D-Day

HOUSE.MATE
Please Subscribe to read the full chapter

SAT | 7:55 | AM

Lagi lima minit tepat pukul 8 pagi. Suasana dalam ruang bilik tidur tu masih lagi sunyi. Cuma sesekali dengkuran kecil kedengaran mengisi ruang. Bahang mentari pagi dari luar tingkap masih suam-suam rasanya. Dan bunyi nyanyian burung-burung di atas dahan-dahan pokok menjadi muzik di pagi hari.

KRINGGG!!

Jam loceng digital atas meja sisi di tepi katil tu akhirnya berbunyi juga. P’Nut tersentak dari mimpi bahagia ciptaan sendiri. Dengan mata yang masih tak mampu dibuka, tangannya meraba mahu mengapai jam digital yang masih lagi tak berhenti menjerit hingga membingitkan telinga.

Butang penggera segera dimatikan. Dia mengeliat malas. Selimut yang tadinya menyelubungi diri ditolak ke tepi. Dia masih lagi tak mampu bangkit dari empuknya tilam di atas katil tu. Badan yang malas di sandar ke kepala katil sambil merenung kosong dinding putih yang bertentangan dengan kedudukannya. Entah apa dia fikir pagi ni. Segala macam perasaan bercampur baur. Hari ni secara rasminya Jess bakal bergelar seorang isteri. Sahabat baik yang sebulu sekepala sekaki sebakul serumah dan seangkatan dengannya bakal berhijrah ke alam berumah tangga. Tapi dia, masih lagi mencari putera idaman yang entah bila akan kunjung tiba. Tanpa sedar P’Nut mengeluh sendiri.

“He will come to you soon, P’Nut. He will…,”

 

***

 

“No! Aku takkan datang!,”

“Apahal tiba-tiba pulak ni? Tak ada angin tak ada ribut. Kau dah kena sampuk ke apa, Seth? Ke bahana kena ‘cium’ dengan penumbuk hari tu, kau jadi macam ni?,” Kris mengeleng. Tak faham. Tangannya masih sibuk melilit tie di kolar kemeja di depan cermin.

Seth yang terlentang terkangkang atas katil di bilik Kris tu terus bangun menghadap Kris yang masih sibuk bersiap di depan cermin. “Aku tak ada tux la, Kris. Tak kan nak attend wedding kau pakai baju tshirt dengan seluar jeans koyak kut. Kau jugak yang malu karang,”

Kris terus menjuling ke siling. “Aku dah suruh kau pakai tux aku dalam almari tu, kau tak nak. Ni nak bising-bising pulak. Ke kau saja cari alasan tak nak pergi?,”

Seth mengigit bibir. Cuba menyusun kata. “M-Mana ada..,”

“Dah tu?,”

Seth mengaru kepala. Dia bangun dari katil dan berjalan ke arah tingkap. Matanya menebar memandang keadaan  di luar bilik kondominium di tingkat empat tu. Cuaca di luar agak baik. Awan putih berarak mengikut rentak angin. Pokok-pokok di sepanjang jalan juga turut melambai gembira. Matanya terhenti tiba-tiba di sebuah papantanda café di seberang jalan. Melancholic Café.

“Kris, kau rasa dia datang ke?,” Seth tiba-tiba bersuara dengan pandangan masih di luar tingkap.

“Siapa?,” Kris terangkat kening bertanya.

Seth tak menjawab. Pandangannya kini dilontar pada anak mata Kris. Berharap Kris memahami apa yang cuba disampaikan.

Kris mengangguk faham dengan pandangan tersirat tu. Leo. “Kau rasa?,”

“Entahlah. Aku tak rasa dia akan datang kalau dia tahu aku ada,” Seth menduga sendiri.

“Nope. Aku tak rasa macam tu. Sebab aku kenal dia tu macam mana,” Tuxedo putih yang bersangkut dalam almari terus dicapai dan disarungkan ke badan. Sekali lagi dia melihat diri sendiri di depan cermin. Dia tersenyum. Hari ni Jess bakal menjadi isterinya yang sah. Dan dia juga bakal bergelar lelaki bernama ‘suami’ secara rasminya. Bahagianya hati..

Seth cuma memerhati sambil berpeluk tubuh. Dia cuba mengiyakan kata-kata Kris tadi.

“Well, maybe..,”

 

***

 

Rahang Jess yang dah jatuh tak mampu diangkat kembali. P’Nut di pandang dari atas ke bawah dan dari bawah balik semula ke atas tak percaya.

“P-P’Nut, gaya apa kau pakai ni?,” Jess yang dah siap dengan gaun pengantin putihnya merenung P’Nut macam nampak beruk tersengih sendiri.

P’Nut berkerut seribu. Dia memandang diri sendiri. Kenapa dengan gaya aku? Rasanya aku tak datang pakai bikini. Elok aje gaya aku. Tak ada pulak rasanya macam gaya nak pergi parti liar tepi pantai ke apa. “Gaya apa? Okay la ni, what,”

Jess mejuling ke siling. Apa kenalah dengan member aku ni. “P’Nut, kau bukan nak jamming tepi jalan tau. Kau nak buat performance kat wedding aku. Tahu tak??,”

P’Nut terkedip-kedip. Masih tak faham. “Yelah. Aku tahu lah aku nak buat performance kat wedding kau. Bukan majlis tepi jalan. So, apa yang tak kenanya?,”

Jess dah mengipas muka dengan tangan. Betullah si P’Nut ni nak kena lempang sekali baru perasan kut. Bendul sangat. “Kau pakai gaun dengan sneakers? Dengan snapbacks atas kepala?,”

P’Nut meraba kepala. Snapback Kenzo merah hati terletak kemas diatas kepala. Kemudian tunduk memandang kaki. Converse high cut putih tersarung kemas di kaki. P’Nut menepuk dahi sendiri. Baru perasan. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala memandang Jess. Selamba dia mengukir sengih pada Jess yang gaya nak telan dia hidup-hidup tu.

“I called it as Style…lo?,”

“P’NUTTTTT!!!,”

Ops!

 

***

 

Seth membetulkan simpul tie di depan cermin. Dalam tandas lelaki tu cuma ada dia seorang diri. Kris di luar tengah sibuk melayan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya. Jess pulak masih sibuk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
HM - Gonna update this January! Happy New Year!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Nabila_Pss
#2
Chapter 11: Hahaha..update soon!!!♥♥♥
OhJiRah #3
Chapter 10: Keep update author-nim! Story ni interesting!
Hwaiting! ^_^
tyhah_nad #4
Chapter 10: Sethh.. Hmmm, sape la tu yekk..curious btol XD
Emmy_Kpopers
#5
Chapter 9: Misteri btol si Seth ni... Bukan Sehun ek?
aliahlaw
76 streak #6
Chapter 9: Yeay akhirnya tlh diupdate woooohoooo!!! Seth ni sapa sebenarnya? Misteri btol...
Najwa_Exo
#7
Huaa bestnya ff ni!! Palli sambung!! Hwaiting!! ^_^ ♡♡
Emmy_Kpopers
#8
Chapter 8: ini dalam ff ni ke apa?
hyemipark
#9
Chapter 7: So curious kyaa I can't wait for next chap
BTW please please please update soon^^
Author-nim FIGHTING!!!