Part 1

Past, Present & Love

Kring! Kring!

Bunyi loceng basikal yang berkali-kali dari luar rumah buat fokusnya pada lagu 200%, nyayian Akdong Musician di radio terus aje terganggu lepas dah siap mandi tadi. Rambut yang basah yang menutup mata dilurut ke belakang. Dia menjenguk ke tingkap bilik. Budak penghantar susu dah sampai dengan raga susu di atas basikal. Dia tersengih.  Cepat-cepat dia berlari turun ke bawah dengan tuala di atas kepala. Dah tak fikir apa dah. Laju aje kaki dia melangkah keluar rumah dengan sengih yang berbunga-bunga.

“Hi, selamat pagi,” tersipu-sipu dia menegur.

Budak penghantar tu cuma mengukir sengih sebaris dibibir. Dihulurnya dua botol susu segar ditangan. Dia menyambut sambil tersengih. “Terima kasih,”

Dan budak penghantar susu tu terus aje berlalu pergi dengan basikal yang dikayuh perlahan. Sebelum menapak masuk ke rumah semula, sempat lagi dia melambai tangan dengan sengih yang tak mampu pudar dibibir buat cinta dalam diamnya tu walaupun lambaiannya tak dibalas. Dalam dia berharap suatu hari nanti lambaiannya akan dibalas dengan senyuman ikhlas buat dirinya. Tak kisahlah walaupun cuma sekali. Sebab dia dah jatuh cinta!

“Adik!,”

“Oh, terkejut,” nasib botol-botol susu segar ditangan tak melambung terbang gara-gara terperanjat dengan suara Mama dia dari dapur. Cepat-cepat dia berlari masuk. Namun, terhenti semula pada peti surat yang terselit sekeping sampul surat putih. Ditariknya keluar dengan tangan kiri. Seperti biasa. Surat dari Seattle. Masuk kali ni aje sejak keluarga dia berpindah ke rumah tu setahun lepas, dah lebih dari dua puluh pucuk surat dari cop pos yang sama diterimanya. Dan nama penerimanya juga sama. Nam Shin Hye. Sama seperti nama dia. Cuma bezanya nama keluarga.

“Park Shin Hye oi!!!,”

“Alemak! Ya!! Masuklah ni!,”

 

***

 

Kotak cardboard warna hijau tua dalam laci yang berdebu nipis tu ditarik keluar. Dibuka penutupnya. Tersusun berkeping-keping sampul surat putih bercop pos dari Seattle. Sampul putih yang baru lepas diterima tadi diletak ke dalam kotak bersama sampul-sampul surat yang lain yang tak pernah dibuka walau sekali pun. Hak milik orang dan bukan dia punya. Sebab dah terang tang-tang nama penerimanya Nam Shin Hye. Bukannya Park Shin Hye.

“Dik, ikut Along jom,” suara yang terpancul tiba-tiba dari pintu bilik, serentak buat Shin Hye berpaling memandang. Park So Hyuk.

“Jom ke mana?,” berkerut kening dia bertanya. Kotak hijau tua ditangan kembali diletakkan ke dalam laci. Kemudian bangun menghadap lelaki tu di pintu biliknya.

Lelaki tu tersengih. Lepak dia menyandar diri ke pintu sambil berpeluk tubuh. “Jangan banyak tanya la. Say Yes or No?,”

Shin Hye ketuk dagu memikir. Kemudian mengaru kepala. “Okaylah. Yes,”

“Cun! Adik bersiap. Pakai cantik-cantik. Along tunggu kat bawah,” belum pun sempat Shin Hye nak cakap apa, Along dia dah menghilang dulu.

“Aish..apa ke..,”

 

***

 

“Along,”

“Hmm,”

“Biar betul ni?,”

Mengangguk lanjut sambil mata masih tak lepas pandang pada pilihan di depan mata. Benda tu diacu ke dada sendiri. “Betul la ni. Adik rasa sesuai ke warna ni?,”

Shin Hye dah rasa macam nak benam muka ke lantai. Malu. “Tapi takkan nak bagi benda ni pulak,”

So Hyuk terangkat kening sebelah. “Kenapa? What’s wrong with this thing? Bukan orang perempuan memang selalu pakai ke benda ni?,”

Sumpah dia dah rasa macam nak tarik rambut sekarang ni. Geram. Along ni memang muka kayu sungguh la!

