Sembilan

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Tiba sudah waktu rehat. Macam biasa semua pelajar berassabiyah. Berpuak-puak. Mesti duduk di meja yang sama dengan geng masing masing. Ha Young dan rakan-rakan tidak berkecuali.

Dalam pada menunggu giliran untuk membeli makanan, Ha youg perasan, monyet tiga orang itu sudah pun menemui geng masing-masing. Tetapi kenapa mereka masuk geng yang boleh dikatakan masuk kategori 'the hottest bachelor' ya? Hai, pelik-pelik. Jungkook yang baru masuk bersama pelajar tahun satu yang lain juga bersama kelompok yang digelar 'noona killer' oleh Joy.

***

'So that's how it goes,' Jaebum mengakhiri ceritanya. Lawak apa entah, sebab kemudian meja itu dipenuhi dengan gelak-gelak daripada lelaki-lelaki yang macho. OMG please let me join their table! (tersesat sekejap)

'Kau kenal Kai berapa lama dah?' Namjoon bertanya kepada Sehun.

'Lamalah juga. Aku rasa dah dekat empat tahun. Tak sangka pulak budak ni sekolah kat sini, satu kelas pula tu' Sehun menjawab. Kai tersengih. 

'Tulah. Dari tadi aku ajak dia join dance crew aku, tapi dia tak nak,' Kai mencebik kemudian. Teringat pula kisah lama-lama dahulu.

Alkisahnya macam ini. Masa Kai masih middle school dahulu, dia pergi ke US sebab dance crew yang disertai menang tempat pertama dalam dance battle. Kena sponsor kan, jadi siapa yang tidak mahu pergi. Tambah-tambah pula Kai merupakan antara penari yang terbaik dance crew tersebut. Bila di US pula dia jumpa Sehun. Di kelab malam walaupun minor tidak dibenarkan masuk. Entah macam mana dorang boleh ada dance battle. Kemudian borak-borak, jadilah rapat memandangkan 1) sama umur, 2) hebat menari, 3) Sehun boleh cakap bahasa Korea dan 4) dia noob bahasa Inggeris.  

'Sorrylah bro, tapi malas pula aku nak terlalu serius dalam menari ni. Kalau untuk suka-suka ok lagi,'Jelas Sehun. Bukannya dia tidak suka menari, tetapi itu hanya dianggap sebagai hobi. Bukannya macam Kai yang memang serius untuk menjadi choreographer.

'Kalau join dance club aku? For cocurricular activities?' Kai bertanya dengan penuh pengharapan. Alahai comel pula si Kai ini. Tidak padan dengan wajah ketika menari. Masa menari, memang nampak hot dan seksi.

'Hmm, boleh lah kot,' Sehun menjawab, sambil-sambil tangannya mencapai chocolate bubble tea yang dibeli tadi. Sedap, itu memang kegemarannya dari kecil.

'Jongin,' tiba-tiba mereka disapa oleh suara yang maha lembut, girly dan feminin. Semua memandang gadis yang baru datang itu. Memang cantik minah ni, fikir Sehun.Dia memandang gadis itu tanpa berkelip.

'Ya baby,' Lee Taemin menyampuk. Siap dengan kenyitan mata lagi. Daehyun dan Youngjae pula sudah buat taksi macam pasangan kekasih. Yang lain sudah gelak nakal.

Naeun menjeling ke arah mereka. Ish, asal aku jumpa dorang je dorang kacau aku. Terutamanya Taemin. Macam ini childhood friend. Tetapi Naeun tidak meluahkan kejengkelannya itu. Diakan budak baik.

Kai memberikan jelingan maut kepada rakan-rakannya yang lain. Tetapi bila dia berhadapan dengan Naeun wajahnya terus berubah. Nampak sangat angau.

'Ya sayang,' Kai tersenyum lembut. Ish, geli pula membayangkan.

'Bukan kau panggil Naeun baby ke?' Ravi menyampuk, sebelum kepalanya ditunjal oleh Kai.

Pasangan kekasih itu menjeling ke arah Ravi sebelum mereka meninggalkan budak-budak lelaki nakal itu. Sambil berpegangan tangan pula itu.

'Mesti kau rasa melepas kan?' Bijak sekali Chanyeol meneka. Mereka memandang Sehun.

