Gila Bayang

My Beautiful Craziey Joker

  Kini sudah tiga minggu mereka tidak bertegur sapa.Jikalau HaeSeul lalu di sebelah meja Taehyung,dia pasti akan mengalihkan muka ataupun pura pura tidur.HaeSeul pula akan cuba untuk fokus pada buku dan headphone yang terpasang. Jimin pelik dengan kelakuan mereka berdua yang  sedang perang dingin.

 "Weyh V..Asal aku tgk sejak dua menjak ni kau cam monyok je?"pertanyaan Jimin membangunkan Taehyung daripada berangan di siang hari.Taehyung memandang Jimin sambil menggeleng.

 "Jumaat ni ada outing.Jom? Kita gi arcade?"tambah Jimin.Taehyung berfikir sejenak sebelum mengangguk tanda setuju.Jimin tersenyum girang.

--Jumaat--

 Jhope,Rapmoster,Jungkook,Jimin,Suga,Jin dan Taehyung sudah bersiap siap untuk keluar outing. Jin dan Suga juga ikut sekali untuk melepaskan tekanan serta menghirup udara bebas.Mereka mengenakan pakaian yang telah ditetapkan sekolah.Seluar slack dan baju outing sekolah.Ada yang membawa beg yang berisi pakaian tambahan.

 Mereka berjalan keluar selepas meletakkan kad outing di pos pengawal.Mereka menuju ke arah perhentian bas.Nasib mereka baik apabila bas mereka datang awal.Destinasi mereka adalah Mall.

--DiMall--

 Destinasi pertama yang mereka jejak adlah tandas untuk menukar pakaian.Jhope menukar tshirt dan memakai jaket serta topi.Suga pula memakai jeans yang koyak di lutut dan memakai tshirt hitam.Dia juga mengenakan topi dan cermin mata hitam.Swag lah katakan.Rapmonster hanya menukar tshirt sama seperti Jungkook.Jin dan Taehyung hanya kekal dengan pakaian mereka.Budak baiklah katakan.Pft...

 Mereka berjalan jalan di sekitar mall untuk mengisi perut mereka yang lapar sebelum berjalan ke arcade.Tiba nya di arcade,mereka bermain permainan yang mereka mahukan.Jimin dan Jungkook yang paling teruja sekali.Taehyung hanya memerhati.Dia melihat sekeliling.Matanya menangkap sesuatu yang menarik perhatian.

 "Hyung..aku nak gi kedai cenderahati tu,bleh?"Taehyung berbisik pada Jin.Jin mencari kedai cenderahati yang dikata oleh Taehyung.

 "Hyung pun nk gi gak.Suga,aku ngan V nak gi sane tau,"Jin berpesan kepada Suga yang sedang leka memberi sokongan kepada Jimin yang sedang bertarung dengan Jungkook permainan tembak menembak.Jhope dan Rapmonster pula sedang berlawan kereta di bahagian sana.

 Jin dan Taehyung berjalan ke arah kedai cenderahati.Kedai tersebut bolehlah tahan besar dan pelbagai.Taehyung terlebih dahulu melangkah meninggalkan Jin yang terkedek kedek di belakang.Taehyung membelek satu per satu barang yang ada.

 Tiba tiba matanya menagkap sebuah objek yang sangat menarik perhatian.Sebuah glob salji kecil tetapi berwarna warni.Di dalamnya terdapat Jack Frost dan Elsa yang comel.Jack Frost berada di sebelah sana manakala Elsa berada di sebelah situ.Taehyung mencapai glob slaji tersebut.Tiba tiba tangannya tersentuh tangan orang lain.Dia melihat siapakah pemilik tangan tersebut.Terkejut bukan kepalang apabila melihat tangan tersebut kepunyaan si gadis berambut hijau keputihan yang mengikat sanggul rambutnya.Di lehernya terlekap setia headphone purplenya.Rambut HaeSeul sedikit terjuntai.Taehyung tergamam melihat.Cantik.Desis hati Taehyung.HaeSeul juga terkedu melihat Taehyung yang memakai topi terbalik.Rambut Taehyung juga sedikit terjuntai.HaeSeul segera menarik tangannya lalu berlalu pergi meninggalkan Taehyung keseorangan.

