First Day~

My........butler?

"Tuan muda, Saya dah sediakan makanan untuk tuan.."

Ujar Seorang maid yang pertengahan umur, sambil meletakkan sedulang makan di atas meja yang bersebelahan dengan Sofa yang selalu di duduki seseorang yang bernama Min Yonggi.

"Letak je la kat situ! nanti Aku makan."

Ujar Yonggi yang berada di atas kerusi roda sambil tubuhnya beralih ke arah tingkap, Maid itu menunduk sedikit dan berlalu keluar dari bilik jejaka itu, Yonggi mengeluh kecil, matanya terpandang sekumpulan budak sekolah yang sedang bermain bola keranjang di padang berhadapan dengan rumahnya, dan kini matanya di alihkan pada kakinya.

"Haih...kan bagus kalau kaki aku boleh di sembuhkan.."

(SEMENTARA ITU)

"Kyaaaaaaa!!! Kalau Kau lelaki Aku rasa nak kahwin dengan kau!"

 Jerit Yoon Hee dengan teruja, Ryu yang baru keluar dari bilik persalinan terus menjeling ke arah Yoon Hee dengan perasaan marah, lalu melihat tubuhnya sambil dahinya di kerutkan.

"Macam ni....okey ke...?"

(BAJU YANG RYU PAKAI)

 

 

Soal Hyera sambil dahinya berkerut melihat Yoon Hee kawan baiknya itu, dia mengeluh kecil dan melihat tubuhnya di cermin.

"Kau...yakin ke..Yang...diorang takkan cam Aku perempuan...?"

Soal Ryu lagi, Yoon Hee terus menekup kedua belah pipi gebu  Ryu menggunakan kedua belah tangannya, Ryu mengelipkan matanya beberapa kali kerana terkejut.

"Kalau muka kau yang hensem tahap Angel ni,confirm-confirm la diorang ingat kau lelaki! kau jangan risau la!"

Pujuk Yoon Hee sambil menepuk bahu Ryu, Ryu tersenyum nipis lalu mengangguk.

 


"Sekarang ni, saya rasa nak mintak cerai dengan Awak.."

Tn.Min melihat Pn.Min sambil dahinya berkerut kerana pelik dengan apa yang Pn.Min katakan, mata Pn.Min tidak lepas memandang tubuh tinggi lampai seorang jejaka(perempuan) yang berada di hadapannya dengan mata yang bersinar, Jejaka itu hanya menelan air liurnya dan melonggarkan tali lehernya sedikit, kerana tidak selesa terhadap pandangan Pn.Min terhadap dia.

"Jadi...Kamu bersedia menjadi butler kepada Tuan muda  Min Yonggi?"

Soal Tn.Min dengan serious, sehingga membuatkan Pn.Min berhenti memandang Ryu, dan Ryu menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan.

"Yoon Hee."

"Ya Tuan."

"Tolong tunjukkan bilik untuk Ryu."

Arah Tn.Min, Yoon Hee hanya mengangguk dan mengajak Ryu mengikutinya, Pn.Min tidak lepas daripada memandang Ryu, Tn.Min hanya mengerutkan dahi apabila melihat isterinya sebegitu rupa.

"Yang awak ni dah kenapa?"

Soal Tn.Min sambil menyiku lengan isterinya, isterinya terkejut dan tersenyum seperti kerang busuk sambil melihatnya.

"Tak ada apa la, cuma....saya terfikir...kalau saya ada anak perempuan, saya nak jadikan Ryu menantu saya la.."

"Laaa...budak tu baru je nak start kerja, Awak perkenan kat dia macam awak dah lama kenal dia pulak.."

Pn.Min hanya tersengih macam kerang busuk, Tn.Min hanya menggeleng.


 

"Ini dia bilik kau!"

Ryu terdiam seketika, mulut dia terngangah mata dia membulat, Yoon Hee terus melambaikan tangannya ke muka Ryu, Ryu menggelengkan kepalanya laju-laju.

"Err..betul ke...ni bilik untuk seorang.....butler?"

YoonHee hanya mengangguk tanda mengiyakan, Ryu terdiam dan melihat dekorasi di dalam bilik tersebut, matanya tidak berkelip walaupun sedikit kerana terpegun dengan kecantikan di dalam bilik itu.

"Ha! kau jangan nak terpegun sangat! cepat simpan barang tu, Tuan muda kau tunggu dekat bilik sebelah..aku ada kerja lagi kat dapur tu, so...aku tak boleh nak tolong kau sangat.."

"Tuan muda aku duduk sebelah bilik aku je?"

Soal Ryu hairan sambil menyimpan barang di dalam almari baju, Yoon Hee hanya mengangguk,lalu berjalan keluar meninggalkan bilik Ryu, Ryu termenung seketika kerana memikirkan apa nasib dia kali ni. 


"Umma kata ada  Butler baru, tapi...kenapa sampai sekarang tak nampak batang hidung dia lagi?"

Ujar Yonggi sendirian sambil tangannya memegang sebuah buku yang agak membosankan bagi dirinya, dia meletakkan buku tersebut di atas meja bibirnya di cebik sambil jari jemarinya ligat menyelak helaian-helaian seterusnya, tiba-tiba.

"KNOCK!KNOCK!"

 ketukan pintu telah kadengaran di telinga Yonggi matanya tidak beralih ke arah pintu, tetapi matanya tertumpu ke arah buku yang sedang di selak-selak muka suratnya.

"Masuk.."

Arah Yonggi dingin, dengan perlahan pintu di buka dari luar, dan itu membuatkan Yonggi melihat ke arah pintu itu.

"Kenapa lambat?"

Soal Yonggi dingin,Ryu menelan air liurnya.

"Maafkan saya Tuan muda."

Ucap Ryu dengan perasaan takut, Yonggi hanya melihat Ryu dari atas hingga ke bawah.

"Mari sini.."

Arah Yonggi sambil tangannya membuat isyarat agar datang kepadanya, Ryu hanya menurut.

"Tunduk sikit."

Arah Yonggi lagi, apabila Ryu sudah berdiri di sebelahnya, Ryu memebongkokkan badannya sedikit, lalu Yonggi melihat Ryu tanpa reaksi, Ryu mengerutkan dahinya.

"Ah!"

Ryu terjerit kecil apabila Yonggi menarik tali lehernya, sehingga wajahnya dan wajah Yonggi terlalu dekat, muka Ryu bertukar merah, manakala wajah Yonggi tiada perasaan.

"Bukan ke rambut kau ni....terlalu panjang untuk seorang lelaki?"

Soal Yonggi dengan dahi berkerut, Ryu membulatkan matanya.

"Err...Saya buat Hairstylemacam ni, sebab....memang style sekarang! Ha! Style sekarang!"

 Kata Ryu menipu, Yonggi menganguk dan melihat ke tempat lain,lalu dia melihat wajah Ryu semula, Ryu tersenyum palsu, Yonggi mengerutkan dahinya sambil bibirnya di muncungkan.

"Cantik mata kau, kalah girlfriend aku punye mata..."

Puji Yonggi lalu melepaskan pegangannya dari tali leher milik Ryu, Ryu berdiri tegak, dia menelan air liurnya terasa berpasir, dia membetulkan tali lehernya.

'Oh! kena kenalkan diri..kalau tak...camna aku nak jadi butler die..'

Bisik hati Ryu, sambil melihat Yonggi yang sedang bermain dengan handphonenya.

"Tuan muda-"

"Tak perlu cakap apa-apa aku dah kenal siapa kau, nama kau Ryu, namapanjang kau aku tak nak ambil tau...sebab..aku akan panggil kau dengan nama panggilan kau je, umor kau 22 tahun, sama baya dengan aku, menjadi penganggur selama 1 tahun, dan pernah belajar di london selama 2 tahun, dan tinggi kau lebih tinggi daripada aku.."

Terngangah mulut si Ryu apabila Yonggi memberitahu tentang latar belakanngnya, Yonggi hanya mengangkat kening sambil melihat Ryu.

"Jangan terngangah sangat, nanti masuk lalat...susah aku nanti.."

Kata Yonggi lalu melihat skrin handphonenya.

"Tolong angkat aku naik kerusi roda."

Ryu mengangguk setelah mendapat arahan, lalu berjalan ke arah Yonggi dan meletakkan sebelah tangan Yonggi melengkari di belakang lehernya, kaki Yonggi yang tidak boleh bergerak meyukarkan lagi pergerakan Ryu untuk berjalan, Ryu hanya mengeluh dan mengetap bibirnya, lalu meletakkan Yonggi di atas kerusi roda tersebut.

"Kau.....muka kau...cantik.."

Ryu membulatkan matanya apabila Yonggi berkata begitu, Ryu menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum sedikit. 

"Gomawo.."

Ucapnya sambil menunduk sedikit.

"Tolong bawak aku jalan-jalan.."

Arah Yonggi lagi, Ryu menjeling Yonggi kerana baru sahaja beberapa minit mereka berkenalan, sudah macam-macam arahan telah di berikan,ingin sahaja dia membaling lelaki berkulit putih pucat ini keluar tingkap, tetapi dia harus bersabar, ini memang kerjanya, dia mengeluh kecil lalu menolak kerusi roda milik lelaki itu.

 


"Ye..Ye..nanti aku datang."

Ryu menolehkan kepalanya ke arah lelaki yang agak sama tinggi dengannya,memakai coat berwarna hitam serta kaca mata hitam di matanya,wajahnya kelihatan agak matang berbanding lelaki yang sedang duduk di atas kerusi roda ini, dia berasa hairan dan mengerutkan dahinya, tangannya masih lagi menolak kerusi rodanya.

"Itu...adik aku."

Yonggi mula memcahkan kesunyian Ryu hanya membuat mulut beebentuk 'O', dan terus menolak kerusi roda itu.

"Lepas ni..pusing kanan, kat situ bilik perjumpaan, Umma dengan Appa aku nak kenalkan kau dengan adik beradik aku yang lain.."

Arah Yonggi kepada Ryu, Ryu mengangguk dan mengikut arahan.

'Agaknya...adik beradik dia..berapa orang ea?'

Bisik hati Ryu sambil meneruskan perjalanan.


Macam mne? okey tak? maaf kalau bosan! ><

rasenye...siapa adik beradik Suga tu ea? XD

BTW thanks kepada sesiapa yang subscribed, comment and upvoted!!! ^o^

Dan...terima kasih kepada sesiapa yang membaca >_< 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bellabell97 #1
Chapter 12: Please update soon !!!
ExoLover01 #2
Chapter 12: update soon
ExoLover01 #3
Chapter 9: hahaha...best2
Tiny_Kookie
#4
Chapter 12: *thumbs up ^_^
khaisara #5
update soon!~
AngelBap #6
Chapter 9: Update soon...
sweet33 #7
Chapter 12: Hehehehehe update soon author!!!
pikahbajet #8
Chapter 12: Daebak!!!!update soon.....
Tiny_Kookie
#9
Chapter 12: Thanks author -nim for update
That's very deabak
deer_ziera #10
Chapter 12: hahha auwww best, so sweet..jgn lupa update autonim..