Part 2

Past, Present & Love

Sekeping roti yang baru lepas siap dibakar atas piring tu dicapai dengan tangan kanan. Kemudian jem strawberry pulak dicapai dan disapu ke atasnya. Automatik, terbangkit terus selera makan. Namun baru aje nak disua ke mulut..

“ADIK!,”

“Oh, terkejut kau!,” Tertangkup terus lapisan roti bakar yang dah disapu dengan jem tu ke atas meja sebab terkejut punya pasal. Shin Hye jatuh rahang. “Roti bakar aku!!!,”

“Good morning, adik. How are you feeling today?,” selamba So Hyuk menarik kerusi dan duduk setentangan dengan Shin Hye.

“Rasa nak bunuh orang,” selamba Shin Hye menutur dengan renungan membunuh. Lelaki yang baru lepak duduk dihadapannya dengan sengih tak cukup muka tu dipandang macam kecik besar aje. Ada yang aku bakar dalam toaster buat sarapan pagi karang.

So Hyuk membalas pandangan tak faham. Nak bunuh orang? Dah buat tabiat apa adik aku ni pagi-pagi sasau nak jadi pembunuh. “Dik, kau buang tabiat ke? Ke mimpi malam tadi punya cerita tak habis lagi?,”

Shin Hye merengus. Kacau mood pagi sungguh la Along ni. “See. What have you done to my breakfast?,”

Jarinya diajukan pada roti bakar yang dah tertangkup atas meja tu.

So Hyuk memandang. Kemudian tersengih. “Five second….rules?,”

Shin Hye menjuling ke siling. “Dah terlambat, Along,”

“Sorry,”

“Naa..it’s okay,” Shin Hye mengalah. Roti yang dah tertangkup tu segera dibersihkan dan kembali duduk menyudahkan sarapan paginya.

“Dik, Ma mana? Along tak nampak pun dari tadi,” panjang lehernya mencari kelibat Mamanya yang masih tak muncul dari tadi.

Shin Hye yang tengah menguyah roti dalam mulut terhenti terus. “Entah. Adik bangun pagi tadi sampai dah siap buat sarapan pun Ma tak keluar bilik lagi,”

So Hyuk berkerut. Tak pernah-pernah pulak Ma ni bangun lewat. Apahal pagi ni pelik benar pulak? “Tak apalah Along pergi tengok,”

Shin Hye mengangguk. So Hyuk dah bangun dan menapak ke bilik Mamanya ditingkat satu rumah teres sebiji tu. Pintunya diketuk perlahan. “Ma..Along ni. Bangun, Ma. Dah nak pukul 8.30 pagi ni. Along dah nak pergi office. Adik ada kat bawah tengah tunggu Ma sarapan,”

Senyap. Tak ada langsung suara membalas dari dalam. So Hyuk mengaru kepala. Pelik. Daun pintu ditolak perlahan. Dia menjenguk kepala ke dalam. “Ma?,”

Sekujur tubuh wanita yang masih elok berselubung dengan selimut atas katil tu dipandang menunggu respon. Senyap juga. Dia melangkah masuk dan menghampiri mamanya di katil. So Hyuk dah naik risau.

“Ya, tuhan. Ma!,” So Hyuk terus mengelabah. Diletakkan terus tapak tangannya ke dahi Puan Hyun Ji. Panas. Dia dah mula cuak bila tengok keadaan ibunya yang berpeluh macam baru lepas marathon sepuluh pusingan padang bola. Terus aje dia berlari keluar.

“Adik! Call ambulans! Sekarang!,”

Shin Hye pandang pelik. “Huh? Kenapa? Siapa yang sakit?,”

“Mama!,”

 

 

***

 

 

Hingus dalam hidung ditarik perlahan. Air mata yang tak mahu berhenti meleleh, di seka dengan hujung lengan baju. Tak mampu dia menahan rasa risau bercampur kaget yang tiba-tiba ni.

