu di dalam beg tersebut. Dia mengeluarkan dua buah bekal lalu meletakkan di tengah-tengah bulatan mereka itu.

Chanyeol: "Tu hah, aku ada bawak sandwiches."

Tao: "Inti apa? Ada cheese tak?"

Chanyeol: "Agak-agaklah sardin dengan cheese -.- "

Tao: "Hmmm.. Apa-apa jelah...  Janji aku dapat isi perut kosong aku..."

     Mereka semua mengambil sandwiches sorang satu. Sibuk betul diorang makan sandwiches sehingga terlupa apa yang sedang berlaku sekarang. Kembang hidung Chanyeol sebab tengok diorang sangat sukakan sandwiches yang dibuat olehnya. 

Chen: "Mmmm~! Sedaaaaaap weyyyyy~~"

D.O: "Chanyeol, nanti balik rumah kau ajarkanlah aku cara nak buat sandwiches kau ni ehh?"

Chanyeol: "Muehehehe~ Tak sia-sia aku belajar dari mak aku, tahu tak??"

Kris: "Cakap pasal sandwiches je, aku rindu dekat parents aku..."

Luhan: "Sama arh~ Nanti habis je vacation kita, aku nak balik hometown aku..."

Chen: "Cheq lapaq laksa makkkkk~"

Sehun: "Mode Kedah dia mai dahhhhhh~"

Xiumin: "Aku lapar kuih pau yang mak aku selalu buat... "

Suho: "Aku lapar nasi dagang~ Eheuheuheu~"

Baekhyun: "Jom kite ke Tengganu nanti ye, u olls~!"

Lay: "Yeay yeay~ Tengganu~! Makang nasi dagang~"

Kai: "Aku nak belajar tentang sejarah batu bersurat dekat Muzium Negeri~ Yes~!!!"

Tao: "Kain batik, gais~!!!!!!!"

    Mereka semua melihat Tao dengan penuh kehairanan. Masing-masing buat muka pelik sambil melihatnya. Oh Tao, sedarlah sikit kau tu lelaki~

Tao: "Of courselah, mommy's only son kan? Kenalah beli satu for my mommy~"

Kris: "Pfftt.. Anak manja..."

Tao: "Eh! Kau gelak! Kau gelak! Aku wushu kau dekat sini jugak nanti kalau kau gelak lagi!"

Kris: "Hormat sikit! I'm your hyung~! Call me Hyung!"

Tao: "Hyungengengehhhh~"

Suho: "Ish budak-budak nih! Korang berdua senyap jap, boleh tak?! Terengganu tu lambat punya citer lagi, sekarang punya story ni kita kena keluar dari rumah ni!"

Tao: "Apa-apalah, hyung... Aku nak tidur kejap..."

    Mereka semua sambung berdiam diri sambil membuat kerja masing-masing. Tidak sampai 5 saat je Tao dah terlelap di sebelah Kris. Lelaki itu menolaknya semula dan Tao masih tidur tetapi kali ini dia tidur sambil memeluk kakinya. Sudahlah tidur mati.

   DOOM!!!

    Tiba-tiba bunyi itu datang dari tingkat atas. Sekali lagi mereka semua terpaku sebaik saja mereka terdengar bunyi tersebut. Baekhyun dan Chanyeol segera mengeluarkan kamera video mereka dan bersedia untuk merakam.

Luhan: "Yah! Korang nak buat apa?!"

Baekhyun: "Kan dah cakap yang kita akan buat paranormal activity?"

Sehun: "Tapi... Sekarang baru pukul 7 malam!"

Chanyeol: "Lantaklah~ Kalau dah dengar je bunyi tu, kita semua  kena start. Jom!!"

     Mereka semua bangun dari duduk lalu menuju ke tingkat atas dengan perlahan. Masing-masing merapatkan diri takut apa-apa terjadi pada mereka. Baekhyun dan Chanyeol pula sibuk dengan aktiviti paranormal mereka.

Chanyeol: "Okay, Baekhyun! Sedia? 1...2...3... Action!"

Baekhyun: "Hello, gaiss~!!! This is BaekYeolBlog, dan bukannya Cool Blog~ Episode kali ini adalah yang episode paling thrilling sekali dan DAEBAK sebab kali ini kami berada di sebuah rumah terbiar di atas sebuah bukit... Bukit apa eh, Yeol?"

Chanyeol: "Eh.. Aku lupa arh... Nanti balik kita search la bukit apa"

Baekhyun: "Okay. Tanpa membuang masa, kita akan masuk ke salah sebuah bilik. Tadi baru saja kami terdengar seperti pintu dihempas dengan kuat... Kemungkinan ia datang dari bilik ini. Jom, kita masuk.."

D.O: "Jap! Baekhyun! Kita tak boleh masuk sesuka hatilah!!"

Kai: "Tak payahlah, hyung... Aku rasa tak sedap hatilah~"

Baekhyun: "Tengok je, bukannya nak kacau pun~"

   Baekhyun menarik nafas sedalam mungkin, bersedia untuk memulas tombol pintu itu. Peluh yang mula menitik segera di sapu. You can do this, Baekhyun~! 1.... 2.... 3!

