Mental Breakdown

HOUSE.MATE
Please Subscribe to read the full chapter

Iphone di atas meja dipusing membentuk pusingan sambil tangan kiri menongkat dagu. Sesekali dia mengeluh berat. Dia kemudian menyandar ke kerusi sambil mata masih tak lekang memandang skrin Iphone.

“Ken, Patricia hari ni shift pukul berapa?,”

“P’nut?,” Ken yang sedang sibuk mengelap meja dari tadi, sedikit terkejut dengan soalan Leo yang dari mula tadi cuma diam. “Tak silap hari ni dia off day. Kenapa bos?,”

Leo tak menjawab. Kepala aje digelengkan menanda tiada apa-apa. Kepalanya merewang kembali pada malam kejadian dia terhantuk bawah meja hari tu. Sejujurnya selepas malam tu dia rasa serba salah pada P’Nut. Kuat juga dia menengking P’Nut hari tu. Ikut logic pun kesalahan gadis tu bukanlah besar sangat pun yang dia nak menengking sekuat itu. Cuma mungkin sebab dia terkejut dan sakit di kepala bahana terhantuk, tu yang dia naik angin tiba-tiba. Mungkin patut dia meminta maaf pada P’Nut.

“Selalunya perempuan suka apa?,” Leo pandang Ken.

Ken terpingga. Nyaris aje tuala lap di tangan tak jatuh ke lantai sebab terkejut dengan soalan Leo. “Ha? Perempuan?,”

Leo angguk tanpa riak.

Ken sengih sebaris. “Coklat, bunga, baju, lipstick, perfume, handbag, highheel, cake, icecream, lelaki..eh?,”

Leo mengeleng tak faham. Apa punya idea la… “Bukan. Maksud aku perempuan yang tak macam perempuan. Selalunya spesis dorang ni suka apa?,”

Ken jatuh rahang. Kemudian dia mengaru kepala yang tak gatal. Soalan spesis apa pulak ni?

Melihat reaksi Ken yang tak memberangsangkan, Leo mula mengangkat kening sebelah. “It’s okaylah Ken. Aku Google je,”

Kini giliran Ken pulak mengeleng tak faham. Bos aku ni demam ke apa hari ni yang duk tanya tiba-tiba soalan rare? Tak pernah zaman aku dengar dia bercerita pasal perempuan. Ha.. ni mesti dah ada buah hati si Leo ni..

 

***

 

Jam hampir menjejak pukul 12 malam. Tapi suasana masih belum surut di tengah lantai tarian di pinggir bandar Seoul tu. Speaker masih berdentum dengan lagu bersilih ganti. Dj malam ni memang sakan.

“Apa kita buat kat sini?,” P’Nut menongkat dagu di atas tangan yang ditegakkan di atas lutut yang berlipat dalam sila. Selamba dia duduk dalam posisi begitu tanpa peduli orang yang memandang kiri kanan. Dan mukanya macam orang tengah tengok dinding buat persembahan di atas pentas. Bosan!

“Bonding,” Seth yang muka selamba menjawab lepas diteguk perlahan coke dalam cawan.

P’Nut menarik nafas dalam sebelum bersandar ke belakang. Mukanya masam mencuka. “Jangan nak buat lawak basi la Seth,”

Seth sengih tiga saat. Kedua belah lengan di bawa ke dada memeluk tubuh. “You should having fun mate instead of doing nothing,”

“I’m still mad at you for what happen back then, y’know,” P’Nut bersuara rendah. Dalam dengar antara tidak. Ingat senang aku nak lupa dengan dia punya segala dosa.

Seth mengangkat bahu sebelah. Dan mengukir sengih mengusik. “Oh, lamanya grudge,”

P’Nut menjeling dengan hujung mata. “And I don’t wanna be nice with you until you say sorry for what happen,”

“Okay,” hanya sepatah tu dengan gaya tak bersalah. Mintak maaf pun tak.

P’Nut mencerun tajam. Perlukah aku menjadi sivil malam ni? Dah berfikir dua kali dari tadi. Dia kembali pandang pentas tarian apabila Seth tega tak menyambung apa-apa pada tingkah yang sepatah tu.

Cake By The Ocean remix- DNCE berdentum kuat dari speaker mengegarkan pentas tarian. Di tengah ruang tu sesak dengan manusia dengan gerak tarian bermacam gaya. Kalau di pandang lama-lama serupa gaya orang hilang akal pun ada.

“You wanna dance?,” Seth bertanya tiba-tiba.

Lipat maut P’Nut memandang Seth. Ada pulak yang jadi mangsa kemalangan ngeri tengah disco ni karang.

“Hell no!,” laju dia menutur dengan mata bulat. Tinggi suaranya menepis.

“I’m going,” Seth mengalih pandang ke arah ruang tari. Dia bangun dari duduk kemudiannya.

“Well, I think I should going home,” P’Nut berdiri kemudiannya. Rasanya bosan dia dah sampai limit. Tak perlu nak tunggu sampai budak ni habis menari kut kalau nak balik rumah. “See ya,”

Dan mula melangkah keluar dari dunia yang membingitkan telinga tu. P’Nut terus menghilang tanpa memandang ke arahnya.

Seth pejam celik mata terpinga-pinga. Rasanya dia tak salah dengar tadi. "Whatever,"

Dan terus melangkah ke tengah manusia yang bersesak tu.

 

***

 

 

Home is where the heart is.

Kalau masa dulu duduk dengan Jess, ya memang bolehdiguna pakai teori tu. Tapi sekarang jangan harap! Kalau duduk serumah dengan Premium Idiot ni memang hari-hari terasa macam di neraka.

“You give me hell dulu!,” Kalau mata ni sama tajam dengan bilah pedang dah berlubang mamat ni macam jaring ikan.

“Kau memang nak kena!,” Mata Seth mencerlung merenung P’Nut.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
HM - Gonna update this January! Happy New Year!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Nabila_Pss
#2
Chapter 11: Hahaha..update soon!!!♥♥♥
OhJiRah #3
Chapter 10: Keep update author-nim! Story ni interesting!
Hwaiting! ^_^
tyhah_nad #4
Chapter 10: Sethh.. Hmmm, sape la tu yekk..curious btol XD
Emmy_Kpopers
#5
Chapter 9: Misteri btol si Seth ni... Bukan Sehun ek?
aliahlaw
76 streak #6
Chapter 9: Yeay akhirnya tlh diupdate woooohoooo!!! Seth ni sapa sebenarnya? Misteri btol...
Najwa_Exo
#7
Huaa bestnya ff ni!! Palli sambung!! Hwaiting!! ^_^ ♡♡
Emmy_Kpopers
#8
Chapter 8: ini dalam ff ni ke apa?
hyemipark
#9
Chapter 7: So curious kyaa I can't wait for next chap
BTW please please please update soon^^
Author-nim FIGHTING!!!