Dua

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Sudah pukul 10 malam. Ha Young memasuki halaman rumah itu dengan wajah yang letih. Maklum sahaja, orang baru habis bergembira. Memang dia tidur sahaja sepanjang perjalanan pulang.

Ah, betapa dia merindui katil sendiri dan Choco.

‘Choco! Oh Choco sayang! Choco di mana?’ Laungan Ha Young langsung tidak disahut kucing itu. Biasanya kucing itu paling teruja menyambut Ha Young bila Ha Young pulang ke rumah. Mungkin Choco sudah tidur. Lantaklah.

Kunci pintu rumah dikeluarkan dari poket seluar. Tiba-tiba, Ha Young tersentap. Takkanlah nenek dan datuk lupa mahu kunci pintu rumah. Adakah ini petanda mereka mahu nyanyuk? Daun pintu rumah segera ditolak.

Memasuki ruang tamu, sekali lagi Ha Young terkejut. Eh, kenapa berselerak gila rumah ini. Bekas makanan dan minuman ringan terletak begitu sahaja di atas meja kopi. Kusyen berselerak di merata tempat. Kemudian ada baju pula di atas sofa.

‘Kau Sehun ke Junhong?’ kedengaran suara lelaki. Ha Young menoleh. Budak lelaki itu sedang sibuk mengeringkan rambutnya. Wajah terlindung di sebalik tuala. And he’s half-. Terbeliak mata Ha Young.

‘Siapa kau? Macam mana boleh masuk rumah aku?!’ Ha Young bertanya dengan suara yang dibuat garang.

Yalah, tiba-tiba ada mamat dalam rumah sendiri. Siapa tidak terkejut?

Pergerakan tangan budak lelaki itu terhenti. Segera tuala dialihkan dari wajah. ‘Kau Ha Young ke?’

‘Ya aku… tunggu macam mana kau boleh tahu nama aku?’ Ha Young bertanya lagi. Pelik dibuatnya.

 ‘Nenek cakap tadi. By the way, aku Jungkook, cousin kau,’ Jungkook berkata dengan selamba. Dia terus ke sofa dan mengunyah pizza yang masih berbaki di atas meja.

‘Bukan korang datang sebelas hari bulan ke ke? Mana nenek dan datuk?’ Seingat Ha Young, hari ini sepuluh hari bulan. Dalam pada itu, Ha Young sempat mencuri jeling ke arah Jungkook. Heh, tak sangka budak kecil yang selalu berhingus dahulu dah besar macam ni.

‘Nyanyuk gila kau ni. Tarikh pun tidak ingat. Hari ini dah dua belas hari bulan dah. Kitorang dah sampai dari malam semalam. Nenek dengan datuk pun dah berangkat ke UK dari tengah hari tadi. By the way, password wifi rumah ni apa?’

‘Suka hati dia je panggil aku nyanyuk. Dahlah buat macam rumah sendiri. Susahnya hidup aku lepas ini. Leceh gila nak kemaskan ruang tamu ni. Dahlah aku tengah penat. Nasib malang betul,’ Ha Young merungut.

‘Dah memang pun lepas ni aku akan tinggal kat sini. Cepat lah. Password apa dia? Lupa nak minta tadi,’ Jungkook menggesa. Dia lebih peduli tentang online game daripada segala-galanya buat masa ini. Sejak sebulan yang lalu, Jungkook telah dipaksa berpuasa daripada bermain online game oleh ibu bapanya kerana keputusan peperiksaan yang maha teruk. Tertekan gila hidup.    

‘Sebelum kau minta password wifi, kau kemas dulu ruang tamu. Sakit mata aku tengok tempat ini macam kena bencana,’ kata Ha Young tegas.

‘Buat apa pulak? Bukan aku yang sepahkan. Kau suruhlah Sehun,’ Jungkook menjawab kembali. Aishh! Suka hati minah ini suruh dia. Sudahlah dia baru bangun tidur kerana masih lagi tidak biasa dengan perubahan waktu di Korea Selatan. Jetlaglah katakan.

‘Kau ingat tinggal kat rumah ni boleh buat suka hati kau? Woi mamat! Dengar sini. Kau duduk sini buat cara duduk sini. Lagipun ini rumah aku,  bukannya rumah kau!’ Ha Young berkata dengan bongkak.

‘Apa bising-bising ini?’ sapa satu suara. Ha Young berpaling ke belakang. ‘Kau siapa pula?’

‘Aku?’ Mamat itu menunjuk ke arah diri sendiri. ‘Aku Junhong,’

‘Wei hyung, apa dia password wifi rumah ni?’ Jungkook bertanya. Dia sudah memegang Iphone miliknya erat.

‘Erm…’ Junhong terfikir-fikir. ‘babychocochoco, kalau tak silap akulah. Kenapa kau tidak call aku?’

‘Kredit aku habis ahh. Ejaan dia macam mana?’

‘Kau ini dari mana?’ Ha Young menyampuk. Diperhatinya Junhong dari atas sampai bawah. Lelaki itu kelihatan bergaya dengan jaket denim dan skinny jeans. Rupa macam pergi clubbing ada juga, kata hati Ha Young.

‘Explore tempat ni ahh,’ Junhong menjawab sambil mengangkat bahu.

'Hoih, cepatlah, macam mana ejaan nya? Choco chocolate ke? Big letter ke small letter?'

'Kau diam sekejap. Junhong, kau tahu tak rumah ni ada curfew? Memang nahas kau kalau datuk tahu,'

‘Ada aku kisah? Buatkan aku air. Aku haus,’

‘Amboi, ingat aku orang gaji kau. Nak air buat lah sendiri,’ Ha Young membalas dengan bengang. Ini baru beberapa minit mengadap budak-budak ini. Ikutkan hati mahu sahaja Ha Young halau mereka, tapi nanti confirm dia pula yang akan dihalau keluar sekiranya berani berbuat demikian. Ha Young tidak mahu mengambil risiko walaupun keinginan untuk berbuat Dajjal pada mereka itu mencapai level 99.

‘Sekali lagi, ada aku kisah?’

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)