This is our life

The Game

“Leader, perlu ke kita menyorok dalam semak macam ni?” soal Ken. Badannya sudah mula gatal akibat terkena lalang-lalang berbulu kuning di dalam semak itu.

“Shhh… Perlulah,” jawab N. Matanya masih memandang ke hadapan.

‘Mr. Anh masih berdiri dekat situ,’ gumam N. Dia menggaru kepalanya. ‘Apa aku nak buat ni?’

“Tapi kenapa?” ujar Ken bingung. N berpaling ke belakang; menghadap Ken.

“Sebab Mr. Anh tengah cari kita,” balas N lalu berpaling ke hadapan semula untuk memastikan orang yang sedang memburu mereka sudah pergi.

‘Tak pergi lagi?’

“Kenapa dia nak cari kita?” N menampar dahinya. Sahabat-sahabatnya yang lain hanya menggeleng.

‘Tak habis-habis lagi ke budak ni? Penatlah aku macam ni,

“Seb-”

“Sebab kau kantoikan misi kita tadi,” kali ini soalan Ken di jawab oleh Leo.

“Owh,” mendengar Ken berbunyi begitu N menghembus nafas lega kerana dia tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan yang ‘pelik’ dari Ken.

“Kita buat apa tadi?” mereka semua menampar dahi serentak.

“Ta-” tidak sempat sesiapa menjawab, Mr. Anh menemui mereka.

“Kamu semua ditangkap,” katanya.

Mereka cuak. Mr. Anh melemparkan segaris senyuman ‘indah’ buat mereka.

“Dia ingat main ‘police and thieve’ ke? Weh, tunggu apa lagi!? Larilah!!” jerit Leo lalu membuka langkah seribu satu meninggalkan sahabat-sahabatnya yang masih bercangkung di dalam semak.

“Lari!!!” jerit mereka semua dan kemudiannya berlari meninggalkan Mr. Anh terpinga-pinga sendirian. Seketika kemudian, Mr. Anh sedar yang ‘bakal’ tawanannya telah berjaya melarikan diri.

“Korang nak lari pergi mana!?” jeritnya yang masih berdiri di situ.

“Dia- dia ingat kit- kita bo- bodoh ke nak pergi bagitahu dia?” kata Hongbin tercungap-cungap. Mr. Anh mula mengejar mereka.

Mereka berlari ke kawasan koridor yang berhadapan dengan kelas 4-01. Kelas yang menempatkan RapMon, Suga, J-Hope, Jin, Luhan dan juga ahli-ahli mereka iaitu Leo, N dan Ken. Sesi pembelajaran kelas itu sedikit terganggu kerana bunyi bising yang datang dari luar kelas.

“Weh, tengok tu. Ada orang kena kejar dengan Mr. Anh-lah,” J-Hope bersuara. Semua pelajar 4-01 berpaling ke luar kelas. Tidak ketinggalan guru yang sedang mengajar.

“Lawah doh,” kata RapMon yang cuba menahan tawanya dari terburai.

“Kenapa dengan diorang tu? Bukan ke diorang tu budak kelas ni?” soal Luhan. Jin hanya menjawab soalan Luhan dengan anggukan.

“Yup. Nak ponteng kelas tapi terkantoi,” terang Suga. Luhan sekadar mengangguk menandakan yang dia sudah faham.

Ken berjaya memotong Leo yang pada mulanya berlari di hadapan sekali. Sekali tengok, gelagat mereka berenam sememangnya lawak!

“Ken hyung! Lajunya! Tunggulah!” jerit Hyuk sambil mengikuti jejak hyung-hyungnya yang mencampakkan beg sekolah mereka ke dalam kelas 4-01.

“Hongbin! Cepatlah!” jerit Ken. Hongbin yang sudah tercungap-cungap sebentar tadi kini kembali bertenaga dan berlari memotong rakan-rakannya.

“Uish! Lajunya,” RapMon terkejut melihat perubahan Hongbin.

