I love you

My........butler?

(KEESOKAN PAGINYA)

Ryu menutup pintu locker bajunya, dia mengeluh kecil dan perasaan bosan menyelubungi dirinya kerana rakan-rakannya yang lain bellum lagi hadir di bilik persalinan, hari ni adalah hari pertandingan di antara butler keluarga Kim VS butler keluarga Min, nafasnya di hembuskan untuk menghilangkan rasa gemuruhnya,  matanya melirik ke arah Sungyeol yang sedang melayan handphonenya di kerusi panjang, Sungyeol kelihatan agak sedikit risau pada hari ini, Ryu mengambil tempat di sebelah Sungyeol, Sungyeol melihat ke arahnya sambil mengukir senyuman, dia melihat lutut dan lengan Ryu yang di balut kemas.

"Maafkan Aku pasal semalam."

Ucap Sungyeol sambil tersenyum tawar kepada Ryu, Ryu hanya menggeleng dan tersenyum. Sungyeol melihat ke arah handphonenya kembali.

"Aku tak tau kenapa, tapi....itu Kali pertama Aku nampak Sungjong marah sangat-sangat kat Aku, Aku pelik... Kenapa dia risau sangat pasal kau...?"

Soal Sungyeol membuatkan Ryu terkedu buat sementara, Ryu melihat Sungyeol dengan mata yang tak berkelip.

"Err...maybe dia-"

"Maknae kita tu kan sekarang tengah dengan mood dia sebagai Hyung, kira sekarang ni dia anggap Ryu sebagai Dongsaeng dia la, sebab tu dia marah kau bila kau cederakan Ryu semalam, Aku pernah rasa macam tu sebab tu Aku tau apa yang Sungjong rasa sekarang."

Ujar seseorang yang memotong percakapan Ryu, Sungyeol dan melihat ke arah orang itu, dapat di lihat seorang lelaki berambut hitam berkulit putih susu dan mempunyai wajah yang kacak, Ryu Sungyeol kenal akan orang itu.

"L, kau ni kan....buat terkejut Aku je, entah dari mana engkau datang tiba-tiba ada dekat depan pintu, haishhh!!"

Ujar Sungyeol sambil berdiri dari kedudukannya, Sungyeol. Terus pergi ke lokernya dan terus menyalin  pakaiannya, muka Ryu bersemu merah apabila Sungyeol membuka pakaian butlernya, Ryu menundukkan kepalanya dan membiarkan rambut depannya meyorokkan wajahnya yang sudah semerah tomato, L yang hanya memakai singlet hitam melihat ke arah Ryu yang sedang berkelakuan pelik, dia mengerutkan dahinya dan mengambil tempat di sebelah Ryu.

"Kau..okey tak Ryu?"

Soal L mengalihkan rambut depan Ryu, mata Ryu dan L membulat apabila mereka melihat antara satu sama lain, muka Ryu bertambah merah apabila wajah L terlalu dekat dengannya.

"Ryu, kau demam ke? Muka kau....merah sangat ni...?"

Ujar L sambil menyentuh dahi Ryu untuk memeriksa suhu badannya, muka Ryu bertambah merah, ingin sahaja dia meletup sekarang ini, wajah L terlalu dekat dengannya buat dia tidak keruan.

"Ta-tak ada apa-apa la Hyung, Saya memang macam ni kalau waktu pagi." 

Ujar Ryu mengukir senyuman, L hanya sekadar mengangguk dan sambung menyalin pakaian, Ryu menghela nafas lega, matanya beralih ke arah Sungyeol yang sudah bersiap, Sungyeol melihat Ryu sambil mengangkat kening, Ryu menggeleng dan melihat ke arah lain.

"Annyeong semua manusia-manusia tak guna yang ada kat dalam ni!"

 Sapa Dongwoo  yang membuka pintu bilik persalinan sambil menari dengan seronoknya, Hoya yang berada di belakang Dongwoo  terus menolak Dongwoo  ke tepi dan berjalan ke arah Sungyeol.

"Sungyeol! Malam tadi...Aku dengar Tuan muda Jimin buat high note tiba-tiba kenapa?"

Soal Hoya sambil memegang bahu Sungyeol.

