Bad Luck

HOUSE.MATE
Please Subscribe to read the full chapter

 “Ken, shif petang ni siapa gantikan kau?,” P’Nut bertanya sambil tangannya masih sibuk mengelap gelas-gelas basah yang baru siap dicuci. Jam di dinding dikilas sebentar. Jarum pendek dah menunjuk ke angka 5. Maknanya shif pagi bakal berakhir bagi mengantikan shif petang.  

“Tak silap aku, Bean. Sebab semalam dia tukar shif pagi dengan Hyuk sebab gantikan N,” Ken seraya menjawab lepas siap menghantar pesanan pelanggan. P’Nut cuma mengangguk faham.

“Hari ni kau shif sampai malam jugak ke, P’Nut?,”

Angguk. “Yelah. Dah katanya tiga bulan tanpa bonus. Hari ni baru masuk seminggu,”

“Mak oi, tak ada bonus langsung? Sadis gila bos kita ni..,”

P’Nut buat muka selamba. “Sadis tak sadis jugaklah. At least aku tak kena pecat,”

Ken buat muka iya tak iya. “Betul jugak tu. Nasib kau tak kena pecat. Dan nasib jugak café ni tak meletup sebab perang dunia ketiga korang hari tu. Ergh..scary!,”

P’Nut ketawa perlahan. “Mamat tu ada nasib aje hari tu. Ikutkan hati aku, nak aje aku flip dia buat lempeng tau. Tapi sebab bos bagi penumbuk on the spot hari tu, kira bonus la tu,”

Ken mencebik. “Eleh, acah-acah berani aje kau ni. Aku tengok kecut jugak muka kau masa mamat tu angkat penumbuk hari tu. Adalah macam sayur jeruk,”

Laju P’Nut menumbuk lengan kawannya disebelah. “Kau ni…kalau bab-bab bahan orang laju aje mulut kau tu kan. Hishh..,”

Ken mengekek suka. P’Nut ni kalau buat muncung sedepa macam tu memang comel. Dengan bibir mungil macam buah epal tu..rasa macam nak cubit-cubit aje. Geram!

“Dah la. Aku balik dulu. Malam ni lepak rumah aku tak? Dah lama kau tak singgah rumah aku lepas habis kerja. Mak aku pun sibuk tanya pasal kau,” Ken meleraikan tali apron dari pinggang. Kemudian di lipat kemas.

“Malas lah. Aku ingat nak balik rumah terus. Pasal nak lepak rumah kau tu, aku rasa hujung minggu ni aku datang. Aku pun dah lama tak jumpa mak dengan adik kau. Rindu pulak nak makan masakan mak kau,” P’Nut sengih sebaris. Dah memang kebiasaan dia kalau lepas habis kerja kadang-kadang dia duduk melepak kat rumah Ken. Mak Ken pun tak kisah sangat sebab katanya dia tambah anak perempuan seorang. Adalah kawan buat teman berborak.

Ken seraya mengangguk faham. “Hmm..okey. Kalau ada apa-apa kau roger aku,”  

“No prob,” P’Nut buat signal ‘ok’ dengan jari kanan. Ken dah mula menapak keluar lepas siap ‘punch card’ tadi. P’Nut kembali menyudahkan kerja-kerja mengelap cawan basah yang masih berbaki.

Ting!

Bunyi mesej masuk. Iphone dalam poket ditarik keluar. Mesej dari Bean. Atau nama penuhnya Lee Hongbin.

Bean

Today 05:18

Sorry, Pnut. Aq x masuk keja arini.

MC. Thanks.

“Kepala hotak dia MC! Baru hari Isnin haritu dia angkat MC. Takkan baru dua hari keja dah MC lagi. Kau ni Bean… kalau aku tembak dengan M-16..sia-sia je kau mati!,” P’Nut mendengus geram. Asyik MC aje budak seorang tu. Kalau tak MC dia ponteng kerja dua tiga hari. Nasib ada Hyuk cover kan untuk dia. Tapi masalahnya hari ni Hyuk sekolah. Almaklumlah, budak bawah umur lagi. Nak suruh Ravi turun kerja pun, mamat backstreet tu pun tengah cuti sakan kat Bali. Ken? Lagi tak sampai hati. Baru lepas lima minit mamat tu balik. Takkan nak suruh datang balik. Macam mana ni?