“Memang lah kitaorang selalu pakai benda ni. Tapi takkanlah Along nak bagi birthday gift Mama benda macam ni!!,”

So Hyuk sengih. “Okay what? Lain dari yang lain,”

“Lain lutut Along! Kut ye pun nak cari kelainan takkan baju dalam jugak Along nak bagi! Mangkuk betul lah Along ni!,” laju aje dia menapak pergi dengan muka merah menahan malu yang amat dengan orang yang lalu lalang melihat dia dan So Hyuk memilih baju dalam di butik Scarlet tu.

So Hyuk terpingga. Baju dalam merah hati ditangan diletak kembali. Kemudian berlari mendapatkan Shin Hye yang dah jauh ke depan. “Dik, dah cantik dah warna tadi tu. Saiz pun macam dah okay jugak. Apasal tak nak beli pu-,”

BUK!

Dah selamat sebijik penumbuk mendarat betul-betul ke dagu So Hyuk. Terduduk dia ke lantai dengan dagu yang dah rasa macam nak tertanggal.

“Ha! Itu makannya! Park So Hyuk, cuba fikir rasional sikit! Baju dalam tu! Bukannya baju tidur! Mahu pengsan terkejut Ma tengok karang!,”

So Hyuk pegang dagu yang terasa sengal. “Adoi..chill la, dik. Along nak beli something yang Ma boleh ingat selalu. Takkan asyik-asyik kek, bunga, kek, bunga dan kek balik. Bosan la! Cuba fikir something yang lain sikit. Baru kekal selalu,”

Dia menjuling ke siling mall. “Along ni spesis otak version ke berapa ni? Kut ya punlah nak something yang lain, takkan bra jugak Along nak sauk. Think again la, Along. Are you really sure Ma takkan pengsan terkejut tengok hadiah birthday dia tahun ni idea dari luar kotak?,”

So Hyuk bangun mengesat seluar. Beanie Converse warna hijau kebiruann di atas kepala dibetulkan letaknya. Shin Hye dipandang kemudian. Dia tersengih sebaris dengan kening nakal diangkat.

“Yup! Pretty sure,” yakin aje bunyinya.

Shin Hye dah tak boleh nak cakap apa. Nak tak nak dia ikutkan aje. Sebab tak seronoklah bergaduh adik-beradik pasal benda kecik macam ni. Tak syok katanya!

“So, green light la ni?,” So Hyuk terangkat kening bertanya.

Dia teragak-agak mengangguk. “Hmm,”

“WeeHa! Tapikan dik, Along rasa nak hadiahkan sekali dengan thong..,”

“ALONG!!,”

 

***

 

Beg galas sebesar tong gas kat belakang badan diletak ke lantai. Selamba aje dia duduk bersila di tepi dinding sebab dah tak larat nak berdiri. Dia menebar pandang ke sekeliling. Ramai sungguhlah umat manusia yang tengah kelam kelibut menguruskan urusan penerbangan masing-masing. Incheon International Airport petang tu agak sesak dengan gerangan manusia yang tengah sibuk dengan urusan perjalanan udara masing-masing. Jam ditangan dileret pandang. Dah nak masuk pukul 4.30 petang. Urusan beg luggage dia di kargo masih lagi tergendala. Walhal, dia dah lama berpijak ke tanah Seoul pukul 3.45 petang tadi. Iphone 5s ditarik keluar dari poket sweater. Baru perasan telefon pintar tu dah di’off’ kan masa kat atas awan tadi. Ditekan butang ‘on’ sekali. Tunggu sekejap dan..

‘Ting!’

‘Ting!’

‘Ting!’

‘Ting!’

‘Ting!’

Berpuluh-puluh message, SNS, dan entah-apa-lagi-entah masuk sampaikan orang di kiri kanan dia dah menoleh pelik. Segera dia mematikan bunyinya. Dia menampal sengih kering dibibir. Dibaca satu persatu mesej yang masuk. Semuanya mesej tentang persoalan ke manakah dia? Apa yang dia sedang buat? Dan mesej-mesej berbau arahan supaya dia menghubungi pemanggil kembali. Dia mengeluh. Terasa menyesal pulak tiba-tiba. Telefon tu kembali dimatikan dan dicampak masuk ke dalam beg galas. Biar buat sementara ni dia lupakan tentang kerja-kerja di Seattle. Sekarang ni tujuan dia di Korea ni cuma satu. Janji yang perlu ditunaikan pada seseorang masa lapan tahun dulu. Pada Nam Shin Hye!

