Satu

Oh Ha Young dan Tiga ekor Monyet.

Ha Young mengeluh buat kesekian kalinya. Langsung tidak terasa keseronokan melancong ke Jepun kerana kata-kata nenek dan datuknya tiga hari yang lalu.

'Youngie,' Puan Oh menyapa Ha Young yang sibuk mengemaskan barang-barang kedalam bagasinya.

'Ya nek?' balas Ha Young tanpa melihat. Al maklumlah, orang sedang syok mahu bercuti ke rumah kak Naeun. Di Jepun lagi itu. 

Puan Oh melihat kuantiti barang yang sudah selamat dimasukkan ke dalam bagasi Ha Young. Gaya berkemas macam tidak mahu balik lagi ke Korea. 

'Banyaknya kamu kemas,' Puan Oh memberi komen. 'Sudah tidak mahu balik ke?' Betul juga. Cutinya itu lima hari sahaja.

Tangan Ha Young terhenti apabila dia mendengar komen sinis neneknya itu. Ha Young tersengih macam kerang busuk sebelum dipeluknya badan si nenek daripada belakang.

'Alah, nenek pun sama juga, asyik asyik teman datuk pergi business trip. Australialah, Chinalah, USlah. Minggu depan pun pergi UK. Ke nenek pergi honeymoon?' 

Usikan yang nakal itu dibalas dengan cubitan ketam. 'Aduh!' Ha Young mengaduh. Puan Oh tersenyum sinis.

'Itulah, ejek lagi,'

'Orang main-main jelah nek,' Ha Young memuncungkan mulutnya. Ha Young... Ha Young... perangai tidak serupa langsung dengan muka.

Dari luar, Oh Ha Young nampak lagi tua dari umur sebenar. Dia juga tinggi melampai. Hendak buat macam mana, sudah genetik tinggi. Lihat sahaja datuk Ha Young. Tinggi dan sasa. Duit juga berkepuk di dalam bank. Sebab itu nenek Ha Young begitu menitikberatkan kecantikan diri. Siapa tengok nenek Ha Young mesti ingat wanita tua berumur lima puluh lima tahun itu masih lagi macam wanita empat puluhan. Masih aumm gitu. Mengancam jiwa dan raga. Nasib baik Ha Young menentang habis-habisan rancangan nenek untuk membuat pembedahan plastik. Hendak buat macam mana, isteri businessman.

'Yelah, yelah, kamu ini perangai mengalahkan budak-budak,' Nenek Ha Young merungut. 

'Nenek rungut pasal Ha Young pun nenek sayang juga cucu nenek ini,' Ha Young tersengih lagi sebelum menyambung tugasan yang terbengkalai sebelum ini. ya, kerana dia berkematian ibu bapa akibat kemalangan, dia tinggal bersama nenek dan datuk yang begitu memanjakannya. Dengan wang ringgit dan juga kasih sayang.

'Apa-apalah. Ini baru nenek mahu beritahu, mulai minggu depan, Hunnie, Hongie dan Kookie akan datang tinggal dengan kita,'

Ha Young menoleh kearah nenek kesayangan. 'Apa itu Hunnie, Hongie dan Kookie nek? Nama anak anjing ke nek?' Kepala Ha Young diketuk.

'Anak anjing apa pula. Kamu lupa ke dengan sepupu-sepupu kamu? Anak Pak Long kamu. Cucu aku dikatanya anak anjing,' sempat lagi wanita itu membebel.

Kata-kata neneknya itu berjaya membuatkan Ha Young menghentikan segala tugasan. Minda Ha Young cuba mencerna apa yang dikatakan Puan Oh. Selesai semuanya, mata Ha Young terbeliak tanda tidak percaya.

'Kejap. Maksud nenek, Hunnie ialah Sehun, Hongie ialah Junhong dan Kookie ialah Jungkook. Sehun... Junhong.. Jungkook... apa?! Takkanlah mereka nek?!'

'Iyalah. Merekalah. Anak-anak teruna Pak Long kamu. Ini, Pak Long kamu telefon datuk kamu semalam. Katanya dia mahu hantar budak bertiga itu kembali ke Seoul. Bagus juga, tidaklah lupa jati diri daripada duduk lama-lama di LA,'

'Nenek! Ini bukan masa untuk jati diri. Alah! Nenek! Ha Young tidak sukalah dengan mereka! Anak-anak Pak Long itu semuanya nakal-nakal! Semua suka buli Ha Young!' Muncung bibir Ha Young. Tidak cukup dengan itu, dia turut menghentakkan kaki tanda protes

'Ish kamu ini! Kebudakkan sungguh. Masa kecil memanglah budak-budak itu nakal. Biasalah. Budak lelaki. Bila sudah besar panjang oklah,'  si nenek menjawab acuh tak acuh.

