Sepuluh

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

"Ish!" Eunji mengeluh, fikirannya melayang dari tadi.

Entah kali keberapa di mendesah pun tidak tahu.

"Kenapa Eunji?" Naeun bertanya.

"Tiada apa," Eunji mengelak, membenamkan mukanya ke bantal. Lebih tepat kusyen ruang tamu di kediaman Son. Sambil-sambil dia terbaring macam anak dara yang tidak senonoh.

Nasib baik tiada Dongwoon. Kalau tidak, buat malu je.

Namjoo tiba dengan membawa makanan segera yang dipesan dari luar. Banyak. Ada pizza, chicken and beer, jjangmyeon, ddukbokki, sundae, ada juga patbingsu untuk melegakan tekak yang kering. Macam untuk sepuluh orang makan. Dua tiga kali jugalah dia berulang alik dari pintu hadapan ke ruang tamu. Wajahnya sudah masam, namun apa boleh buat? Hayoung tiada makanya dia jadi maknae. Mustahil dia mampu mengarah-ngarah Eunji yang sedang bad mood atau Naeun si pemilik rumah, nanti kena halau pula.

Dan percayalah, itu semua bakal habis licin dan berakhir di dalam perut beberapa orang gadis yang kurus-kurus.

Badan punyalah kurus, tapi nafsu makan punyalah besar. Masa makan punyalah tidak ingat dunia, tapi selepas makan mesti ada adegan "OMG, aku rasa aku dah gemuklah,", "Menyesal aku makan banyak-banyak, dahlah bayar mahal,", "Mana ada kakak gemuk, Namjoo ni lagilah naik berat badan," dan yang seangkatan dengannya.

Namjoo memandang Naeun, wajahnya tertanya-tanya dengan keadaan si Eunji yang masih berkeluh kesah. Naeun sekadar mengangkat bahu.

Tidak lama kemudian, Bomi dan Hayoung tiba di rumah agam itu. Memang mereka buat rumah Naeun macam rumah sendiri, sebab ibu bapa Naeun sibuk menguruskan perniagaan di cawangan London, abang Naeun Dongwoon juga lebih sibuk kerana sudah menjadi pelajar kolej. Tambahan lagi, abangnya itu melanjutkan pengajian di US. Naeun selalu sunyi, jadi dia dengan ahli persatuan pelajar yang lain selalu buat makan-makan. Dengan perempuan sahajalah, sebab kalau tidak confirm Kai jelly. Secara peribadi (kononnya), Hayoung kurang setuju sebab dia merasakan yang Kai terlalu mengongkong. Walhal hakikat sebenar dia terlepas peluang untuk mencuci mata memandang crushnya iaitu ketua pelajar tahun lepas. Nasiblah Junmyeon sudah jadi pelajar kolej. 

"Buat apa beli Starbucks? Bukan ada patbingsu ke," Namjoo mengangkat kening. Bukan apa, dia masih terkenangkan susah payahnya membawa patbingsu supaya tidak tertumpah tadi. Walaupun ianya berbungkus, but still...

"Kak Bomi ni hah, tiba-tiba mengidam Caramel Latte pula," terang Hayoung, sikit-sikit cuba meletakkan beban kesalahan ke atas Bomi. Bomi menjeling.

"Eleh. Padahal dia yang mengada-ngada nak frappucino, venti pula itu," Bomi mencebik. Hayoung tersengih.

"Eh Hayoung bukan kau kata kau ada assignment Chemistry dengan kawan-kawan kau ke," Namjoo bertanya. Bukan apa, ketika dia menelefon Hayoung tadi, gadis itu mengatakan mungkin kali ini dia tidak dapat datang.

"Kena batal sebab adik Chanmi tiba-tiba masuk hospital," kata Hayoung. Dan Sooyoung dapat berpasangan dengan si Junhong untuk assignment Sejarah, dan dia kata dia lebih pilih budak tu dari kitorang, yang itu Hayoung luahkan dalam hati.

"Sudah-sudah, aku dah lapar dah ni," Naeun mencelah. Tanganya digosok-gosokkan sambil memandang ayam dihadapannya dengan penuh bernafsu.

"Kau ni kenapa? Mesti dipengaruhi budak Kai tu," Bomi mengusik.

"Mestilah kak. Naeun mula kurang sikit dengan ayam ni, tapi sebab dia selalu bawa dating pergi makan ayam goreng, ketagih pula," Naeun tersenyum-senyum. Dia sudah mencapai ayamnya yang kedua.

"Kenapa kak Eunji tak makan?" Hayoung bertanya. Semua orang yang sedang mengunyah makanan terhenti seketika. Eunji yang masih menyembamkan wajah ke kusyen memalingkan wajahnya ke arah Hayoung.

"Eunji," tiba-tiba suaranya berubah menjadi lebih serius, "kau ada masalah dengan Chanyeol lagi ke?"

Eunji menoleh ke arah Bomi. Lama mereka berpandangan, seolah-olah mereka berbual melalui pandangan mata. Yang lain mendengar dengan penuh minat.