Kelas 4-01 dipenuhi dengan gelak tawa pelajar. Luhan melihat kejadian itu dengan senyuman sinis yang semestinya kelihatan aneh.

 

*

 

“Aku menang!!!” setelah tiga kali membuat pusingan di koridor, Ken berlari masuk ke kelasnya, 4-01.

“Otak kau menang. Jom lari. Mr. Anh masih kejar kita,” N menghempuk kepala Ken dengan batang penyapu yang dijumpainya tadi.

“Yeke?”

“Kau buta ke apa!?” N menyunding ke arah Mr. Anh yang sedang berlari mendekati mereka.

“BOOO!!!” seisi kelas menyorak Ken yang masih bingung. Ken akur dan terus berlari.

“Kesian diorang dapat kawan macam Ken. Loading dia tu tak akan habis sampai tahun depan,” ujar J-Hope memegang perutnya yang sakit akibat terlalu banyak ketawa.

“Sekurang-kurangnya si Ken tu berani,” kata Suga.

“Dan ganas,” sokong RapMon. Kata-kata RapMon disambut dengan anggukan dari Jin.

“Tengok tu. Diorang lari ke padang pulak,” sambung RapMon. Mereka semua berpaling ke arah padang pula. Serius lawak melihat telatah mereka berenam berlari seperti dikejar hantu.

Ken kembali mengetuai larian mereka setelah berehat sebentar. Larian itu diikuti oleh Leo, Hongbin, Hyuk, N dan Ravi.

"Ni satu lagi geng kanak-kanak tak matang," gumam Jin.

 

*

 

“Aku dengar tadi VIXX kena kejar dengan Mr. Anh,” soal Jimin. RapMon hanya mengangguk.

“Kenapa?” V pula bertanya.

“Ken kantoikan plan diorang lagi sekali,” kata J-Hope berserta anggukan dari yang lain.

“Alolo, kesiannya. So, apa plan kita petang ni?” 

“Rompak kedai serbaneka depan sekolah,” kata Jungkook selamba.

“Biar betul!?” jerit J-Hope. Tangannya menghentak meja.

"Aku setuju," sambungnya lagi.

“Otak kau kat mana? Kita tak sekejam tu. Kita cuma melepak aje dekat situ,” kepala Jungkook dan J-Hope dihantuk perlahan ke meja oleh Jin.

“Sakitlah!” jerit mereka serentak.

"Baru padan muka korang," Jin tersenyum kepuasan.

 

 

“So, macam inilah rutin harian BTS? It is not cool at all,” celah N. Baru nampak muka dalam kelas dah nak cari gaduh.

“Sekurang-kurangnya kami buat kerja yang ber'moral'. Tak macam korang,” kata Jimin. Macamlah bermoral sangat. Melepak aje pun.

“Main ‘police and thieve’ dengan Mr. Anh? That sound interesting,” sindir Jin. Keningnya dijungkitkan sebelah.

“Tak guna!!!” N menumbuk muka Jin sekuat hati. Geram mendengar sindiran pedas Jin.

Jin tidak membalas tumbukan itu sebaliknya membiarkannya.

“Tu aje yang kau mampu?” kata Jin sinis, sengaja ingin menaikkan lagi amarah N. Wajahnya ditumbuk berulang kali oleh N.

“Kau dah tempah keranda siap-siap ke?” soal N sambil mencengkam kolar baju Jin. Tubuh Jin terdorong ke hadapan sedikit. Wajah Jin ditenungnya tajam.

“Agaknya,” Jin hanya tersenyum.

“Pandai,” kata-kata itu disertakan dengan sebuah lagi tumbukan.

 

 

“Takkan kita nak duduk sini dan tengok aje Jin kena tumbuk?” soal J-Hope. Buku tulisnya dibaling ke belakang.

“Serang?” soalan itu dibalas dengan anggukan oleh ahli BTS yang lain.

 

 

 

 

 

Updated!!! Luhan....

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....