 

***

 

“Happy birthday to you..,”

“Teng..tereng..,”

“Happy birthday to mama..,”

“Teng..tereng..,”

“Happy birthday to you..,”

Fuhh!! Habis semua api lilin atas kek terpadam dengan sekali hembus.

“Woooo!!!,”

Bersorak dua beradik tu dengan seorang tengah menatang kek coklat Secret Recipe dan yang lagi seorang gaya selamba memegang sekotak bungkusan hadiah dengan gaya dah macam model pakaian dalam. Dua-duanya dah tersengih tak cukup muka.

“Terima kasih, Along, Adik…Mama seganlah dah tua-tua macam ni sambut birthday,” Puan Hyun Ji mengukir senyum dibibir. Pipi yang dah merah disentuh dengan tapak tangan.

“La..tak usah nak malu sangatlah Ma. Along lagi suka Mama macam ni. Lagi seksi, auw!,” So Hyuk mencuit dagu Mama dia dengan aksi gedik yang dibuat-buat. Shin Hye disebelah mengangguk setuju. Betul apa, orang kata wanita berusia tu lagi seksi dari perempuan-perempuan muda seksi dan plastic yang ada kat luar sana.  Kalau tak kenapa ada lelaki muda berkahwin dengan wanita berusia. Kan?

“Ma, apa hajat Ma tahun ni?,” Shin Hye menyoal dengan tangan kanan menyuap kek coklat ke mulut.

Puan Hyun Ji tersenyum. Lama dia merenung anak dara dan terunanya. “Ma harap tahun ni Ma dapat menantu,”

Shin Hye dah jatuh rahang. Bulat matanya tak percaya. So Hyuk pulak dah tak mampu nak telan kek coklat yang dah penuh di mulut. Masing-masing terdiam. Kemudian membalas pandang antara masing-masing. Biar betul?!

“Ma, Along tak ready lagi nak kahwin. Along pun muda lagi. Baru 28 tahun, takkan dah nak kahwin. Ma suruh adiklah kahwin dulu. Along tak nak,” Laju aje So Hyuk mengeleng. Baki kek coklat atas piring dah tak ada selera untuk dihabiskan.

Shin Hye dah rasa betul-betul nak tercekik. Tajam aje dia merenung So Hyuk. “Along ni acah-acah tengah main pass baton ke apa? Suka-suka kembang, suka-suka kencut dia aje nak suruh kita kahwin dulu. Boyfriend pun tak ada. Nak sarung cincin dengan siapa?,”

“Eh, bukan kau suka dengan budak yang selalu hantar susu pagi-pagi tu ke, dik? Adik cakap ajelah kat dia yang adik suka dia. Budak tu pun Ma tengok baik aje orangnya. Sesuailah pun kalau nak buat menantu. Kan, dik?,” Puan Hye Jin pula mencelah. So Hyuk yang baru nak menyua air ke bibir terhenti terus. Shin Hye terdiam. Laju-laju dia menyuap baki kek atas piring. So Hyuk pulak dah mula tersengih-sengih melihat adiknya.

“Ada orang dah jatuh chen-ta!,” So Hyuk mengusik. Puan Hye Ji tersenyum.

Muka Shin Hye dah mula merah padam. Dah macam buntut tomato pun ada gayanya. Dia mencari akal mengalih topik perbincangan yang dah mula melalut tiba-tiba tu. “Err..Ma, tak nak bukak ke hadiah tu?,”

Puan Hye Ji mengalih pandang pada kotak hadiah di sebelahnya. Diangkatnya ke atas riba.

So Hyuk disebelah menelan kek yang dah lumat dalam mulut dengan muka teruja. “Hadiah special untuk Mama dari Along dengan Adik,”

Shin Hye menarik nafas lega. Topik perbincangan tadi cuma terhenti disitu. Puan Hye Ji dah mula fokus pada kotak hadiah di atas riba. Di buka penutupnya. Kemudian isinya dikeluarkan. Bulat matanya tak percaya isi dalam kotak tu.

