Epilogue

Past, Present & Love

Beg galas sebesar tong gas dah siap ditegakkan ditepi katil. Tiket kapal terbang ditangan dipandang tak rela. Hari ni dia harus pulang ke Seattle sebab dah tak ada urusan yang perlu diuruskan di Seoul. Baju Sweat shirt Pancoat biru laut yang dah siap dilipat kembali dipandang. Segala macam rasa bercampur baur dalam dada. Dia kembali mengeluh. Entah bila dia dapat bersua kembali dengan wanita tu. Terasa bersalah sungguh sebab menengking Park Shin Hye tanpa sebab hari tu.

“Seth, it’s time,”

Sehun mengangkat wajah memandang gerangan yang bersuara. Gadis kacukan British-Korea tu dipandang dengan segaris senyuman dibibir. Shannon Areum William. Setiausaha syarikat yang paling setia. Berusia 23 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera di United Stated. Hari ni dia datang ke Korea untuk menjemput bos sendiri pulang ke Seattle menguruskan segala macam kerja yang dah mula bertimbun bergunung minta disiapkan sebelum dateline tamat.

“Okay. Let’s go,” Sehun bangun dari duduk. Sweat shirt tu terus dibawa masuk ke dalam sebuah beg kertas. Beg galas tepi katil dibawa ke bahu. Dia menapak ke pintu. Bilik hotel Hilton di tingkat 16 tu ditinggalkan dengan seribu satu kenangan dan cerita.

 

***

 

Shin Hye pandang jam ditangan. Dah lima belas minit dia menunggu gerangan manusia tu. Entah manalah tak muncul-muncul dari tadi. Caramel macchiato dalam cawan dihirup perlahan. Dia menebar pandang ke sekeliling café Melancholic tu. Pelanggan tak lah ramai sangat hari tu. Almaklumlah, hari minggu. Orang tengah sibuk bekerja. Adapun budak-budak sekolah menengah tengah sibuk berbual entah pasal apa entah sambil ketawa tak cukup oktaf.

“Cik nak order makan?,” sapa seorang pelayan wanita tiba-tiba.

Shin Hye tersentak. Dia cuma tersenyum dan mengeleng. “Tak apalah. Terima kasih. Saya tunggu someone,”

Pelayan tu cuma mengangguk faham. “Oh..Kalau macam tu kalau cik nak apa-apa boleh panggil saya. Nama saya P’Nut. P.N.U.T. On the spot saya datang,”

Shin Hye terangkat kening. P’Nut? Apa ke pelik benar namanya. “Baik. Terima kasih ya,P’..Nut”

Gadis tu berlalu pergi dengan sengih yang menampak sebaris gigi hadapannya. Shin Hye ketawa kecil. Geli hati pulak bila mendengar nama pelayan tu. Kacang. Hehehe…

Ting! Tong!

Bunyi loceng café berbunyi menandakan ada pelanggan masuk. Serentak tu tegak kepala Shin Hye menala kearah pintu café. Seorang gadis berambut panjang dengan gaun warna biru lembut melangkah masuk sambil mata menebar pandang gaya mencari seseorang. Ditariknya phone dalam beg tangan. Kemudian dilekapkan ke telinga. Serentak tu Shin Hye memandang phone sendiri. Ada talian baru masuk. Diangkat panggilan tu kemudian memandang semula ke arah gadis tadi. Sah! Dialah orang yang dia cari.

“Cik! Sini!,” Shin Hye melambai ke arah gadis tu.

Gadis tu tersenyum seraya menapak ke arah Shin Hye yang duduk di sebelah tingkap café. Gadis tu menunduk hormat kemudian mengambil tempat setentang dengan kedudukan Shin Hye.

“Maaf, saya terlambat. Awak dah lama sampai ke?,” beg tangan diletakkan ke tepi. Dia tersenyum memandang Shin Hye dihadapan.

“Eh, taklah. Saya pun baru sampai. Awak nak order apa-apa?,” Shin Hye berbahasa.

Gadis tu cepat-cepat mengeleng. “Nope. It’s okay. Lepas ni saya ada temu janji. So, boleh saya tahu macam mana awak dapat nombor phone saya? Sebab seingat saya, kita berdua tak pernah berjumpa sebelum ni kan?,”

Shin Hye tepuk dahi. Ye tak ya jugak. Lupa benar nak kenalkan diri dulu. “Sorry. Saya Shin Hye. Park Shin Hye…,”

“Oh! Saya pun Shin Hye. Nam Shin Hye. But I change to Irene Nam since my parents got divorce two years ago..,” Irene perkenalkan diri. Shin Hye cuma mengangguk sebab dia dah tahu nama gadis tu. Itu pun dari Oh Sehun sendiri.

