-RAPMON-

The Game

Luhan menutup pintu bilik itu lalu menguncinya dari luar dengan segaris senyuman sinis terukir di bibirnya. 

"Welcome to my world," gumamnya.

Gugusan kunci ditangannya dilambung dengan rasa gembira. Dengan ini rasmilah permainan baru untuknya. Para tawanannya perlu mencari jalan untuk keluar dari bilik itu dengan sendiri kerana mereka akan mati satu per satu jikalau tidak dapat keluar pada masanya yang telah ditetapkan. 

 

*

 

"Kenapa kita menyorok?” soal Jimin. V tidak mengendahkan soalan yang diajukan Jimin. sebaliknya matanya melekap pada Luhan yang sedang mengunci bilik bacaan dan kemudian melangkah masuk ke bilik yang bertentangan dengan bilik bacaan.

Seketika kumudian, Luhan keluar semula dari bilik itu sambil menghempas pintu. Di tangannya terdapat sebilah parang. Padang yang kecil tetapi cukup tajam untuk memutuskan jari manusia. Wajahnya kelihatan gembira.

‘Apa yang dia nak buat?’

 

*

 

“Rumah ni sangat besar,” N bersuara. Matanya meliar ke setiap sudut rumah itu. Suasana dalam rumah itu suram, dengan lampu yang malap dan ada yang berkelip. Pintu dan tingkap-tingkapnya tertutup rapat.

Leo menggeleng perlahan. Dahinya berkerut dan keningnya bertaut. 

“Tempat apa ni sebenarnya?” ujarnya perlahan.

Ken berdiam diri. Mulutnya sudah seperti di gam. Fikirannya merawang jauh memikirkan ‘benda’ yang dilihatnya tadi. 

Dengan mengikut arahan N, mereka bertiga berjalan tanpa hala tuju. Mereka sedar yang besar masalah akan ditimpa jika mereka terus meneroka rumah itu. Namun, ego masing-masing tinggi. Mereka enggan bersuara untuk menyatakan yang mereka takut dan ingin hentikan semua perkara ini.

Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya telah memasuki perangkap yang Luhan sediakan dari awal. Seperti yang diagak, akan ada manusia yang tak bertauliah yang akan pecah masuk ke dalam kediamannya.

“Kita naik,” kata N tanpa menoleh ke belakang. Langkah kakinya terus diatur menuju ke tangga.

Leo dan Ken hanya mempu mengangguk dan akur dengan arahan yang diberi. Mereka mendaki satu per satu anak tangga.

Namun, bunyi pintu bilik dihempas membuatkan mereka berhenti seketika dan saling berbalas pandangan.

“Siapa?” Leo menjungkitkan bahu mendengar soalan N.

"Tu," Ken menyunding ke arah hujung tangga beberapa tapak di hadapan mereka. Jejaka itu melihat mereka dengan sekuntum senyuman di bibirnya.

"Hai. Apa korang buat dalam rumah aku?" soalnya ramah.

 

*

 

“Kita nak buat apa sekarang ni?” Jungkook bersuara. Wajahnya kini sudah tidak seceria dahulu.

RapMon hanya mampu mengeleng.

“Entahlah. Kita duduk dan minumlah dulu,” katanya lalu mencapai secawan air yang telah disediakan dan meneguknya rakus.

Jungkook akur. Tiada apa yang dia boleh buat skarang selain menunggu Luhan datang semula bersama J-Hope. Mereka ada projek kelab yang perlu disiapkan secepat mungkin. Jika bukan kerana urusan kelab, sudah lama dia mengangkat kaki dari rumah itu.

Jungkook melabuhkan punggungnya semula pada kerusinya dan turut meneguk air. Jin masih mendiamkan diri manakala yang lain masih dengan gajet masing-masing. Malas nak dilayan sangat perasaan. Namun, semua itu hanya bertahan seketika untuk Suga.

“Aku nak keluar dari bilik ni,” ujarnya sambil menghentak meja. RapMon meneguk air sehingga habis sebelum meletakkan cawan itu kembali ke dalam dulang. Kepalanya digeleng.

“Aku rasa itu bukan idea yang bagus,” ujarnya. Dia langsung tidak perasan yang ada sesuatu yang tersisa di dalam cawan yang diminumnya.