P’Nut garu kepala. Matanya melilau sekeliling café. Taklah ramai sangat pelanggan kalau dia seorang nak handle. Boleh kot..

 

***

 

Beg luggage biru laut tu ditarik dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang beberapa helai kertas iklan mencari penyewa rumah dan bilik. Dan satu persatu helaian tu jugak di renyuk dan dicampak masuk ke dalam tong sampah. Bad Luck! Semuanya sudah dicuba tapi jawapannya tetap sama. ‘Kami dah ada penyewa,’ ‘Awak lambat 5 minit aje. Dah ada orang masuk,’ ‘Oh, tu iklan lama. Kami tak sewakan pada orang dah,’ ‘Maaf, kami dah tak terima penyewa lelaki,’… dan bermacam-macam lagi jawapan yang buat dia rasa nak hantuk kepala ke dinding. Geram!

Seth melabuhkan punggung di atas bangku taman menghilangkan rasa penat berjalan dari tadi. Betul lututnya dah terasa longgar dan kakinya dah lenguh semacam. Dia menyandar ke bangku sambil mendonggak ke langit senja. Warna langit waktu senja memang cantik kalau nak pandang. Dia memejam mata sejenak. Rindu pulak nak main skate dengan bebudak skate kat Seattle. Walau berbeza warna kulit, bahasa, rambut dan fahaman agama semua tu tak menjadi alasan untuk dia bergaul dengan kejiranan di sana. Semua orang disana boleh terima dia seadanya. Tak kisah langsung kau berasal dari mana, anak siapa dan siapa kau sebenarnnya sebab bagi mereka semua tu tak penting. Yang penting cuma satu. Keikhlasan tu sendiri.

Mata kembali dicelik dan langit senja sudah bertukar warna. Helaian kertas iklan di tangan diangkat ke muka. Ini kertas iklan yang terakhir. Atau lebih tepat lagi peluang terakhir. Mahu atau tidak dia harus dapatkan sebuah rumah sewa buat sementara waktu. Butiran kertas iklan bertulisan tangan tu dibaca.

 

“HOUSEMATE WANTED!”

Rumah no. 4216 Area Kangnam Seocho 2,500,000 won sewa sebulan (Seorang) Hanya seorang penyewa dikehendaki Boleh hidup berkongsi Hubungi 01x-xxxxxxx-xx / 01x-xxxxxxx-xx

 

Seth tak fikir lama, terus aje Iphone dari poket sweater ditarik keluar. Nombor pertama di dail. Lama dia menunggu namun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
HM - Gonna update this January! Happy New Year!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Nabila_Pss
#2
Chapter 11: Hahaha..update soon!!!♥♥♥
OhJiRah #3
Chapter 10: Keep update author-nim! Story ni interesting!
Hwaiting! ^_^
tyhah_nad #4
Chapter 10: Sethh.. Hmmm, sape la tu yekk..curious btol XD
Emmy_Kpopers
#5
Chapter 9: Misteri btol si Seth ni... Bukan Sehun ek?
aliahlaw
76 streak #6
Chapter 9: Yeay akhirnya tlh diupdate woooohoooo!!! Seth ni sapa sebenarnya? Misteri btol...
Najwa_Exo
#7
Huaa bestnya ff ni!! Palli sambung!! Hwaiting!! ^_^ ♡♡
Emmy_Kpopers
#8
Chapter 8: ini dalam ff ni ke apa?
hyemipark
#9
Chapter 7: So curious kyaa I can't wait for next chap
BTW please please please update soon^^
Author-nim FIGHTING!!!