"Ooo...malam tadi, Sojin Noona pengsan Kat bilik dia, bila Aku Tanya dekat Tuan muda Jimin kenapa Sojin Noona pengsan, dia Kata dia tak tau..kenapa tiba-tiba Sojin Noona pengsan waktu dia tengah buat HW"

Hoya yang mendengar cerita Sungyeol hanya tergelak kecil, manakala Ryu yang mendengar cerita Sungyeol masih lagi tertanya-tanya mengapa Sojin Noona nya pengsan tanpa sebab.


(DI PADANG)

"Ryu!!"

Panggil suga dari jauh, Ryu yang sedang warm up terus berlari ke arah Yonggi, dia duduk mencangkung di hadapan Yonggi, dan melihat Yonggi dengan wajah tertanya-tanya.

"Ada apa Tuan muda memanggil Saya?"

Soal Ryu, Yonggi melihat lengan Ryu yang di balut itu, lalu menyentuhnya, matanya menatap mata Ryu.

"Kau....serious kau nak main?"

Ryu mengangguk, Yonggi mengetap bibirnya dan melihat Ryu dengan perasaan risau.

"Okeylah, kau pergi lah sekarang.."

Arah Yonggi sambil menolak sedikit dada Ryu ke belakang, Ryu terkedu begitu juga Yonggi, mata Yonggi membulat, agak terkejut Yonggi sebenarnya apabila tersentuh tempat yang tak sepatutnya di sentuh, dengan segera Ryu berlari meninggalkan Yonggi, muka Ryu dah terlalu merah, nasib baik Yonggi tidak menyoalnya apa-apa tadi, kalau tidak....habis lah.

Yonggi melihat telapak tangannya dengan mata Yang tak berkelip. Dia menelan air liurnya.

"Tadi tu...perasaan Aku ke? Atau....memang betul-betul? Haish! Yonggi itu mungkin Perasaan kau je kot..Ryu kan lelaki!"

Yonggi menggeleng dan memandu kerusi rodanya ke tempat lain.


(BEBERAPA JAM KEMUDIAN)

 Infinite dan juga Ryu bersorak kegembiraan, kerana telah mencapai kemenangan, ketika mereka ingin bergambar ada seseorang telah mengganggu ketenteraman mereka bertujuh.

"Ryu Oppa~  tahniah sebab menang~ "

Sapa Mirae menggoda dan mencium pipi Ryu, lalu dia terus memaut lengan Ryu, Ryu hanya mengelap pipinya dari kekotoran(?) dan terus memutarkan matanya tanda menyampah dan terus melihat ke arah kamera.

"Say cheese!!"

Arah photographer tersebut, Ryu tersenyum paksa sambil menunjukkan sebaris giginya yang putih, sebenarnya dia sememangnya tidak berapa nak selesa buat Masa sekarang kerana gadis miang (Mirae) sedang memaut lengannya dengan erat, Ryu menolak tubuh Mirae agar tidak memaut pada lengannya lagi, tetapi semakin di tolak semakin erat pegangannya, Ryu menjeling ke arah Mirae tanda menyampah, manakala Mirae hanya buat tidak endah terhadap kelakuan Ryu itu terus melihat fokus ke arah camera,  kumpulan infinite yang lain tersenyum palsu dan  memerhatikan Ryu, mereka agak kesian dengan Ryu kerana terpaksa menempuh dugaan(?) Yang agak sukar untuk di tempuhi apabila menjadi Butler keluarganya Min ini, Sungjong memerhatikannya Ryu sejak dari mulai lagi,  sebenarnya dia agak risau dengan keadaan Ryu. Dia risau sekiranya ada sesuatu akan berlaku terhadap gadis itu.

'Aku akan lindungi kau Ryu, percayalah..'


 

(DI BILIK MESYUARAT KELUARGA MIN)

"Tn.Oh? Ada Anak perempuan? Dia bersetuju dengan penyatuan ini? Dia kenal Saya ke? Dia tau ke Saya ni kurang upaya?"

Soal Yonggi hairan apabila ayahnya menggeleng terhadap semua soalan tentang perkara perkara tersebut, Tn.Min menghirup secawan kopinya, Yonggi mengerutkan dahinya menanti jawapan, Tn.Min tersenyum melihat Anak lelakinya yang kedua ini, ia tampak kelihatan agak Comel apabila menanti ayahnya punya jawapan.