'Adalah sedikit,' Sehun gelak. Dia mengaku Naeun cantik, tapi dia lebih pentingkan Kai. Sehun amat berpegang pada prinsip 'bros before hoes', bak kata orang putih.

'Takpe, ada banyak lagi. Ada lagi Goddess yang lain,' terang Namjoon.

'Goddess?' Sehun bertanya dengan penuh minat.

'Haah, bukanlah sebab apa, tapi sebab dorang paling cantik atau paling menyerlah. Senang kata, gelaran khas untuk pelajar senior perempuan yang banyak peminat,' Taemin mengangguk.

'Ooooh,' Sehun ikut mengangguk menandakan yang dia faham.

'Pertama, kita ada Jung Soo Jung. Popular dan cantik gila minah tu. Dulu duduk kat US. Kakak dia pun Goddess juga dulu, sekarang dah jadi fashion designer popular dah. Anyway, si Soojung nilah yang jadi model brand kakak dia. kemudian dari situ dia jadi model jenama lain pula. Jadi model Dior Korea, Chanel dan sebagainya. VS je takde. Selalu jugalah tak datang sekolah sebab sibuk dengan jadual,' Chanyeol memperkenalkan goddess yang pertama.

'Macam Kendall Jenner lah ni?' Sehun bertanya.

'Haah,' Daehyun menyampuk.'Tapi yalah, dia pun tak available. Aku pun hairan macam mana dia boleh jatuh cinta dengan jurugambar tu,'

'Jurugambar pun dia masih lagi anak orang kaya. Bertuah gila L sunbaenim. Dapat company besar, dapat pula model yang lawa. Nak bertunang kan kalau tak silap?' Ravi mencelah.

'Tak silap akulah,' kata Youngjae.

'Oklah, goddess kedua, Lee Hyeri. Hyeri ini lain sikit dari Soo Jung, sebab dia comel gila. Sekali dia buat 'aing' kat kau mesti kau tergoda punya. Tapi terkejut juga aku bila dapat tahu dia jadi class president untuk tahun ni, ' Jaebum mengenyitkan mata. 'Satu lagi, Hyeri makwe aku, jadi jangan kacau dia,' Jaebum memberikan amaran bukan sahaja kepada Sehun, tetapi kepada mereka semua. Tiba-tiba dari kenyitan mata, berubah kepada pandangan yang menakutkan.

'Wah, bila masa kau berdua official couple?' tanya Namjoon teruja dengan mulut yang penuh. Maklumlah, siapa yang dapat Goddess sebagai teman wanita memang akan dipandang tinggi. Jaebum sudah terkembang-kembang hidung sebab bangga sangat.

'Pagi tadi. Aku datang awal ke sekolah, kemudian aku propose kat dia,' Jaebum masih tersenyum. Mestilah gembira, lama tahu dia suka pada Hyeri. Dari tahun pertama lagi. Gadis itu je yang noob, memang tak dapat terima hint langsung. Maka terpaksalah dia berterus-terang. Nasib baik diterima.

'Asal kau tak rehat dengan makwe kau?' tanya Sehun. Yalah, bukankah selalunya kalau baru official memang mahu berkepit sepanjang waktu?

'Dia kena panggil oleh cikgu, pasal jadi Class President,' Jaebum mengangkat bahu.

'Berjaya juga kau ya. Aku ingatkan sampai bila-bila kau kena friendzone. Tahniah bro. Sebab Hyeri dah berpunya maka kita fokus pada Bae Suji. Orang panggil dia Suzy. Dia dan Soo Jung bestfriend, tapi personaliti jauh berbeza. Kalau Soo Jung 'ice princess', Suzy pula 'first love'. Suzy pun popular jugak, dia child actress dan masih lagi berlakon. Memang best lakonan dia, drama dia semua aku tengok,' puji Youngjae melebih-lebih.

'Dia Presiden Drama Club, aku Vice President. Maka aku yang ada banyak peluang nak dekati Suzy,' kata Ravi.

'Dia masih single bro, kita tengok siapa yang dapat,' kata Daehyun dengan nada yang mencabar.