“Well, saya dapat nombor phone awak dari kad nama dalam jacket Oh Sehun. Ni..,” Jacket dan tshirt yang disimpan dalam beg kertas tu dihulur pada Irene. Gadis tu menyambut dengan riak muka penuh tanda tanya. “….Saya nak pulangkan pada dia. Cuma tak tahu nombor phone dan dia tinggal di mana. So, saya assume awak tahu sebab dia banyak cerita pasal awak pada saya,”

“Oh…wait. Saya tak faham. Macam mana awak kenal Sehun? Awak girlfriend dia ke?,” Irene menyoal dengan kening berkerut. Shin Hye jatuh rahang. Soalan spesis maut tu. Girlfriend? Wah! Mintak jauh!

Shin Hye ketawa perlahan. “Bukan. We not have any kind of relationship. Just..It’s a long story anyway,”

Irene tersenyum. “Sehun tu jenis permalu orangnya. Nampak aje muka bengis macam singa. Tapi hati dia baik. Dia tak ramai kawan masa disekolah dulu. Ada pun 5-6 orang. Tapi orang sekeliling selesa aje kalau bergaul dengan dia. Sebab dia tak banyak merungut. Saya dengan dia kenal dari sekolah rendah sampailah kami sekolah menengah. Masa tu kami berdua memang rapat. Mana-mana kami pergi mesti berdua. Dia anak tunggal. Ayah dia dah lama meninggal sebelum dia lahir. Jadi dia tinggal berdua dengan mak dia. Sampailah satu hari tu, mak dia berkahwin dengan seorang lelaki dari Seattle. Sejak dari tu, dia dah tak banyak cakap. Senyum pada orang pun kadang-kadang. Saya tahu dia tak suka dengan perkahwinan tu. Tapi rela atau tidak dia terpaksa terima. Sebab itu kehendak mak dia. Sampailah satu hari tu, dia terpaksa berpindah ke Seattle atas kehendak keluarga. Sejak dari tu kami tak pernah berjumpa lagi..,”

Shin Hye terkedu sendiri. Mana dia sangka rupanya lelaki Seattle tu agak rumit juga cerita hidupnya. Ingatkan bahagia aje. “Wow..what a complicated life,”

 Irene buat muka iye tak iye. “Yeah. So, pasal benda ni, saya akan cuba contact dengan dia. By the way, I have to go now. Gembira dapat berkenalan dengan awak,” Irene bangun dari duduk dan menghulur tangan. Shin Hye turut sama bangun dan menyambut huluran tu.

“Semoga kita jumpa lagi ya. Saya pergi dulu,” Irene dah menapak keluar dari café. Shin Hye cuma memerhati kelibat gadis tu dari dalam café. Patutlah si Sehun tu boleh meroyan menonggeng putus cinta. Cantik benar gadis tu. Persis pelakon. Shin Hye mengeluh sendiri. “Untungnya Irene..,”

Lama dia memerhatikan gadis tu dari dalam café. Dan matanya terus terhenti pada sesusuk tubuh manusia yang datang menghampiri gadis tu dengan sejambak bunya Ros ditangan. Matanya dikerdip beberapa kali tak percaya. Budak penghantar susu!

Serentak tu dia berlari keluar dari café. Pasangan tu diekori mencari kepastian. Betul! Matanya tak salah. Memang budak penghantar susu. Mesra benar gayanya mereka ni. Siap berpegangan tangan sambil sengih berbunga-bunga. Kepalanya tiba-tiba terus teringatkan kata-kata Sehun pagi tu..

“Nama dia Lay. Atau nama panjang dia, Zhang Yi Xing. Dia dah bertunang..,”

Tak mungkin lelaki tu dah bertunang. Atau kalau betul pun mana mungkin dengan gadis tu. Bukan ke gadis tu..