“Oi, sudah-sudahlah nangisnya pun. Bawak-bawaklah berhenti. Dah naik bengkak dah mata tu..,”

Budak yang duduk setentang dengan muka tak beriak tu direnung dengan pandangan membunuh. “Hish! Kau ni kan.. Spesis hati kering sungguh!. Tak ada perasaan langsung. Orang tengah sedih ni,”

Dia mengangguk faham. Tapi dalam situasi begini, macam tak sesuai aje nak melalak meraung sampai bengkak-bengkak mata macam tu. Dah macam mati bini pun ada gayanya. “Ya, tahu tengah sedih. Tapi sudah-sudahlah. Janganlah sampai macam nak banjirkan hospital ni pulak. Orang lain tengah tengok ni. Buat malu ajelah,”

Tok!

“Adui! Sakitlah,” kepala yang terasa berbirat bahana kena luku on the spot tu digosok perlahan.

“Kasi spoil mood ajelah dia ni,” diseka air mata yang jatuh ke pipi dengan belakang tapak tangan.

Wanita berwajah pucat diatas katil dengan IV drip di pergelangan tangan tu cuma mampu mengeleng melihat tingkah laku budak berdua yang macam tak cukup umur tu. Aish..apakehal la budak-budak ni..

“Along..Adik..cukup-cukuplah bertekaknya pun. Ma sakit tak teruk pun. Demam aje kan. Yang korang bergaduh macam baru lepas declare perang dunia ketiga ni, kenapa?” lemah aje Puan Hyun Ji bersuara.

Shin Hye dan So Hyuk berbalas pandang sendiri. Masing-masing terdiam.

“Along ni, Ma. Menangis tak henti-henti macam orang perempuan. Malulah orang lain tengok,” Shin Hye membela diri.

So Hyuk buat muka. “Apasal? Orang perempuan aje ke yang boleh melalak meraung masa sedih? Orang lelaki tak boleh eh? Prinsip mana kau pakai, dik?,”

Shin Hye menjuling ke siling. Dah ke situ pulak dia ni. “Suka hati Along lah. Bazir air liur ajelah cakap dengan Along ni. Ma, adik pergi ambik ubat Ma kat kaunter sekejap eh. Nanti adik datang balik,”

So Hyuk tarik muka. Kelibat Shin Hye dah mula menghilang dari pandangan. Mamanya diatas katil dipandang sayu. Naik pengsan dia bila tengok Mama dia tak sedarkan diri pagi tadi. Sangkanya sudah…Brrr!! Tak nak fikir!

Tangan sejuk ibunya digenggam erat. Diciumnya sekali. “Ma, jangan buat macam ni lagi eh. Boleh gugur jantung Along tengok Ma pagi tadi,”

Puan Hyun Ji tersenyum. Namun sinarnya nampak pudar. “Sorry, Along,”

“Lepas ni Along akan make sure Mama jaga kesihatan selalu. Jangan overwork sangat. Jangan penat sangat. Dan kena jaga diri selalu,” tegas aje bunyinya. Tapi memang itu tekadnya.

Puan Hyun Ji cuma mampu mengangguk. Kesan air mata ditubir mata So Hyuk diseka dengan ibu jari. “Along nangis sebab Mama eh? Dah sampai bengkak-bengak mata ni..,”

So Hyuk sengih. Kemudian mengangguk perlahan. “Tu pasallah adik bising tadi. Tapikan Ma, adik dari tadi Along tengok macam…,”

“Macam apa, Along?,” macam tak faham.

“Macam…macam bukan adik yang Along kenal dari dulu. Dia tak menangis. Adik dah banyak berubah. Sungguh, Ma. Dia dah lain..,” dia tertunduk ke lantai. Ada rasa kesal disitu tiba-tiba.

Puan Hyun Ji hanya diam. Dia sedar anak yang tu memang banyak berubah. Dari luaran memang nampak orangnya ceria seperti tak ada langsung masalah yang melanda. Tapi dalamannya masih terluka. Parutnya masih berdarah walaupun kisah hitam tu dah lama berlalu. Dan kesannya cukup dalam pada Shin Hye sendiri. Dia merenung ke siling. Igauan lalu berputar kembali.