“Aku tak kisah,” Suga melangkah mendekati pintu. Tombol pintu dipulas dan ianya berkunci.

Suga merengus perlahan dan kembali ke kerusinya dengan wajah cemberut.

“Kenapa hyung?” soal Jungkook.

“Locked,” jawab Suga dingin. Punggungnya dilabuhkan ke kerusinya dengan tangan yang bersilang di dada.

“Siapa yang kunci?” Jungkook menyoal cemas. Namun, Suga tidak mengendahkan soalan Jungkook. Mulutnya asyik mencemuh Luhan kerana mengunci mereka di dalam bilik ini.

RapMon bangun dan melangkah ke deretan rak buku sendirian meninggalkan sahabat-sahabatnya di meja bulat itu. Matanya meneliti satu per satu buku-buku yang tersusun rapi di rak. Melihat dari cara susunan, buku-buku itu seperti belum pernah disentuh.

 

*

 

“Sekalil agi aku tanya, apa korang buat dalam rumah aku?” soal Luhan sekali lagi. Mereka bertiga masih membatu dan mengunci mulut. 

Luhan melangkah mendekati mereka sambil menghayun parang kecil di tangannya. Senyuman dibibirnya tidak pernah lekang. 

“Apa yang dia nak buat dengan parang tu?” soal N cemas. Ken dan Leo menggeleng serentak. Mereka bertiga tahu yang misi mereka kali ini benar-benar menemui jalan mati. Rasa kesal mula timbul kerana memecah masuk rumah ini.

Mereka sama sekali tidak menyangka yang rumah besar ini merupakan rumah pelajar baru kelas mereka yang mereka menggelar si aneh. Mereka mengagak rumah ini merupakan tempat geng BTS melepak dan Luhan adalah ahli baru geng mereka. Tak sangka tanggapan mereka salah sama sekali.

Luhan berhenti betul-betul di hadapan N. Wajah individu yang berni memecah masuk ke rumahnya ditilik satu per satu.

“Korang buat apa dekat rumah aku?” soalnya lagi yang masih berpura-pura ramah.Tapi ramahnya membuatkan tiga sekawan itu gerun melihat wajahnya..

“Kami… kami cari... cari something,” balas N gugup. Senyuman Luhan semakin melebar.

“Apa aku nak buat dengan korang hah?”

 

*

 

“Luhan,” celah Jin. Dia mengeluarkan tangannya dari poket seluarnya dan berjalan mendekati Jungkook. Bahu jejaka itu ditepuk kuat. Jungkook terpinga-pinga.

"Luhan yang kunci kita dalam ni," sambungnya.

"But why?" Jin sekadar menjungit bahu mendengar soalan Jungkook..

“Jap. RapMon mana?” Suga memandang sekeliling. Jin dan Jungkook menjungkitkan bahunya menandakan yang mereka tidak tahu.

 

*

 

RapMon menarik sebuah buku yang telah berjaya menarik perhatiannya dan hasilnya

CLICK!!! Sssss…. sssssss..... sssssss....

"Aaaapa tu?" getus RapMon.

Bunyi itu seperti sesuatu yang sudah berkarat mula nergerak dan berpusing. Tiba-tiba datang sebilah kapak besar yang datang dari rak bertentangan telah berjaya menjatuhkan RapMon.

RapMon tidak sempat untuk mengelak mahupun melakukan apa-apa. Ketika itu, jeritannya seperti tersekat di kerongkong. Dengan mata yang terbeliak darah merah pekat mula mengalir keluar dari badannya yang sudah terbelah dua. 

 

*

 

Bunyi bising dari deretan rak buku telah mengundang Jin untuk mencari punca bunyi itu. Jejaka itu melangkah meninggalkan Jungkook dan Suga berbicara sesama mereka. Sebenarnya mereka berdua bukannya berbicara tapi ianya lebih kepada bertekak.

Jin tidak hiraukan sahabat-sahabatnya yang sedang bergaduh di meja bulat sebaliknya melangkah ke deretan rak. Dia melangkah ke deretan buku-buku itu sama seperti yang RapMon lakukan sebentar tadi.

Namun, Jin bukanlah seseorang yang mudah di perangkap. Dia eorang yang teliti. Satu per satu rak diperhatikan penuh teliti. Bahaya munkin ada di mana-mana.

