Ice Breaking

My Beautiful Craziey Joker

 "RAPMONSTER! Woi! Kau buat apa kat dia!? Lepaskan dia lah!"satu suara bergema di dorm mereka.Dengan serta merta lelaki yang mencengkam kolar baju Taehyung melepaskannya.

 "Kau nak apa Jin? Bukan kau patutnya ada kat kelas ke? Belajar.Tahun ni kan nak exam."Amboi,pandai cakap orang tapi diri sendiri?Taehyung mengomel.

 "Masalahnya kau gaduh ngan budak baru dorm kita.Hilang akal ke apa?"ujar lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka.Rapmonster mendengus.Dia berjalan ke sebuah locker.Mengeluarkan kunci lalu membuka locker itu.Mungkin itu lockernya barangkali.Dia mengeluarkan sepasang seluar dan sehelai tshirt.Dia berjalan ke belakang pintu dan menukar pakaian.Jin memandang Taehyung.

 "Hyung minta maaf.Hyung taktahu kenapa dengan diorang.Makin hari makin teruk.By the way,nama hyung Jin.Kim SeokJin.Panggil Jin je.Hyung ketua dorm ni.Hmm..okaylah.Hyung kene pergi kelas.Ada banyak kerja yang belum siap lagi.Jumpa kamu malam ni,"lelaki yang memberhentikan perbuatan Rapmonster sebentar tadi memperkenalkan diri.Jin berjalan ke arah Jhope yang sedang menukar pakaian di belakang pintu.Setiap dorm ada dua pintu.Pintu depan dan belakang.Memandangkan Rapmonster telah menukar pakaian di belakang pintu depan,Jhope mengambil tempat di belakang pintu belakang.Jin mengetuk pintu belakang.

 "Nae?"Jhope menjawab ketukan Jin tadi. 

 "Jhope,nanti bawak budak baru turun.Bawak dia jejalan ke joging ke.Hyung kene pergi kelas.Ada kerja tertangguh.Hyung pergi dulu,"ujar Jin.Taehyung melihat raut wajah Jin.Wajahnya sedih.Entah apa yang bermain di benak fikiran Jin.

 "Oh..Okay hyung,"jawab Jhope.Jin berjalan keluar.Dia memakai kasut seterusnya berjalan pergi.Bayangannya hilang di mata Taehyung.Taehyung duduk memerhati perlakuan Rapmosnter yang sudah siap berpakaian sukan.Jhope keluar daripada belakang pintu.Dia berjalan ke arah Taehyung.

 "Nak ikut kiteorg joging tak? Kalau nak joging g tukar seluar.Kau pakai seluar pendek mana sesuai.Nak ngurat perempuan ke apa?"ujar Jhope.Taehyung hanya mengangguk.

 "Ikut joging je lah.Jap aku tukar seluar,"ujar Taehyung.Dia berjalan ke arah lockernya.

 "Weyh,Rapmonster,dia dah blah kan?"suara Jhope kedengaran.Taehyung hanya buat buat tidak tahu sahaja.

 "Dah kot,"balas Rapmonster dingin.Jhope ketawa.Dia menumbuk bahu Rapmonster.

 "Alah Rapmonster.Janganlah ngajuk.Marah ke sebab aku ponteng prep tak bagitahu?"soal Jhope sambil tersenyum.Giginya yang putih dan tersusun rapi menambahkan lagi keceriaan pada senyumannya.

 "Of course lah aku marah.Kau ponteng tak ajak aku,"ujar Rapmonster.

 "Masalahnya aku tak tahu pun benda ni akan berlaku.Aku rancangan kita tuh malam.Tapi tak sangka pulak dia balik dorm betul betul.Lakonan kita memang daebaklah bro!"ujar Jhope ceria.Rapmonster tersenyum bangga.

 "Biasalah.Rapmonster.Sape tak kenal?"katanya pada Jhope.Jhope hanya mencebik.Taehyung sudah siap berpakaian sukan.Dia berjalan ke arah Jhope.

 "Err..Jhope..aku dah siap,"kata Taehyung perlahan namun masih diddengari dua orang manusia yang berada di sepan Taehyung.Jhope memandang Taehyung.

 "V.Aku perkenalkan.Ni..err..alah Rapmonster,kau perkenalkan diri kau sendirilah,"ujar Jhope.Taehyung memandang Rapmonster.Rapmonster menghulurkan tangan.Taehyung agak teragak agak sama ada ingin menyambut atau di biarkan saja.Tapi kalau dibiarkan saja nanti dikata sombong.Mahu tak mahu,Taehyung menyambut huluran tangan Rapmonster.