 

Diribanya tubuh yang dah berlumuran darah tu ke atas peha. Air mata dah mengalir laju turun ke pipi macam paip bocor yang tak boleh diganti. Digeleng kepalanya berkali-kali tak percaya. Hujan lebat yang mula turun ke bumi juga dibiarkan membasahi diri. Otaknya dah tak mampu berfikir secara rasional. Tubuh yang terkulai tu dirangkul erat seperti tak mahu di lepaskan. “No..no…please…jangan tinggalkan Mama…please, Mama merayu…,”

 

“Ma!,”

Suara seseorang menegur buat dia tersentak sendiri. Igauan bertahun dulu terus berlalu pergi dan dia kembali ke alam nyata.

“Amboi, Ma. Jauh sangat menungnya. Sampai adik masuk pun Ma tak sedar. Ni, ubat-ubat yang Ma kena telan sampai habis. Semua ni kena telan lepas makan. Tiga kali sehari. So, no excuses,” Shin Hye mengeluarkan papan-papan ubat pil dan dua botol ubat jenis cecair dalam plastic beg ubat. Setiap satunya ditilik. So Hyuk cuma memerhati dari tepi. Puan Hyun Ji cuma diam. Tak berminat langsung nak tahu jenis-jenis ubat yang ada pada Shin Hye tu. Anak gadisnya direnung. Sayu hatinya tiba-tiba. Masakan dia sendiri sebagai ibu perlu berpura-pura membutakan mata melihat hati anak sendiri masih menderita. Sungguh dia tak sanggup. Tapi dia juga menderita. Namun, rasanya tak sehebat apa yang Shin Hye rasa. Sebab bukan dia yang melihat semua tragedi tu. Bukan dia.

“Adik.., Along..,”

“Hmm?,”  

“Ya,”

“Ma..rindu Angah,”

 

 

***

 

Gambar lama yang dah mula usang ditangan kiri direnung tak sudah. Foto terakhir dia dan Nam Shin Hye masa di tahun terakhir menengah rendah. Nampak bahagia aje masa tu. Rindunya… Keluhan berat dilepaskan dalam sedar. Kemudian tangan kanan dilarikan ke celah rambut. Sehun menebar pandang ke sekitar kawasan taman di pinggir Sungai Han tu. Dah macam-macam ragam manusia diperhatikan dari tadi. Yang tengah berjoging sambil mengorat pun ada, yang tengah berkelah acah-acah tepi pantai pun ada, dan yang tengah buat projek berkasih pun ada. Semua orang nampak seronok. Dan semua orang nampak bahagia. Cuma dia aje yang agak bosan hari tu. Masuk hari ni, dah tiga hari dia berada di tanah Seoul. Namun, jalan untuk bertemu dengan Nam Shin Hye nampak gayanya macam samar-samar lagi. Tak ada langsung petunjuk untuk dia tahu ke mana hilangnya gadis tu. Sungguh dia buntu!

 

Kring! Kring!

Bunyi loceng basikal dari jauh buat dia mengalih pandang ke arah gerangan manusia yang lepak duduk diatas basikal dengan sengih dibibir. Dia kenal manusia tu. Budak penghantar susu.

“Hai, Seth..kan?,”

Sehun mengangguk perlahan. “Lay?,”

Lay senyum sebaris dan menapak menghampiri Sehun dibangku taman. “Kau buat apa kat sini?,”

Sehun menyandar ke bangku. “Saja. Ambik angin. Jalan-jalan tengok suasana Seoul. Kau?,”

Lay sengih. “Nak jumpa someone..,”

“Someone?,” terangkat kening Sehun bertanya.

Angguk. “Kitaorang janji nak jumpa kat sini,”

“Oh..,” Sehun mengangguk faham. Entah siapalah yang dia tunggu. Girlfriend lah kut. Siap bawak sejambak bunga lagi. Dia mengukir senyum sebaris. Bunga ros yang dah siap berbalut cantik dalam raga basikal dipandang.

“So, apa cerita hari tu? Betul ke rumah tu?,” Lay bertanya kemudian.

Sehun tak terus menjawab. Daun clover tiga kelopak di atas tanah ditarik. Satu persatu daunnya dicabut. “Rumahnya betul. Tapi orangnya tak betul,”

“Huh? Tak betul? Maksud kau?,” Lay berkerut.