"Ye...Tn.Oh mempunyai seorang Anak perempuan, tetapi! Bukan Anak dia yang sebenar, itu cuma Anak tiri sahaja.. Dia masih belum tahu tentang peyatuan ini, Dia belum kenal kamu lagi, sebab tu..kami temukan kamu dengan dia hujung minggu ni."

Yonggi mengerutkan dahinya sekali lagi, matanya memandang tepat ke dalam mata ayahnya, dia mengambil secawan tea yang berada di hadapannya dan menghirupnya sebanyak satu Kali tegukan.

"Anak tiri? Jadi...apa kaitannya gadis itu dengan penyatuan syarikat Appa dengan syarikat keluarga Oh? Perlu ke dia berkahwin dengan atas sebab penyatuan syarikat yang bodoh ni?! Appa tau tak?! Saya ni kurang upaya! Dapat ke dia terima Saya untuk jadi teman sehidup semati Saya? Appa rasa dia akan setuju ke sekiranya dia lihat Saya yang macam ni?! Dia nak ke suami dia cacat? Sememangnya dia tak nak, dan Saya yakin seratus peratus dia akan membantah tentang penyatuan ini."

Marah Yonggi kepada ayahnya, dia menumbuk meja menunjukkan betapa marahnya dia, mata Tn.Min membulat apabila melihat kelakuan Anak lelakinya, dia merenung Yonggi dengan pandangan yang tajam.

"Min Yonggi! Penyatuan ini bukan sahaja atas nama syarikat! Penyatuan ini untuk merapatkan hubungan antara keluarga Min dan keluarga Oh! Kamu faham tak?! Tak kira la apa pun yang kamu buat! Kamu patut patuhi apa yang Appa putuskan."

Tengking Tn.Min sambil jari telunjuknya di tujukan ke muka Yonggi, Yonggi mendengus kasar, dia merenung mata Tn.Min dengan tatapan terlalu marah, dia mengetap bibirnya dan melihat ke arah pintu keluar.

"Ryu! Masuk!"

Arah Yonggi ke pada Ryu yang berada di luar bilik, Ryu terus berjalan ke arah Yonggi dengan muka yang cemas, dia berdiri di belakang Yonggi.

"Bawak Aku keluar dari sini, Aku tak nak duduk kat dalam 'neraka' ni lagi."

Arah Yonggi kepada Ryu, Ryu hanya sekadar mengangguk dan menolak kerusi roda Yonggi keluar dari bilik mesyuarat.

Tn.Min mengeluh kecil melihat kelakuan Anak lelaki keduanya, dia tahu Yonggi berasa terhina terhadap  dirinya sendiri, jadi...di sebabkan itu lah dia memang tidak setuju akan penyatuan ini. Tetapi ini demi kebaikan Yonggi dan juga dia, dia sudah cari jodoh yang terbaik untuk Yonggi dan ini lah jodohnya. Dia tidak tahu mengapa, tetapi..gadis ini sememangnya di lihat akan membuatkan dia bahagia, dan Tn.Min yakin seratus peratus akan ketentuannya.

"Appa yakin dia akan terima Yonggi seadanya.."


 

"Bawak Aku pergi mana-mana."

Ryu sekadar mengangguk dan membawa Yonggi ke sebuah tasik. Yonggi melihat Ryu hairan.

"Apa nama tempat ini?"

Soal Yonggi hairan, dia melihat sekeliling, sebenarnya dia agak tetarik dengan kawasan di sini, terdapat banyak-banyak rumput hijau dan warna tasiknya berwarna biru.

"Entahlah, Saya pun tak tau apa nama tempat ni, lagipun...kalau Saya tengah marah memang Saya akan datang sini." 

Ryu duduk di atas rumput hijau itu, manakala Yonggi duduk di atas kerusi rodanya. Matanya melihat ke arah langit berwarna biru itu, bibirnya mengukir senyuman, Ryu menutup matanya dan menghirup nafas segar, Yonggi melihat Ryu dari tepi, dia tersenyum kecil apabila melihat kelakuan Ryu.

"Boleh tak...kalau Aku nak duduk bawah sama macam kau."