'Ok, deal,' cabaran Daehyun disambut dengan penuh bersemangat. 'Oh, itu dia,'

Sehun berpaling. Dia menganggukkan kepala, 'Lawa,' Sehun mengomen. 'Ok, count me in,' Sehun berkata dengan penuh bersemangat. Choco bubble tea yang sudah dihabiskan diletakkan diatas meja.

'Yang keempat pun lawa, tapi tak selawa Suzy bagi aku. Tapi sekali dia menyanyi, memang feeling habis,' kata Namjoon dengan penuh semangat. 'Dengar cerita, Jung Eunji akan buat solo debut bila dia habis sekolah tinggi ni. Sebab itu dia selalu tidak datang sekolah, dia trainee dekat Cube. Tapi sekarang pun dia memang popular sebab selalu update cover video di Youtube. Purata empat juta youtube view untuk satu video bro, dan dia pun club president. Untuk kelab Koir. Dan dia-'

'Sepupu aku,' celah Daehyun. Daehyun mengeluh. 'Entah macam mana si makcik tu dapat jadi Goddess pun aku tak tahu. Haih,'

'Dia kasar dan suka kacau kau pun dia still popular,'  tegur Youngjae. 'Peminat pun ramai,' kata-kata itu disambung setelah dia melemparkan pandangan ke arah Chanyeol. Chanyeol berdehem.

'Oklah, yang kelima ialah seorang cheerleader, macam juga Suzyi-'

'Dia merupakan kapten cheerleader,' Sehun mencelah.

'Tepat sekali,' kata Chanyeol. 'Hyejeong buat modeling juga, tapi dia jenis yang sporty sikit. Buat masa ini dia tiada teman lelaki, baru broke up tahun lepas. Samaada dia tidak berminat ataupun dia lesbian, orang cakaplah. Sebab dia jenis yang hanya hang out dengan perempuan je. Tapi aku tak hairan, kakak aku un jenis yang hanya lepak dengan kaum sejenis, tapi boleh pula ada teman lelaki.  Tapi antara dorang semua body Hyejeong paling lawa. Aku rasa lagi susah nak dapat Hyejeong daripada Suzy,' kata Chanyeol dengan bersemangat.

'Habis Eunji kau nak letak mana?' Ravi sengaja bertanya.

'Letak mana pula, bukankah aku sudah putus dengan dia,' kata Chanyeol selamba. Ddukbokki dihadapan dicapai dan disumbat kedalam mulut.

'Berlagak cool konon,' bisik Taemin. Mujurlah tidak didengari oleh Chanyeol ataupun mereka akan bertumbuk di situ juga. 

Sebelum adegan itu berlaku, cepat-cepat Daehyun mencelah. 'Kang Seulgi juga lawa. Muka dia mirip Taeyeon, penyanyi solo yang terkenal itu. Suara pun hampir sama, tarian juga mantap. Selain itu, Kang Seulgi merupakan anak tunggal Dr Kang, saintis yang terkenal itu. Dan dia juga merupakan pemain piano. Best bila dia mainkan piano,'

'Aku rasa lagi best apabila Seulgi main piano sambil menyanyi atau dia main piano sambil Eunji menyanyi, lagipun mereka berdua bestfriend' kata Jaebum. 

'Tolonglah jangan puji makcik Busan tu melebih-lebih,' dengus Daehyun, 'setelah dia curi cheesecake aku pagi tadi,'

'Kau itu apa? Pakcik Busan kan? Haha' usik Youngjae. Semua orang gelakkan Daehyun. Hendak buat macam mana, Daehyun lebih pentingkan Cheesecake daripada perempuan. Daehyun menjeling.

Sehun masih mendiamkan diri. Dan dia masih memasang telinga dengan penuh minat.

'Ok, ok. Yang ketujuh kita panggil Heo Youngji. Malangnya dia sudah berpunya. Pakwe dia geng kita juga, nama dia Jackson. Tapi Jackson dan beberapa orang lagi kena pergi jadi wakil pemain basketball sekolah kita. Dorang antara top couple disekolah ini, sama macam Kai dan Naeun-''-Hei, aku dan Hyeri pun sama juga ya!''-dan sudah bercinta dari kecil lagi. Tapi selalu jugalah dorang gaduh-gaduh manja. Lagipun dorang childhood friend,' cerita Ravi.