“Lapan tahun…saya cintakan dia. Tak berubah sikit pun. Sungguh sikit pun tak. Tapi end up…,” diteguk lagi bir dalam tin tu. “Irene…no,no,no, Nam Shin Hye! You are jerk woman! Kau suruh aku jangan lupakan kau tapi kau sendiri yang lupakan aku! Perempuan bodoh!!!,”

Ya. Memang benar kata Oh Sehun. Budak penghantar susu tu sudah bertunang. Bertunang dengan cinta pertama Oh Sehun. Dan sebab itulah Sehun berkeras agar jangan berharap sangat yang lelaki tu mungkin membalas cintanya sebab dia dah tahu hakikat sebenar yang lelaki tu tak mungkin akan jatuh cinta padanya. Shin Hye tertunduk memandang jalan. Sungguh hatinya terasa sakit. Dadanya terasa sesak. Memang macam ni ke rasanya putus cinta?

PINN!!!

Bunyi hon kereta yang semakin dekat serentak buat dia tersedar yang dirinya dah berdiri ditengah jalan raya. Kakinya terasa lemah tiba-tiba. Tak mampu bergerak langsung. Shin Hye cuma mampu membatukan diri. Matanya dipejam rapat. Angah..tolong adik!

“Adik, stop lambung-lambung duit syiling tu. Pening Angah tengok,” Seo Jeon mengomel. Shin Hye disebelah cuma buat muka. Bosan benar rasanya duduk menunggu di stesen bas tu.

“Boringlah Angah. Dah lama kita tunggu Ma ni. Tak jugak sampai-sampai. Langit dah mula gelap. Macam nak hujan pun ada,” Shin Hye mendongak memandang langit petang yang berarak membawa awan gelap. So Jeon disebelah cuma diam. Kemudian tersenyum sendiri. Ada ajelah dia ni..

“Alah, sabarlah. Kejap lagi Ma sampailah tu. Tadi Ma telefon Angah kata dia dengan Along lambat sikit sebab traffic jam. Chill aje dik. Kita bukannya rushing nak pergi mana-mana pun. Ma nak bawak pergi makan jajangmyeon aje kan. So, wait and see,” So Jeon ketawa perlahan.

“Hmm..,” duit syiling 100 won ditangan kembali dilambung dengan ibu jari. So Jeon cuma mampu mengeleng. Sketch book dalam beg galas dibawa keluar sebab sebenarnya dia jugak dah rasa bosan yang amat. Pensil kayu 2B ditangan kanan dah mula melakar suasana pekan Seoul yang tak pernah mati dengan kesibukkan manusia disitu. Dia dah mula tenggelam dengan dunia sendiri.

Ting!

Duit syiling yang baru lepas dilambung tu dah jatuh bergolek ke tengah jalan raya. Shin Hye pandang So Jeon disebelah. Kemudian tersengih kering.

“Kan Angah dah cakap tadi,” So Jeon cuma mampu mengeleng. Degil!

Shin Hye ketawa kecil. Terus aje dia bangun dan berlari ke tengah jalan. Dikutipnya semula duit syiling tadi. So Jeon cuma memerhati tingkah adik bongsunya tu.

PIN! PINN!!!

Sebuah lori sarat dengan muatan sayur bergerak laju ke arah Shin Hye ditengah jalan. So Jeon tergamam. Sketch book ditangan terus aje dilempar ke tepi dan berlari mendapatkan Shin Hye ditengah jalan. Ditolak tubuh gadis tu sekuat hati. Akibatnya, Shin Hye berguling jatuh ke bahu jalan.

Bang!

“ANGAH!!!,”

Trajedi malang tu kembali bermain di depan mata. Terasa masa terhenti tiba-tiba. Masih dia ingat masa tu macam mana tubuh Seo Jeon melambung dan jatuh ke atas jalan dengan badan berlumuran darah. Dan masih dia ingat juga waktu tu macam mana tubuh Seo Jeon terkulai layu diatas ribanya. Peristiwa tu takkan pernah dia lupa sampai akhir hayatnya. Dan kali ni mungkin balasan untuk dirinya. Dia juga akan mati atas kesilapan lalu yang meragut nyawa abang kandung sendiri. Angah, tunggu adik.

Bunyi hon kereta dan geseran tayar kereta cuba berhenti, makin dekat di telinga. Shin Hye merelakan diri. Namun, dalam sekelip mata, dia terasa tubuhnya ditarik kuat dan dirangkul seseorang. Mata yang dipejam rapat, perlahan-lahan dibuka. Wajah lelaki asing tu dipandang dengan pandangan kosong. Rangkulan dilepaskan.

“Cik, awak okay ke? Ada rasa sakit kat mana-mana? Atau cedera dekat mana-mana?,” bertalu-talu lelaki tu menyoal. Shin hye cuma diam seribu bahasa. Masih tergamam barangkali.

“Cik..,” kali ni digoncang pula bahu Shin Hye.