“Cantik tak Ma?,” So Hyuk bertanya dengan kening nakal diangkat. Baju dalam merah hati di tangan Puan Hye Ji ditolak ke dada Mamanya. Shin Hye hanya mampu menutup muka dengan tapak tangan. Tak sanggup nak tengok reaksi Mama. Puan Hye Ji cuma diam. Senyum tidak, teruja pun tidak. Diam tanpa sebarang reaksi.

So Hyuk dah pandang pelik. Shin Hye pun begitu. Di goncang bahu mamanya dan wanita tu terus rebah menyandar ke sofa. Dua-dua membalas pandang sambil ternganga.

“Ma..,” So Hyuk bersuara. “..dah terpengsan!,”

Shin Hye tepuk dahi. Dah agak dah!

 

***

 

Beg luggage kecil warna biru tua tu ditarik mengikut langkah kaki. Alamat rumah yang dituju yang baru lepas ditulis diatas sehelai kertas kecil dibaca berulang kali sambil mengulang pandang pada setiap nombor di deretan rumah yang dikunjungi. Dah lebih tiga jam dia berjalan tanpa henti. Namun, tak ada satu rumah pun yang betul. Dia cuba menarik ingatan ke lapan tahun yang lalu. Cuba mengingati setiap memori yang tinggal. Namun, sayangnya semuanya kabur. Dia dah mula garu kepala. Peluh yang dah mula memercik di dahi di kesat dengan belakang tapak tangan. Hoi..betullah benda ni boleh kasi berserabut kepala otak. Baru lapan tahun dia tinggalkan taman perumahan ni. Tapi perubahannya dah macam lebih dari dua puluh tahun! Tanpa sedar dia mengeluh perlahan. Alamat di atas kertas ditangan kembali dipandang.

8-31, Deongdamun High Park,

Seoul, Korea

Duh! Bacalah sampai lebam pun. Kalau dah tak jumpa tu tetap jugak tak jumpanya. Melainkan kalau ada orang yang bantu. Dia memicit tengkuk. Kemudian memandang kiri kanan. Kut lah kalau ada orang yang lalu lalang, boleh jugak dia mintak tolong. Dan nasibnya baik. Tak jauh dari tempat dia berdiri, ada seorang lelaki tengah mengayuh basikal sambil membawa raga susu dibelakang basikalnya menuju kearah tempat dia berdiri. Ditahan dengan sebelah tangan agar lelaki tu berhenti sebentar.

“Hello, saudara. Boleh saya minta tolong sikit tak?,” dia menegur ramah.

Lelaki tu mengangguk. Kemudian, turun dari basikal dan menongkat basikalnya.

Dia menghulur kertas beralamat ditangan. “Boleh tunjukkan saya rumah ni kat mana, ya?,”

“Oh..rumah ni selalu aje saya pergi. Nak hantar susu. Senang aje jalannya. Tak jauh dari sini pun,” lelaki tu tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya di kedua-dua bahagian pipi.

“Cun! Dah tak larat saya nak berjalan berpusing satu kawasan ni. Dah sampai sesat-sesat. Tunggu masa nak berguling-guling tengah jalan aje ni,” dia ketawa. Lelaki tu turut sama ketawa.

“By the way, saya Oh Sehun. Panggil Seth,” dia menghulur salam perkenalan dengan segaris senyum di bibir.

Lelaki tu menyambut. “Saya budak penghantar susu, Zhang Yi Xing. Tapi nickname pelik sikit,”

“Amende?,”

“Lay,”

 

***

 

 

Ting! Tong!

Fokus pada rancangan kartun Spirited Away di televisyen sangatlah terganggu lepas dah berkali-kali loceng pintu rumah berbunyi. Dia menjuling ke siling. Kemudian merengus geram. Waktu-waktu cuti hujung minggu macam nilah orang sibuk nak datang ke rumah. Kita nak duduk lepak berehat pun susah. Aishh…

Ting! Tong!

Loceng pintu berbunyi lagi. Kali ni dia dah hilang sabar. Manusia kat luar tu memang nak kena benam dalam tab jamban. Biar tahu sikit apa itu sabar! Laju aje dia menapak ke pintu utama dengan muka tak puas hati. Kasar dia memulas tombol pintu dan menolaknya keluar.

Dang!