'Nenek, mereka itu bukannya kategori budak nek, mereka kategori monyet! Suka memek- nenek!' 

Tok! Sekali lagi kepala Ha Young diketuk. Kali ini lebih kuat dari tadi. Ha Young mengusap kepala yang rasanya sudah merah. Hai, silap haribulan boleh jadi bangang otak aku, fikir Ha Young dengan bengang. Tapi yalah, salah dia juga. Siapa suruh panggil sepupu sendiri 'monyet'. Depan nenek pula itu.

'Apa-apalha. Yang penting, keputusan muktamad! Kamu suka atau tidak, mereka akan tinggal disini!' Kata-kata itu diiringi dengan jelingan yang tajam. Ha Young mengeluh. Dia terasa bagaikan dirinya dijatuhi hukuman mati. Mandatori.

Ha Young mencebik kembali apabila teringat kembali budak-budak lelaki yang tidak disukai itu. Seingatnya, kali terakhir dia berjumpa dengan mereka ialah semasa dia berusia lapan tahun. Tak silap juga, Sehun setahun lebih tua, Junhong sama umur dan Jungkook muda setahun.

Sehun pernah mengurung Hazel kesayangan Ha Young di dalam bilik stor yang memang dipenuhi dengan banyak benda selama beberapa jam. Daripada mereka pergitadika sampailah pulang daripada tadika. Puas Ha Young mencari, rupanya kucing itu sudah nyawa-nyawa ikan kelaparan. Sekarang Hazel sudah meninggal, tetapi anaknya Choco menjadi pengganti.

Junhong pernah mencabut kepala patung Barbie milik Ha Young suatu masa dahulu. Datuk Ha Young membelikannya untuk Ha Young sebagai hadiah hari lahir ke tujuh. Malangnya, sehari kemudian patung itu tidak lagi dapat dimainkan. Tidak jadi sesi mahu menunjuk kepada kawan-kawannya. Si pesalah itu pula sudah kembali kerumah.

Jungkook pernah menconteng lukisan Ha Young. Kesalahan itu sebenarnya tidaklah berat sangat. Masalahnya, Ha Young mahu menghadiahi lukisan itu kepada ehem ehem yang bernama abang Jae Joong. Tapi kerana Jungkook, habis tergendala rancangan. Tidak cukup dengan itu, kotak krayon Ha Young juga habis rosak. Sampai menangis Ha Young dibuatnya. 

Sampai sekarang, Ha Young tidak tahu siapa yang boleh dikategorikan sebagai 'Pesalah Paling Berat dan Layak Dijatuhi Hukuman Buang Negeri'.

Rasa jengkel masih ada. Dulu-dulu, Sehun suka ejek Ha Young. Junhong suka tarik rambut Ha Young. Jungkook suka curi perhatian yang Ha Young dapat.  Argh, boleh trauma dibuatnya.

Splash! Dalam kesibukkan melayan kenangan lama, Ha Young jadi basah kuyup apabila rakan-rakan semuanya mengenakan dia.

'Hahahahahahahaha!!!!' Bomi dan Namjoo sudah gelak memanjang. Gelak macam orang lelaki.

Ha Young mengetapkan bibir geram. 'kau berdua dah kenapa?'

'Itulah! Siapa suruh berangan,' Eunji tersenyum puas, gembira dapat mengejek Ha Young. Orang pergi mandi manda di Tokyo Disneysea untuk bergembira, tapi Ha Young pula macam pergi bertafakur. Termenung memanjang.

'Yalah tu. Jaga kau!' Ha Young kembali kepada mode 'budak-budak'. Habis dikejarnya Chorong, Bomi, Eunji, Naeun dan Namjoo. Terjerit-jerit mereka di sana. Langsung tidak menjaga etika diri selaku seorang perempuan. Tapi biarlah! Nama lagi bercuti, mestilah untuk berseronok!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amani123
#1
Chapter 9: Kalau la diorang ckp hayoung gooddess kat sekolah tu kat sehun mesti berguling guling dia gelak kat lantai
ilirsyana #2
Chapter 8: ouhh jungkook ngan jimin sebaya ngan ha young . hoho get it . hm bestnyaa dpt sepupu hensem muhahaha
happineseu
#3
Chapter 8: xD Joy joy..
happineseu
#4
Chapter 7: Hebat nye dorg bershopping, xD
ilirsyana #5
Chapter 7: amboii . chanel , charles and keith , h&m
happineseu
#6
Chapter 5: Kau sebat dorg seko2 Hayoung xD, biar berpijak di bumi nyata sketq
amani123
#7
Chapter 5: kesian hayoung sabar je lah ye hayoung
misz_dina #8
Chapter 4: Jngn lupe update ye
misz_dina #9
Chapter 4: Woah,citer yg best...
NaughtyDevil
#10
Best kottt citernyee... ppalli update~~
Ta syabar nk bcee lgiiii ;)