Part 3

Past, Present & Love

Pencil kayu ditangan kanan dimain dicelah jari. Kepala pulak dah mula terlentok kanan kiri memandang kanvas yang masih kosong. Dia mengaru kepala. Wahai idea..datanglah cepat!

“Angah!,”

Serentak tu dia menoleh ke belakang. Budak perempuan yang masih lengkap dengan uniform sekolah tinggi tu dipandang sambil tersengih. “Hi, baby girl,”

“Not a baby, Angah. I’m old enough, okay,” Shin Hye tarik muka. Tak sukanyalah bila dah besar panjang macam ni orang duk panggil baby lagi. Malu!

Lelaki tu cuma ketawa perlahan. “But to me, you still my baby, adik,”

Shin Hye menjulingkan mata ke langit. “Whatever la, angah. As long as you happy with that,”

Sengih. Lelaki berwajah seiras Park So Hyuk tu terus aje dipeluk dari belakang. Seboleh-bolehnya tak mahu dilepaskan. Along dan Angah dilahirkan sebagai anak kembar. Along diberi nama sebagai So Hyuk dan angah, Ma bagi nama sebagai So Jeon. Walau berkongsi wajah yang sama, tapi dua-duanya berbeza.

“So, angah nak lukis apa atas kanvas tu?,” panjang muncung dia menjuih ke kanvas putih yang masih tak bercalit apa dari tadi tu.

So Jeon menjungkit bahu. “Entah. Idea tak datang la, dik,”

“Hmm..kalau macam tu, apa kata Angah lukis potret adik, boleh?,” Shin Hye tarik sengih plastik sambil terkedip-kedip mengoda So Jeon. Lelaki tu cuma senyum dan mengangguk kemudian. “Okay,”

“Yeah! You’re the best, Angah. Hehehe…,” dia mengekek suka. “Tapi sebelum tu…angah dah makan ubat?,”

So Jeon telan liur. Alemak! Dia tanya pasal ubat pulak. Mampus kalau dia tahu aku dah lama tak makan ubat. Bukannya aku tak nak telan tapi kalau dah tiap-tiap hari nak kena hadap sampai berpapan-papan ubat, boleh kasi jam kepala otak oi. Dan itu baru tahap ubat, yang kena injection tu belum kira lagi sakitnya. Sampaikan dah boleh ihstihar kebal kulit-kulit atas badan ni. Tapi masalahnya sekarang ni takkan nak tipu. Walhal bekas ubat pun aku tak usik dari pagi tadi. Ni kalau kantoi on the spot karang..mahu aku kena sembur satu hari satu malam. Nak cakap apa ni?

“Angah?,” Shin Hye menegur.

“Hmm..,”

“Orang tanya, dah makan ke belum?,”

So Jeon tersengih kelat. Lambat-lambat dia mengeleng. Serentak tu, Shin Hye dah mula buat muka macam nak telan dia hidup-hidup. Terus aje dipiatnya telinga kanan si So Jeon.

“Angah ni nak bagi adik, along dengan Ma pengsan sebab risaukan angah ke apa?,”

So Jeon mengerang sakit. Lagi dia cuba mengelak, lagi kuat Shin Hye memiat telinganya sampai dah merah-merah. “Adeh..deh..deh..adik, lepaslah. Dah rasa macam nak tercabut pun ada ni…,”

Dilepasnya geram. Shin Hye merengus. Angah ni spesis degil punya budak. Tak makan saman. “Angah tau tak kalau sekali angah skip makan ubat, penyakit angah tu makin lama makin teruk. And then, makin hari makin lemah satu badan dan lepas tu..,”

So Jeon sengih selamba. Dah tahu sangat kalau adiknya yang satu ni tarik gear membebel maknanya dia cuma risau. Takut jadi apa-apa pada abangnya. Dia bangun dari duduk dan menghadap Shin Hye. Di usap perlahan kepala adiknya. “Terima kasih adik sebab ambik berat pasal angah. Jangan risaulah. Angah tahu jaga diri,”

Shin Hye mencebik. Masih tak puas hati barangkali. “Tipu. Angah tipu,”

So Jeon ketawa perlahan. Geli hati bila tengok muka Shin Hye sebegitu rupa. Macam budak kecik tak dapat botol susu. “Okay, fine. Lepas ni angah janji takkan skip makan ubat lagi. Angah makan demi Ma. Demi Along. Dan sebab si buchuk angah ni,” dipicit pipi Shin Hye geram. Geram sebab comel sangat.