“Adoi!,”

Serentak tu dia mendengar suara lelaki mengerang. Bila di perhati kiri kanan tak ada seorang manusia pun. Shin Hye dah mula garu kepala. “Rasanya tadi suara orang. Takkan hantu kut? Siang hari ni..,”

Dia mengangkat bahu tak faham. Kemudian cuba menutup pintu kembali. Namun, terasa sesuatu menyekat kaki pintu. Dia menunduk ke bawah.

“Mak!,” Shin Hye melompat terkejut. “Fuh..semangat. Ni kalau aku ada semput ni mahu on the spot ‘jalan’ terus. Siapa pulak la mamat ni?,”

Lelaki yang dah terlentang atas simen depan pintu dengan hidung dah berdarah tu diteliti. Mukanya bersih. Tak ada satu pun cacat celanya. Turun pula ke leher. Tergantung seutas rantai berbentuk hati  gaya rantai wanita berjuntai dilehernya. Kecelaruan identiti ke apa mamat ni? Shin Hye geleng kepala. Kesian..

“Eh, daripada aku duk teliti muka mamat ni, baiklah aku cari apa nama dia. Jalan terbaik. Kut kalau dia sedar nanti tahulah aku apa nama dia ni. Mana tahu boleh jadi kawan ke..,” Shin Hye tersengih sendiri. Dah jauh sangat menyimpang! Hehehe..

Dirabanya jacket kulit lelaki tu. Kemudian bila terasa sesuatu dalam poket depannya, diseluk dengan tangan kanan. Ditarik keluar isinya. Passport. Dibuka pada helaian pertama. Ada gambar lelaki yang tengah terlentang terbaring tu. Dibaca maklumat diri empunya.

“Oh Sehun..ehm, sedap nama kau ni,” passport tadi kembali dimasukkan ke dalam poket lelaki tu. Kemudian, memikir jalan penyelesaian. Nak diangkat lelaki tu dah terang tang-tang dia tak akan mampu. Nak dipapah pun nampak gaya karang dengan dia sekali tergolek jatuh terlentang. Sebab dia pun bukannya spesis perempuan sado! Shin Hye ketuk dagu memikir. Dan sengih penuh makna terukir dibibir. Jalannya cuma satu.

Kasi heret!

 

***

 

Langkah yang baru nak melepasi pintu pagar sekolah terhenti terus. Hari ni hari terakhir dia bersekolah disitu. Esok dia akan terbang berpindah ke Seattle. Dan terasa berat untuk mengucap selamat tinggal. Banyak kenangan dah tercipta disitu. Gembira, sedih, pahit, manis, kelat , payau dan entah apa-apa lagi rasanya. Dan mungkin juga cinta. “Sehun!,”

Dia berpaling. Seorang pelajar perempuan sedang berlari ke arahnya. Nam Shin Hye. Dia tersengih.

Gadis tu merenungnya dengan mata dah mula berair jernih. Kemudian ditanggalnya seutas rantai dileher. Rantai berbentuk hati. Sehun cuma diam memerhati. Gadis tu menjongket sedikit dan menyarungkan ke leher Sehun.

“Jangan lupakan saya kat sini. Saya tak nak awak lupakan hari-hari yang kita berdua pernah lalui bersama. Rantai ni sebagai kenangan kita. Saya harap kita boleh berjumpa lagi suatu hari nanti,” gadis tu tersenyum dengan air mata dah mula mengalir ke pipi.

Sehun mengangguk kemudian. “Ya, saya takkan pernah lupakan awak. Saya takkan lupakan kisah kita kat sini. Saya janji suatu hari nanti saya akan cari awak. Saya janji..,”

Gadis tu dah terhinjut-hinjut menahan tangis. Sehun menarik gadis tu ke dalam pelukannya. Pedih hatinya melihat gadis tu menangis. Tak sanggup rasanya nak melepaskan gadis tu. Dia akhirnya meleraikan pelukan. Air mata yang jatuh ke pipi gadis tu dikesat dengan ibu jari. Lama dia merenung wajah mulus tu. Wajahnya didekatkan ke wajah gadis tu hingga berlaga hidung. Dan bibirnya juga makin dekat dengan bibir gadis tu. Matanya dipejam rapat.

