First meet

The Game

“Dengar sini pelajar. Hari ni kita ada seorang pelajar baru. Jadi, tolong tunjukkan perangai yang elok sikit terutama yang duduk dekat barisan belakang sana, geng Bakul & Tong Sampah. Baiklah, Luhan, sila masuk,” kata Ms. Jia, guru kelas 4-01.

Kelas yang tadi riuh rendah kini menjadi sunyi sepi apabila pelajar baru itu melangkah masuk. Hanya bunyi gagak sahaja yang menemani ketika ini. Langit yang cerah tiba-tiba berubah mendung seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pelajar itu tapi dengan cara yang agak menakutkan.

Aneh? Yup! Itu sahaja yang dapat dikatakan pada ketika itu.

“Hi, my name is Lu Han. You all can call me Luhan. I’m from America. I hope we all can be friend,” kata pelajar yang berambut hitam pekat itu sambil tersenyum.

Para penghuni kelas 4-01 hanya berdiam diri dan memerhati pelajar baru itu tanpa berkelip. Barangkali mereka tidak pernah jumpa perajar lelaki secomel dia.

“Baiklah, Luhan. Kamu boleh duduk sekarang. Meja kamu di hadapan Jin,” jari Ms. Jia menyunding ke arah meja pelajar lelaki yang berambut perang yang sedang khusyuk membaca buku. Dia seperti berada di dunianya sendiri, tidak menghiraukan apa yang berlaku pada alam sekelilingnya.

“Okay. Thank you teacher,”

 

*

 

“Weh! Weh! Weh! Kau tengok budak tu,” J-Hope menyunding ke arah Luhan.

Suga menoleh ke arah yang ditunjukkan J-Hope. Ianya hanya pelajar baru, Luhan, yang sedang berjalan sendirian keluar dari kelas. Apa yang uniknya? Dia cacat ke? Tak pon. Apa yang menariknya?

“Kenapa dengan budak baru tu? Okey aje aku tengok,” Suga memandang J-Hope sambil menjungkitkan keningnya. J-Hope menjungkit bahu.

“Entahlah. Kau tak rasa ke yang dia tu pelik sikit?” Suga menoleh semula ke arah Luhan.

“Manalah aku tahu. Apa yang peliknya?” ujarnya.

“Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa ada sesuatu yang peliklah dekat budak tu,”

“Dia tu memang pelik sikit. Aku kenal dia,” celah Jin. Pandangan matanya yang memandang keluar tingkap koridor kini beralih ke arah dua sahabatnya. Tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya.

“Kau kenal dia ke? Kau kenal dia kat mana? Macam mana? Dah berapa hari? Kenapa kau kenal dia?” soal J-Hope bertubi-tubi.

“Dia duduk depan aku ajekan dekat dalam kelas,” jawab Jin selamba lalu memandang kasut hitamnya yang berkilat.

“Aduh! Yang tu aku tahulah. Kau ni memang tak membantu langsunglah,”

“Whatever,”

“Weh korang! Jom makan. I dah lapar tahap petala ke lapan ni,” kata Jimin yang baru melangkah keluar dari kelas bersama V.

Mereka berdua berjalan dengan gembiranya mendekati sahabat mereka yang berdiri dihadapan pintu atau lebih terperinci lagi, pintu masuk tandas lelaki.

“Yang korang duduk tercongok dekat depan tandas ni apa kes?” soal V apabila mereka berdua sudah berada dihadapan sahabat-sahabat mereka.

“Kami tunggu Mon,”

“Owh,”

“Aku dah siap. Jomlah!” ujar RapMon yang sedang melangkah keluar dari tandas. Mereka berlima memandang RapMon dari atas hingga bawah.

“What?” soal RapMon yang aneh dengan cara sahabat-sahabatnya memandang dirinya.

“Nothing,” jawab mereka.

“Sebenarnya, apa yang dia buat dalam tu?” bisik Jimin. Perut V disikunya perlahan.

“Melabur kot,” jawapan V menyebabkan Jimin tersengih.

“Mana Jungkook? Bukan korang sekelas ke?” tanya RapMon sambil membetulkan bajunya.

“Kau tanya dia ni,” Jimin memandang V. Jejaka berambut oren itu hanya tersengih seperti kerang busuk.

“Dia tengah dengar ceramah Ms. Shin sebab dia tiba-tiba gelak macam orang kena sampuk dalam kelas tadi,”

“Kau kacau dia lagi ek?” soal Suga. Matanya memandang tepat ke arah V.

“Sikit aje,” V tersenyum. Sahabat-sahabatnya hanya mampu menggeleng. Mereka semua sudah masak dengan perangai V yang suka sangat mengganggu ketenteraman hidup orang. Sebab itu nickname dia V; ala-ala gangster.

“Jomlah kita pergi. Tu Jungkook dah datang,” ujar Jin dengan wajah kosongnya. Jungkook berlari mendekati mereka bersama sekuntum senyuman menghiasi bibirnya. Gayanya ;angsung tak seperti orang yang baru dimarahi guru. Well, dia cool-kan.

 

*

 

Cafeteria

“Tu aku punya!” V merampas air kotak dari tangan Jungkook.

“Mana ada! Kau curi yang aku!” Jungkook merampas semula air kotak miliknya dari tangan V.

“Kau ni memang nak kenakan. Bagi ajelah kaat aku,” kata V yang sudah bersedia untuk memukul Jungkook.

“Sudah-sudahlah tu. Kongsi ajelah. Korang tak malu ke orang tengok?” tegur Jimin. Tangan V dipegang olehnya.

“Tak nak dan sikit pun tak malu!” jerit V dan Jungkook serentak.

“Humph! Ikut koranglah. Tak kuasa I nak layan,” ujar Jimin dalam nada yang ‘gedik’. Tangannya diangkat dan diletakkan dibahunya; macam yang pondan-pondan moden selalu buat. Dia sememangnya sejak azali lagi gedik.

“Poyolah kau ni, Chim. Jk, nah! Kau ambilah yang Chimchim punya,” V menunjal kepala Jimin kemudian menghulurkan air kotak kepunyaan Jimin kepada Jungkook.

“Thanks. Lap u,” Jungkook menyambutnya dengan gembira.

“Tu bukan I punya. Nonono,” 

“Weh! Tu aku punya!” jerit Suga. Dia merampas kembali air kotaknya dari Jungkook kemudian memeluknya erat. Jungkook merengus perlahan.

"Aku nak air kotak juga..."

“Nah. Kau ambilah yang aku punya. Akukan baik,” J-Hope menghulurkan air kotaknya kepada Jungkook selepas memuji dirinya sendiri.

“Thanks, hyung,”

"Ur welcome, my dear," J-Hope mengenyitkan matanya.

"EWWWW, GAY,"

"Hahaha... aku gurau jelah,"

"Yelah tu. Gurau konon. Nanti jadi be-"

“Hai. Boleh aku duduk sini?” tiba-tiba sahaja Luhan datang dan menegur mereka dengan mesra. Penghuni meja itu terdiam seketika dan melihat Luhan dari atas ke bawah seperti scanner mesin fotostate.

“Bbo… boleh,” jawab RapMon. Luhan tersenyum dan melabuhkan punggungnya di atas bangku yang bertentangan dengan Jungkook.

Setelah beberapa minit, mereka masih lagi terdiam. Terdiam dan tidak berbuat apa-apa kerana kehadiran Luhan seperti mengganggu mereka.

Namun tak bagi V. Dia mengambil kesempatan ini untuk mencapai minuman Jungkook dan menyedutnya hingga habis sebelum meletakkannya kembali di tempat asalnya. Jungkook tidak menyedarinya kerana dia masih leka memerhatikan Luhan yang berada di hadapannya.

“Kau... dari Amerika kan?” soal Suga memecah kesunyian meja. Luhan hanya menjawab dengan anggukkan.

“Kau tinggal dekat mana sekarang?” soal J-Hope pula. Ingin beramah mesra dengan rakan baru mereka walaupun berat hati untuk menerimanya.

“Steet XO-14” jawabnya ringkas.

“Dekat dengan rumah Jin hyung,” kata Jungkook. Jin hanya mengangguk perlahan.  Tangannya menyuapkan roti ke dalam mulutnya.

“Owh. Kau tinggal dekat mana?” soal Luhan.

“Street XO-7,”

“Weh! V, kau-kan yang minum air aku sampai habis. Kau memang nak kena,” marah Jungkook secara tiba-tiba. Matanya tidak lepas memandang V.

“Air kau ke? Aku ingat air J-Hope hyung,” jawab V selamba. Dia membuat muka mengejek.

“Banyaklah. Kau bagi air kau,” marah Jungkook.

“Tak nak!” jerit V sebelum dia berlari meninggalkan meja makan itu bersama air kotaknya. Semua yang berada di situ hanya melihat mereka tanpa bersuara. Lucu? Mungkin.

“Tak guna punya V-dak!” Jungkook juga berlari mengejar V. Mereka yang lain masih memandang mereka.

"Apa nak jadi dengan kanak-kanak sekarang ni," Jin mengumam.

“Sorrylah. Diorang ni memang macam tu. Sentiasa tak matang,” ujar RapMon. Luhan hanya tersenyum senget melihat mereka lari berkejaran di koridor.

“Diorang bukan kawan I,” kata Jimin.

“Tak apalah. Aku akan biasa nanti,”

“By the way. Rumah kau dekat dengan rumah Jin kan?” soal RapMon sambil menyuap makanan ke mulutnya. Luhan menggangguk. Tangannya turut menyuapkan makanan ke mulutnya.

“Nak ikut kami pergi rumah Jin tak petang ni? Kami nak siapkan projek kelas,”

“Boleh aje,” jawab Luhan ceria.

“Good. Lagi ramai, lagi bagus,” kata RapMon.

 

 

KRINGG!!! Beberapa minit kemudian, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. 

“Jom masuk kelas, Chimchim!” jerit Jungkook dan V dari hadapan pintu kafeteria. Apa yang para pelajar lain fikir tentang perangai tak matang merka langsung meraka tak endah. Yang penting bagi mereka adalah kebahagiaan mereka.

Jimin berlari mendekati dua sahabatnya yang ter’chenta’. Dia sudah lupa dengan kata-katanya sebentar tadi yang mengatakan mereka bukan sahabatnya. 

 

*

 

“Kenapa budak baru tu ada sekali hyung?” soal V tidak puas hati melihat Luhan yang datang bersama yang lain.

“RapMon yang ajak,” jawab Jin simple.

“Kenapa?” soal V yang masih tidak puas hati. Sejujurnya, dia juga kurang selesa dengan kehadiran pelajar baru itu.

“Dia sekelas dengan kami,”

“Kalau sekelas pun kenapa? Dia bukan geng kita,”

“Kau tanya RapMon,”

“Tak apa-lah. Aku naik atas dulu. Bubyee,”

“Bai,”

“Woi Chimchim! Jungkook! Cepatlah!” jerit V dari atas tangga. Wajahnya tadimuram sudah bersemangat kembali.

“Coming!!!” jerit mereka berdua sebelum berlari mendekati V.

 

 

 

 

 

Finally!! Updated!

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....