-JUNGKOOK-

The Game

 

“Dd… dah mati?” soal Jungkook dengan mata yang terbeliak.

Jin mengangguk perlahan sambil berpeluk tubuh di kerusinya. Suga hanya memandang Jin tanpa riak.

“But how?” soalan Jungkook membuatkan Jin berpaling memandangnya sebelum tersenyum sinis.

“Luhan,” jawab Jin ringkas. Kening Jungkook bertaut. 

"Ta-" baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bertanya, Suga mencelah.

“Kenapa kau asyik kata Luhan? Betul ke dia penyebab semua ni atau kau cakap macam tu sebab kau betul-betul tak suka dia?” soal Suga bertalu-talu sambil mendekati Jin. Matanya tidak leps dari memandang Jin yang tersenyum sinis.

“Ya. Aku tahu memang dia yang rancangkan semua ni dan aku yakin yang aku betul,” kata Jin yakin. 

"Hm?" Suga berdiri betul-betul dihadapannya. Badannya dibongkokkan menghadap Jin dan matanya merenung ke mata Jin, seakan-akan ingin meminta kepastian.

“Apa yang dia nak buat pada kita?” soal Suga lagi. Jin berdiri.

“Bunuh,” ujarnya. Pada masa yang sama, Jungkook jatuh melutut. 

"Ahhhh..." wajah Jungkook dibasahi peluh. Dahinya berkerut. 

Jin memandang Jungkook dan mengeluh perlahan.

“Kau okey?” Suga mendekati Jungkook dan melutut dihadapannya. Jin hanya berdiri statik di situ sambil melihat Jungkook tanpa perasaan.

“Ahhh…” Jungkook mengerang lagi. Dadanya ditumbuk berulang kali. Tubuhnya juga mula berpeluh.

“Biarkan dia,” ujar Jin lalu mengalihkan pandangannya dari Jungkook. Suga memandang Jin tajam.

“Dia dah terminum racun yang Luhan letak di dalam minuman kita,”

"Kenapa kau tak warning dia!?" soal Suga menahan marah. Tangannya menggosok perlahan belakang badan Jungkook.

“Aku sedar bila dia dan RapMon habis minum. Apa aku boleh buat?,” katanya tenang sambil memandang sekilas Jungkook yang sudah semakin lemah.

 

*

 

Luhan hanya tersenyum melihat N berlari dengan sebelah tangan yang berdarah. Parang di tangannya dijilat.

‘Have fun!’ getusnya. Parang itu di letakkan di tepi singki. Jari-jari yang telah dipotongnya tadi diambilnya. 

 

*

 

“Mbii ghamu tdme limh brmamnsa,” V berpaling ke belakang dan mengetuk kepala Jimin. 

“Kau jangan bisinglah. Kalau dia dengar macam mana?” dahi Jimin berkerut. Tangannya menyentap tangan V yang menutup mulutnya.

“Aku tak boleh bernafaslah, bongo-” marah Jimin.

“Shhhh…” V berpaling semula ke arah dapur. Namun, kelibat Luhan sudah tiada di situ.

“Mana dia pergi, Chim?” soal V berharap agar Jimin ada jawapannya. Namun, Jinim tidak menjawab. 

"Jimin?" V cuba menggapai tangan Jimin dibelakangnya.

“Kau cari aku atau… kau cari ni?” mendengar suara yang bertanya, V terus menoleh ke belakang.

“V!”

 

*

 

Ken dan Leo berlari. Berlari selaju mungkin walaupun tiada hala tuju. Mereka panik,  takut. Takut mendengar jeritan N. Mereka bernasib baik. Nasib baik yang Luhan tidak sempat menangkap mereka. Namun, Luhan sempat menangkap N.

Mereka pasti yang Luhan tak akan lepaskan mereka bertiga dari rumah ini hidup-hidup kerana mereka telah mencerobohi kawasannya.

“Se... sekarang, kki... kita nak pergi mana?” soal Ken. Mereka berhenti seketika untuk mencari nafas. Leo pantas menggeleng.

"Molla"

“Aku... aku dah agak ada yang tak kena... dekat sini,” kata Ken. Tangannya diletakkan didadanya. Matanya dipejam. Cuba untuk bertenang.

Leo memandang Ken seketika dan merengus kasar. Rambutnya dikusutkan.

“Apa pun. Kita kena cari jalan keluar,”

 

*

 

“Sekarang apa kita nak buat?” Suga meraut rambut coklatnya ke belakang. Matanya seakan-akan meminta, merayu untuk jawapan dari Jin.

Jin hanya menjungkit bahu. Tubuh Jungkook yang sudah tidak bernyawa dipandangnya. Bibirnya menjadi biru dengan mulutnya yang berbuih. Darah merah pekat mula keluar dari hidungnya dan matanya menjadi putih sepenuhnya. Kulit Jungkook pula menjadi pucat serta mula menggelupas. Jin menggeleng.

Bukannya dia berhati batu, tiada perasaan, tapi memang tiada apa yang boleh dia buat ketika ini? Menangis dan meraung dengan kematian Jungkook tidak akan membawa apa-apa.

Sekali lagi Jin mengepal penumbuk. Baru tadi dia berjanji yang dia akan membunuh Luhan jika seorang lagi sahabatnya mati dan ya! Sekarang dia akan tunaikan janjinya. 

Tidak sanggup melihat keadaan Jungkook, Jin menoleh ke arah Suga. Suga cuba menahan air mata yang bertakung di tubir matanya. Suga tidak sanggup melihat Jungkook sedemikian rupa.

“Aku tak nak duduk dalam bilik ni. Kita kena keluar juga dari sini,” Suga berdiri di hujung kepala Jungkook. Matanya mula meliar ke segenap sudut bilik bacaan itu. Cuba mencari jalan keluar.

“Aku pun tak nak duduk sini. Tapi kita dah tak ada jalan keluar,” kata Jin.

 

 

 

 

 

Abaikan typo~ ^^

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....