“Saranghae,”

 

***

 

Shin Hye dah terduduk keletihan atas lantai. Lelaki yang bernama Oh Sehun tu dah selamat terbaring atas karpet diruang tamu. Shin Hye menghembus nafas lega. Sungguhlah aku mengheret mamat ni masuk rumah. Masak aku kalau Ma dengan Along tahu. Dah la tak tahu langsung celah mana mamat ni datang. Tup..Tup dah terbaring depan pintu. Aish..serabutlah!

Lelaki tu dipandang. Tak ada langsung gaya nak sedar mamat ni. Kuat sangat ke terhantuk dengan pintu tadi? Shin Hye mendekati. Ditelitinya lagi wajah lelaki tu lagi. Hidungnya masih merah. Darah yang mengalir juga dah mula kering. Pandangannya beralih pula pada rantai dileher lelaki tu. Tergerak hatinya untuk melihat. Namun baru aje nak disentuh, Shin Hye tersentak sendiri bila tangan Sehun menekup kedua belah pipinya. Dirinya ditarik merapati wajah lelaki tu. Shin Hye dah mula cuak.

“Sa…rang..hae..sa..rang..hae..,” Sehun mengumam sendiri dengan mata terpejam rapat. Bibirnya dijuih gaya mahu mengucup seseorang. Shin Hye jatuh rahang. Adus..mamat ni acah-acah mimpi Sleeping Beauty ke apa? Ada yang aku berus bibir dengan kertas pasir karang.

“Woi! Bangunlah!,” cengkaman tangan Sehun dipipinya cuba dileraikan. Namun, cengkaman tu terlalu kuat. Nak tak nak satu benda aje dia boleh buat sekarang ni. Biar kasi lelaki ni sedar!

“AKU CAKAP BANGUNLAH MANGKUK!!!,”

Dan..

PANG!

 

 

***

 

 

Pipi yang terasa berbirat di usap perlahan dengan tangan kanan. Perempuan yang lepak bersandar atas sofa dengan kaki bersilang dihadapannya tu dipandang tak puas hati. Badan aje kecik tapi lempang orang boleh penuh satu muka. Hantu sungguh perempuan ni!

“Awak ni siapa? Macam mana saya boleh ada kat sini pulak?,”

Shin Hye terangkat kening. Lelaki tu dipandang atas bawah. Panas dalam hati tak surut lagi. “Patutnya saya yang tanya awak ni siapa. Awak nak apa datang rumah saya?,”

Sehun berkerut. “Ni rumah kawan saya. Awak ni siapa? Setahu saya dia anak tunggal. Tak ada adik beradik lain pun,”

Shin Hye menjuling ke siling. Sah mamat ni dah sesat! “Awak salah rumah ni. Saya ni anak pemilik rumah ni. Kim Hyun Ji. Mama saya,”

Sehun mengeleng tak percaya. “No. Saya tak silap. Betul ini rumahnya. Ni..ni..alamatnya,”

Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan kertas beralamat dalam poket. Dihulurnya pada Shin Hye. Gadis tu teragak-agak menyambut. Dibaca alamatnya. Betul. Sama dengan alamat rumahnya. Shin Hye terdiam. Otaknya ligat berputar mencari alasan.

“Look. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. So, macam nilah. Alamat tu memang betul alamat rumah ni. Tapi mungkin orang yang awak cari tu dah pindah tempat lain kut. Sebab kami pun baru aje berpindah ke sini setahun lepas. Jadi, saya rasa baik awak balik ajelah,” Shin Hye bangun menuju ke pintu. Dibuka dan dialu-alukan lelaki tu keluar. Bukan dia nak biadap menghalau tetamu tapi dah terang tang-tang dia tak kenal langusng lelaki tu. Tak kan nak suruh lelaki tu tinggal di situ sampai jumpa kawannya. Buang tabiatlah namanya tu. Lagipun, dia duduk seorang di rumah hari ni. Takut juga kalau apa-apa jadi pada dirinya. Bukannya dia kenal pun lelaki tu. Setakat tahu nama aje tak bermaksud apa-apa. Kan?

Sehun bangun dari duduk. Lemah dia menarik luggage dan menyandang beg ke bahu. Dan perlahan-lahan menapak ke keluar. Kecewa hatinya. Shin Hye cuma memerhati. Kesian pulak dia melihat gaya lelaki tu. Macam datang dari jauh aje rupannya. Dengan heret beg luggage dan beg sandang yang dah gaya macam bawak tong gas ke belakang badan. Dari mana ajelah mamat ni. Terdetik juga hatinya mahu bertanya.

