Enam

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Park Soo Young telah jatuh cinta.

Dengan seekor makhluk ciptaan Tuhan yang pada matanya merupakan manusia yang paling sempurna dari segi paras rupa.

Ok, benda itu macam overstatement. More like, jatuh crush. Faham dok?

Kisah si Soo Young, atau Joy, bermula apabila dia disuruh menghantar Tteokbukki ke rumah BFF yang bernama Oh Ha Young.

***

'Kenapa dengan budak Ha Young ini? Aku call dari tadi dia tak angkat,' Joy menggumam sendiri. Aduh, sudahlah sekarang sedang panas. Memang matahari terasa dekat dengan kepala. Rambut yang diikat secara ponytail dikemaskan.

Ikutkan hati dia mahu bawa sahaja motorsikal keluar dari garaj. Tetapi sekali tengok tangki minyak kosong. Maka terpaksalah Joy berjalan kaki selama lima belas minit ke rumah Ha Young. Rumah dia sebenarnya beberapa block sahaja daripada rumah Ha Young, tetapi bukankah itu kawasan kejiranan orang-orang kaya yang rumah semuanya jenis besar-besar?

'Kenapalah ibu buat Tteokbukki banyak-banyak hari ini? Tahulah ibu BFF dengan Puan Oh,' Joy mengeluh. Sakit tahu tangan mengangkat tupperware yang berat itu. Sudahlah Joy jenis manusia yang lembik. Percaya atau tidak, disebalik badan yang nampak fit itu, dia jenis yang malas bersenam? Bertuah sungguh si Joy. Tak payah bersenam pun badan still masuk kategori lawa.

Jalan punya jalan, sampai juga dia ke rumah Ha Young. Loceng pintu dibunyikan dua tiga kali. Beberapa saat kemudian, kedengaran suara dari interkom.

'Ah, kau rupanya Joy. Kau bawa apa itu? Tteokbukki ke? Masuk-masuk,' kata Ha Young dengan gembira. Dia merupakan peminat tegar Tteokbukki maka tidak hairanlah dia lebih gembira mahu berjumpa dengan makanan daripada berjumpa dengan Joy. Alah, nanti bila sekolah sudah dibuka setiap hari dia mengadap Joy. Lagipun mereka seatmate.

'Kalau nak bagi aku masuk, kau buka dahulu pintu pagar. Kalau tidak memang kau kempunan nak merasa tteokbukki sedap masakan mak aku ini,' Joy menjeling walaupun dia tidak nampak Ha Young. Ha Young tergelak. Kemudian terdengar Ha Young bercakap dengan orang lain. Joy buat tidak peduli. Mungkin dia sedang bercakap dengan husekeeper. Setahu Joy, housekeeper di kediaman Oh itu tidak tinggal dengan mereka. Maka dengan Tteobukki yang sudah diletakkan ke lantai jalan, Joy bermain Candy Crush. Level 95. Memang dia ketagih bermain permainan itu sejak kebelakangan ini.

Pintu pagar dibuka. Joy menoleh. Matanya menjadi lebih besar.

Dihadapan Joy berdiri seorang budak lelaki yang tinggi lampai dan berambut hitam. Wajah pula nampak macam adunan seksi, hot dan comel pada masa yang sama. Kulitnya nampak macam lagi cerah daripada kulit Joy sendiri. 

'Ha Young suruh masuk,' kata budak lelaki itu tanpa senyuman. Tapi tanpa senyuman pun sudah mampu membuatkan jiwa Joy menggedik-gedik gatal. 

'Ermmm.... terima kasih ya,' Joy tersenyum, dengan senyuman yang paling comel dan manis. Oh, bayangkan betapa dia terpaksa menahan keinginan mahu menjerit dengan kuat pada masa itu. Terpaksa dia menggigit bibir sendiri sebelum dia dicop sebagai perempuan gila oleh budak lelaki itu kerana tersengih tanpa sebab. Kembung pipi Joy dibuatnya.

Oh! Macam jumpa selebriti pula!

Dalam pada Joy cuba-cuba menghafal segala facial feature budak lelaki itu, si jejaka hanya menjawab, 'No problem,' sebelum berlalu pergi.

Ok, Joy, tarik nafas dalam-dalam sebelum kau menjerit macam orang gila disini, bisik Joy seorang diri. Dia terlupa pula tujuan utama dia datang ke rumah tersebut.

'Kau tak nak masuk ke?' Ha Young menegur. Joy menoleh ke arah Ha Young. Oh, dia perlu menyoal-siasat Ha Young pada kadar segera.

'Mana Tteokbukki aku?'

'Kau ini, memang melebihkan makanan daripada kawan baik kau sendiri,' Joy mencebik. Dia membongkok untuk mengambil tupperware yang mengandungi Tteokbukki itu sebelum berjalan kearah Ha Young. Pintu pagar ditutup menggunakan kaki. Kemudian tupperware diserahkan kepada Ha Young sebelum dia menguncinya. 

'Nampak sedap,' Ha Young mengomen. 

'Apa itu? Aku bau makanan,' entah dari mana, Jungkook menegur. Joy menoleh. Budak lelaki yang ini pun hot juga. Untungnya Ha Young....