Dia tersentak. Lambat-lambat kepalanya digeleng. Suara yang mahu dikeluarkan terasa tersekat dikerongkong. Matanya masih tak lepas pandang pada wajah lelaki tu.

“Yah! Park Shin Hye!,” Suara tempikan seseorang serentak buat dua kepala tu berpaling. Sehun menapak ke arah mereka. Terus aje bahu Shin Hye digoncang kuat. “Yah! Kau dah gila ke apa?! Ke kepala kau tengah biul sampai tak nampak lampu merah ke hijau?! Macam orang tak betul berdiri tengah jalan!,”

Shin Hye terpinga-pinga. “K-Kenapa kau ada kat sini?,”

Sehun jatuh rahang. Selamba aje minah tu menyoal kembali seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Dia merengus geram. Lelaki yang masih diam memerhati mereka berdua tu dipandang. Dia berdehem kemudian. “Well, terima kasih sebab tolong dia. Dia ni memang macam ni sikit. Kadang-kadang otak dia tak centre. Tu pasallah dia berdiri kat tengah jalan tu macam orang tak betul,”

Laju aje Shin Hye menyiku Sehun disebelah. Kemudian menjelir lidah. Lelaki tu ketawa perlahan.

“Naa..it’s okay. Saya cuma concern aje. By the way, saya HongBin. Lee HongBin,” lelaki tu menghulur salam perkenalan.

“Saya Oh Sehun. Dan dia Park Shin Hye,”

“So, gembira berkenalan dengan korang berdua. Saya pergi dululah,” lelaki tu dah mula menapak pergi kemudian berhenti semula. “Dan  Cik Shin Hye, please..jangan berdiri tengah jalan lagi. Atau saya terpaksa berlari pecut semata-mata untuk awak,” kembali dia menapak pergi.

“Ouwch. That’s hurt,” Sehun memerli. Laju Shin Hye memijak hujung kakinya. Sehun mengaduh sakit.

“Apa yang kau buat kat sini?,” Shin Hye menyoal.

Sehun tak terus menjawab. Dia mengetap bibir. Lama dia memandang Shin Hye. “Aku..Well..aku jalan-jalan kat area sini then aku nampak kau. So, yeah..,”

“Jalan-jalan? Dengan beg galas yang macam nak meletup tu?,” Shin Hye mengangkat kening sebelah.

Sehun selamba mengangguk. “Hmm..Can we talk? Just five minutes,”

Shin Hye berkerut. “Pasal apa?,”

“Pasal..kau..suka-,”

“Suka Lay?,” laju Shin Hye memotong. Kemudian dia tersenyum sumbing. “Aku tahu kenapa kau halang aku suka Lay. Semua sebab kau nak tengok Irene bahagia. Dengan cara macam tu, kau boleh give up pasal perasaan kau pada dia. Am I right?,”

Lambat-lambat Sehun mengangguk. “How about you?,”

Shin Hye menghinjut bahu. “Entah. I try do the same as you. Diaorang mungkin sebuah masa lampau kita. Siapa tahu masa depan kita nanti ada someone yang lebih terbaik. Someone yang cintakan kita sama macam kita cinta dia. Who’s know?,”

Sehun menarik sengih ke telinga. Mana dia sangka gadis yang luarannya nampak lemah tu sebenarnya punya hati yang lebih kuat. Tak sekelumit pun dia terpukul dengan cinta sendiri yang tak dibalas. Sehun kagum. “Kau ni kuat kan. Sikit pun tak menangis meraung bila putus cinta. Selalunya kalau dalam drama tu aku tengok mostly perempuan akan meraung menangis sampai bengkak-bengkak mata. Dan ada yang paling worst sekali, bunuh diri. Tapi kau lain. I’m impress with you. Seriously,”

Shin Hye tersenyum kelat. Dia menghela nafas berat. “Aku tak macam yang kau fikir. Aku tak kuat macam yang kau cakap. Aku sebenarnya takut untuk menangis. Aku takut aku tak mampu berhenti bila sekali air mata aku jatuh mengalir. Aku lemah sebenarnya..,”

Sehun berkerut tak faham. Lama dia mencongak dalam kepala. “Maksud kau?,”

“Aku penyebab abang sendiri mati. Atau erti kata lainnya, aku pembunuh abang sendiri. Lapan tahun dulu. Dia korbankan diri untuk adik macam aku ni. Adik yang degil. Adik yang bosan. Yang tak pernah dengar cakap. Adik yang kuat merajuk. Kuat menangis. Dan adik yang cuma bergantung pada abang. Tak pernah nak cuba berdikari. Itu yang kau kata kuat? Sumpah. Aku tak kuat Sehun. Aku tak kuat…,” Shin Hye tertunduk. Akhirnya air mata yang ditahan jatuh jua ke pipi setelah sekian lamanya.