Pinta Yonggi membuatkan Ryu tersenyum kecil, Ryu memapah Yonggi duduk di atas rumput, kaki Yonggi di betulkan.

"Haih...dah lama Aku tak duduk bawah."

Ryu tersenyum tawar apabila mendengar apa yang Yonggi katakan, matanya melihat ke arah kaki Yonggi.

"Kau rasa....kalau Aku di jodohkan seseorang yang Aku tak kenal, and...dia pun tak kenal Aku, tiba-tiba dia tengok keadaan Aku macam ni, kau rasa...dia nak tak dengan Aku?"

 Ryu hanya diam, dia menundukkan kepalanya, entah mengapa hatinya terasa sakit setelah mendengar apa yang Tn.Min dan Yonggi bincangkan tadi, Yonggi memegang bahu Ryu tanda menyapanya, secara tiba-tiba air mata Ryu mengalir, Yonggi yang melihat terus terkejut atas sikap Ryu.

"R-ryu? Kau okey tak? Kenapa-"

"Tak kira walau apa pun yang berlaku, Saya Pasti Tuan muda..dia akan bahagia dengan Tuan, walaupun Tuan kurang upaya, tapi tak semestinya Tuan dah hilang semua kelebihan yang ada pada diri Tuan, Saya yakin...sekiranya dia tak setuju tentang perkahwinan ni, semestinya dia seorang yang bodoh."

Ujar Ryu sambil mengesat air matanya, Yonggi risau dan terus menarik Ryu ke dalam dakapannya, Ryu tersentak matanya membulat, badannya kaku tak boleh bergerak, Yonggi mencium  ubun-ubun Ryu membuatkan Ryu semakin terkejut akan tindakan Yonggi.

"Aku tau...orang akan gelar Aku sebagai seorang Gay, bila aku buat macam ni, tapi...untuk pengetahuan kau...secara jujurnya, Aku dah mula jatuh cinta dengan kau.."



 

AUTHOR NOTE:

Okey tak? Mcm mne? Penulisan Saya mkin teruk dari hri ke hri! Author dh ngantuk sgt, so....pening kepala skit la ayat yg ade kt atas tu ea? 

WOOHYUN: Mmg penulisan author mkin teruk pun, dah la teruk bnyak typo plak tu...

DONGWOO: Betul tu Saya sokong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahahahahhahahhahahahahahaha*gelak dah x ingat dunia*

AUTHOR: Lps BTS....korang plak yg timbul, adoyaiii pening kepala Aku! *tarik rambut sndiri* 

BTS: HUHU....seronoknya di planet marikh ni*terapung di awang-awangan* XD

HOYA: HYE KAWAN2....yg pkai baju purple ni isteri sye name die  

SUNGYEOL:*buat muka burung hantu* muka ni khas untuk Awak kerana membaca sayangku~   

L: yah! Sungyeol Hyung! She's mine la! *pegang kamera* meh sini sye tangkap gambar Awak, sbb Awak sudi bace ff ni...meh sini babyku~  

SUNGJONG:*wink* Terima kasih kerana membaca tau cik  

J-HOPE:*muncul entah dri mne* wait-wait! Infinite ni..tgh ngorat sape sbnrnye ni?

L: Oh! Kitorang tgh ngorat cik adik yang bernama  

BTS: WHAAAAAAATTTTTTT!!!!! ITU KITORANG PUNYEEEEE!!!!!

INFINITE: YAAAAAHHHHHH!!!! KTRG YG CHOP DULU!!!

BTS & INFINITE: *keluar kan pedang star wars nk berperang* 

AUTHOR: Terima kasih kerana membaca*pengsan* XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bellabell97 #1
Chapter 12: Please update soon !!!
ExoLover01 #2
Chapter 12: update soon
ExoLover01 #3
Chapter 9: hahaha...best2
Tiny_Kookie
#4
Chapter 12: *thumbs up ^_^
khaisara #5
update soon!~
AngelBap #6
Chapter 9: Update soon...
sweet33 #7
Chapter 12: Hehehehehe update soon author!!!
pikahbajet #8
Chapter 12: Daebak!!!!update soon.....
Tiny_Kookie
#9
Chapter 12: Thanks author -nim for update
That's very deabak
deer_ziera #10
Chapter 12: hahha auwww best, so sweet..jgn lupa update autonim..