“Orang yang aku cari tu dah pindah rumah. And then, I’m clueless. Tak tahu nak cari dia corok dunia mana. Sebab satu-satunya petunjuk yang aku ada, alamat rumah tu aje lah,”

“So, sekarang kau nak buat apa? Takkan nak buta-buta give up macam tu aje. Menyesal tak sudah nanti,” Lay gaya tak puas hati.

Sehun tarik sengih plastic. Mana mungkin senang-senang aje dia nak putus asa. Bukan prinsip dia sebegitu rupa. Tapi buat masa ni dia cuba mencari petunjuk lain. Petunjuk yang lebih terperinci. Tapi macam mana?

“Howl, kau ingat aku ni spesis manusia mudah give up ke? Sebelum aku jejak kaki kat tanah Seoul ni, aku dah tekad, selagi aku tak jumpa dia, selagi tu aku takkan balik Seattle,” Sehun yakin.

 “Nekad sangat kau ni,” Lay ketawa perlahan.

“Yes, I am,” Sehun turut sama ketawa. Hilang sebentar rasa bosannya tadi. Almaklumlah, dia tak punya saudara mara lain di Seoul. Semuanya dah duduk bertaburan di serata dunia. Saudara yang paling dekat yang dia selalu ziarah pun tinggal di California. Itu pun bila ada cuti panjang aje.

“Lay!,”

Suara wanita melaung dari jauh serentak buat dua kepala tu berpaling. Lay dah tarik sengih berbunga-bunga. Sehun tersentak sendiri. Dia kenal gadis tu. Gadis yang dicari selama ni. Nam Shin Hye.

“Irene,” Lay berbisik kemudian menapak ke arah gadis tu.

Sehun mendengar tak percaya.

“Irene?,”

 

***

 

Shin Hye menongkat dagu di atas kaunter. Kenapalah tak ramai pelanggan hari ni? Cuti umum ke? Tak mungkinlah. Dia mengeluh berat. Bosan sungguh la! Ini semuanya disebabkan Ma masih dalam mood berehat, terpaksalah dia menghabiskan cuti semester yang dah sampai penghujungnya dengan bekerja sambilan di kedai bunga.

“Hey, apasal akak tengok kamu mengeluh aje dari tadi ni? Gaya besar aje masalahnya,” wanita muda yang tengah sibuk menyusun bunga-bunga Lili yang baru sampai ke dalam bekas berair tu menegur tiba-tiba.

“Tak adalah, Kak Nana. Bosanlah. Hari ni tak ramai customer. Selalu memang macam ni ke kak?,”

Geleng. “Tak jugaklah. Kadang-kadang tu ramai aje. Tengok musimlah. Kalau ada certain event tu ramai aje orang yang datang,”

Shin Hye mengangguk faham. Wanita muda tu diperhatikan. Rajin sungguh pekerja Ma yang seorang ni. Sejak Ma buka kedai bunga setahun lepas, Kak Nanalah pekerja yang paling rajin. Jarang dia duduk diam menunggu pelanggan datang. Ada saja kerja yang dia buat. Patutlah Ma sayang Kak Nana ni. Kata Ma, Kak Nana ni muda setahun dari Along. Orangnya sopan. Baik hati. Pandai. Cantik. Senang cerita orangnya sempurnalah!

“Akak,”

“Hmm?,” Nana masih tak mengalih pandang pada susunan bunga.

“Akak dah ada teman lelaki?,” Shin Hye masih menongkat dagu dengan muka gaya nazak sebab bosan punya pasal. Betullah pekerja Ma yang seorang ni spesis rajin punya orang. Di ajak duduk bersembang pun sikit dia tak peduli.

“Tak ada. Akak tak pernah bercintalah Shin Hye. Dari zaman sekolah, bawak ke universiti sampailah umur dah masuk 27 tahun ni pun, akak tak ada boyfriend lagi. Belum sampai jodoh kut,”

Dan sangatlah simple orangnya sebelum boleh kenal lagi dalam.  

