Tujuh

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Sejak hari kejadian, Joy memang mencari alasan untuk melepak dirumah Ha Young. Geleng kepala Ha Young dibuatnya. Macam orang gila bayang. Haish... Nasiblah ada BFF yang macam ini. Tapi dia tetap tidak berani mahu memulakan perbualan dengan Junhong. Seganlah katakan. Malu tapi mahu.

Sebenarnya, dari dahulu Joy dan rakan-rakan yang lain memang suka melepak dirumah Ha Young. Ini kerana, Tuan dan Puan Oh selalu sahaja ada business trip. Lagipun housekeeper mereka tidak tinggal bersama. Jadi mereka bebas buat apa-apa sahaja dirumah itu. Biasanya mereka akan menonton wayang ataupun sleepover. Puan Oh juga tidak kisah, lagi dia suka adalah. Memang budak-budak perempuan itu dia sudah anggap macam anak sendiri (walaupun mereka sebaya dengan cucunya Ha Young). Tidaklah sunyi rumah agam itu.

Pada hari itu, yakni seminggu lagi mahu bermula semester pertama bagi tahun itu, Ha Young diajak (sebenarnya dipaksa) untuk menemani Sehun, Junhong dan Jungkook membeli pakaian seragam. Maka sebab itu sekarang mereka berada di kedai yang menjual uniform sekolah di kawasan Gangnam.

Ha Young merenung bosan apabila si nenek bersemangat menyuruh Sehun, Junhong dan Jungkook memperagakan pakaian sekolah. Macam mahu disuruh jadi model pula.

'Youngie, kamu rasa ok tak?' Puan Oh bertanya. Ketika itu Sehun sedang berdiri di hadapan mereka dengan tangan yang diletakkan di dalam poket seluar. Memang persis model di runway. Entah kenapa dia pakai sunglasses pun Ha Young tidak tahu.

'Tiada beza debgan yang tadilah nek. Apalah nenek ini. Padahal uniform semua sama,' Ha Young merungut. Hai, kalau tidak kerana dipaksa mesti dia sudah menelefon Joy, Yerin dan Chanmi untuk melepak bersama-sama di mana-mana pusat membeli-belah. 

'ish, kamu ini. Mana ada sama. Ini hah, nenek mahu uniform mereka betul-betul terletak, betul-betul sempurna dengan badan masing-masing. Barulah lawa, nampak smart dan makin handsome,' Panjang penerangan Puan Oh. 

'Apa-apalah nek,' Malas Ha Young mahu berdebat. Nanti bergaduh pula. Kalau nenek merajuk siapa susah nanti? Ha Young juga. Tapi jaranglah mereka bergaduh lama-lama walaupun ada love-hate relationship antara kedua wanita itu. Ha Young kembali menumpukan perhatian kepada permainan Flappy Bird.

Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya mereka selesai juga dengan urusan membeli uniform sekolah Sehun, Junhong dan Jungkook. Masing-masing membeli dua pasang uniform. Ha Young kena suruh beli juga, tetapi dia malas sebab uniform tahun lepas masih elok lagi.

Baiklah duit itu digunakan untuk membeli makanan atau pakaian baru atau aksesori. Beli perfume pun ok juga, sekarang dia sukakan wangian Kenzo Flower.

Selesai minum di Starbucks, mereka kembali semula ke butik-butik berjenama. Ah! Barulah Ha Young bertenaga mahu membeli-belah! Setelah memeriksa dompet sekali lagi dan yakin bahawa dia tidak tertinggal kad kredit di rumah, Ha Young bersemangat mengorak langkah ke H&M, Cotton On dan Zara. Kenapa? Sebab dia tidak terlalu sukakan style yang girly macam di butik Gucci atau Guess. Dia lebih kepada jenis yang sukakan style yang simple dan casual tetapi masih nampak bergaya. Nasib baik selama ini Ha Young dan neneknya satu kepala dalam bab membeli-belah ini.

Ha Young mencapai kardigan jenis knitwear warna lalu dicuba-cuba pada tubuh. 'Nek, ok tidak?'

Tetapi sekali tengok Puan Oh sibuk pula melayan mereka bertiga.

'Kenapa ini?' Wajah Ha Young berubah. Dia nampak Sehun menjelirkan lidah kearahnya dalam tempoh sesaat sebelum kembali menjadi cucu paling mithali di hadapan Puan Oh. Mahu balas kembali pula dia menghadap Puan Oh.

'Alah, sekali-sekala belanja Hunnie, Hongie dan Kookie apa salah? Buat berdebu sahaja kad kredit kalau tidak digunakan,' Cis. Ha Young pula kena pakai kad kredit sendiri. 

Mereka lupa bahawa orang yang bertanggungjawab membayar hutang kad kredit ialah Tuan Oh. Mujurlah duit dalam bank berkepuk.

Sambil-sambil Ha Young memilih pakaian, sempat juga dia memandang kearah mereka bertiga.

Sehun jenis yang suka padanan jeans dan jaket. Jaket yang dipilih pula bukannya hanya satu warna, tetapi ada jenis strip, ada jenis polka dot dan ada juga jenis plaid-pattern. Memang tabik Ha Young kepada citarasa Sehun. Tetapi Sehun juga masih bergaya walaupun sekadai T-shirt dan snapback. Sehun juga amat berminat dengan snapback dan sunglasses. 

Junhong pula sukakan street fashion. Dan pada pemerhatian Ha Young, setelah tinggal bersama selama beberapa hari, Junhong juga cenderung terhadap denim. Pada kala orang lain nampak awkward bila memakai denim, Junhong pula nampak amat sesuai macam model. He definitely pull it off the best! Pendek kata, antara mereka bertiga Junhong yang paling pandai bergaya dalam bab pakaian ini.

Jungkook paling tidak cerewet memilih pakaian. Dia ok sahaja dengan T-shirt, tetapi Jungkook juga selalu memilih hoodie. Cara yang paling senang untuk bergaya bagi lelaki sekiranya noob sangat, fikir Ha Young. Tetapi yang membuatkan Ha Young tertarik ialah kegemaran Jungkook terhadap sneakers. Selain itu, Jungkook juga sangat sesuai mengenakan pakaian bercorak petak-petak dengan jeans. Sejuk mata memandang Jungkook. 

Rasanya mereka juga selalu tukar-tukar snapback, sebab snapback yang dipakai Sehun ketika pertama kali dia dan Ha Young berjumpa kini terletak kemas diatas kepala Jungkook. Mudahnya menjadi lelaki, senang mahu berkongsi barang.

Selepas beberapa jam berlegar di kawasan membeli-belah itu, pemandu keluarga Oh menjemput mereka betul-betul dihadapan pintu masuk utama. Penuh jugalah bonet kereta dengan barang-barang mereka berempat, termasuklah beg tangan Chanel dan kasut tumit tinggi jenama Charles and Keith yang baru dikeluarkan milik Puan Oh. Ha Young mengeliat. Terasa sekejap pula cuti kali ini. Minggu depan sudah masuk kelas. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)