-JIMIN-

The Game

“Ahhh…” N mengaduh kesakitan. Dia melihat tangannya yang telah hilang jari. Dia bersandar pada dinding. Matanya dipejam.

Sakit? Sudah semestinya. Jikalau dia terselamat sekalipun, dia pasti akan mendapat kecacatan kekal pada tangannya.

Air mata N gugur. Dia menangis. Mukanya ditekup dengan sebelah tangannya.

“Apa aku nak buat sekarang?” soalnya dalam sedu. Tangannya dilihat dan dia menangis lagi.

‘Aku akan balas balik apa yang kau buat! Semuanya belum berakhir!’

 

 

 

“Jimin!”

“Lari! V, lari!” jerit Jimin. Luhan telah mengunci kedua-dua tangannya ke belakang. Tiada apa yang mampu dia lakukan.

“Tak! Aku tak akan tinggalkan kau!” V tetap tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

“Kau jangan jadi bodoh! Lari aje!” kepala V digeleng.

“Aku tak apa-apa. Kau lari ajelah,” kata Jimin perlahan. Dia tunduk menghadap lantai.

V tidak mampu berbuat apa-apa selain menurut arahan Jimin. Walaupun berat hatinya ingin meninggalkan sahabatnya. Namun, dia tiada pilihan lain. Dia terpaksa tinggalkan Jimin.

Luhan tersenyum sinis melihat ‘adegan’ cintan cintun dihadapannya. Sedih? Dia sama sekali tiada perasaan begitu untuk orang-orang yang tidak disayangi. Mereka hanyalah kawan. Baginya, orang yang dia sayangi semuanya dah mati!

“So, kawan kau dah pergi. Sekarang, masa untuk kita pula pergi,”

 

 

 

“Kita pecahkan pintu ni,” cadang Suga. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu itu sekarang. Jin mendekati pintu itu dan menyentuhnya. Dia menggeleng.

“Kita tak akan sempat. Luhan mungkin akan sampai sebelum kita sempat pecahkan pintu ni,” katanya. Suga meramas rambutnya.

“So, apa kita nak buat sekarang!? Nak tunggu dia bunuh kita macam dia bunuh kawan-kawan kita yang lain!?” Suga sudah marah. Jin masih tenang.

“Kau… kau dah check semua tingkap?” Jin mengangguk. Suga merengus karas.

 “Tak ada jalan keluar,”

“Kau tak guna Luhan!!!” jerit Suga.

 

 

 

“Kau duduk dalam ni. Jangan ke mana-mana dan jangan sentuh koleksi aku,” tubuh Jimin ditolak kasar ke dalam bilik itu. Dia jatuh terduduk di atas lantai yang berwarna merah. Bilik yang dibanjiri darah.

Dari melihat wajah Jimin, Luhan boleh mengagak yang lelaki itu ketakutan. Luhan menutup pintu perlahan-lahan.

“Bye. Sweet dream. Jangan biar badan kau beku,” katanya dengan senyuman.

Jimin menoleh ke kiri dak kanan. Setiap ruang dipenuhi darah. Botol-botol dipenuhi darah tersusun di dalam peti. Suhu bilik menjadi semakin sejuk.

“Bi… bilik apa ni?” Jimin bangun dan menghampiri peti itu. Botol-botol itu bukan sahaja dipenuhi darah. Malah, mempunyai sepasang biji mata.

“Ewww… Apa ni semua?”

 

 

 

 

 

Short! Short! Short update!

Korang rasa saya patut tak sambung ff ni or tamatkannya secepat mungkin? 

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....