“Serius la akak? Seorang pun tak ada?,”

Geleng. “Nope,”

“Oh. My. Rose!,” Shin Hye mengangkat muka. “Akak, saya dah ada calon yang sesuai untuk akak,”

Nana dah mula berkerut dengan kening terangkat sebelah.

“Siapa?,”

Dan Shin Hye cuma mengukir sengih nakal penuh makna.

 

 

***

 

 

Sehun terasa kepala otaknya memang tak betul malam tu. Entah macam mana dia boleh kembali ke rumah nombor 8-31 tu. Sedar tadi dia cuma berjalan mengikut langkah aturan kaki sendiri. Dan berhenti sendiri betul-betul di depan pintu pagar rumah teres setingkat tu. Dia duduk sambil menunduk merenung tanah. Nak kata dia mabuk, dia bukan spesis kaki mabuk. Dan nak kata dia terencat akal pun tak jugak. Sihat aje IQ dia. Entahlah. Diri sendiri pun kurang pasti. Atau mungkin semuanya sebab tadi…

 

Dia bangun dari duduk dengan riak tak percaya. Tak mungkin matanya silap. Itu Nam Shin Hye. Tapi kenapa digelar sebagai Irene?

“Sorry, saya lambat. Ada traffic jam tadi,” gadis tu menutur dengan senyum dibibir.

Lay cuma tersengih. “It’s okay. Saya pun baru sampai. Tapi nasib tak boring sangat sebab ada orang temankan,”

Irene berkerut tak faham. Dan matanya terpaku terus pada sesusuk tubuh manusia yang berdiri menghadapnya dengan riak terkejut. Terasa dia kenal benar dengan wajah tu. Atau mungkin dia tersilap. “Siapa tu?,”

Lay berpaling ke belakang. Kemudian tersengih. “Itu Seth. Dari Seattle. Dia baru sampai sini tiga hari lepas,”

“Seattle?,” Irene berkerut. Lama dia merenung wajah lelaki tu cuba memikirkan sesuatu. Dah sampai lentok-lentok kepala dia memandang Sehun. Dan serentak tu dia sendiri terkejut.

“Oh Sehun, kan?! Kan?!,”

Lay terpinga. Sehun dah mula menarik sengih panjang. Akhirnya, gadis tu mengecam wajahnya. Laju aje dia mengangguk. “Dah lama tak jumpa..Nam Shin Hye,”

Irene tersenyum manis. “Ya, dah lama sangat kita tak jumpa, Oh Sehun,”

Lay dah mula garu kepala. Macam mana pulak budak berdua ni boleh kenal satu sama lain. Ke dia yang tak sedar selama ni? “Chup..chup..korang ni, macam mana boleh kenal? Seth, ‘dia’ yang kau maksudkan tu, Irene ke?,”
 

Sehun mengangguk. Irene disebelah cuma ketawa perlahan. “Lay, biar saya kenalkan. Dia ni Oh Sehun. Kawan sekelas saya masa menengah rendah dulu,”

“Ahh..,patutlah. Dah lama jugaklah korang berdua ni berkawan ya,” Lay kagum. Irene tersengih. Sehun pulak cuma menampal senyum plastik dibibir. Timbul rasa sakit hati tiba-tiba. Kawan sekelas? Itu aje?

“Sehun, kenalkan Lay. Tunang saya,” Irene tersenyum bahagia disisi Lay. Lelaki berlesung pipit tu dah mula sengih malu-malu. Sehun cuma tersentak. Tersentak dengan kenyataan yang baru lepas masuk ke lubang telinga.

“Sehun?,”

Lambat-lambat dia menarik sengih plastik di bibir. “Well, congratulation. Seriously..congrate. Wow!..hehehe,”

Irene dah terangkat keningsebelah. Kemudian melontar pandangan pelik pada Lay disebelah. Pelik dengan reaksi Sehun yang macam gaya tak ikhlas tu. “Are you okay?,”

Sehun geleng kemudian mengangguk. “No…I meant, I’m okay. Seriously. I’m okay. See, I’m smile and…laughing,”

“O..kay. I think we have to go. By the way, ni..,” Irene menarik sesuatu dalam beg bimbit di bahu kanan. “…kad saya. Kat situ ada contact number saya dengan email. Next time, boleh saya belanja awak minum,”

Lemah aje dia menyambut huluran kad tu. Gadis tu dipandang dengan hati yang terasa sebal. Sungguh dadanya terasa sesak tiba-tiba. Segala macam rasa menerjah masuk dalam diri. Pasangan tu dah mula menapak pergi dengan berpimpin tangan. Bahagia benar lagaknya. Tanpa sedar kad nama ditangan kanan dironyok geram. Terasa air hangat mula berkumpul ditubir mata.