'Tapi jangan beritahu Jackson ya-' Namjoon mendekatkan wajahnya dengan Sehun. Yang lain juga turut sama sampailah nafas semua orang kedengaran, teruja mahu mengetahui apa yang bakal disampaikan Namjoon, 'she got such a robust thigh. Maklumlah, dulu dia main rollerskates,'

'Amboi kau, Jackson itu kawan baik kau ya,' Taemin mengusik.

'Alah, bukan aku seorang, satu sekolah tahu,' Namjoon buat muka tidak bersalah.

'Mana dia? Teringin aku nak tahu,' kata Sehun.

Kawan-kawannya memanjangkan leher mencari. Sehinggalah Youngjae berkata sambil tangannya menunjuk ke suatu arah. 'Itu dia, duduk sekali dengan Hyejeong dan Seulgi,'

Sehun mengangguk-angguk. 'Ingat ya, yang tengah-tengah itu unavailable. Tapi kalau kiri dan kanan itu boleh lagi,' Chanyeol kata, sambil tersengih lebar. Sehun tersengih juga.

'Yang kelapan-''banyaknya,' sempat Sehun komen, sambil dia mencelah kata-kata Taemin.

'Banyak itulah bagus,' balas Taemin. 'Anyway, yang kelapan kita panggil dia Wendy ya. Wendy Son. Dia asal Canada, satu kelas dengan aku, dia pindah ke sekolah ini tahun lepas. Aku tak tahu banyak pasal Wendy, melainkan dia jenis yang lebih suka mengurungkan diri di dalam bilik music dan main macam-macm instument. Selain itu,-'

'Dia juga suka lagu Who You Are nyanyian Jessi J dan instrument yang paling disukai ialah flute,' kata Daehyun. 'Dia aku sudah cop ya, jangan berani kacau-kacau!'

'Bukan tadi kau buat bet untuk goda Suzy ke?' kacau Sehun. Dia menerima jelingan tajam Daehyun. 'Itu aku main-main je ya, bukan betul pun. Tapi dengan Wendy aku serius,' Daehyun mempertahankan diri.

'Bukan teman wanita kau itu cheesecake ke?' gurauan Chanyeol membuatkan Daehyun menjeling lagi. 

'Apa-apalah kau. Ambillah Wendy, dia bukan type aku sangat. Goddess yang terakhir pulak tidak lain tidak bukan, Son Naeun. Sesetengah orang panggil dia Son Yeoshin. Dulu pun dia ada abang di sini, Son Dongwoon dan digelar Son Namshin. Aku rasa family dorang semua genetik bagus-bagus, sebab even mak dia pun nampak lawa walaupun sudah berumur empat puluh tahun,' komen Youngjae.

'Naeun jenis perempuan malu-malu, nasib baik aku kenalkan Jongin pada dia,' kata Taemin bangga.

'Tahulah Naeun itu childhood friend kau,' kata Ravi. 'Aku masih terkejut bila dapat tahu mereka sudah official dulu, sebab Kai amat berlainan wataknya dengan Naeun,' komen Ravi.

'Anyway, Naeun merupakan sebahagian daripada Student Council untuk tahun ini, jadi baik kau berjaga-jaga sebab dia boleh tahan tegasnya. Kau tahu, jenis yang rajin belajar dan tidak melanggar peraturan,' pesan Namjoon. 'Dan baik kau kacau yang available sahaja, sekiranya tidak mahu kena bunuh Jongin, Jaebum, Jackson, Daehyun dan Chanyeol. Junior pun ramai yang lawa, banyak lagi yang dalam waiting list untuk diupgrade sebagai Goddess bila masuk senior year nanti macam Kim Namjoo, Park Chanmi, Sorn si transfer student dari Thailand tu dan Kim Seolhyun. Dan percayalah, aku pernah try tackle Eunji dulu, nasib baik masa itu aku tak tahu Chanyeol minat kat dia kalau tak memang aku sudah tiada dihadapan kau ini,' Namjoon tertawa. Chanyeol cuba mengawal wajahnya.

'Don't worry bro,' pendek sahaja jawapan Sehun. Sebaik sahaja dia selesai berkata-kata, loceng berbunyi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)