'Tteobukki,' Ha young menjawab ringkas. 'Ish kau ini, bagi salam pun tidak,'

'Hi,' Jungkook menegur Joy sebelum matanya kembali ke arah tupperware itu. 'Apa itu Tteobukki?' Jungkook bertanya dengan keliru.

Lupa pula dia sudah lama duduk di Amerika. 

'Alah, makanan favourite kau dan aku suatu masa dahulu,' balas Ha Young. Dia mengetuai mereka bertiga ke dapur. Pinggan dikeluarkan daripada kabinet lantas Tteokbukki dialahkan kedalam pinggan tersebut.

'Oh ya?'

'Haah. Panggil si Sehun. Ajak makan,' Ha Young mengambil mangkuk yang lebih kecil dan dikaut kedalam mangkuk itu. Diambilnya dalam kuantiti yang banyak.

'Banyaknya kau ambil,' kata Jungkook tidak puas hati.

'Yalah, sebelum kau dan Sehun habiskan. Lagipun aku takut kau tak biasa makan, nanti membazir pula,'

'Kata makanan kegemaran aku suatu ketika dahulu,' Jungkook mengomen, tetapi Ha Young buat-buat tidak dengar.

'Sedapnya. Hi Miss, saya Sehun. Oh Sehun,' entah dari mana Sehun muncul. Dia tersenyum ke arah Joy. Ha Young menjeling. Kasanova sungguh si Sehun ini. Cara senyum macam cara nak menggatal!

'Hai. Saya Park Soo Young, tapi panggil sahaja Joy,' kata Joy kembali. Dia bermain-main dengan rambut sendiri sambil tersenyum-senyum kucing juga. 'Erm, kalau mahu, makan sahajalah ya. Memang ibu buat banyak tadi,'

'Terima kasih ya,' ucap Sehun sebelum dia juga mengambil mangkuk dari kabinet. Jungkook pula memang sudah lama meratah Tteobukki itu. Rupa makan macam gelojoh, maknanya sedaplah itu.

Joy mengekori Ha Young yang membawa makanannya ke bilik. Memang dia sudah lama buat rumah itu macam rumah sendiri. Sebaik sahaja mereka sampai ke bilik,

'Ha Young!'

'Kau kenapa?' Ha Young mengangkat kening. Aneh pula melihat Joy kali ini. Dia meliang-liukkan tubuhnya macam perempuan miang yang selalu dilihat di sekolah.

'Handsomenya budak-budak lelaki itu! Mereka siapa?' Mata Joy bersinar. Sebab itu dia ikut Ha Young masuk bilik. Malu pula sekiranya Sehun dan Jungkook mendengar yang mereka dijadikan bahan gosip.

'Oh, lupa pula aku kenalkan. Mereka sepupu aku,'

'Serius?!'

'Ya serius,' balas Ha Young selamba.

'Kau tidak beritahu aku pun yang kau ada sepupu handsome,' kata Joy dengan nada menuduh. Ha Young menggulungkan matanya ke atas. Mula sudah Joy ini. Memang tidak boleh melihat lelaki yang ada rupa!

'Manalah aku tahu. Bila tiba dari Jepun je semalam tup-tup mereka ada di rumah. Lagipun, last aku tengok mereka ialah masa aku lapan tahun,' terang Ha Young, sambil-sambil dia menghirup kuah Tteokbukki itu. Oh, sedapnya.

Choco melompat keatas katil. Joy membelai kucing itu tanpa sedar. 'Eh, yang seorang lagi siapa nama?'

'Yang mana? Yang kau jumpa di pintu pagar tadi ke?' Ha Young bertanya.

'Haah,' Joy mengangguk teruja. 'Pada mata aku, dia yang paling handsome,' sempat lagi info itu ditambah. Joy juga sudah tersenyum gatal.

'Yang tinggi macam galah itu nama dia Junhong,' 

'Umur berapa? Birthday bila? Sudah berpunya atau tidak?' 

'Amboi kau,' tegur Ha Young. Tetapi dia tidak hairan dengan Joy sebab hampir setiap hari Joy tukar artis kegemarannya. Sekejap EXO, sekejap minat Kim Soo Hyun, sekejap minat Yonghwa, sekejap lagi mesti minat Winner. Crush juga selalu bertukar-tukar. 

'Alah, mana tahu kalau aku berjodoh dengan dia, hubungan kita upgrade tau daripada BFF kepada ehem... isteri sepupu kau. Hehe,' Joy terkekeh ketawa.

'Yalah bakal isteri sepupuku,' Ha Young menyindir sinis. 'Umur dia sama dengan kita, bila birthday aku tidak ingat dan samaada dia sudah berpunya atau tidak sila tanya sendiri pada empunya badan sebab aku tidak minat mahu ambil tahu,'

'Hish, macam ini kawan,' Joy merungut.

Tapi yang pastinya, dalam kepala Joy, dia sudah buat perancangan mahu melepak dirumah Ha Young hari-hari. Nanti dapatlah dia menghadap si Junhong idaman hati! Ah! Sukanya Joy apabila dia memikirkan tentang budak lelaki itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)