“Jerk!,”

 

Dia mengeluh lagi. Apalah yang aku fikir masa datang cari kau kat sini, Nam Shin Hye. Terasa diri sendiri ni bodoh. Bodoh sebab kejar cinta yang aku sendiri belum pasti. Sehun meraup wajah. Hatinya kecewa. Sakit. Pedih. Dan entah apa lagi entah rasanya. Sungguh dia dah putus cinta!

 

“Excuse me. Ermm..encik,”

Suara wanita menegur buat Sehun lambat-lambat mendongak. Kasut sukan Adidas biru laut tersarung kemas di kaki. Skirt labuh warna krim paras lutut. Tshirt Mango Mickey Mouse biru tua. Dan wajah mulus persis model dengan rambut panjang paras dada.

“Hai…Park Shin Hye,”

Dan dia tersengih sumbing.

 

***

 

 

Tang!

Dihempas tin minuman bir Carl’s Burg tu ke atas bangku. Geram. Shin Hye disebelah cuma memandang dengan kening terangkat sebelah. Tin minuman bir ditangan terus tak jadi di sua ke mulut. Kembali dia meletakkan tin tu ke atas bangku. Dari tadi dia cuma diam. Telinga aje yang ditadah mendengar Sehun membebel segala macam kisah dia disebelah. Ada pun dia mengangguk. Tak pun mengiyakan.  

“Lapan tahun…saya cintakan dia. Tak berubah sikit pun. Sungguh sikit pun tak. Tapi end up…,” diteguk lagi bir dalam tin tu. “Irene…no,no,no, Nam Shin Hye! You are jerk woman! Kau suruh aku jangan lupakan kau tapi kau sendiri yang lupakan aku! Perempuan bodoh!!!,”

Shin Hye disebelah dah jatuh rahang. Mamat kat sebelah ni dah tak boleh nak dikawal. Frust menonggeng ni!

“Oh Sehun, awak dah mabuk ni. Cakap pun dah meraban. Awak tunggu sini, biar saya tahan teksi,” baru aje Shin Hye nak bangun dari duduk, Sehun dah menariknya dulu.

Mata kuyu Sehun merenung tepat ke anak matanya. Shin Hye telan liur. Mamat Seattle ni dah mula buang tabiat ke apa? “Ke-Ke-Kenapa ni?,”

Sehun mendekatkan wajahnya ke arah wajah gadis tu. Sebab pandangannya dah mula terasa kembang semacam. Kepala pun dah rasa macam berpusing berputar tiba-tiba. “Saya nak..,”

“Nak apa?,” laju aje Shin Hye memotong sambil menjauhkan diri dari budak yang dah mula mabuk tu. Ni ada yang kena telan backhand karang.

“Stop! Saya cuma nak-,”

Pang!

“Sentuh aje sehelai rambut atas kepala saya, tahulah nasib awak!,” suara Shin Hye bergetar amaran.

Kepala dah mula terasa berbinar. Tapi Sehun tetap juga menghampiri. “Park Shin Hye, saya cuma nak-,”

 UWEEK!!

Automatik Shin Hye terus kaku. Terasa bendalir yang meloyakan tekak bertakung atas skirt labuh paras lututnya tu. Dipandangnya Sehun dengan mata yang bulat dan mulut ternganga. “Oh Sehun, kau ni-,”

UWEKK!!

Dan sekali lagi.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Kesian Sehun...cintanya x kesampaian
hyemipark
#2
Chapter 2: Ish3 kesian shin hye kene muntah
BTW So Nice So Daebak ^^
Author-nim update soon
FIGHTING!!!
JieunSparkleJunior #3
Chapter 1: Update soon:)