 "Salam perkenalan.Nama Kim Namjoon.Orang panggil aku Rapmonster kat sini.Kau nak panggil aku apa aku tak kisah.Aku sekelas dengan Jhope.4 Hyerty,"Rapmonster memperkenalkan diri.

 "Err..aku Kim Taehyung.Kat sekolah lama orang panggil aku V.Aku kelas 4 Twerp,"Taehyung memperkenalkan dirinya pula.Rapmonster tersenyum.

--

 "So..apa function korang gaduh depan Jin hyung tadi?"Taehyung tiba tiba bersuara.Kini mereka berehat di sebuah bangku di depan gelanggang tenis.Jhope dan Rapmonster saling memandang.

 "Perlu kita bagitahu dia?"ujar Jhope kepada Rapmonster.

 "Perlu.Dia perlu tahu perangai ketua dorm dia,"ujar Rapmonster.

 "Err..V,pergaduhan tadi hanyalah lakonan semata mata,"Jhope mula bercerita.

 "Lakonan?"

 "Yupp..aish..biar aku citer dari kita jumpa tadi.Hah,Rapmon,kau pun dengar sekali sebab aku ponteng prep secara tak sengaja tadi,"ujar Jhope.Rapmonster terus memandang Jhope.Jhope memulakan ceritanya.

--

 "Dan...masa kita berbual tadi,Rapmon tiba tiba datang.Actually dia baru balik dari prep..,"

 "Dan masa tuh juga aku dapat idea nak mempercepatkan plan kita.Kalau diikutkan perancangan,patutnya malam ni kiteorg cari gaduh.Tapi tak tahu pula kau balik asrama awal.So,dijalankan cepat.Dan secara kebetulan pulak dia balik asrama petang ni,"ujar Rapmonster.Taehyung hanya mengangguk.

 "Tapi asal korang buat semua ni?"soal Taehyung.Daripada tadi,itulah soalan yang bermain main di kepalanya.

 "Sebab...dia ketua dorm yang teruk.Dia jarang balik dorm.Dia selalu kat kelas.Kalau lepas prep petang,mesti dia stay.Lepas prep malam pulak dia balik lambat.Kiteorang nak tgk dia pun kadang kadang susah.Bukan kadang kadang,memang susah pun nak jumpa dia.Segala hal dorm dia macam buat tak endah.Kalau kiteorang gaduh ke apa,dialah orang yang paling last tau.Then,dia xde buat apa apa tindakan.Jin hyung tu memang baik.Memang baik.Selalu teman kiteorang.Selalu ajar buat kerjasekolah.Kalau ada masalh or kiteorang home sick ke apa,mesti dia orang first yang tenangkan kiteorang.Tapi tu dulu.Sebelum kiteorang cuti dua minggu.Naik je sekolah dia terus berubah 100%.Pada mulanya kiteorang ingat dia selalu stay kat kelas sebab nak belajar tapi...,"Jhope tidak dapat meneruskan ceritanya.Hatinya menjadi sebak.Rapmonster menghelah nafas panjang.

 "Tapi... dia dating ngan seorang budak perempuan.Kat kelas.Jhope ngan Jimin,budak dorm.Kau belum kenal ngan dia lagi.Dia sekelas ngan kau.Ok,back to story.Jhope ngan Jimin lalu depan kelas dia.Diorang berdua ni nampak Jin sedang gelak tawa dengan seorang budak perempuan sekelas dia.Since tuh kiteorang dah tak caye Jin hyung lagi.Pernah lah jugak kiteorang tanya Yoongi hyung tapi hyung diam je.Dia kata dia tak tahu apa apa.Then kiteorang merancang untuk membuat lakonan segala bagai.Dengan itu kiteorg dapat menarik dia untuk kembali fokus ke kiteorang,"terang Rapmonster panjang lebar.Jhope mengelap titisan air mata yang menitis.

 "Jhope? Kau nangis? Asal?"soal Taehyung kebingungan.Rapmonster menepuk nepuk bahu Jhope.

 "Dia ni memang.Sensitif sikit,"ujar Rapmonster.

 "Mana ada aku sensitif.Aku just mcm tak caye yang Jin hyung dah berubah.Dulu dia selalu lepak ngan kite.Dulu dia selalu tenangkan kita kalau homesick.Aku nak Jin hyung yang dulu,"ujar Jhope.Tiada lagi titisan airmata namun sedunya kedengaran.

 "Dah dah.Jangan risau.Tak lama lagi kita akan dapat Jin hyung yang dulu,"Rapmonster menenangkan Jhope.

 "Ha..aku lupa nak tanya..Asal masa gaduh tadi kau usap rambut aku? Xde keje ke apa hah?!"Rapmosnter bertanya kasar.Taehyung hanya tersenyum yang menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun.

 "Err..mencantikkan lagi lakonan?"jawapan Taehyung mengundang tawa Jhope dan Rapmonster.

--

 >Selepas prep malam<

 Semua ahli dorm berkumpul di tengah tengah.Mereka membuat bulatan.Mereka semua memandang Taehyung yang bermuka selamba.Selepas sahaja,ketua dorm melabuhkan punggung,maka bermulalah sesi perkenalan.

 "Annyeong.Seperti yang kita tahu.Hari ini adalah hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu(second-intake) Dan Pengambilan Pelajar Tingkatan Empat Baru.Dan,kita menerima seorang ahli dorm yang baru.Err..sebelum tu..boleh tak kamu perkenalkan diri kamu? Err..dalam perkenalan tu mesti ada nama,kelas,nama panggilan,hobi dan cita cita."ujar Jin.Taehyung hanya mengangguk.

 "Hai.Nama aku Kim Taehyung.Just call me V.Aku kelas 4 Twerp.Hobi aku...errmmm layan internet.Cita cita...belum sure,"ujar Taehyung.Dia tipu.Sebenarnya dia telah membina azam yang kuat sejak mendengar cerita tentang keadaan dormnya.Azamnya ingin mengeratkan semula hubungan diantara ketua dormnya dengan rakan rakan dormnya.

 "Ok..Suga mula dulu..Ikut turn,"ujar Jin.

 "Annyeong.Nama hyung Min Yoongi.Panggil Suga hyung je.Hyung kelas 5 Twerp.Hobi hyung buat lirik.Pelikkan? Patutnya baca buku.Cita cita hyung nak jadi penulis lirik yang berjaya,"terang seorang lelaki yang berkulit putih susu.Matanya sepet.Comel.Mata Taehyung beralih ke lelaki sebelah Suga.Daripada tadi muka dia blur sepertinya.

 "Annyeong.Hai.Nama aku Jeon Jeongguk.Panggil Jungkook je senang.Kelas 2 Twerp.Hobi? Ermm...hobi aku mengacau dan menyakat orang terutamanya Jimin hyung.."

 "Yah! Why me?"bilang seseorang.Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Jungkook tersengih.Bibirnya sangat menawan.Lelaki berteriak tadi hanya menggeleng kepala.

 "Annyeonghaseyo.I'm Park Jimin.Jimin only.Aku sama kelas ngan kau 4Twerp.Hobi aku menari.Cita cita aku nak jadi penari,"ujarnya.Daripada luaran dia mempunyai  mata yang menawan.

 "Annyeong.Aku Jung Hoseok.Jhope je.Kelas 4 Hyerty.Hobi? Sama macam Jimin.Menari.Cita cita? Pun sama mcm Jimin,"Jhope perkenalkan diri.Adegan petang tadi masih terbayang bayang di kepala Taehyung.

 "Hai.Aku Kim Namjoon.Rapmonster.Kelas 4 Hyerty.Sekelas ngan Jhope.Hobi..buat lirik jenis rap..Cita cita nakjadi orang kaya."Di penghujung perkenalan diri Rapmonster mengundang ketawa mereka semua.Kini tiba giliran Jin.Jin menarik nafas dalam dalam.Semua memandangngnya.

 "Annyeong.Nama hyung Jin.Kim SeokJin.Panggil Jin aje.Hyung kelas 5 Twerp.Sekelas ngan Suga hyung.Hobi hyung memasak.Cita cita hyung nak jadi Saintis,"ujarnya.Taehyung hanya  mengangguk.

 "Ok..kalau dah xde pape boleh bersurai lah/Hyung nak gi siapkan kerja kat bilik study.Ape ape hal cari hyung kat sana,"ujar Jin seraya menutup majlis.Jin bangun ke katilnya.Dia mengambil buku dan earphonenya.

 Suga pula memanjat ke katilnya.Da merebahkan diri di atas tilam empuk.Jimin memandang Taehyung.

 "Kau katil mane,v?"soalnya.Taehyung menunjuk ke arah katil tingkat atas.

 Setiap dorm dibekalkan katil double decker.Katil Jin di bahagian bawah berdekatan dengan pintu.Bhagian atas pula di duudki oleh Jungkook.Suga pula mengambil katil atas manakala di bahagian bawah pula adalah Rapmonster.Taehyung mengambil katil atas.Di bahagian bawah pula katil milik Jimin.Hanya Jhope yang mendapat katil bujang.

 "Oh..Katil atas akulah..,"katanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet