Empat

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Puas Ha Young mencari di halaman rumah. Sah-sah tiada. Maka sebab itu Ha Young sekarang mencari di tepi-tepi jalan pula.

Berbekalkan telefon bimbit sebagai lampu suluh, Ha Young terus mencari dan mencari. Serius nampak sadis.

Dah sepuluh minit Ha Young keluar. Ketika dia terbongkok-bongkok itu, masa itu jugalah dia mendengar bunyi tapak kaki.

Wajah Ha Young berubah. Tiba-tiba terasa bulu roma berdiri. 

Ha Young mempercepatkan langkah. Ironinya, orang yang dibelakangnya juga semakin laju. Macam mahu bersaing pula.

Aduh, menyesal Ha Young keluar seorang diri tadi. Patutnya dia paksa Jungkook temankan. Takpun kejutkan si Junhong. Aish.

Itu satu. Macam mana pulak security kawasan ini boleh loose? Bukan sepatutnya polis patrol 24/7 ke? Ha Young menoleh ke kiri dan kanan berulang kali. Sudah sah yang memang mereka berdua je di kawasan itu. Sudahlah hampir pukul satu pagi. Ha Young cuba-cuba toleh ke belakang. Bayang nampak macam lelaki.

OMG! Lelaki?! Dalam fikiran Ha Young sekarang ialah

1) Penyamun

2) Perompak

3) Perogol bersiri

Bila dia terfikir yang ketiga, Ha Young terus hyperventilate. Oh tidak! Dia first kiss pun tidak pernah, apa lagi ada boyfriend. Tiba-tiba... ish... gerun Ha Young mahu bayangkan.

Tarik nafas dalam-dalam. Ok Ha Young, kau tinggal di sini dari kecil, kau sepatutnya dah tahu jalan mana yang boleh kau lalu untuk meloloskan diri dari lelaki pelik ni! Ha Young siap menggenggam penumbuk tanda 'fighting'.

Ha Young kemudian membuka langkah seribu. Sungguh tidak girly. Ah, lantaklah, buat apa dia mahu gily-girly depan lelaki yang entah apa-apa? Dia terus lupa pasal si Choco. Kesian kau kucing.

DAMNIT! Masa lari itu jugalah telefon bimbit dia tercicir. Mahu ambil atau tidak? Note 3 kot...

'Cik? Cik?' Damnit lagi. Lelaki misteri itu mengejarnya. Makin laju Ha Young lari, makin laju juga lelaki itu kejar. Dan memang makin tinggi Ha Young punya heartbeat. Memang ada potensi nak dapat hypertension ni. 

'CIK!' Ah, manly pula suara... apa kau fikir ni Ha Young?! Sempat lagi Ha Young marah diri sendiri. Rasa macam mahu ketuk kepala sendiri ada juga.

Episod kejar-mengejar itu sampai depan pintu pagar. Ha Young masuk dahulu, tetapi lelaki misteri itu sempat pula tahan pintu pagar itu daripada tertutup. Ha Young memang sudah menggigil gila-gila masa itu. Oh! Drama betul!

Ha Young jadi terduduk di halaman rumah sendiri. Tiba-tiba lutut rasa lembik, mata tertutup automatik dan lidah terasa kelu. Lagipun tenaga lelaki vs perempuan, mestilah lelaki yang menang.

'Eh? Ha Young? Laaaaa... aku ingatkan minah mana tadi,'

Ha Young automatik buka mata sebelum dia terkejut sekali lagi. Lelaki itu betul-betul dihadapan Ha Young; jarak antara wajah mereka hanyalah beberapa inci. Ha Young dapat rasa hembusan nafas lelaki itu.

Dalam gelap-gelap itu, Ha Young nampat mata tajam lelaki itu disertai dengan senyuman nakal. Eh, kenapa familiar sangat ya?

'Lambat benar kau balik,' Jungkook menegur.

'Aah, aku sesat kejap,' Lelaki itu bangun. Eh, Jungkook kenal dia, takkanlah dia...

'Hunnie?' 

'Aah, kau ingat siapa? Perogol bersiri?' Sehun gelak. Terus Ha Young bangun. Wajahnya memerah.

'Mana ada' Ha Young mengibas-ngibas tangan. 'Kau... kau tu yang nampak suspicious... so ... aku... pun....'

'Yelah, kalau aku jadi perogol pun aku tak minat kat kau, taste aku tinggi so kau tak payah risau,' Sehun berkata dengan selamba. Wajah Ha Young tadi memerah sedikit, terus memerah banyak.

'ert!' Ha Young menuduh. Sehun gelak lagi. Suka hati dia je kutuk aku, Ha young rasa mahu jerit itu kuat-kuat tapi nanti confirm Sehun makin kuat kutuk dia.

'Dahlah, kau orang pergi masuk rumah, mandi ke, tidur ke apa-apalah. Hish, buang masa aku je keluar tadi,' Jungkook membebel.

'Aku tak suruh pun kau keluar rumah,' Ha Young membebel juga. Tetapi Jungkook sudah masuk ke dalam rumah.

'Dah tu, siapa suruh kau jerit kuat-kuat tadi?' Sehun berkata.

'Oh ya? Aku jerit ke tadi?' Ha Young bertanya, keliru. Sehun mengangguk.

'Siapa suruh kau kejar aku? Manalah aku tak jerit,' Ha Young cuba mempertahankan diri, tapi suaranya makin perlahan.

'Yalah, siapa suruh kau jatuhkan handphone kau. Nasib baik Note 3, bukannya iPho- Hoi, jauhkan benda tu daripada aku!' 

'Meow...' Seekor kucing yang berbulu panjang berwarna coklat campur oren mendekati kaki Ha Young. Wajah Ha Young terus ceria.

'Eh Choco? Mana Choco pergi sayang, puas Youngie cari,' Ha Young sudah memeluk Choco. Siap dicium-cium lagi.

'Hoi, kau jangan nak bawa masuk rumah benda tu,' Sehun melaung. Ha Young berpaling ke arah Sehun. Ikutkan hati secara refleks dia mahu bercekak pinggang tetapi kerana kucing yang didukung itu badannya gemuk dan berat pula, maka Ha Young hanya dapat menjeling ke arah Sehun.

'Pertama, ini bukan benda. Kedua, nama dia Choco. Ketiga, sukahati akulah! Memang selama ini Choco duduk dalam rumah ini pun!,' Ha Young mencebik. 'Mari Choco, youngie beri makan, kemudian Youngie bagi Choco mandi puas-puas ye sayang, tengok dah masam dah sayang Youngie ni....' dialog itu berterusan sehinggalah Ha Young selamat menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. 

Sehun mencebik semula. Urghh, jengkelnya dia. Mula dah Ha Young dengan 'sayang' dia itu...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)