Sehun terdiam. Gadis tu dipandang sayu. Terbit rasa simpati dalam diri. Perlahan-lahan dia mengusap kepala Shin Hye. “Kau bukan pembunuh, Shin Hye. Abang kau terlalu sayangkan kau sampai dia sanggup berkorban semata-mata demi kau. Semua yang berlaku bukan sebab kau. Itu semua dah tersurat sebagai takdir dia. Aku percaya dia tak nak kau mengenang kematian dia dan salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Get your life, Shin Hye. Move on. Past is a past. Now is your future,”

Shin Hye mendongak memandang wajah Sehun. Lelaki tu tersenyum ikhlas. Mungkin benar kata Sehun, Angah tak mahu dia menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi dah tertulis dalam takdir hidup Angah. Dan semua tu dah lama berlalu sebagai sebuah kisah lampau yang menjadi sejarah. Mungkin yang lepas tu sakit untuk diingat, tapi sekarang penentu masa depan. Perlahan-lahan Shin Hye menarik sebaris senyum dibibir. Terima kasih, Oh Sehun.

“Seth! Where have you been?! I thought you wait me in the car! Don’t try to run away again. I’m tired enough to give a stupid excuses to your dad,” Shannon yang datang membebel tiba-tiba buat Sehun menjuling ke langit. Shin Hye ketawa kecil.

“Oh, come on, Shannon. I’m not going anywhere. Just don’t worry to much with your face like seeing me die,” selamba Sehun menutur.

Shannon buat muka. “How come I’m not worry about you? I’m totally death meat if not bring you back with me this time,”

Sehun mencebik. Ya sangatlah tu. Dia kembali memandang Shin Hye disebelah. “Shin Hye, kenalkan Shannon. Setiausaha saya. Shannon, my friend, Park Shin Hye,”

Shannon menunduk hormat diikuti Shin Hye. Masing-masing berbalas senyuman. “Well, I think enough with this ice breaking because we rush to airport, Seth,”

Shin Hye berkerut. “Airport?,”

Shannon mengangguk. “Yeah, we will going back to Seattle,”

“Right now?,” Sehun dipandang kemudian meminta kepastian.

“Yeah. It’s time. By the way, terima kasih untuk segalanya. Dan terima kasih jugak untuk baju ni..,” dihulurnya beg kertas ditangan. Shin Hye menyambut.

“Tapi baju awak..,”

“Pada Irene. Ya, saya tahu. Dia call tadi,” Sehun tersengih. “So, I have to go. Till we meet again Shin Hye,”

Angguk. “Yeah. Till we meet again,”

“Bye,” Sehun dah menapak pergi diikuti Shannon dibelakang. Shin Hye melambai sambil memandang mereka berlalu pergi dengan teksi yang dipandu laju membelah jalan yang sedikit sibuk. Dia akhirnya mengukir senyum bahagia. Kaki mula melangkah pergi dengan hati yang senang. Namun, kakinya terhenti di depan Melancholic Café. Dari luar dia terpandang seseorang. Lelaki tadi. Lee Hongbin. Pelayan café rupanya. Lama dia memandang lelaki tu dari luar. Hatinya berdegup laju tiba-tiba. Shin Hye menyentuh dada. Pelik. Perasaan apa ni?

Lelaki tu kembali dipandang. Dan serentak tu darah menyerbu naik ke muka. Lelaki tu memandang tepat ke arahnya dan mengukir senyuman dibibir. Diletakkan lagi tangan ke dada. Betul. Jantungnya berdegup laju tatkala melihat wajah lelaki tu. Tanpa dipaksa, perlahan-lahan dia turut sama mengukir senyuman. Dari situ dia mendapat satu keyakinan. Lelaki itu akan menjadi sebuah masa depannya. No matter what.

Today I close the door of my past,

open the door of my future,

take a breath and step to a new love.

 

THE END

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Kesian Sehun...cintanya x kesampaian
hyemipark
#2
Chapter 2: Ish3 kesian shin hye kene muntah
BTW So Nice So Daebak ^^
Author-nim update soon
FIGHTING!!!
JieunSparkleJunior #3
Chapter 1: Update soon:)