Shin Hye ketawa geli hati. Dia pun turut sama memicit pipi So Jeon. Dan sama-sama ketawa.

“Park Shin Hye,”

Suara lelaki menegur sayup-sayup dari belakang serentak buat kepala Shin Hye menoleh. Namun bila dipandang tak ada sesiapa pun di situ. Shin Hye jadi hairan. Ditolehnya semula ke arah So Jeon. Tapi bayang lelaki tu pun turut menghilang entah ke mana. Cuma tinggal canvas putih tanpa sebarang calitan aje dibiarkan disitu.

“Angah?...Angah!...Yah! Park So Jeon!!,” dilaungnya berkali-kali nama tu. Tetap juga tiada jawapan. Tubuhnya dah mula mengigil. Takut. Suasana yang tadinya nyaman dan tenang, kini berubah gelap tiba-tiba. Semua yang ada terus hilang menjadi asap kelabu. Yang tinggal kekal cuma kanvas kosong tanpa calitan tu. Dipandangnya semula kanvas tu. Cecair berwarna merah hati mulai mengalir keluar tiba-tiba tanpa punca sehingga membentuk ayat ‘Pembunuh!’.

Dadanya berombak kencang. Peluh dingin mengalir jatuh seperti baru lepas berendam dalam air terjun. Satu badan juga dah mula terketar-ketar tanpa henti. “T-Tak!...Tak!...Tak!..,” digeleng kepalanya berkali-kali.  “….Aku bukan pembunuh! Bukan pembunuh!!! Angah!!!!,” 

 

 

***

 

“Oi, Park Shin Hye. Bangunlah!,” pipi mulus Shin Hye di tepuk perlahan agar gadis yang tengah mengigau entah pasal apa tu tersedar terus. Namun nampak gayanya belum boleh lagi. Sehun dah tepuk dahi. Dia dah mula mengelabah. Mana taknya, bila sedar aje pagi ni dia dah terlentang terkangkang tengah bilik entah-dekat-mana dengan pakai baju tshirt entah-siapa-punya. Tapi nasib seluar yang dia pakai pagi ni bukan siapa-siapa-punya sebab masih sama macam semalam. Kalau tidak lagi bertambah huru-hara rasanya. Entah apa lah yang dia buat semalam sampai sendiri pun dah tak ingat.

“Tak..Tak..Tak..,” Shin Hye meracau lagi. Sehun dah mula pandang pelik. Entah apa yang tak nya pun dia sendiri tak tahu. Ditepuknya lagi pipi gadis tu. Dan cuma kali ni digoncang pula tubuh genit tu supaya terjaga. “Park Shin Hye..,”

“Err...Bukan…Angahh!!!,” Shin Hye terus bangkit dari igauan sendiri. Dadanya berombak naik turun seperti baru lepas pusing balapan sepuluh kali. Dia memandang sekeliling. Mimpi tu datang lagi. Mimpi yang sama seperti hari-hari lalu. Cepat-cepat dia meraup wajah sendiri. Kemudian duduk memeluk lutut. Ya tuhan, apa dah jadi ni?

Terpinga-pinga Sehun memandang dengan kening terangkat sebelah. “Awak okay?,”

Senyap. Masih tak mampu nak mengangkat muka.

Melihat Shin Hye yang senyap tak memberi apa-apa reaksi tu buat Sehun turut sama mendiamkan diri. Tak berani dia nak bertanya lanjut. Segala macam persoalan yang timbul dalam kepala otak dibiarkan dulu. Takut pulak kalau dibangkitkan sekarang mahunya dia kena campak keluar dari tingkap bilik di tingkat satu ni sia-sia. Lantas dia bangun mencari tshirt dan jacket yang dipakai semalam. Namun, bilik tu keadaannya agak rapi dan tersusun kemas. Jadi, peratusan nak jumpa t-shirt dengan jacket sehelai sangatlah tinggi. Tapi nampak gayanya macam tak ada dalam bilik ni sebab memang tak ada!

Sehun dah garu kepala. Nak bertanya terasa ngeri pulak sebab budak yang masih duduk diam memeluk lutut atas katil tu nampak gaya macam mood swing aje pagi-pagi ni. Tapi mahu atau tidak terpaksa jugaklah dia beranikan diri bertanya. “Err…Cik Shin Hye…erm..boleh tak saya-,”

Kring! Kring!

Bunyi loceng basikal dari luar rumah buat dia terhenti. Serentak tu, Shin Hye mengangkat muka. Terus aje dia bangun berlari ke tingkap. Sehun jatuh rahang. Dah kenapa pulak ni? Buang tabiat ke apa?

“Budak penghantar susu,” Shin Hye menutur sendiri dengan sengih berbunga di bibir. Laju aje dia berlari keluar dari bilik meninggalkan Sehun sendirian yang masih terpinga-pinga.

Sehun menapak ke tingkap bilik. Dia menjenguk ke luar. Dari atas dia boleh nampak seorang lelaki menunggu di luar pagar dengan basikal yang raganya berisi berpuluh botol susu segar. Di fokuskan pandangannya pada lelaki tu. Dan serentak tu dia tersedar. Dia kenal budak penghantar susu tu.

“Zhang Yi Xing,”

 

***

 

“Awak suka budak penghantar susu tu ke?,”

Shin Hye yang baru menapak masuk ke bilik dengan sengih yang masih tak luntur dari bibir tersentak terus. Laju aje dia berpaling menghadap ke belakang. Langsung hilang terus sengih dibibir. Sehun lepak bersandar ke pintu sambil berpeluk tubuh dengan muka tak beriak. Terlupa pulak pasal yang satu ni.

“Erm…well..itu..Wait. Kenapa perlu saya bagitahu awak eh?,” Shin Hye berkerut.

Sehun menapak dekat. Dan Shin Hye menapak selangkah ke belakang. Takut jugak kalau jadi yang bukan-bukan karang buat haru aje.

“Sebab ada kaitan dengan saya. So, awak suka ke tidak?,” ditanyanya sekali lagi.

“Kalau saya suka pun awak nak buat apa?,”

Sehun meregus geram tiba-tiba. “Awak ni ada mata ke tidak? Ke buta sangat sampai tak nampak dia tu dah berpunya!,”

Shin Hye tersentak. Tersentak sebab kena tengking tiba-tiba. Dan tersentak dengan pernyataan yang baru lepas masuk ke lubang telinga. “A-apa maksud awak ni? Saya tak faham,”

Sehun meraup wajah. Kemudian duduk di birai katil. “Nama dia Lay. Atau nama panjang dia, Zhang Yi Xing. Dia dah bertunang..,”

Shin Hye terdiam. Tunang? Sejak bila? “Apa yang kau merepek ni?,” hilang terus panggilan saya-awak. Aku berbudi dengan orang yang tahu apa itu budi aje.

Sehun mengangkat wajah. Terkedu dia disitu. “Saya tak merepek. Budak penghantar susu tu dah bertunang..,”

Shin Hye menjuling ke siling. “Oh Sehun. Kau ni mabuk lagi kut. Otak kau tak centre lagi ni. Tu pasallah kau meraban tak tentu pasal.. ”

“Park Shin Hye…,” suara Sehun bergetar amaran. Perempuan ni memang nak cari pasal. Ada yang aku flip campak ke lubang jamban karang. “…Kau memang tak tahu ke atau buat-buat tak tahu?,”

“Apa? Pasal apa?,” terangkat kening Shin Hye bertanya. Dah kenapa dia ni pagi-pagi melenting tak tentu pasal. Dah macam langit nak runtuh pun ada.

Sehun mengepal buku lima. Geramnya pada budak perempuan yang masih selamba macam sekelumit pun dia tak tahu apa tu dah sampai ke tahap maksimum. Tunggu masa nak tumbuk dinding biar sampai berderai aje lagi ni. “Kau tak boleh suka dia. Tak boleh!,”

Dada Shin Hye dah berombak naik. Geram pulak kena sembur pagi-pagi macam ni tak tentu pasal. Kalau benda yang boleh menyenangkan hati tak apa jugak. Ni benda yang boleh kasi dia tertonggeng tersungkur on the spot!

“Keluar! Aku cakap keluar!!,” ditinggikan suaranya dengan perasaan marah yang membuak naik tiba-tiba. Direnungnya Sehun dengan pandangan membunuh. “Baik kau keluar sebelum aku sendiri yang humban kau keluar dari tingkap..,”

Sehun masih diam membatu. Kemudian mengeluh berat. Terasa bersalah pula menengking gadis tu secara tiba-tiba. Dipandangnya wajah gadis yang masih berkerut marah tu. “Look, I’m sorry. Aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tahu aku tak boleh halang kau untuk sukakan dia. Itu hak kau. Hati dan perasaan kau. Cuma aku tak nak kau terlalu berharap yang dia mungkin akan jatuh cinta pada kau jugak. Dan aku tak nak kau jadi macam aku..,”

Shin Hye dah genggam buku lima. Geramnya dah sampai boleh tegak semua rambut atas kepala. “Oh Sehun. Aku rasa baik kau balik sekarang sebelum aku tumbuk muka kau biar sampai pecah. Anggaplah kita berdua tak pernah berjumpa. Kau dan aku, tak ada apa-apa. Cerita kita berdua ni tak pernah wujud. Pertemuan kita ni cuma satu kebetulan,”

“Park Shin Hye…,”

Shin Hye dah menapak ke pintu. Dibukanya dan melihat keadaan. Sunyi. Maknanya Ma dah ke kedai bunga dan Along dah ke pejabat. Line clear.  Terus aje dipersilakan lelaki tu keluar. “ Please..,”

 

Sehun menapak keluar tanpa sepatah kata. Dah tak mampu nak kata apa. Dia tahu perasaan Shin Hye sekarang ni. Memang hati kita sakit bila putus cinta. Terasa macam kena hiris halus-halus sampai hancur. Tapi apa yang mampu dia buat. Mungkin bukan jodoh dia di situ. Kasut Van Classic disarung ke kaki kanan. Diikat talinya kemas. Kemudian ke kaki kiri. Ditolehnya sekali ke arah tingkap ditingkat satu rumah tu sebelum berlalu pergi. Gadis muda berambut panjang paras dada tu merenungnya dari tingkap dengan wajah tanpa riak. Terdetik dihatinya tiba-tiba.

Siapa ‘Angah’?

 

 

***

 

“Dik, baju siapa ni?,”

Suara yang muncul tiba-tiba di ruang tamu tu, serentak buat mata yang kuhsyuk menonton drama My Love From Star di tv beralih ke empunya suara. So Hyuk lepak berdiri sambil memegang sehelai jacket biru tua Supreme and sehelai tshirt putih HBA ditangan.

“Baju siapa?,” Shin Hye mengajuk tanya. Mana dia tahukan baju lelaki macam tu. Dah sah-sahlah baju Along. Dia aje lelaki dalam rumah ni. Takkan baju Ma pulak.

So Hyuk berkerut. “Eh, budak ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Ni bukan baju Along ni. Along kenal barang-barang Along. Entah siapa punya entah. Along jumpa masa sidai baju pagi tadi. Ingatkan kut adik pinjam baju kawan. Tapi rasa pelik pulak sebab ni gaya baju lelaki. Adik ada kawan lelaki ke?,”

Shin Hye dah garu kepala. Mana zaman pulaklah dia ada kawan lelaki. Dari sekolah menengah sampailah dah masuk universiti ni pun dia tak pernah punya kawan spesis itu. Mana tidaknya kalau dah memang dia ke institusi pendidikan kaum sejenis. Mana nak adanya kawan lelaki. Itu pun adalah seorang yang baru muncul macam chipsmore. Oh Sehun. Kejap..Oh Sehun?

Terus aje dia melompat dari sofa di depan tv dan berlari ke arah So Hyuk. Direntapnya sekali jacket dan baju tshirt dari tangan So Hyuk tu. Melompat abangnya sebab terkejut. “OMG, budak seorang ni pun la! Nasib Along tak tersungkur sebab terkejut!,”

Shin Hye cuma tampal sengih kering. Baju ditangan terus dibelek mencari kepastian. Memang Oh Sehun punya. Baru dia teringat pasal malam tu..

Buat kali keduanya dia terpaksa mengheret budak Seattle tu ke dalam rumah sebab dah memang itu aje jalan terbaik yang ada. Lepas dah habis muntah segala macam jenis warna, lelaki tu terus aje pengsan dengan sengih di bibir. Macam jatuh tak jatuh jugaklah rahang dia bila tengok. Jadi, dalam mahu atau tidak terpaksalah juga dia mengheret lelaki tu sekali pulang ke rumah. Iyelah pun, takkan nak ditinggalkan di taman tu. Kejam sangat rasanya. Buatnya lelaki tu mati beku karang tak ke haru nanti.

Shin Hye mengambil nafas ditengah tangga ke tingkat atas. Sungguhlah dia mengheret lelaki ni. Dah sampai berpeluh satu badan. Dah la dalam gelap pulak tu. Cuma cahaya dari lampu jalan aje yang mencuri masuk menerangi sedikit ruang dalam rumah tu. Keadaan juga agak sunyi. Almaklumlah, Ma dengan Along dah lama dibuai mimpi. Kurang sikitlah risiko kantoi on the spot sebab bawak stranger masuk ke rumah. Dia kemudian menyambung kerja sambil berhati-hati agar tak keluarkan sebarang bunyi bising.

Sampai aje dibilik sendiri, Shin Hye terduduk keletihan. Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan. Sehun dibiarkan terlentang di sudut tepi katil. Betullah kata orang, berat lelaki tak sama dengan seorang wanita. Nampak aje kurus melidi Oh Sehun ni. Tapi beratnya boleh tercunggap tertonggeng sampai semput.

Sehun dipandang. Kalau diikutkan hati mahu aje dipijak-pijak tubuh lelaki tu biar jadi pancakes. Geramnya rasa. Dah tahu diri sendiri alergi pada alcohol, kenapa gigih jugak nak teguk. Kalau tak menyusahkan orang lain tak apa jugak. Ni dah sampai dia pulak terpaksa mengheret lelaki tu balik ke rumah. Dah kenapa?

Bila hidung dah mula terasa kembang kencut sebab bau muntah yang meloyakan, cepat-cepat dia menyusul ke bilik air membersihkan diri. Dibiarkan aje Sehun terbaring tak sedarkan diri disudut tepi katil tu. Sekarang ni yang utamanya, hilangkan bau muntah di badan sendiri dulu sebelum dia betul-betul pengsan sebab bau muntah orang lain.

Lepas lima belas minit berendam dalam bilik air, barulah badan terasa segar sedikit dengan bau harum dari sabun LUX. Badan terus aje dikeringkan dengan tuala dan disarungnya pajama Rillakuma. Kemudian rambut yang basah dikeringkan dengan tuala. Barulah dia keluar dari bilik air.

“Duh, spoil la dia ni..,” Shin Hye menjuling ke siling bila terpandang Sehun yang dah ‘bersilat’ atas lantai sampai separuh badannya dah masuk ke bawah katil. Yang nampak pun hanya bahagian pinggang sampai ke kaki. Shin Hye mengeleng tak faham. Entah macam mana lelaki tu boleh masuk bawah katil pun dia sendiri bingung. Lasak benar gaya tidurnya. Ditarik keluar tubuh Sehun. Lelaki muda tu masih juga tak sedar. Yang dengar pun kejap-kejap dia mengumam entah pasal apa. Jacket dibadan Sehun ditanggalkan. Terus aje dicampak ke tepi sambil menutup hidung. Mak oi..baunya. Boleh kasi kerinting bulu hidung!

Kemudian tangannya teragak-agak untuk membuka tshirt putih lelaki tu. Shin Hye ketuk dagu memikir. Kalau ditanggal segan pulak rasanya. Kalau dibiarkan….Tapi baju tu dah terkena muntah takkan nak dibiarkan aje. Dia bangkit dari cangkung kemudian menuju ke almari baju mencari tshirt sesuai untuk lelaki tu. Dibelek semua tshirt yang ada. Namun semuannya saiz kecil. Dipandangnya pula sweat shirt yang bergantung. Adalah satu yang saiznya agak besar sedikit berbanding yang lain. Ditariknya sweat shirt Pancoat biru laut tu dari penyangkut. Kemudian disuanya ke badan. Memang besar. Dia kembali mendapatkan Sehun.

“Ah..redah ajelah. Anggaplah rezeki,” ditanggalnya baju tshirt putih Sehun dengan mata yang dipejam rapat. Bila dah terasa tshirt tu habis ditanggalkan dari badan empunya, dia mencuri pandang untuk menyarungkan sweat shirt Pancoat mengantikan tshirt yang dah kotor tadi.

“Fuh! Siap,” Shin Hye mengelap peluh didahi. Dah gaya macam dalam operation theather aje gayanya. Berpeluh sana sini. Sehun yang lena dipandang semula. Dia tersengih sendiri. Terasa lucu pulak bila kali pertama buat jahat macam ni. Tapi terasa pelik pula tiba-tiba. Dari pertama kali jumpa sampai lah sekarang ni, langsung dia tak rasa janggal dengan lelaki ni. Walhal, tak pernah sekali pun dia bergaul dengan lelaki kecuali Along. Shin Hye menjungkit bahu tak faham. Kemudian dia menarik sebiji bantal dan sehelai comforter dari almari. Kepala Sehun perlahan-lahan dialaskan bantal dan diselimutkan badan lelaki tu dengan comforter agar tak terasa sejuk sangat dek malam yang dingin. Baju-baju kotor tadi terus aje di campak masuk ke dalam bakul dobi lalu dibawa turun ke tingkat bawah. Dia menguap penat. Letih benar rasa badan. Almaklumlah, seharian tak duduk diam di kedai bunga tu sebab Kak Nana terpaksa ambil cuti sakit. Demam katanya. Dia menapak kembali ke bilik dengan mata betul aje rasa nak dipejam rapat. Dengan langkah yang makin malas dan mata yang dah tak mampu nak pandang siapa-siapa pun akhirnya direbahkan badan diatas katil.

“Good..night…,”

 

“Woi, dik!,”

Shin Hye tersentak. Dipandangnya muka So Hyuk dengan pandangan kosong. Kepalanya ligat berpusing memikir alasan.

“Baju siapa ni?,” So Hyuk kembali bertanya.

Shin Hye garu kepala. “Baju orang,”

So Hyuk juling mata ke siling. “Along tahulah baju orang. Takkan alien pulak. Tapi siapa punya?,”

“Erm…orang yang jatuh dari…langit,”

Dan dia tersengih.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Kesian Sehun...cintanya x kesampaian
hyemipark
#2
Chapter 2: Ish3 kesian shin hye kene muntah
BTW So Nice So Daebak ^^
Author-nim update soon
FIGHTING!!!
JieunSparkleJunior #3
Chapter 1: Update soon:)