"Mana kau tahu?" serak suara Eunji membalas.

"Hey, ini Bomilah," kata Bomi mendabik dada.

"Hmmm..." Eunji mengeluh buat kesekian kalinya. "Aku tak fahamlah dengan mamat tu. Konon tak mampu tunggu, ajak clash, tapi kalau aku cakap sikit dengan lelaki lain dia dah marah, bila aku tak jawab panggilan dia, dia naik angin, bila aku tak dapat nak keluar sebab ada latihan dia dah berdiri depan bangunan Cube bila aku habis latihan tengah malam kemudian tanya macam-macam macamlah aku ini teman wanita dia," panjang Eunji mengomel. "Stress aku dibuatnya. Sudahlah CEO selalu pesan jangan couple kalau nak debut. Tapi makin dipesan, makin dia buat perangai,"

"Yalah, diakan anak CEO tu," celah Namjoo.

"Memanglah, tapi dia juga yang ajak clash. Ish, menyesal aku couple dengan dia dulu, kan dah pening kepala aku," Eunji menggelengkan kepala.

"Ish kau ini, tak baiklah kau menyesal macam itu sekali. Kau lupa ke, dahulu sanggup tahu dia belikan kau coklat dari Germany, bunga dari Netherland semata-mata untuk propose kat kau jadi girlfriend dia, kemudian keluar dari limosine betul betul depan kau dan pintu pagar sekolah," Bomi mengingatkan.

"Laa... rupanya macam itu cara Chanyeol propose pada kak Eunji. Sweetnya," Namjoo sudah berangan-angan.

Hayoung juga mengangguk. "Macam cara Chuck lamar Blair jadi girlfriend dialah, si Chanyeol itu tengok Gossip Girl ke apa," dia mengomen. Sempat lagi menyelitkan tentang drama Gossip Girl.

"Memanglah romantik.... tapi...." Eunji tidak tahu mahu berkata macam mana lagi. Makanan langsung tidak bersentuh sebab hilang selera.

"Tapi apa?" Naeun mencelah. Telinganya dibesarkan, dia tidak mahu terlepas apa apa.

'Tapi...emmm... entahlah," Eunji mengeluh lagi tanpa sedar. "OMG kan bagus kalau aku ada otak geliga macam kau Bbom, tak payahlah aku sama tahun dengan Chanyeol dan tak payahlah aku kenal dia dan tak payahlah aku couple dengan dia," Eunji mengusutkan rambutnya. Perasaan bengang, jengkel, keliru, marah dan sedih sedang bercampur baur dalam diri. Oh tentang Bomi, walaupun dia itu gila-gila dan kadang-kadang (lebih tepat selalu) bengong sikit otaknya, tapi dia budak genius. Selalu dapat ranking ketiga dibelakang Junmyeon dan Chorong. Tapi itu kalau dia tidak belajar. Pernah sekali dia belajar sedikit sahaja, itupun malam terakhir sebelum peperiksaan mereka dan mendapat seratus untuk semua mata pelajaran. Sebab otak itulah dia dapat lompat tahun. Hasilnya, dia sudah graduate dari sekolah tinggi dan sekarang menyambung pelajaran di Korea University dalam bidang yang jauh sekali daripada bidang akademik iaitu fashion design.

Huh, dunia ini memang tidak adil. Dan kita selalu tidak mendapat apa yang kita mahu. Yang tidak mahu dapat pula. Maka terpaksalah berusaha.

"Macam inilah. Kau masih suka pada dia atau tidak? Jawab betul-betul Eunji," Bomi seperti mengugut Eunji.

"Memanglah aku masih suka pada dia","Siapa tidak suka, klon Chuck Bass kot," Namjoo mencelah, mulutnya terkunci selepas menerima jelingan maut Eunji, "dan aku tahu dia masih suka kat aku, tapi takkan dia tak mampu tunggu aku dan biarkan aku capai cita-cita aku kalau dia betul-betul sayangkan aku," katanya kesal.

"Entahlah," Naeun ikut mengeluh. "Sebab dia anak CEO Cube dan kau jadi trainee Cube lah ianya menjadi sukar, kau tahu bukan tentang possible scandal nanti. Kalau kau debut takut jejaskan kedudukan kau orang berdua kalau orang tahu. Silap-silap stock Cube jatuh, dan kau sukar nak debut. Lebih teruk sekiranya mengundang antifan," Naeun mengingatkan.

Haih, susah juga bila sudah jatuh cinta dengan anak orang kaya ini. Nasib kaulah Eunji.

 

 

 

Hai dan anyeong (ni mengada nak pakai dua bahasa) readers. Sorry sangat sangat kat readers sebab authornim korang ni dah berkurun tak update. Baru malam ni ada semangat nak update cite ni dan Hunhan's Cupid. Anyway authornim taklah ada writer block sangat, tapi lebih kepada takde motivation nak tulis cerita. Apa taknya, authornim korang ni gagal exam tahun lepas pastu kena ulang setahun. Sapalah yang bersemangat kalau macamtu, ye dak?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)