“Woi!,”

Sehun berpaling.

“Boleh saya tahu awak datang dari mana?,”

Sehun berkerut. “Seattle, U.S,”

Shin Hye mengangguk faham. Dan Sehun kembali menapak pergi.  Kepala Shin Hye mula ligat berputar memikir pasal Seattle. Terasa seperti pernah terbaca pasal Seattle tu. Tapi dekat mana eh? Dia memicit kepala. Seattle..Seattle..

Pap!

Baru teringat sesuatu. Surat dari Seattle!

Berlari dia ke bilik mendapatkan surat-surat dari Seattle yang disimpan dalam kotak. Ditariknya satu sampul. Betul dari Seattle. Diterbaliknya surat tu ke belakang. Ada nama pengirimnya disitu.

Oh Sehun.

Dia menepuk dahi. Kenapa dia tak pernah tahu nama pengirimnya ada disitu. Adui..Bendul jugak kau ni Shin Hye! Tak tunggu lama dah, terus aje dia berlari keluar dengan kotak berisi surat-surat dari Seattle tu. Kelibat Sehun dicari. Mana pulak lah dia ni? Takkan cepat sangat hilangnya. Dia berlari lagi hingga lelaki tu akhirnya dijumpai tengah lepak baring berbantalkan lengan dibangku bus stop. Shin Hye mencari nafas. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri.

“Hey,” bahu lelaki tu diketuk perlahan dengan kotak ditangan. Sehun tersentak. Sebelah mata aje dibuka. Langsunng tak ada minat nak menegur gadis yang tengah tercungap-cungap mengambil nafas tu.

“Ni,” dicampak ke dada lelaki tu. Sehun terus bangun dari baring. Dibuka penutup kotak dan matanya terus kaku pada isi dalam kotak tu. Surat-suratnya buat Nam Shin Hye. Gadis dihadapannya dipandang dengan pandangan tak faham.

“Macam mana boleh ada pada awak? Saya tak faham..,”

“Awak yang hantar ke alamat rumah saya. Saya ingat bila saya kumpul surat-surat tu, satu hari nanti saya nak hantar balik ke alamat pengirim. Tak sangka pulak awak datang mengejut macam ni. Tapi sumpah saya tak pernah bukak walau satu pun surat-surat tu. Walaupun nama hujung kami sama,”

“Huh?,”

“Shin Hye. Park Shin Hye,”

Sehun mengangguk faham. “Terima kasih. By the way, saya Oh Sehun. Boleh panggil Seth,”

Shin Hye tersenyum. “Saya tahu. Saya baca passport awak tadi,”

“Oh,”

Shin Hye mengisi ruang kosong disebelah Sehun. “Well, sorry pasal tadi,”

 “It’s okay,” Sehun menarik senyum sebaris.

“So, awak nak buat apa lepas ni?,”

Sehun menjungkit bahu. “Entahlah. Cari dia sampai jumpa. Then, tengoklah apa jadi,”

Bunyi pasrah aje dia ni. Argh..biarlah urusan dia pun. Buat apa aku nak menyibuk. Shin Hye kemudian bangun dari duduk. “So, saya balik dululah. Saya tak kunci pintu rumah tadi. Kabut sangat nak kejar awak. Takut pulak Mama saya bising karang. By the way, ni nombor telefon saya..,” selamba dia mencapai sebiji batu dan mencakar nombor telefon sendiri di atas bangku bus stop. “Kalau awak nak mintak tolong, call aje nombor tu. Mana yang saya boleh tolong, maybe saya tolong. Okay, saya chiau dulu. Bye,”

Dan Sehun cuma melempar pandangan kosong. Nombor-nombor yang baru lepas dicakar tu diulang baca. Dan terdetik persoalan dalam kepala otaknya.

Minah ni nak jaja nombor sendiri ke?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Kesian Sehun...cintanya x kesampaian
hyemipark
#2
Chapter 2: Ish3 kesian shin hye kene muntah
BTW So Nice So Daebak ^^
Author-nim update soon
FIGHTING!!!
JieunSparkleJunior #3
Chapter 1: Update soon:)