Welcome To New School

My Beautiful Craziey Joker

 Taehyung membuka pintu dormnya.Mulai hari ni,dia akan tinggal bersama enam lelaki yang merupakan dormmatenya.Semua barang sudah diangkat dan telah dikemaskan sebelum dia keluar bersama keluarga.

 Dia telah berdaftar  ke sekolah yang kononnya bagus sebagai Pelajar Baru Tingkatan Empat.Dia berjalan ke seluruh dormnya.

 

 "Hmm..boleh tahan besar jugak..Ada mini pantri pulak tuh..Wah,ada water filter! Boleh lah aku masak ramyeon tiap tiap malam.,"gumamnya sendiri.Dia berjalan ke arah locker nya lalu membuka lockernya.Dia mengambil tuala yang terlipat dan baldi yang berisi peralatan mandi.Selepas itu dia menuju ke arah bilik air untuk menyegarkan badan.

--

  Selepas mandi,Taehyung berjalan keluar daripada bilik air dengan rasa megah.Dia berjalan ke arah dormnya dengan hanya mengikat tuala paras pinggang memandangkan pelajar sekolah belum pulang ke asrama.Dia meninjau ninjau dorm lain.

 

 Di muka pintu dormnya,dia terkejut melihat sepasang kasut sukan  berwarna unggu hijau di depan pintu.Seingatnya,kasut sukannya berwarna putih coklat.Dengan kekuatan yang dibekalkan dia masuk ke dalam dorm.

 

 "WWaaarggghhh!!!!!!!!"jeritan bergema di dorm Taehyung.Manakan tidak,seorang pelajar lelaki sedang berdiri menghadapnya sambil memegang sebuah buku sedang menjerit.Taehyung juga sama mengikut menjerit.Tuala yang dipegang terlepas begitu sahaja.Akibatnya jeritan mereka bergema satu asrama.

--

 

 Taehyung duduk menghadap lelaki tersebut.Kini badannya telah sepenuhnya ditutupi pakaian.Lelaki tersebut berpakaian sekolah dengan vest berwarna biru pekat.

 "So,sape kau?'soal lelaki tersebut.Taehyung menelan liur.

 "Err..Pelajar Tingkatan Empat Baru."jawabnya pendek.Lelaki yang berada di hadapannya mengangkat kening.

 "Nama? Kelas?,"soalnya lagi seperti detektif.

 "Kim Taehyung.4 Twerp.Panggil V je."lelaki itu hanya mengangguk.

 "Aku Kim HoSeok.Form 4 Hyerty.Just call Jhope.Asal nama pelik sangat?"lelaki tersebut memperkenalkan diri.Mereka berjabat tangan.Taehyung hanya tersenyum.

 "Err..saja..Tuh memang nama samaran aku sejak tadika lagi.Yang nama kau pulak,asal JHope?"Taehyung menyoal.Mereka berbual bual seperti sudah lama kenal.

Tiba tiba...

 ...nock nock...

 "Oh, Jhope! Kau ponteng prep ea tadi?"satu suara menyapa perbualan mereka.Mereka mencari punca suara tersebut.Suara tersebut rupanya milik seorang pelajar lelaki yang berdiri bersandarkan pintu sambil kakinya disilangkan.Rambutnya blonde.Jhope menelan liur.

 "Kau..kau dah abis prep ke?!"soal Jhope separuh menjerit.Lelaki tersebut tersenyum.Dia menghampiri Jhope.Jhope yang sedang duduk menghadap Taehyung aotumatik mengengsot kebelakang.Semakin lama engsotannya semakin laju kerana lelaki tadi terus mengejarnya.Akhirnya,tubuh Jhope tidak dapat mengengsot ke belakang lagi kerana badannya sudah bertemu dengan locker.Taehyung hanya memerhati sahaja drama yang berlaku.Dia melunjurkan kakinya sambil menonton drama percuma tersebut.

 Lelaki tersebut menarik kolar baju sekolah Jhope.Kini Jhope berdiri sambil memegang kolar bajunya yang dipegang lelaki tersebut.

 "Asal kau ponteng prep,hah?!"soalnya keras kepada Jhope.

 "Mana ada aku ponteng! Aku pergi amik buku la!"Jhope mempertahankan dirinya.

 "Kau tipu! Aku tunggu kau kat kelas.Kau tak datang datang sampailah prep petang habis.Kau pergi mana? Kau buat apa kat dorm lama sangat? Amik buku ke buat buku?!"bertubi tubi soalan diajukan kepada Jhope.

 "Aku tak tipulah! Mana aku tahu dah habis prep!"Jhope masih mempertahankan dirinya.

 "Kau tipu! Kawan jenis apa kau nie!? Ponteng prep tak ajak!"jawapan lelaki itu membuatkan Taehyung ketawa terbahak bahak.Lelaki tersebut memandang Taehyung.

 "Kau sape? Asal kau boleh ada kat dorm ni? Sape bagi kebenaran untuk kau jejakkan kaki kat sini? Dah bosan hidup ea?"soalnya pedas.Taehyung berhenti ketawa.Dia memandang lelaki tersebut.

 "Kau cakap ngan aku ke?"tanyanya selamba.Mata Taehyung melirik ke arah Jhope.Jhope menggeleng geleng kepala.Taehyung mengangkat kening tanda tidak faham.Lelaki itu melepaskan Jhope.Kini sasarannya pada Taehyung.

 Lelaki itu merentap kolar baju Taehyung pula.Kini dia sedang meronta ronta minta dilepaskan.

 "Kau sape nak tunjuk kuang ajar kat sini!?"gertak lelaki itu.Taehyung mengusap ngusap rambut blonde pelajar lelaki itu.

 "Kat sekolah boleh warnakan rambutke? Kalau boleh dah lama aku warnakan."Taehyung masih bersahaja.

 "Kau xpayah nak tunjuk kurang ajar sangat kat sinilah!"ujar lelaki itu.Cengkaman pada kolar baju Taehyung diketatkan.Taehyung pula kembali meronta ronta minta dilepaskan.Dia tidak dapat bernafas dengan baik.

 "Lepaslah!!"kata Taehyung.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet