New game

The Game

Disebabkan pergaduhan tadi, mereka semua dipanggil untuk menghadap pengetua. Pintu bilik diketuk sebelum mereka semua dibawa masuk oleh Mr. Anh.

Masing-masing berlagak seperti biasa. Seperti tidak pernah buat apa-apa kesalahan meskipun membunuh seekor semut. Ini bukanlah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke dalam bilik itu. Lagipun, apa mau takut? Pengetua aje pun. Tak kecut pun.

“Nampaknya korang bergaduh lagi. Korang dah tak ada kerja lain ke selain gaduh?” ujar Mr. Siwon or as known as pengetua sekolah. Mereka semua hanya berdiam diri. Masing-masing malas hendak berkata-kata. Luka-luka kecil di muka mereka membuatkan mereka lagi malas untuk berkata-kata.

“Aku kat sedang bercakap dengan korang! Sila beri perhatian!” kata Mr. Siwon sambil menghentak mejanya. Mereka semua mendongak. Muka masing-masing menunjukkan yang mereka langsung tidak gentar dan tidak berminat dengan Mr. Siwon.

“Dah itu aje kerja yang kami mampu buat. Kenapa? Kau tak puas hati ke?” jawab Leo sinis. Mereka semua tergamam apabila Leo berbicara. 

“Kenapa biadap sangat!?” marah Mr. Siwon semakin meluap. Namun, mereka masih buat tidak mengerti dan itu menaikkan lagi darah Mr. Siwon. Kepalanya mula rasa berdenyut-denyut.

Tidak sampai 5 minit bersama budak-budak ini, Mr. Siwon sudah cukup tertekan. Dia sudah tidak larat melayan kerenah budak-budak yang bermasalah di sekolah itu. Hendak dibuang sekolah? Jawabnya rentunglah sekolah. Mereka gangster, apa sahaja mereka boleh buat. Bakar sekolah itu merupakan perkara kecil kerana perkara seperti itu pernah berlaku. 

Stor sukan sekolah mereka dibakar hanya kerana Jin dibuang dari pasukan bola sepak dan perkara sebegitu mungkin akan berlaku lagi.

“Sudahlah. Korang boleh keluar,” kata Mr. Siwon yang sudah putus asa dengan mereka.

“Buang masa kami aje duduk sini menghadap muka berbulu orang tua ni,”

Mereka semua merengus kasar sebelum melangkah keluar. Mr. Siwon melabuhkan punggungnya di kerusinya sambil kepalanya dipicit. ‘Stress,’

 

*

 

Tiga belas orang pelajar lelaki melangkah keluar dari bilik pengetua dengan senyuman.

“Semak aje Siwon tu,” kata Ravi sambil menyepak gumpalan kertas yang berteraburan di koridor. Kedua-dua kumpulan itu sudah berpecah mengikut haluan sendiri.

“Leader, kita nak buat apa sekarang ni?” soal Ken. Wajah N dikerlingnya.

“Masuk kelaslah. Harini aku malas. Penat,” kata N sambil mengurut tengkuknya. Anak-anak buahnya hanya mengangguk.

“Okey. Balik nanti kami tunggu korang dekat tempat biasa,” Ravi bersuara. Mereka juga sama seperti BTS. Hongbin, Ravi dan Hyuk kelas 3-01, kelas yang sama dengan V, Jimin dan Jungkook.

“Hongbin, kau jangan lupa lagi bawak budak tu,” N mengingatkan Hongbin. Jejaka itu mengangguk dengan penuh bersemangat.

Siapa tidak kenal Hongbin. Jejaka itu memang terkenal dengan sikap pelupanya. Nampak sahaja kacak, tetapi pelupa. Memori dia memang tidak sebaik rupanya. Sungguh tak untung, hanya merugikan.

Ken pula tidak habis-habis dengan soalan-soalan bodoh, pelik dan tidak masuk akalnya. Nak aje sumbat mamat seekor ini dalam loji. Mana-mana loji pun tak apa asalkan dia diam. Tapi, si Ken inilah yang paling berani diantara mereka. Tak hairanlah dia tidak hairankan atau takutkan Mr. Anh sewaktu mereka dikejar tadi.

“Okey. Aku tak akan lupa punya harini,” kata Hongbin. N sekadar mengangguk.

N merupakan leader VIXX. Dia menanggung tanggungjawab yang paling berat iaitu memastikan semua ahlinya tidak berubah menjadi seperti Hongbin ataupun Ken. Seorang yang pintar dan kadang-kadang pelik. Dia juga seorang yang bertanggungjawab walaupun agak menyakitkan hati.

“Ahh… hyung. Jom makan. Aku laparlah,” Hyuk memegang perutnya. N membulatkan matanya.

“Woi budak! Kita baru aje makan tadi,” kata Ravi. Kepala Hyuk diketuknya.

“Tu tadi punya ceritalah. Sekarang aku dah lapar semula. Bolehlah hyung,” Hyuk cuba memujuk N.

Hyuk sememangnya maknae yang kuat makan. Nampak aje kurus, tapi kuat makan. Sudahlah itu, tinggi pulak. Dua kali tengok, memang nampak dia lebih tinggi dari N. Itu fakta.

Dalam kalangan ahli VIXX, hanya Ravi seorang sahaja yang normal. Yup! Normallah sangat. Dia cuma ada masalah rabun malam. Itu sahaja.

Leo pula sememangnya seorang yang dingin sejak azali lagi. Susah untuk membuatnya tertawa. Namun, jejaka dingin ini amat suka membelasah orang. Siapa yang mencari pasal dengan si Leo itu sememangnya tak akan selamat. Paling kurang jari-jemari patah.

“Kau pergilah makan sorang-sorang. Kami semua malas,” balas N malas. Hyuk menarik muka. Serius, hodoh gila.

“Tapi aku lapar…” rengak Hyuk. Namun, sahabat-sahabatnya sudah melangkah masuk ke kelas.

 

 

Berbalik pada BTS, mereka merancang untuk menuang kelas pada hari itu. Buat apa masuk kelas. Tak ada feel nak belajar langsung. Semua mata pelajaran bosan.

Tidur? Tidur anda yang indah akan diganggu oleh kapur-kapur terbang.

 

*

 

Luhan mengangkat kepala apabila terdengar namanya dipanggil. Dia tercari-cari dari manakah arah suara itu datang.

“Sinilah,” Luhan berpaling ke luar tingkap kelas. RapMon sedang terlompat-lompat seperti beruk terlepas dari zoo. Luhan hanya melihat dangan kening yang bertaut.

“Turun,” arah RapMon. Luhan menggeleng. Dia menyunding ke arah Mr. Park yang sedang mengajar di depan. RapMon pula menggeleng.

“Biarlah. Jom,” RapMon masih tidak berputus asa untuk mengajak Luhan turun ke bawah. Mahu tadi mahu, Luhan terpaksa turun juga.

 

*

 

“Asal kau lambat?” soal Jin. Luhan termengah-mengah, nafasnya naik turun. Yup! Dia turun ke situ berlari.

“Mr. Park tu tanya macam-macamlah,” jawabnya sambil mencari nafas. Mereka semua mengangguk. Masing-masing sudah masak dengan perangai Mr. Park yang banyak bertanya. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Soalan dibalas dengan soalan.

“So, kau nak ikut tak plan kami untuk petang ni?” ujar J-Hope. Luhan mengangguk.

“Mestilah,” katanya ceria.

“Good. Nanti kami pergi rumah kau,”

 

 

 

 

 

Updated!! Sila abaikan sebarang typo. Malas nak check.

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....