Past, Present & Love

Description

“So, awak nak buat apa lepas ni?,”

Sehun menjungkit bahu. “Entahlah. Cari dia sampai jumpa. Then, tengoklah apa jadi,”

Bunyi pasrah aje dia ni. Argh..biarlah urusan dia pun. Buat apa aku nak menyibuk. Shin Hye kemudian bangun dari duduk. “So, saya balik dululah. Saya tak kunci pintu rumah tadi. Kabut sangat nak kejar awak. Takut pulak Mama saya bising karang. By the way, ni nombor telefon saya..,” selamba dia mencapai sebiji batu dan mencakar nombor telefon sendiri di atas bangku bus stop. “Kalau awak nak mintak tolong, call aje nombor tu. Mana yang saya boleh tolong, maybe saya tolong. Okay, saya chiau dulu. Bye,”

Dan Sehun cuma melempar pandangan kosong. Nombor-nombor yang baru lepas dicakar tu diulang baca. Dan terdetik persoalan dalam kepala otaknya.

Minah ni nak jaja nombor sendiri ke?

♦♦♦♦

 

Setiap manusia ada kisah silam tersendiri. Tak kisahlah yang pahit macam kunyah biji kopi buta-buta hatta manis macam gula-gula kapas sekali pun. Tapi bila waktu berlalu yang silam itu cuma menjadi satu sejarah. Semuanya berubah tanpa kita sedar. Antara mahu atau tidak, waktu sekarang harus ditempuh jua meninggalkan kisah lepas dibelakang.

Bagi Park Shin Hye kisah silamnya cuma penuh dengan duka dan menyakitkan. Biarlah itu semua menjadi satu sejarah yang tak akan pernah dia ingat walau sesaat pun. Dan sekarang dia mahu membina sebuah kisah baharu. Mencipta memori baru yang boleh buat dia tersengih selalu. Dan cinta? Entahlah. Biar waktu menentukannya.

Lain pula ceritanya pada Oh Sehun. Kisah silamnya cukup bahagia untuk diingati. Menempuh hari-hari dengan warna-warni menjadi remaja sekolah. Cerita yang lalu tak akan pernah dilupakan. Namun, kisah silam tu tak akan mampu diulang tayang kembali. Dan sekarang semuanya berubah menjadi satu kisah yang cukup sukar untuk ditempuh. Dan cinta…dia cuba menagih cinta lalu yang belum pasti.

Tentang lalu dan kini, wujudkah kisah cinta akhirnya?

 

 

Foreword

Kata Addin Lee, cerita ni cuma sebuah rekaan semata-mata. Tak ada langsung kaitannya dengan yang masih hidup, yang baru nak hidup mahupun yang dah tinggalkan hidup. 200% dari otak Addin Lee sendiri. Sebarang persamaan dengan cerita korang dalam mana-mana part fiksyen Past, Present & Love ni Addin Lee susun jari awal-awal mohon maaf. Mintak ampun banyak-banyak. Semua itu hanya kebetulan semata-mata. Dan sebarang peniruan atau kata omputihnya plagrism cerita Addin Lee ni, mohon berambus ya. Addin Lee tak suka manusia yang acah-acah buat cerita macam 'pelanduk dua serupa'. Harap maklum.

 

 

 

 

 

 

Tajuk : Past, Present & Love

Watak: Park Shin Hye, Oh Sehun (EXO), Lay (EXO), Irene (Red Velvet), Lee So Hyuk

Bilangan Perkataan : 12,293 patah perkataan

Bilangan Bab: 4

Tarikh mula : 7 December 2014

Tarikh tamat: 2 January 2015

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Kesian Sehun...cintanya x kesampaian
hyemipark
#2
Chapter 2: Ish3 kesian shin hye kene muntah
BTW So Nice So Daebak ^^
Author-nim update soon
FIGHTING!!!
JieunSparkleJunior #3
Chapter 1: Update soon:)