 Taehyung tersedar daripada lamunannya tatkala disapa oleh Jin.

 "V? Kau kenape termenung?"Jin menyapa.Taehyung segera menggeleng dan menoleh ke arah Jin.Lagi sekali dia terkejut melihat seorang gadis yang boleh tahan cantik sedang berdiri sebelah Jin.

 "Hyung...sape ni..?"Jin hanya ketawa mendengar soalan bodoh Taehyung.

 "V,perkenalkan,ni Ailee.Partner Projek Saintis Muda hyung.Ailee,ni budak dorm saya.Taehyung.Panggil V aje,"Taehyung segera menunduk hormat pada Ailee.Ailee tersenyum simpul.

 "Jin,saya minta diri dulu.Kawan saya dah lama menunggu tu.Jumpa kat kelas nanti.Dan oh ye.Awak tak perlulah cari kertas karbon tu.Saya dah beli.Okay.Dan jangan lupa kirimkan salam saya kat gula hangus.Bye!"Ailee berjalan pergi meninggalkan Jin dan Taehyung yang terpinga pinga.Jin hanya tersenyum tawar.

 "Hyung..awek hyung ke tu?"

 "Merepeklah.Tu makwe Suga hyunglah.."Jin hanya tertawa.

 "Omo?! Jinjja?!?!?"Mereka berjalan keluar daripada kedai cenderahati.

--

 Taehyung terbaring di atas katil Jimin.Dia memandang keluar tingkap.Gelap dan mendung.Petanda akan hujan sebentar lagi.Di dorm,hanya ada Jungkook dan Jimin serta dirinya.Yang lain sedang tengok tv di bilik tv.

 Jimin melabuhkan punggung di sebelah Taehyung.Jimin mengelap rambutnya yang basah selepas mandi.Jimin melihat raut wajah Taehyung yang bagaikan baru putus cinta.

 "Oit...kau dah kenape..? Cam orang putus cinta je.."Jimin menyapa Taehyung.Taehyung menjeling ke arah Jimin.Jungkook yang sedang membuat kerjasekolah di tengah tengah dorm memandang mereka berdua.

 "V hyung putus cinta? Wow.."ujar Jungkook.

 "Mane ade!"Taehyung membaling bantal ke arah maknae.

 "Merepeklah.."tambahnya lagi.Jungkook hanya tersengih sengih lalu menyambung kerjanya.

 "Jimin........woii pendek!"panggil Taehyung.Jimin hanya memandang Taehyung dengan pandangan tidak puas hati.

 "Kau nak ape? Panggil aku pendek ni-_-."

 "Budak yang duduk belakang aku comel ann?"soal Taehyung.Jimin yang sedang makan potato chip tersedak.Botol air yang berada di depan Jungkook lantas dicapai dan diteguk laju.Jungkook terpinga pinga dengan perbuatan Jimin.

 "Hyung! Air aku lah! Sebagai balasan aku nak sikit potato chip kau!"Jungkook terkedek kedek ke arah Jimin sambil mengambil beberapa keping [otato chip milik Jimin.Jungkook duduk sekali dengan Jimin.Tangan disendengkan di ataas katil.

 "Woi V! Kau serius ahh? Comel?! Kau hilang akal ke?!"Jimin menyoal.

 "Dia comel dokh...Aku rasa aku dah gila bayang ngan dia.."ujar Taehyung.Jimin menggenleng tidak percaya.Jungkook mengangkat kening.

 "Sape perempuan tu ,Hyung?"Jungkook bertanya.

 "Joker sekolah.."Jungkook juga tersedak mendengar nama yang dia geruni.Bagaikan tidak percaya yang hyungnya gila bayang pada si rambut hijau keputihan.

 "Hyung! Aku doakan semoga hyung dapat hidup lama."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet