Stress

HOUSE.MATE
Please Subscribe to read the full chapter

“Woi! P’Nut!!!,”

Bergema satu café tu dengan suara Ken yang dah macam terlepas keluar dari speaker rosak. P’Nut tersentak. Baru tersedar air panas yang dituang dari pemanas dah habis melimpah sampai melilih ke lantai. Dan baru tersedar jugak tangan kirinya dah bertukar merah yang gaya dah macam kena rebus atas kuali.

“WUARGHHH!!!,” kelam kabut dia berlari ke sinki mencucuh tangan kiri dibawah air terus. Biar lecuran ditangan tak membengkak sangat. Takut juga kalau lambat dialurkan pada air sejuk, blister akan timbul dipermukaan kulit. Mintak jauhlah sebab benda tu boleh kasi parut oo..

“Ha, tulah kau. Berangannya sampai ke pluto sana. Cubalah kalau tengah buat kerja tu focus sikit. Jangan asyik duk acah-acah mimpi sambil berdiri. Ini..dari mula masuk kerja sampai sekarang ni, aku tengok kau asyik termenung tak sudah-sudah. Kerja pun aci lintang pukang semua benda. Apa cerita kau ni P’Nut?,” Ken dah mula tarik gear bebelan tanpa henti. Ditangan masih sibuk mengelap cawan-cawan yang baru lepas dibasuh.

P’Nut disebelah cuma mampu mengeluh sendiri. Tak membalas langsung. Perit ditangan kiri beransur surut sedikit. Nasib tak membengkak habis. Cuma tinggal kesan merah atas kulit putihnya sahaja. Soalan Ken tadi tak terus dijawab. Pili paip ditutup. Kemudian tuala putih bersih dicapai dan ketulan ais dibalut kedalamnya. Kesan merah tadi dituam. Biar rasa perit atas kulit hilang.

Ken terangkat kening. Hairan. Dah kenapa budak seorang ni? Selalunya tak macam ni. Diam aje dia satu hari ni. Kalau tak tu mulut dialah yang macam bertih jagung berceloteh pasal itu ini. Kadang-kadang tu sampai dia sendiri pun boleh duk geleng kepala tengok perangai si P’nut ni. Terlebih mesra alam! Tapi nasib bukan kaki mengumpat punya orang.

“Halo! Halo! P’Nut, apasal kau tak jawab?,” Ken memerli sambil mengetuk balang hiasan kacang di atas rak. P’Nut dah menjeling tajam.

“Kau na

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
HM - Gonna update this January! Happy New Year!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Nabila_Pss
#2
Chapter 11: Hahaha..update soon!!!♥♥♥
OhJiRah #3
Chapter 10: Keep update author-nim! Story ni interesting!
Hwaiting! ^_^
tyhah_nad #4
Chapter 10: Sethh.. Hmmm, sape la tu yekk..curious btol XD
Emmy_Kpopers
#5
Chapter 9: Misteri btol si Seth ni... Bukan Sehun ek?
aliahlaw
76 streak #6
Chapter 9: Yeay akhirnya tlh diupdate woooohoooo!!! Seth ni sapa sebenarnya? Misteri btol...
Najwa_Exo
#7
Huaa bestnya ff ni!! Palli sambung!! Hwaiting!! ^_^ ♡♡
Emmy_Kpopers
#8
Chapter 8: ini dalam ff ni ke apa?
hyemipark
#9
Chapter 7: So curious kyaa I can't wait for next chap
BTW please please please update soon^^
Author-nim FIGHTING!!!