Langkah kakinya terhenti apabila matanya memandang ke arah sekujur tubuh yang terkulai di atas lantai dengan darah yang sudah membasahi lantai.

"RapMon,"

 

*

 

Mereka bertiga berlari meninggalkan Luhan diatas deretan tangga. Tak perlu tunggu jawapan dari mulutnnya, mereka sudah tahu apa yang jejaka itu inginkan dengan hanya melihat senyumannya.

"Korang nak pergi ke mana~” ujarnya manja sambil membelai parang ditangannya.

 

*

 

“Kau rasa diorang okey ke?” soal Hyuk sambil menyuapkan sekeping pizza ke mulutnya. 

“Entahlah,” jawab Ravi manakala Hongbin hanya menggeleng. Seperti Hyuk, mereka juga turut menyuapkan pizza ke mulut mereka.

“Patut ke kita pergi semula ke rumah tu?” soal Hyuk lagi memberi idea.

“Kau gila ke!?” Ravi dan Hongbin menjerit serentak. Hyuk bingung. Kenapa tak boleh?

“Kenapa?” sekeping lagi disuapkan ke dalam mulutnya sambil memerhatikan kedua-dua sahabatnya. Hongbin berhenti mengunyah dan merenung Hyuk untuk seketika

"Betul kau nak tahu?" soalan yang Hingbin dilontarkan kepada Hyuk menarik perhatian Ravi. Mereka berdua mengangguk serentak.

“Baiklah. Ada orang cakap... rumah tu... dihuni oleh… oleh…” Hongbin berhenti seketika. Dia berpaling ke kiri dan ke kanan; cuba untuk pastikan tiada siapa yang mendengar perbualan mereka.

“Oleh…?”

“Oleh... pembunuh,” sambungnya.

“APEEE!?!” jerit Ravi dan Hyuk sambil menyembur pizza yang dikunyah mereka ke wajah Hongbin. Nasib Hongbin malang sekali kerena dia duduk bertentangan dengan Ravi manakala Hyuk duduk di kirinya.

"Weh, apa ni?"

“Hehe… Sorry,”

 

*

 

Jin menggepal penumbuk. Air mata di tubir matanya dikesat kasar sebelum melangkah ke belakang dengan berhati-hati dan berjalan semula ke meja. Riak wajahnya dikawal supaya tidak kelihatan seperti seorang yang mudah putus asa.

Walaupun rasa sedih membuak-buak di dada, dia tetap menahannya. Perasaan geram melebihi segalanya.

“Kau pergi mana?” soal Suga. Jin tidak menjawab soalan Suga. Dia mendekati kawasan di mana tempat dia berdiri sejak dari mereka mula melangkah masuk, tepi tingkap.

Suga merengus.

"Aku haus," Jungkook meneguk secawan lagi air.

“Jap. RapMon ni mana?” Jungkook bertanya. Jin mengeluh perlahan.

'Mereka perlu tahu,' getusnya. Wajah sahabat-sahabat karibnya diperhati satu demi satu.

Sejujurnya, dia tak sanggup kehilangan lagi seorang sahabatnya yang dia kenali sejak kecil. Hubungan mereka sudah seperti adik beradik dan Luhan telah membunuh salah seorang dari mereka. Dia berjanji yang dia sendiri akan membunuh Luhan jiika Luhan membunuh seorang lagi sahabatnya.

“Kita kena keluar dari sini," katanya tenang. Hampir tersedak Jungkook mendengar kata-katanya.

"Kenapa? RapMon macam mana?" 

"Dia dah mati,”

 

*

 

“I got you,” lengan N digenggamnya erat. Dengan kudrat yang ada, Luhan mengheret N ke dapur. Jejaka itu meronta-ronta supaya dilepaskan.

Luhan hanya tersenyum dan menggeleng.

“Tak semudah itu,” tangan N ditarik dan diletakkan di atas papan pemotong. Parang yang berada di tangannya dihayunkan dan berjaya mencantas keempat-empat jari N.

“AHH!!!”

“Now I let you go,”

 

*

 

“Kk- kejamnya,”

“Shh…” V menekup mulut Jimin dengan tangannya. Kepalanya digelengkan.

 

 

 

 

Updated!! Teka siapa yang akan dibunuh Luhan next chap.

Saya bagi hint. Dia seorang vocalist.

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....