   Pintu dibuka dengan perlahan. Terdapat sebuah katil, almari, dan meja solek. Bilik itu juga kelihatan sangat besar. Kemungkinan inilah Master Bedroom. Baekhyun melangkah masuk ke dalam bilik itu. Diikuti oleh Chanyeol.

Baekhyun: "Wuaaah~ Besar giler master bedroom rumah ni~!"

Chanyeol: "Perabot diorang masih lagi nampak elok. Daeeebak~!"

Chen: "Yah. Korang, keluarlah sekarang!"

Baekhyun: "Nampaknya takde apa-apa yang rosak..."

Kai: "Korang... Korang kena keluar sekarang jugak..."

    Dengan perlahan mereka menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Kai iaitu di sebuah tingkap. Ia tertulis huruf '11' dengan menggunakan cecair berwarna merah. 

Lay: "11?"

Sehun: "Korang... Itu... cat merah ke.. darah?"

Kris: "BaekYeol! Get out from that room right now!!!! Semua! Pegang tangan setiap ahli! Jangan lepas seorang pun!"

    Mereka segera berpegang tangan lalu beredar dari bilik itu dan berlari ke lorong yang panjang itu manakala Kris menarik tangan Tao. Setiap pintu yang terbuka dihempas sendiri sebaik saja mereka melalui lorong tersebut. Akhirnya mereka berkumpul di dalam sebuah bilik kecil yang kelihatan seperti stor.

    Mereka menarik nafas sedalam yang mungkin akibat penat berlari dari bilik tersebut. Tangan mereka juga masih tidak lepas sehinggalah mereka mula berasa geli sangat dan mula berfikir bukan-bukan, terus mereka lepas.

Sehun: "Ewww Chanyeol~ Tangan hyung berminyaklah!"

Chanyeol: "Tangan kau samalah! Bekas sandwiches tadi tulah!"

Xiumin: "Guys! Balik kepada topik tadi! Korang cuba fikir, kenapa 'benda' tu tiba-tiba tulis nombor 11 dekat tingkap tu?"

Chen: "Mungkin kita tak tahu pukul berapa, sebab tu dia tulis pukul 11~ Muehehehehhe"

D.O: "Tak lawaklah, siot!"

Chen: "Aku tak buat lawaklah, siot!"

Suho: "Chen! Kau buat lawak lagi aku kurung kau dalam bilik tadi tu!"

Luhan: "Mungkin ada kaitan dengan kod?"

Baekhyun: "Boleh jadi juga... Atau mungkin-"

Kai: "Nombor tu berkaitan dengan beberapa orang yang ada dalam rumah ni sekarang?"

     Mereka semua mula berasa takut sambil melihat sekeliling mereka. Masing-masing dah mula rasa tidak sedap hati apabila Kai berfikir begitu. Tiba-tiba Kris mula mengusap badannya. Entah kenapa suhu dalam bilik itu tiba-tiba rasa sejuk sangat.

Kris: "Korang.... Korang tak rasa sejuk semacam ke?"

Lay: "Sejuk? Berpeluh tiga kali ganda adalah..."

Kris: "Tak! Serious aku rasa sejuk sangat!"

D.O: "Aku dah tahu! Semua! Letak jari telunjuk korang di tengah, pastikan jari kita semua bersentuhan."

     Mereka tidak membantah arahan D.O sebaiknya mereka menurut saja. Sebaik saja jari mereka bersentuhan, Suho tersentuh jari salah seorang ahli yang sangat sejuk.

Suho: "Kita tak cukup...."

Sehun: "Tak... cukup... apa...hyung?"

Suho: "Kita tak cukup... lagi seorang...."

    Mata Suho terpaku pada salah seorang ahli dihadapannya. Dengan hanya melihat riak wajah leader mereka tu, dengan perlahan mereka berpaling ke arah yang dilihat oleh Suho. Kelihatan Tao mula tersenyum sinis sambil menunduk.

 

Welcome to my house.... Hehehehehe.....

 

 

 

 

 

Okay chapter kali ni kurang gempak meletop kebaboom.  ㅠ ㅇ ㅠ  KKAEBSONGGG~

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonderfullife_
#1
Chapter 11: Hahahahhaha aku dah baca sampai habisss~
tudia bakhang terkeluaq habihhhh bahasa utaqa nalaaaaa ahh xDD.
i know it! Mr.David berbekam dn istri dia hantu xDD.
aku suka tang part Zombi~
okay dri segi penulisan hg okay, cantik , kemas dn menarik.
dari segi plot pon okay cuma perlu lebih menarikkan sikit je lagi , sikit je but apa2pun ia still menarik!
Oh D.O itew niew pon budak ERT xD.
I see what you did there.
BTS !!!!!!
Thanks for the story author.
buat la lagi xD.
maaf klo terkasar dlm mengomen ni xD